:: My gangS :: TQVM

Wednesday, November 3, 2010

Bab 9 why me?

Kelas petang memang mengantuk. Rasa mata ni dah kena gam dengan gam cap gajah dah. Asyik nak tertutup je. Aku kerling Yatie kat sebelah, lagi syok siap letak tangan kat dahi konon-konon cover nak tidur. Aku pandang pulak ke sekeliling kelas, memang semua dah masuk mode layu kuyu dah pun. Bila la nak habis kelas Highway ni? Bosannya ya amat.

Habis je kelas, terus aku balik ke rumah sewa. Tadi sempat makan roti je masa break. Patutla perut ni dah start berkeroncong. Makan maggi je ok jugak ni sementara time makan malam. Yatie pulak dah start berlingkar kat atas katil. Baju pergi kelas tadi pun belum bertukar lagi.

Tit..Tit..

Nasib baik tak terjatuh sudu yang berisi maggi kat tangan. Kacau betulla, baru je nak masuk mulut ni. Siapa pulak yang mesej petang-petang macam ni. Handset dalam poket seluar aku keluarkan. Huhh.. Andriand rupanya.

Don’t forget our date tonight, pakai elok2 sket..

Nasib baik dia yang mesej, aku pun dah lupa sebenarnya. Emm..pakai elok-elok sikit? Masalah ni. Takpe-takpe, pinjam baju Yatie je la nanti.

Ok..

Aku dtg kul 8..

Yela2..brp kali nk bgtau ni..

Hissh, dia ni. Bagitau sekali dahla. Aku tak hilang ingatan lagi.

“Tie, bangun jap” Tubuh Yatie yang sedang merengkot tidur tu aku kejutkan.

“ape?” Matanya masih lagi pejam.

“aku pinjam baju kau boleh? Kalau boleh nak baju ladies la”

Terus Yatie bangun terduduk bila aku cakap nak pinjam baju dia.

“nak pinjam baju? kau nak gi mane ni?” Yatie dah pandang aku semacam.

“ade date la malam ni” Aku jawab sambil tangan ambil towel kat penyidai.

“biar betul kau ni?”

“betulla, takkan aku nak main-main plak”

“ngan sape?” Dah agak dah, mesti Yatie sibuk je nak tau.

“ade la” Aku tersenyum-senyum.

“cakapla sape dia”

“Andriand” Aku jawab sepatah.

“whoa, senyap-senyap kau ngan dia ek?” Yatie dah tersenyum-senyum.

“takdela, just tolong dia je kali ni je”

“bile mase plak kau ni baik hati nak tolong dia segala?” Yatie tanya dengan muka tak puas hati.

since aku jadi partner final project kitaorang”

Terus aku masuk bilik mandi. Yatie dah terpinga-pinga tengok aku. Yela, aku bukannya rapat pun dengan Andriand. Bercakap pun sekali sekala. Macam mana boleh bersetuju dengan rancangan dia pun aku tak tau.

*******************************************************



Lepas je maghrib, cepat-cepat aku bersiap. Yela, nak dressing macam perempuan ni mesti kena standby masa lama sikit. Yatie dah tolong aku mekap, sebab aku ni tak reti sangat bab-bab mekap ni.Entah berapa kilo dia letak foundation pun aku tak tau. Yang pasti jangan nampak macam opera cina dah la. Baju blouse warna purple lembut aku pakai. Dengan wig paras bahu, rasa dah macam bukan aku je dalam cermin. Nasib tak pakai heels je, kalau tak kalah model sebab tinggi semacam je. Tu pun aku pakai wedges je. Kira ok la, suits je dengan blouse yang aku pakai dan jeans.

Tepat pukul 8 macam dijanjikan, Andriand sampai. Mamat ni memang tepat masa ke? Aku terus keluar buka pintu rumah. Nampak dia dah duk bersandar kat kereta. Dengan tshirt kolar Paul Smith dan jeans biru gelap, apasal dia nampak handsome je malam ni? Ahh sudah, kau jangan nak meroyan pulak malam ni Zoey.

“hi”

Aku sapa dia dulu. Nampak dia terkejut habis. Takkan la cantik sangat aku pakai malam ni sampai tak berkelip-kelip mata tengok aku.

“err..Hi..”.

Apasal la sampai tergagap ni? Biasa aku je yang gagap bila jumpa dia. Tapi dulu-dulu la, sekarang dah tak lagi.

"kau cantik"

"huh?"

"takde ape-ape la"

Aku dengar tapi saja je buat-buat tak dengar. Tu la, don’t jugdge a book by it’s cover. Hehe, perasan betul kau ni Zoey.

“jom, nanti lambat pulak” Last-last aku pulak yang kena ajak dia. Terbalik sudah.

