:: My gangS :: TQVM

Monday, October 11, 2010

Bab 7 Why me?

“jahat budak jahat...”

Eh, siapa la yang duk memekak pagi-pagi buta ni. Hari Ahad macam ni la nak bangun lewat sikit. Mengganggu ketenteraman awam sungguh. Eh tu bukannya ringtone handset aku ke yang melagukan lagu Stacy.

“hello, nak ape?” Terus aku capai handset, tak sempat dah nak tengok siapa yang call.

“hoi, anak dara, bangun la weyh, dah kul 10 ni”.

Siapa pulak yang panggil aku anak dara bagai ni. Aku pejam celik – pejam celik mata yang still mengantuk. Malam tadi dahla tidur lewat, pulak tu ABC, sedap je membuta sampai matahari naik sejengkal. Sambil mata tengok handset, aku tengok nama pemanggil kat skrin.Laa..

“kau eh Vic, sorry la tak perasan tadi. Kau kat mane ni?” Aku control sikit suara yang baru bangun tidur.

“aku dah nak sampai kat umah kau ni, cepatla bangun mandi. Janji pukul 10, ni tak bangun lagi. Kan aku sampai nanti kau tak bangun lagi, aku masuk terus bilik kau kan”

“gila jahat kau, ingat aku ni bini kau ke? Suka-suka hati je nak masuk bilik orang”.

Terus aku terbangun statik kat atas katil. Dia ni suka sangat cakap lepas, kadang-kadang tu naik segan jugak aku dengan dia. Memang Petronas guy memang macam ni ke dia punya attitude. Musykil aku.

“dah tu, tak bangun lagi. Ape nak jadi la kau ni. Nanti takde orang nak nanti. Susah pulak aku yang kene masuk meminang” Dia cakap sambil tergelak. Hampeh betul.

“suka hati aku la. Dah la aku nak gi mandi ni, kan tak pasal-pasal lambat pulak”

Aku terus tekan butang off , capai tuala terus masuk bilik air. Tengok Yatie still membuta lagi. Heaven betul dia ni, jeles pulak aku tengok. Lepas lima belas minit, aku pun dah siap pakai baju tshirt, jeans dengan leather jacket. Rambut letak jel je lebih kurang, kira ok la tu dari serabai nanti.

****************************************


Pin! Pin! Pin!

Mesti dah sampai budak Syarvic tu. Yatie kejap lagi la aku mesej, nampak lena sangat tidur sampai kereta City Syarvic tu buat hon, dia tak dengar. Aku cepat-cepat buka pintu rumah. Tengok si Syarrvic dah tersenyum-senyum sambil bersandar kat tepi kereta dia. Aku ada perasan jugak budak-budak sebelah rumah aku duk mengendap si Syarvic ni. Taula dia ni handsome.

“apsal kau tersenyum-senyum ni?” Aku tegur dia sambil buka pintu kereta City dia dan ambil tempat duduk kat sebelah penumpang.

“saje, wat senaman muka pagi-pagi” Tu bukan buat senaman muka, tu jual muka kat budak-budak sebelah rumah aku yang mengendap tadi. Dah tau pun perangai mamat ni.

“yela tu, lebih baik kau senyum kat aku, dapat jugak pahala”

“wat pe senyum kat kau, ngan kau aku tak nak senyum, nak kiss boleh?”.

Terus aku cubit peha dia bila dengar dia cakap macam tu kat aku. Gatal tak habis-habis mamat ni sorang. Suruh kahwin cepat-cepat tak nak pulak.

“gila kau ni, selamba je nak kiss aku. Ni aku rase macam tak selamat je kuar ngan kau hari ni”Dia gelak kat aku sambil kenyit mata.

“ala yang, bukan luak pun kalau kiss kau”

“hishh, malas aku layan orang yang tak centre otak ni, wat sakit kepala je” Aku cakap kat dia sambil picit-picit kepala.

“ala kau ni, gurau sket pun nak sentap”

“gurau ape cam tu, sedar la kau ni cakap ngan perempuan bukannye laki”

“kau ni perempuan ke?”

Dia pandang aku sambil tengok aku atas bawah. Cheh, ni sorang lagi mamat yang suka scan anak dara orang. Cucuk mata karang, baru ade yang jadi Kassim Selamat. Aku silangkan tangan kat dada.

“hello, aku still perempuan k walau dressing cam ni. Please respect sket ok” Aku buat muka serius, tak tengok pun dia kat sebelah.

“ok, sorry yang. Kite gerak k”

Aku senyap je bila kereta City dia menderum laju. Hari ni tak jammed pulak jalan, maybe awal lagi kot. Lepas setengah jam, sampaila kat EC.

