BAB 6
NADIA MELIHAT
jam tangan berjenama Fossil di pergelangan tangannya untuk kesekian kalinya.
Sudah hampir setengah jam lamanya lelaki yang bakal ditemuinya itu terlewat.
Dia cuba untuk masih bersabar sejak tadi walaupun minuman yang dipesannya sejak
dia mula-mula sampai tadi sudah pun berbaki separuh. Dahaga punya pasal.
Lagipun lepas Azrif sampai nanti, dia boleh sahaja pesan yang lain.
Sesekali dia melirik pandang ke arah
pekerja restoran yang dirasakan asyik memandangnya. Mula merasa segan pula.
Lagi-lagi hanya dia seorang sahaja yang berada di meja tanpa pasangan.
Kebanyakan pengunjung yang datang ke situ semuanya datang berpasangan atau
datang secara beramai-ramai. Hanya dia sahaja yang keseorangan seperti kera
sumbang sahaja. Dah nampak macam perempuan tak laku pun ada juga!
“Manalah dia ni? Pukul berapa nak sampai
ni? Dari tadi lagi sebut on the way..on the
way apanya kalau dah sampai setengah
jam tak sampai-sampai jugak.” Nadia bersungut panjang menahan geram dengan
sikap Azrif yang sepertinya tidak menepati masa yang dijanjikan. Kalaulah dia
sudah ada temu janji yang lain, tak ada maknanya dia akan terus menunggu lelaki
itu di situ. Lebih baik dia blah
sahaja. Tak adalah penat menunggu dan juga menahan perut yang tengah lapar.
Boleh masuk angin juga dibuatnya. Sekali lagi dia menarik telefon bimbit yang
berada di meja. Digenggam-genggam seraya matanya menjenguk kelibat Azrif yang
masih tak nampak batang hidung.
Dan dalam pada masa yang sama, kelihatan
Rykal bersama dengan Rose baru sahaja tiba di hadapan pintu restoran yang sama
dengan Nadia. Rose yang sedang memaut erat lengan lelaki bernama Rykal itu
tersenyum lebar apabila ada saja mata-mata memandangnya. Bangga betul dapat
keluar dengan lelaki kacak dan kaya bernama Rykal Iqbal itu.
Rykal yang pada mulanya ceria sahaja
bersama Rose tiba-tiba memberhentikan langkah secara mengejut. Matanya
terpandangkan sesuatu. Sesaat dia terus menelan liur. Matanya dikerdipkan
beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya ketika itu. Memang
sah perempuan yang bernama Nadia itu sedang duduk di satu hujung kiri restoran
yang hampir dimasukinya itu. Setelah menyedari yang perempuan itu memang Nadia,
perempuan yang ada hubungan dengan sepupunya. Dia terus berpusing. Tidak mahu
kelibatnya akan disedari oleh Nadia.
Manakala Rose pula memandang gelagat
Rykal yang dirasakan pelik. Berkerut-kerut dahinya melihat Rykal yang seakan
gelabah saja. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dan dia juga tertanya-tanya
juga kenapa reaksi lelaki di sebelahnya itu sudah lain macam.
“Kenapa ni?” Soal Rose memandang wajah
Rykal yang sudah berubah. Hilang terus senyuman di wajah kacak itu.
“Tak ada apa-apa.. jom kita makan kat
tempat lain.” Rose terpinga-pinga dengan jawapan dari lelaki berkulit cerah
itu. Rasa macam tak logik dek akal sahaja kalau tiba-tiba tak jadi makan kat
restoran itu. Yalah sekali imbas pun mesti dah dapat agak ada sesuatu yang tak
kena. Cuma hatinya tidak dapat meneka apakah sebab gerangannya.
Rose sempat melilau memandang ke arah
restoran yang sudah dipenuhi oleh pengunjung itu untuk makan tengah hari. Tanpa
sempat mencari apa-apa jawapan, tangannya sudah ditarik oleh lelaki berambut
lurus itu untuk menjauhi tempat itu. Dan untuk sekali lagi Rose rasa langsung
tidak berpuas hati. Takkan kena cari restoran lain pulak kut? Malasnya nak kena
menapak dengan higheels bagai ni!
Akhirnya mereka berdua keluar juga dari
restoran yang menjadi kegemaran dari Rose itu. Kebiasaannya restoran itu akan
menjadi ‘port’ mereka ketika keluar
berdua.
“Tapi kenapa tiba-tiba? Tadi you jugak yang nak makan kat situ kan?”
Rose masih lagi menagih jawapan sebenar. Tidak dapat dinafikan yang restoran
itu agak menepati citarasa mereka berdua. Yalah, restoran zaman sekarang
kebanyakannya dalam gambar dan iklan sahaja yang nampak menarik. Hakikatnya
‘hauk’ sahaja. Kena diri sendiri yang cuba barulah tahu macam mana.