Dia pun senyum dan terus pergi buka pintu kat sebelah penumpang. Terkejut aku.Memang tak pernah-pernah lagi ada lelaki yang tolong bukakan pintu untuk aku.Lepas je dia masuk dalam kereta, aku terus pakai seat belt, ye la for safety. Mana tau kot-kot mamat ni jenis kaki race. Mau terbang nyawa nanti.

so nak gi mane ni?” Aku yang bersuara dulu sebab masing-masing diam je dari tadi Nasib ada radio kalau tak memang bosan la.

“rumah parent aku”

Dia jawab sambil mata fokus pandang depan. Memangla kena pandang depan, kang tak pasal-pasal ada yang masuk longkang pulak. Hissh, apa aku melalut ni.

" kau biar betul ni?”

Bulat mata aku kejap. Biar betul Andriand ni. Ingatkan suruh berlakon jadi girlfriend dia sebab nak tunjuk kat perempuan lain ke apa, last-last nak bawak jumpa family dia. Waa, nak balik la macam ni. Tak ready pun.

“betul-betul la ni”

Habis, mati la aku kali ni. Nak cancel kan dah kat tengah jalan. Aku nak buat apa ni? Fikir Zoey, fikir.

“aku tak nak gi la cam ni”

“mane boleh, kau dah janji kan ngan aku semalam. Lagipun aku dah bagitau parent aku yang kau nak datang. Takkan nak hampakan diaorang pulak”

Aku mengeluh. Tula Zoey, cepat sangat setuju semalam.Kan dah terkena.

“tak yah mengeluh la. Buat macam biase je k”

Aku mencebik. Try la duduk dalam keadaan aku, mesti menggelabah cicak jugaknya. Kira ni macam first time nak jumpa bakal mertua la. Patutla suruh pakai elok-elok sikit. Adoyai, kenapa la aku boleh terlibat dalam game Andriand ni.


***********************************************

“here we are”

Andriand matikan enjin kereta lepas sampai kat rumah banglo dua tingkat tu. Nampak macam besar gila je rumah dia ni. Tiba-tiba aku rasa macam segan je nak jumpa family dia.

“nice house”

Tu je yang aku dapat cakap kat dia sambil mata melilau-lilau tengok halaman depan rumah dia. Ada dua buah kereta, BMW M6 dan Mercedes SLK. Hmm tak tau nak cakap apa sebab family dia kan golongan orang berada, takkan nak pakai kereta biasa-biasa pulak kan. Aku ni lainla, dari golongan orang-orang biasa je. Kereta tempatan pun tak berapa mampu nak beli.

“thanks, jom masuk. Parent aku mesti dah tunggu tu”

Wait, apasal aku rasa jantung aku berdegup kencang ni? Berlakon je la Zoey. Bukannya betul-betul pun jumpa bakal mertua. Tapi hati aku tetap rasa tak sedap.

Aku mengikut dia masuk ke dalam rumah. Fuhh,memang mewah gila la, English style tu dia punya decoration. Memang gempak habis la. Aku tengok ada seorang lelaki dalam lingkungan akhir empat puluhan tengah duduk kat sofa kat ruang tamu dan di sebelah dia ada seorang perempuan dalam lingkungan umur awal empat puluhan, mesti parent dia ni.

“pa, ma. Ni la Viya, kawan yang Riyand cakapkan tu”

Bila masa pulak aku dah tertukar nama jadi Viya ni? Fuhh, nervous gila rasa. Rasa macam dah nak tercabut jantung.

“apa khabar Datuk, Datin”

Perlahan suara aku bertanya khabar sambil pergi bersalam dengan diaorang. Kena la tunjuk budi bahasa sikit. Aku ingat lagi pesan mak aku suruh hormat orang yang lebih tua. Lepas tu aku dengan Andriand duduk kat sofa L setentang dengan papa dan mama nya.

“emm..kami baik-baik je..takyah panggil datuk datin, panggil auntie and uncle je”

Aku mengangguk dan senyum bila mama dia bersuara.

“ingatkan Riyand takde kawan perempuan. Yela asyik ngan Fadzrul je”

Mama Andriand memerli. Andriand buat muka.

“ma, ingat Riyand ni anti perempuan ke?”

Aku tengok Andriand bersuara sambil mencebik. Pandai sungguh berlakon. Hmm..betul pun auntie, anak auntie ni anti perempuan. Kat uni tak bercakap pun dengan perempuan. Rasa nak jawab macam tu je kat mama dia.

still study lagi kan?”

Papa Andriand pulak ambil giliran menyoal aku. Dah macam banduan pulak kena soal-siasat. Hissh.