“makan dulu jom, aku tau kau tak makan lagi” Ayat pertama keluar dari mulut dia lepas aku senyap je dalam kereta dia tadi.

“ok” Aku jawab sepatah je. Memang lapar la, tadi tak sempat pun nak makan walau sekeping roti.

"aku tau kau lapar kan”

“dah tau, kenape tanya?”Aku tanya dia balik.

“jom pergi Burger King, lame dah tak pekena ngan Whopper

Dia terus tarik tangan aku sambil kaki dia bergerak menuju ke pintu masuk Burger King. Gila kuat dia pegang tangan aku, nak gerak sikit pun tak boleh. Ingat aku ni budak kecil ke takut terlepas. Hissh.

Setelah order Whopper kat aku dengan dia, kitaorang ambil meja kat depan sikit. Aku lagi suka sebab boleh tengok gelagat manusia yang jalan-jalan kat sini. Dah macam hobi dah pun.

so, camne ngan study?”Dia tanya aku sambil gigit Whopper dia.

“ok je. Next sem mayb busy sket coz ade final project

“sem ni, try dapat 3.5 above” Dia cakap kat aku lagi.

“kalau senang nak dapat, dah lame aku wat kenduri” Aku cakap kat dia sambil sedut air.

“semangat la sket, dah sem lima pun. Takkan nak main-main lagi kot” Eh, dia ni mana ade aku main-main, cuma terlebih enjoy je, hehe.

“mane ade aku main-main”

“yela tu, aku dengar tiap-tiap cuti kau gi berfoya-foya ngan sepupu kau. Dahla tu, bertaubat la sket” Hissh dia ni, kalah mak aku, mak aku pun tak ada larang aku macam ni.

“kau ni dahla cakap pasal study bagai, aku datang sini nak enjoy, bukannye nak cakap pasal study ”Angin la pulak aku, yela datang nak seronok-seronok, tiba-tiba kena ‘basuh’ pulak dengan mamat ni.

“okla, tak cakap dah pasal ni. Cepat la makan, nanti kau teman aku gi shopping baju sket, dah lame aku tak shopping”

“ok”

Lepas habis isi perut, aku pun ikut dia pergi butik Polo. Katanya nak beli kemeja dengan tshirt. Aku ikut je. Nak shopping sekali, duit tak ada. Lainla kalau ada yang nak belanja. Banyak jugak dia ni shopping, aku tengok ada la jugak sampai beribu mase dia gores dan menang kad kredit dia tu. Best jadi orang kaya ni, swipe je terus dapat barang. Bila la aku nak kaya?.

“kau tak nak beli ape-ape ke?”Dia tanya kat aku sambil tangan picit-picit hanset dia. Dengar tadi macam ade mesej masuk. Tengah reply la tu.

“takde. Duit loan cukup-cukup je untuk sebulan lagi” Aku cakap sambil mata duk pandang kat sepasang kekasih yang duk berpeluk sakan kat depan aku ni. Nampak menyampah pulak tengok.

“kau tengok ape tu? kau kenal diaorang ke?” Dia tanya aku sambil tangan dia duk tunjuk kat diaorang kat depan aku ni.

“takla, wat sakit mata je tengok”

“kau jeles eh? kalau kau nak, boleh je aku peluk kau cam diaorang wat tu”

“beranila, aku backhand kang” Aku dah start buat muka garang kat dia. Dah datang pulak perangai gatai miang dia ni.

“whoa, takut aku” Dia cakap sambil senyum-senyum kat aku. Perli aku la tu.

“kau ni dahla wat perangai gatal kau tu, seram aku” Aku cakap kat dia lagi.

“dah aku ajak kau kawin ngan aku tak nak, aku gatal miang ngan kau sorang je” Cheh, sempat lagi duk mengayat aku kat sini. Macam la aku tergugat dengan ayat dia tu. Dah masak sangat pun.

“malas aku kawin ngan kau, wat sakit hati je kalau dapat laki perangai cam ni” Aku cakap sambil mata jeling dia.

“pas kawin nanti, aku takde la wat perangai cam ni. Aku akan setiapada yang satu je” Dia cakap kat aku tapi mata dia still merenung aku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku dari dia. Tak sanggup babe nak balas renungan mata dia lama-lama, boleh cair.

“dahla, layan kau baik aku balik, boleh jugak sambung tidur tadi’"

Aku cakap tanpa palingkan muka aku kat dia sambil kaki dah laju nak menuju kat pintu depan EC.

“weyh, chilla. sket – sket nak merajuk. Cam budak-budak je kau ni”.

