:: My gangS :: TQVM

Friday, February 25, 2011

My Little Shark - 19




Episode : 19





“Qash, buat apa lagi tu? Dah lama Eham tunggu kat bawah tu?”

Aku tesentak bila suara papa seakan dekat je menjerit berhampiran bilik aku. Lantas beberapa biji pil putih yang hampir dibawa ke mulut tu bertaburan jatuh ke lantai parket.

Aku sedikit mengeluh. Qash, kau sepatutnya tak boleh mengeluh. Kau sepatutnya bersyukur sebab papa membuatkan kau tak jadi telan pil tu.

Aku merenung kosong pil-pil yang bertaburan tu. Qash, kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kau dah tak ada agama ke sampai sanggup buat perkara ni? Kau tahu tak yang apa yang kau buat ni berdosa besar? Langsung tak bau syurga nanti.

Takkanla sebab kau dah kecewa dengan hidup kau sebab Ayeem tinggalkan kau, kau nak bunuh diri? Kau tak fikir ke tindakan kau ni akan bunuh dua nyawa yang tak berdosa tu? Diaorang tak bersalah. Kau je yang bersalah sebab turutkan perasaan kecewa kau tu. Sepatutnya kau sebagai ibu dia kau yang melindungi dia, bukannya cuba untuk buang dia. Takkan kau dah lupa apa yang kau belajar masa pergi kursus perkahwinan tu?

Ni tak, kau libatkan mereka dengan masalah kau yang tak berpenghujung ni. Sepatutnya kau kena kuat dan tabah untuk hadapi semua ni. Even Ayeem dah tinggalkan kau, kau masih ada family yang support kau. Kau bukannya mengandung anak luar nikah pun, anak ini anak sah taraf dan sepatutnya kau bersyukur atas anugerah dari Allah ni. Ramai lagi orang yang dah kahwin tapi mereka tak berkesempatan mempunyai zuriat. So kau patut fikir semua tu. Berfikir secara matang dan cuba selesaikan masalah ni dengan perlahan-lahan. Semua masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.

Aku terduduk atas katil sambil meraup muka dan beristighfar perlahan-lahan di bibir. Mata aku pejamkan dan menarik nafas panjang. Qash, kau kena kuat dan tabah untuk hadapi semua ni. Dulu kau boleh je bertahan bila Ayeem tinggalkan kau walau masa tu kau masih budak-budak lagi. Sekarang ni umur kau dah nak masuk dua puluh tahun pun. Kau dah tahu bezakan yang mana baik yang mana tak baik. Pasal Ayeem tu, kau patut berdoa banyak-banyak kat Allah agar lembutkan hati dia untuk memaafkan kau. If semua tu tak jadi jugak, tu bukan salah kau lagi sebab kau dah mintak maaf. Lagipun kau dah menyesalkan dengan semua perbuatan kau tu?

Qash, kau juga perlu jugak fikir perasaan papa dengan mama. Mesti dia kecewa kalau kau buat tindakan bodoh macam ni. Lagi satu, kau la satu-satunya anak diaorang. So sekarang ni, kau jaga baik-baik kandungan kau tu, jangan fikir bukan-bukan dan jalani hidup seperti biasa. Kalau memang Ayeem memang ditakdirkan untuk kau, lambat atau cepat dia mesti akan kembali nanti.

Serentak itu kedengaran azan Asar dari masjid berhampiran. Qash, you need to change. Langkah dibawa ke bilik air untuk mengambil wuduk.








Aku turun ke bawah dengansedikit senyuman yang berukir di bibir. Hati sedikit tenang dengan semua tu. Malam karang la aku baca surah Luqman,Yusuf dan Maryam.

gurl, sihat hari ni? Baby ok?”

Eham tersenyum bila aku mengambil tempat duduk kat sofa bertentangan dengan dia. Still berpakaian formal, mesti dari ofis ni.

“sihat, baby ok je. Tak menyusahkan mummy dia pun”

Aku membalas senyuman Eham. Dia meletakkan sebuah bakul berikat reben comel ke atas meja kopi.

“bagusla cam tu. Dia sayang mummy dia la tu. Anyway, this is for you

Aku memegang bakul comel tu. Ada nampak banyak paket-paket coklat serta buah-buahan.

“U tau dari mana I suka coklat?”

Aku tanya Eham.

