:: My gangS :: TQVM

Friday, December 24, 2010

My Little Shark 4.2

Dentuman bunyi muzik yang kuat menggegarkan jantung dan telinga. Ramai anak muda kelihatannya sedang sakan menari. Tak kurang juga yang dah veteran pun, sama-sama join sekali. Ada juga yang hanya duduk lepak sambil memerhati pengunjung yang tak habis-habis keluar masuk. Mata aku mencari-cari kelibat Sofya. Mana pulak dia ni?

“hi Qash, long time no see

Sofya tiba-tiba datang tepuk bahu. Terkejut aku dibuatnya. Aku memandangnya tajam kemudian tersenyum. Tubuh aku dipeluk erat.

“mana yang lain?”
Sofya membetulkan skirt pendek yang dipakainya. Tu la, pakai lagi skirt pendek kan terselak je. Dahla terbelah pulak kat tepi. Siapa la yang tak tergoda kalau pakai macam tu.

“tu, ada kat meja hujung” Tangannya serentak menuding ke suatu sudut.

Mata aku cepat melihat ke arah yang ditunjukkan. Hmm..Ramai jugak yang ada kat situ termasuk kawan-kawan lama aku, Ila, Fara dan Zetty.

“siapa lagi yang ada?”

“semua kawan kita ada. Ada jugak kawan-kawan diaorang yang datang. So, how’s life?”

“biasa je” Aku senyum tanpa gula. Qash, nampak sangat plastic.

“tak ok la tu kan? Qash, aku bukannya baru kenal kau sehari”

Dia pulak senyum perli. Aku hanya angguk perlahan. Terbaikla punya bestfriend, tengok je dah tau ada masalah. Tu tak tanya soalan pun lagi.

so birthday sape ni?” Aku ubah topic. Tak nak la cerita masalah aku kat sini.

birthday Fara. Jom” Tangan aku ditarik.

Kami berjalan menuju ke kelompok mereka di satu sudut di hujung kelab. Semuanya kelihatan sedang bergelak ketawa. Happynya diaorang ni, macam tak ada masalah langsung pun. ni yang aku jeles ni.

hey U all, tengok sape yang datang ni?” Jerit Sofya pada semua yang ada kat situ. Aku cuba beri senyuman paling manis konon-kononnya la.

“eh Qash la. Tak sangka kau datang birthday aku” Ucap Fara sambil peluk aku serta diikuti Ila dengan Zetty.

“hmm..Happy 20th birthday Fara. Sorila aku tak bawak hadiah”

it’s ok la. Kau datang ni kira hadiah la. Lagipun dah lama kita tak kumpul sama-sama macam ni since kau dah kahwin”

Aku tergelak kecil. Betul tu Fara, sejak aku kahwin, memang aku dah tak datang sini lagi. Hari ni boleh pecah rekod pulak.

“dah la cakap pasal tu. Aku datang nak enjoy ni” Aku mencebik. Dia tergelak.

“ok-ok. Eh, dudukla. Jemput makan. Self service ek” Fara berlalu ke teman lelakinya yang sibuk bersembang dengan kawan-kawannya yang lain.

Aku duduk kat sofa sebelah kiri. Ada ramai jugak lelaki yang tak pernah aku nampak, maybe kawan-kawan baru diaorang kot. Lagipun dah lama aku tak datang sini, memang tak berapa kenal la kalau diaorang ada kawan-kawan baru.

“Qash, nah ambik ni” Sofya datang kat aku sambil tangannya hulurkan sesuatu. Aku berkerut dahi.

“ape ni?”

“ala, kau kata nak datang enjoy kan?” Dia letakkan sebiji pil warna pink kat tapak tangan aku.

“tapi….” Aku merenung pil kat tangan.

“ambik je la. Free je ni tak payah bayar”
Segelas air dihulurkan kepada aku. Nak makan ke tak ni? Ala Qash, just for tonight. Kata nak enjoy tadi kan, lagipun sebijik je ni. Takkan ada apa-apa effect pun.

“emm..Ok la” Aku terus telan pil berwarna pink tu dikuti dengan air.

“macam tu la. Jom menari” Sofya ajak aku. Aku angguk kepala tanda setuju.



********************************



Aku, Sofya, Ila dengan Zetty masing-masing pergi ke dance floor. Teman lelaki dan kawan-kawan diaorang pun ikut sama.

Muzik makin rancak walau jam dah menunjukkan pukul dua pagi. Yang datang berpasangan tanpa segan silu berpeluk dan menari. Aku je yang menari sorang-sorang. Tak kisahla Qash, janji dapat lepaskan tension malam ni.

“hi. I’m Eham”

Seorang lelaki datang dekat aku. Hensem jugak la mamat ni tapi hensem lagi Triple S aku. Hey Qash, sejak bila kau mengaku yang Triple S jadi hakmilik kau ni? Dah la dia ni lebih kurang tinggi je macam Triple S. Dia tersenyum manis pandang aku. Aku buat layan tak layan je. Tapi dia still menari sebelah aku.

“ I’m Qash” Aku balas balik senyuman dia lepas aku rasa dia makin dekat dengan aku. Tapi aku still elak bila badan dia nak bersentuh dengan aku.

Tengok cara dia menari pun dah tau yang dia ni dah biasa datang sini. Aku rasa macam tak selesa je bila tengok mata dia tajam je renung aku macam nak telan. Triple S pun tak pernah tengok aku macam tu. Kau ni Qash, asyik-asyik sebut nama Triple S je kenapa? Takkan rindu kat dia pulak? Ah, lupakan je dia tu. Takkan kau dah lupa, sebab dia la kau datang sini.