“Takpelah.. kita makan kat tempat lain..
tak salah kan?”
Rykal cuba berlembut dengan Rose. Bukan
dia tak perasan wajah Rose mula berubah tatkala dia tidak jadi makan tengah
hari di tempat kegemaran perempuan itu. Rose memandang wajah Rykal. Lama.
Seakan mencari apa yang sebenarnya terjadi.
“Memanglah tak salah tapi..” Rose tidak
dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat wajah Rykal sudah berubah sedikit
serius.
“Dahlah tu.. tak payahlah bising-bising
lagi.. kita bukannya tak jadi makan.. cuma tukar restoran lain je.. mana tahu
lagi best.” Rykal berkata dengan nada serius walaupun bernada memujuk. Rose
yang faham dengan perangai lelaki itu mula terdiam. Tidak mahu untuk
memanjangkan perbualan yang pastinnya dia takkan menang. Lagipun Rykal tidak
berapa gemar dengan perempuan yang suka merengek-rengek tak tentu pasal. Nampak
macam tak berapa nak matang.
Dan akhirnya mereka berdua keluar dari
restoran itu walaupun muka Rose sudah berubah kelat semacam. Terpaksa mengikuti
Rykal yang sudah mula beredar.
NADIA MENGELUH
penuh rasa geram yang memuncak. Hampir sejam sudah lamanya dia terpaksa
menunggu Azrif. Tercongok sahaja di restoran itu tanpa berbuat apa-apa. Nak
bersembang bukannya dia ada pasangan pun. Air minuman yang dipesannya sejak
awal-awal tadi sudah pun habis. Pada pekerja restoran yang asyik memandangnya,
dia seakan sudah tidak tahu untuk menyorok muka ke mana. Apalagi apabila
beberapa kali pekerja restoran itu berulang-alik ke mejanya untuk bertanyakan
order. Dan untuk kesekian kalinya, Nadia sudah putus asa untuk menunggu. Dia
terus mencapai handbagnya di atas meja sebelum bangun.
Berkira-kira untuk beredar dari situ selepas membayar bil.
Namun dia sedikit terkejut dengan
kehadiran Azrif yang tiba-tiba berlari-lari anak menuju ke arahnya. Anak mata
terus menjeling tajam. Tanda tidak berpuas hati lantaran menunggu terlalu lama.
Azrif mengeluh sedikit lega. Lega
sedikit hati apabila perempuan bernama Nadia itu masih berada di situ. Dia
menyeka peluh yang merintik di dahi. Penat akibat berlari-lari tadi. Nafas pun
masih belum normal sepenuhnya. Masih lagi tercungap-cungap meminta oksigen.
“Sorry
I lambat.. jalan jammed sangat tadi..
you nak pergi mana ni?” Azrif
langsung terus memohon maaf. Sempat matanya mengerling pada Nadia yang seakan
sudah mahu beredar dari situ.
“Balik.” Jawab Nadia pendek. Jelas dan
lantang. Bagi lelaki di hadapannya itu sedar sikit yang dia dah tak punya masa
nak main-main. Serius.
“Tapi I baru je sampai.. takkan you dah nak balik.” Azrif cuba menahan
Nadia dari balik. Penat berkejaran dari berjumpa dengan Sherry tadi masih lagi
tak hilang. Dengan jammed yang teruk
lagi ketika dia di dalam perjalanan ke sini. Yalah waktu tengah hari semua
orang berpusu-pusu keluar untuk cari makan. Jadi memang nak tak nak terpaksa
redah juga dalam keadaan jalanraya penuh sesak itu.
“You
tengok jam sekarang dah pukul berapa? I pun dah tak lapar.. kenyang sangat dah
sebab menunggu lama..” Marah Nadia tanpa tertahan-tahan. Segala yang terbuku
dihati diluahkan. Jari dituding pada jam yang terdapat di pergelangan tangan.
Biar lelaki itu dapat rasa sendiri macam mana yang seksanya terlalu lama
menunggu. Serius Nadia sudah hilang mood
untuk makan walau perut berkeriut menahan lapar.
“Tapi kita kan dah janji nak makan
sama-sama.. dahlah susah-payah I redah jalan yang sesak tu semua.. you pulak tiba-tiba nak balik... kita
makan ye? I dah lapar sangat ni.. dahlah tak makan apa-apa lagi dari tadi
semata-mata nak makan dengan you.”
Azrif terpaksa untuk berbohong. Nada suaranya dibuat sedikit sayu. Demi untuk
meraih simpati sekaligus untuk menyelamatkan diri. Dengan harapan Nadia sedikit
terpujuk dengan kata-katanya.