“adik I masa pregnant dulu pun suka coklat so I rasa U pun sama je kot”

Dia sedikit tergelak. Aku mengangguk. Betul sekarang ni aku suka makan coklat. Dulu tak suka sangat. Walau apa-apa pun aku bersyukur sebab aku tak ada alahan atau morng sickness macam perempuan mengandung yang lain. Cuma aku pengsan hari tu sebab darah aku rendah. Kalau pening pun kadang-kadang je, biasala adat orang mengandung kan?

“owh ye la tu”

actually I ada benda nak cakap ni”

Eham berhenti sekejap. Aku membetulkan kedudukan aku. Nak bagitau apa pulak ni? macam ada hal penting je.

“pasal apa?”

Aku sedikit berkerut kening. Haila, jangan la bagitau hal-hal yang boleh buat aku terkejut. Mau aku pitam lagi kat sini nanti.

“pasal Ayeem”

Jawabnya perlahan. Aku tersentak. Betulke apa yang aku dengar ni? Kenapa dengan Ayeem? Ada apa-apa terjadi dengan dia ke? Serentak itu, hati aku rasa tak senang.

“pasal Ayeem. Kenapa dengan dia?”

Eham menarik nafas perlahan dan memandang aku tepat.

“he’ still in Malaysia. I dah berjaya jejak dia”

“what?”

Aku sedikit terjerit. Ayeem ada lagi kat Malaysia? Dia tak jadi pergi UK ke? Habis tu kat mana dia sekarang?

“Ayeem ada kat sini. Dia tak pergi UK hari tu”

“habis tu dia kat mana sekarang?”

Aku sedikit bertanya dengan sedikit tak sabar.

“ada kat satu tempat, nanti I bawak U pergi sana”

Aku mengangguk perlahan. Ya Allah, kau dah makbulkan doa aku.









“U sure betul tempat ni?”

Aku membuka seatbelt yang terpasang. Dan melangkah ke luar dari kereta Toyota Vios Hitam Eham tu. Perjalanan yang memakan masa empat jam tu sedikit melenguhkan pinggang. Aku menggerak-gerakkan sedikit pinggang yang sedikit lenguh.

Aku merenung rumah-rumah comel yang terbina kat depan aku. Suasana terasa nyaman je walau baru je pukul dua petang. Angin bertiup lembut membuat aku rasa sedikit damai.

“yup, I dah check betul-betul. Memang konfem dia ada kat sini”

“ok, rumah yang mana satu ni?”

Aku melihat beberapa rumah comel tu. Semuanya diperbuat dari kayu. Tak sangka pulak Ayeem suka duduk sini, ingatkan suka duduk rumah mewah je.

“yang nombor 3107 tu. Pergila. Kalau ada apa—apa hal, I tunggu kat sini k”

Aku mengangguk kepada Eham dan melangkah ke rumah comel yang bernombor 3107 tu. Nafas di tarik panjang. Qash, kau kena kuat ok.

Aku naik ke beranda kecil yang ada kat depan rumah tu. Tangan terasa sedikit menggeletar untuk mengetuk pintu rumah. Jantung dah mula bverdebar. Apa agaknya reaksi Ayeem nanti kalau dia tengok aku datang?

Setelah beberapa kali diketuk serta disertai salam, kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam. Aku pejamkan sekejap mata.

“yes, ada apa-apa saya boleh tolong?”

Kedengaran satu suara bertanya. Aku mendongakkan sedikit kepala yang tadi merenung ke lantai.

“Ayeem?”

Sepatah keluar dari mulut aku. Dia senyum pandang aku. Air mata aku bergenang.




p/s : pendek je entry ni sebab zura dah kena berkemas. InsyaAllah lepas balik dari bercuti ni, akan buat entry panjang sikit . Anyway baca n komen yer. Enjoy :D



22 comments:

Anonymous said...

syukur..mintak2 diaorg bahgia lh....oklah dik...slmt bercuti.....apy anniversary k....sentiasa tunggu n3 terbaru....

dr silent reader susah nk komen....

Anonymous said...

sumpah x phm dgn prgai si ayeem ni...
jap mara, jap sayang.
kalo die de kat msia, nape x dtg jenguk qash?
nape x tgk qash mase qash pgsan?

rase ayeem ni cume baik ngan qash sbb nkkn 'itu' ngan qash jer..

rase benci ngan ayeem skg...
selfish!!!

zura asyfar said...

anonymous : harap2 cm tu la :D...

~ thnks yer cz sudi bc n komen entry kali ni :)

liyana said...

ayeem...i miss u..
baby miss u 2..
hehehehe :)
*gedik na

sis zura:: hepy annvrsry n slmt brcuti
xsbr tnggu sis blik
kene la thn rndu kat qash n ayeem ni

fallenmoon said...