“tak sangka dapat jumpa girl yang cantik macam U kat sini”

Katanya lagi. Huh, sweet talker punya mulut. Agak-agak dah berapa girl yang dah jatuh dalam tangannya? Seram pulak rasa.

“thanks” Balas aku nak tak nak.

“datang sorang je?”

“a’ah” Balas aku sedikit kuat sebab muzik makin rancak.

“I temankan U boleh?”

“emm” Aku balas nak tak nak.

“ok” Aku perasan muka dia macam sedikit kecewa. Sorryla, aku datang sini bukannya nak cari lelaki. Just datang nak enjoy je.

Kitaorang menari sampai dekat pukul empat pagi. Masa tu aku rasa dah sedikit khayal, maybe sebab pil tadi kot. Cepat-cepat aku pergi duduk kat kerusi kat kaunter club tu. Aku perasan Eham ekori aku. Kawan-kawan aku yang lain masih lagi ligat menari kat dance floor tu. Ala, diaorang dah biasa tak kisahla pun.

“dah stop dah?” Tanyanya sambil ambil tempat duduk sebelah aku.

“penat” Aku urut sedikit kaki yang lenguh. Lama tak menari rasa macam sakit pulak urat-urat kaki ni. Dia orderkan minuman kat aku.

“my treat” Dia hulurkan segelas minuman kat aku. Aku ambil dan terus teguk perlahan. Dahaga jugak bila dah lama menari ni. Tapi kenapa rasa dia tak macam coke?

“air ape ni?” Aku belek-belek gelas yang dihulur. Nampak warna gelap macam coke tapi kenapa rasa lain je?

“beer” Jawabnya sepatah.

“what?” Aku bulatkan mata.

“kenapa?” Soalan dibalas soalan.

“I tak pernah minum ni. I ingatkan coke tadi. Dahla I nak balik” Aku cepat- cepat bangun dari kerusi.

“Qash, sorry-sorry. I tak tau U tak minum. My bad” Katanya lagi dengan wajah nampak sedikit kesal.

Aku tak cakap apa-apa dan kaki terus laju melangkah keluar ke pintu depan kelab. Gila apa bagi aku air setan tu. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah pun sentuh air tu walau Sofya pernah minum semua tu.

Aku perasan Eham ada ikut dan panggil nama aku beberapa kali tapi aku buat tak layan je. Lama-lama aku kat sini, nanti boleh jadi lain pulak. Baik aku balik rumah je. Sebab aku tahu, kalau layan pil dengan minum konfem jadi makin high nanti. Sebelum aku rebah kat situ, baik aku blah cepat.



************************************


Pukul 4.30 pagi aku sampai kat rumah. Dengan jalan yang dah tak berapa betul, aku cepat-cepat mendaki tangga. Tak nak la jatuh kat depan ruang tamu. Boleh kantoi pulak dengan papa dan mama yang aku keluar malam.


Sampai je anak tangga atas, aku berhenti sekejap. Aku bersandar kat dinding di ruang tamu atas. Peningnya. Perlahan-lahan aku menapak ke bilik aku. Mana pulak kunci bilik ni? Aku meraba-raba dalam handbag. Rasanya tadi aku letak dalam ni. Takkan tercicir pulak.

Aku perasan ada orang berdiri kat sebelah aku. Aku berpaling, Huh Triple S rupanya. Buat apa pulak kat sini waktu-waktu macam ni? Takkan tunggu aku pulak? Macam tak logic je sebab rasanya tak ada yang tau aku keluar tadi.

“kenape?” Tanyanya sepatah. Dia merenung tajam ke arah aku.

Aku yang dalam keadaan sedikit bengang tu tak jawab pun soalan dia. Cuma tangan je yang sibuk mencari dalam poket jeans dan dalam handbag. Masa ni la otak jadi slow loading. Tu la Qash, siapa suruh kau layan pil tadi? Kan dah susah.

Aku rasa dia tarik tangan aku. Aku bulatkan mata ke arahnya. Apa hal pulak mamat ni pegang-pegang tangan aku pulak?

“hey, lepasla”

Aku tarik balik tangan aku tapi tak terlepas sebab kuat dia pegang. Dahla aku tengah pening campur bengang plus nak marah ni. Kunci bilik pulak menghilangkan diri, spoil betulla.

shut up. Nanti papa dengan mama dengar” Tangannya yang sebelah lagi tutup mulut aku. Aku meronta-ronta supaya terlepas.

sorry awak” Katanya lagi. Selamba je dia peluk dan mencempung aku ke biliknya.

“hey, turunkan la” Aku cuba jerit walau kepala makin pening.

Dia letakkan aku atas katil dia dan kunci pintu. Aku dah rasa cuak. Badan pun dah start berpeluh. Aku cuba berdiri tapi tak boleh dan jatuh terduduk sebab rasa kepala makin pening. Dia pun aku tengok dah jadi macam berlapis-lapis.

“hey, aku nak balik bilik aku la”
Aku cakap kat dia. Tapi dia buat tak tau je. Aku pegang kepala. Qash, stop fikir benda-benda mengarut masa ni. Nanti kau menyesal tak sudah.

Dia datang kat aku dan baringkan aku yang terduduk atas katil tu sambil tersenyum. Aku tengok je dia tapi mulut aku dah tak boleh nak cakap apa-apa. Aku rasa dia ada cakap sesuatu kat aku tapi aku dah tak dengar. Cuma aku dapat rasa tangan dia je peluk badan aku dan aku balas balik pelukan dia. Lepas tu, aku dah tak ingat apa-apa. Semuanya dah jadi gelap.

2 comments:

missfhea said...

i like dis story!
bila nk sambung?

zura asyfar said...

missfhea: thamks cz like mys story..otw nak smbung ni, bz sket..