Wajah Nadia sedikit berubah. Terasa
macam simpati pula apabila mendengar kata-kata dari lelaki itu. Lagipun nampak
sangat Azrif berusaha untuk memujuknya. Dan dia pun tak adalah nak kejam sangat
nak salahkan Azrif sepenuhnya di dalam hal ini. Mungkin kata-kata lelaki itu
benar. Jika difikirkan kembali, memang tidak dapat dinafikan yang waktu puncak
memang jalanraya agak sesak. Lagi-lagi jika terpaksa keluar jauh dari ofis.
Tentu semuanya akan makan masa.
“Kita makan sama-sama okay?” Pujuk Azrif lagi. Nadia akhirnya
menggangguk kepalanya perlahan. Dan kala itu Azrif sudah hampir melompat
kegirangan. Memang Nadia jenis perempuan yang cepat terpujuk. Jadi tak adalah
susah sangat nak handle. Bibirnya
kembali menayang senyum lebar sekaligus menarik tangan Nadia dan mendudukkan
perempuan itu di kerusi. Dan dia pula mengambil tempat berhadapan dengan Nadia
sebelum pekerja restoran itu kembali dilambai untuk memesan makanan.
di 2 lokasi berikut
(1)
Pesta Buku Antarabangsa 2016
Booth A1001 Hall A1
29 April - 9 Mei
Maeps, Serdang
(2)
Urban Lifestyle Expo 2016
Booth 46, 47 & 48
29 April - 1 Mei
10 pagi - 10 malam
Expo Hall, Danga City Mall,
5 comments:
cepat update, i x saba nak baca yang strusnyaaa. hehe
افضل شركة تنظيف مسابح بالرياض
ارخص شركة تنظيف مسابح بالرياض
تنظيف مسابح بالرياض
تنظيف مسابح
نظافة مسابح
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف المسبح
تنظيف المسابح من الاشياء المهمه جدا فى حياتنا كما ان معظم الدراسات اكدت ما يسببه المسبح من امراض وفيروسات عندما يكون متسخ وبما ان المسبح من صنع اله لا من صنع الانسان نجد ان اضراره اكثر من منافعه كما نجد فى البحار والسواحل والمحيطات الامواج وهدا من صنع الله لكى تنظف نفسها بنفسها لا تحتاج لمن ينظفها لكن المسابح عكس هدا تماما لانها تحتاج الى من ينظفها باستمرار لحمايه انسنا من اى ضرر او امراض
وبما ان كلنا نعلم انه يوجد حشرات فى الهواء وعلى الاشجار التلى توجد بجاور المسبح وبالتالى تموت وتنزل فى المسبح ومما يؤدى الى تحللها والخطر على صحتنا وايضا كلنا نعلم المياه الراكده التى توجد فى المسبح التى قد تحتوى على بعض البكتريا التلى لا نرها بالعين المجرده وبالتالى تقوم باختراق مسام الجلد وتسبيب لنا بعض الامراض دون ان نشعر وهدا ما يسمى بالامراض الخبيسه
وايضا هناك بعص الاشخاص ينزلون المسبح ويفعلون بعض الاشياء السيئه مثل التبول فى المسبح او عدم الاعتناء بنظافتهم الشخصيه وبالنسبه للحريم فانهم ينزلون المسبح دون ازاله مساحيق التجميل وبالتالى تتكون زيوت واتربه فى المسبح ومن كل الزى زكرناه لابد من تنظيف المسبح باستمرار والاتصال بافضل شركه تنظيف مسابح نصلكم اينما كنتم ودالك لان شركتنا تقدم افضل وسائل التنظيف والتطهير للاعتناء بالمسبح لكى يكون نظيف ومنعش دائما.................
حيت انه تقوم شركتنا بالعديد من طرق التنظيف ***مثلا***
*اولا نقوم بتفريغ المسبح من المياه وتنظيف ارضيته
*نقوم برش بعض السوائل التى تجلى الارضيات وتعمل على تطهيرها
*تمتلك شركتنا افضل وسائل التنظيف لدا لا تارتدوو وتواصلو معنا نصلكم اينما كنتم
علينا جميعا الاهتممام بصحتنا والحفاظ عليها والاتصال بافضل شركه تنظيف مسابح لكى تحيو حياه سعيده بدون اى امراض
***** نتمنى لكم الاستمتاع بصحه جيده دائما حفظكم الله وحماكم من كل سوء*****
Nice Article!! I Liked it…
What Is True Love is actually hard to find. After reading this article I got a good understanding about love after reading this article..I will share it with my friends who are looking for love…
Thanks for sharing !!
Excellent post and very informative as well. Your knowledge appears very well on this topic and the way you have explained it, any new person can understand it easily. I would like you to keep writing like this and share your information with us.
plain black salwar
black and yellow salwar suit
Post a Comment