Dia tarik tangan aku masa aku kaki aku dah nak sampai pintu depan. Nasib baik tak terjatuh aku tadi. Tu pun siap dah nak berpeluk dah dengan dia. Sempat lagi buat drama sebabak kat sini. merah rasa muka aku.

Aku buat muncung mulut tanda merajuk. Dengan dia je aku buat macam ni, maybe sebab kitaorang rapat jadi aku macam tak kisah dah.

“kau ni, tak yah la wat muncung cam tu, buruk plak aku tengok”
Aku terus cubit lengan dia. Tula sape suruh buat aku merajuk tadi.

“nak gi ladies la jap” Masa aku cakap tu, dia still renung aku tak berkelip, maybe dia ingat aku marah kat dia kot. Padahal aku dah tak tahan ni nak terkencing.

Lepas keluar dari ladies, aku tengok dia berdiri depan kedai Tomei. Buat apa kat situ, takkan nak beli barang kemas pulak. Tapi maybe jugak beli untuk mak dia kot.

“dah petangla, jom la balik” Aku cakap kat dia sambil tangan picit-picit handset nak mesej Yatie, tadi lupa plak nak mesej.

“cepatnya nak balik, tak lepas lagi rindu kat kau”

“dah seharian kita jalan-jalan kat sini, penat dowh kaki ni” Dia renung aku lagi maybe tak puas hati kot sebab tak jawab soalan dia tadi.

“ok la”

Kitaorang terus balik. Dalam kereta aku diam je, aku tengok dia pun macam tak ada mood je nak cakap. Jangan kata dia merajuk pulak dengan aku. Susah pulak nanti nak kena pujuk bagai. Aku ni bukannya reti sangat nak pujuk lelaki, eh silap tak ada experience la. Apasal aku rasa macam lama je pulak perjalanan balik ni, tadi macam kejap je. Mengantuk la pulak, lagu pun slow je petang-petang macam ni.

“Zoey, zoey” Aku rasa macam ada orang panggil nama aku. Rasa macam ada tangan duduk mengusap pipi aku. Terus aku celik mata. Tengok tangan Vic tengah duduk pegang pipi aku. Kepala aku pulak elok je landing atas bahu dia. Cepat-cepat aku angkat kepala, malu pulak rasa.

“eh Vic, kita dah sampai ke?” Tanya aku kat Vic sambil tangan duk tutup mulut sebab menguap tadi. Control malu. Macam lama je aku dengan dia duk berdua dalam kereta ni. Dahla depan rumah sewa aku pulak tu.

“dah lame dah sampai, saje je aku tak nak kejut kau. Tengok macam lena je tadi” Dia cakap sambil senyum kat aku. Tak lenguh ke otot pipi dia ni duk senyum je dari tadi.

“dah nak masuk Asar ni, tu yang aku kejut kau. Tak elok la orang tengok kalau nampak aku ngan kau berdua je dalam kereta time ni” Cheh, tadi duduk gosok pipi aku tu baik sangat la. Aku jeling dia sekilas.

anyway thanks la sebab kuar ngan aku tadi, lame dah tak happy-happy cam gini” Dia senyum lagi kat aku. Aku pulak macam merah je pipi, tak tau kenapa, takkan malu kot.

“ur welcome” Aku terus bukak pintu kereta. Tapi sempat tangan dia tahan aku dari keluar. Eh apalagi dia nak ni.

“tunggu jap” Dia kata sambil tubuh dia pusing kat belakang, hampir je tubuh aku dengan tubuh dia bersentuh. Hidung aku dapat bau je perfume dia pakai. Terus aku statik kat situ.

“ni, ada benda nak bagi kat kau. Sudila yer terima” Aku terus amik paper bag yang dia bagi.

“terima kasih”

“kasih diterima” Cepat je dia balas sambil senyum kat aku.

“take care, jumpa lagi” Dia cakap kat aku lagi sambil tangan duduk memulas kunci kereta.

“drive carefully” Tu je sempat aku jawab sebelum kereta dia menderum pergi dari rumah sewa aku. Aku terus melangkah masuk rumah sewa aku. Nak mandi sebab badan pun dah melekit-lekit. Nampaknya Yatie pun tak balik lagi sebab motor dia tak ada kat rumah.

2 comments:

hazulfa said...

percubaan yg baik..akak dh bc bab 1=-7..ok..teruskn

zura asyfar said...

thanks..sy pun tak pandai nak olah cerita ni..tulis berdasarkan ape yg sy rasa je..lgpun 50% dr citer ni kisah benar..tak t'niat pn nak pblish..