Yay..Ayeem tak jadi pergi UK! :D

zura asyfar said...

anonymous : ade la tu sebab dia tak jadi pergi UK..

~ maybe dia tak nmpk qash pengsan kot...sebab tu dia tak tau..

~ tak sure lg ayeem baik ngn qash sebab nkkn 'tu' je :)..

~ hehe..no komen pasal benci ngan ayeem tu :D

zura asyfar said...

liyana : i miss him too :P

~ thnks pasal wish tu..hehe
~ kene la tahan rindu dua tiga hari..hehe

moon : yeah..i'm happy too cz dia tak jadi gi UK :)

korro suffian said...

Alhamdulillah! harapan saya agar ayeem dan qash berbahagia seadanya..selamanya...
usirlah dendam dalam hatimu jauh-jauh hingga hilang dari gapaian pandangan kalbumu...
pupuklah sifat kasih sayang yang telus dan murni... Qash! alangkah indahnya hidupnmu jika suamimu menyanyangimu setulusnya... jadilah seorang muslimah yang solehah dan isteri mithali epada suamimu dan permata hatimu si kecil...
Ayeem.. buanglah yang keruh.. ambillah yang jernih... maafkanlaah isterimu... ssesungguhnya isterimu hanya tersasar seketika tanpa berniat mahu menyakitimu... maka, dari itu, bimbinglah isterimu bersama dalam pelukanmu... jangan siakan peluang yanag ada ini.... ginakanlah peluang yang baik ini untuk maaf-memaafi...
dan.. terimalah isterimu kembali.....

zura asyfar said...

k.suffian : betul tu..hrp diaorg berbahagia selamanya...

~ komen anda mmbuat zura terharu...menusuk kalbu..hehe..
~ thnks anyway :D

tiekqafhea said...

ayeem... stop bg harapan palsu.. ples?

Shamien said...

please ayeem...no more running!!peluk qash tu erat2...dah2...settlekan somanya, ur baby needs u!Mommy dia pun needs u!!

p/s: cs Zura, hepi coming anniversary...epi olidays!!

zura asyfar said...

tiekqhafhea : no more hrpn palsu :D

awin : u r true..everything's will be fine lepas ni :D

~ thnks for da wish..hehe :)

Anonymous said...

lat talilat tali tamplom...

yeay~qash dh jumpa ayeem!!!!
pasni ayeem xleh myorok dh..kna jge baby tau!!

*k.z:n3 ni mcm nk mnunjukkn citer ni 'hmpir' mnuju ker ending jer..hopefly TIDAK.. -fa10-

Anonymous said...

byk betul rumah ayeem niii...

zura asyfar said...

anonymous 1 a.k.a fa10 : patot pon ayeem tu jg qash n his babies :)

~ dh nk abes dh..hehe :D

anonymous 2 : org kaya la katakan..huhu

sa'fri said...

napa ayeem x jadi ke uk? Jgn2 ayeem pun susah nk tinggalkan Qash. Anyway, qash baby twins ke? Hapy Anniversary enjoy ur holiday bila blik nanti cpt2 ye post n3 k

liyana said...

sis zura : babies???
diorng nk dpt twin ke..
yeahhh..like3
^____^

zura asyfar said...

safri : i think u're right..hehe

~ br perasan ke dia dpt twins? i think zura da mention tp nmpk cm takde yg tau pon..hehe

~ tq for da wish...hehe
~ ok2, nnt balik cuti zura try post bnyk sket entry..hehe

liyana : br perasan ke? rasenye sis da mention lam epi 18 ms mimpi tu..hehe..dlm awl2 epi 19 pon ade gak sket2.tp cm org tak perasan..hehe

~ like them too :D

Anonymous said...

mcm weird aje ayeem tu.........
ha ha ha apa2 pun maybe that is the way dia nak ajar qash utk hargai dia.......
tp kejamnya kenapa tergantung mcm ni.........
lama ke ntry seterusnya nanti?????????????

zura asyfar said...

anonymous : he's totally weird sekarang ni..hehe

~ betul tu, kena ajar qash utk hargai dia..
~ tak tergantung la..ade smbungan dia :)
~ kene pergi bercuti dulu, tenangkan fikiran,br leh dpt idea..hehe (cz dis two weeks ayik ade entry ni je hr2, idea cm dah lari) :D

sAkEeNa said...

huhu...smbung2..suke sgt..hope dorg bhgia..=)

zura asyfar said...

sakeena : ok2..same2 la hrp diaorg bahagia :D