“ye uncle..sama course ngan Andriand” Aku jawab sambil mengangguk.

“kalau cam tu, reception bolehla buat lepas habis grad nanti”

Reception apa pulak ni? Berkerut rasanya dahi aku bila papa Andriand cakap pasal reception. Takkan la wedding reception pulak. Tapi aku tengok Andriand tersenyum je, hissh mamat ni boleh pulak dia tersenyum masa ni.

“reception ap...”

“pa, ma..Riyand laparla, jom kite makan”

Tak sempat aku nak tanya pasal reception tu, Andriand terus potong cakap aku. Rasa nak sekeh laju-laju je kepala dia. Nak tak nak, terpaksa la ikut diaorang pergi kat meja makan. Aku nampak orang gaji dia, tengah tuang minuman. Banyak gila makanan, makan sepuluh orang pun belum tentu habis ni.

“makanla Viya, ni auntie masak semua ni”

Mama Andriand mempelawa lepas kami duduk di meja makan. Tak tau nak makan mana satu ni. Lagipun rasa macam segan je.

“pandai auntie masak” Aku membalas.

“kalau Viya nak belajar, auntie boleh ajarkan”

Aku tengok papa dan Andriand dah tersenyum-senyum kat aku. Mak, tolong Zoey, nak balik. Tak pasal-pasal terikat dalam family Andriand ni masa ni.

“dahla tu, jom makan. Nanti sejuk pulak” Papa Andriand bersuara. Lepas tu masing-masing senyap, khusyuk je makan. Tiba-tiba..

“sayang, tolong ambilkan lauk ayam merah tu kat abang”

Nak tersedak nasi yang aku telan. Aku tengok Andriand senyum sambil kenyitkan mata. Apa ni sayang abang pulak? Hissh, geram betul. Nak tak nak terpaksa la aku cedokkan seketul ayam merah ke dalam pinggan Andriand. Tu pun sebab malu dengan papa dan mama dia. Releks Zoey, lakonan je semata-mata.

“sayang, ambilkan dessert, tak sampaila”

Huh, apasal Andriand ni jadi manja mengada semacam je malam ni? Kaki dia kat bawah meja aku tendang. Berkerut mukanya sambil tahan sakit. Padan muka, dahla rasa blushing gila je muka aku time ni.Lantas pudding caramel aku letak dalam piring.

“Viya, Riyand ni memang manja sket. Maklumla anak bongsu lelaki”

Mama Andriand bersuara lepas aku pamer muka tak puas hati tadi kat Andriand. Papa dia pun dah tekup mulut. Mungkin menahan ketawa sebab tengok gelagat kami.

“mama” Andriand membulatkan mata. Malu la tu kata dia anak manja.


*********************************************

Lepas makan dessert, mama dan papa Andriand mintak diri nak naik atas. Katanya, nak bagi kitaorang privasi. Yelatu. Aku pun duduk kat kerusi berhampiran dengan swimming pool. Menikmati suasana malam konon-kononnya.

Kira ok la jugak layanan keluarga Andriand ni walau diaorang ni orang berada. Siapa-siapa yang menjadi menantu mesti bahagianya la dapat mertua yang baik. Tapi bukan aku k, aku berlakon je semata-mata.

“apsal kau mengada semacam je tadi?”

“hehe. Aku mengada ngan kau je” Dia tersengih. Bencinya aku tengok dia tersengih macam tu.

“kau ni memang saje kan nak malukan aku”

Baru je tangan aku nak cubit lengan dia, cepat-cepat dia tepis. Dia ni kan memang la.

“ala, kene la berlakon mesra-mesra sket, baru nampak real

“yela tu real..tapi kenape kau potong cakap aku tadi? Tak sempat aku nak tanya papa kau tadi”

Rasa tak puas hati pulak sebab tak tau cerita sebenar. Lagipun macam ada something je yang tak kena.

“wedding reception”

“what?”

“takyah la sampai ternganga mulut, takde kene mengena ngan kau pun”

Aku terus tutup mulut. Memang tak ada kena mengena dengan aku, tapi aku pun nak tau jugak hujung pangkal cerita.

“mesti takut kene kawin dengan calon pilihan papa ngan mama kau kan? Tu yang suruh aku berlakon, betul tak?” Terus aku tanya soalan cepumas kat dia.

“hmm..Lebih kurangla..Taknak la kene kawin ngan sepupu sendiri, tak berkembang langsung”

Andriand jawab sambil mata dia menjeling sekilas kat aku. Betul pun tekaan aku.

“owh, sebab tu bawak aku jumpa parent kau”

Aku terus sambung cakap dia sambil mengangguk. Ada jugak sekarang ni kena kahwin atas dasar pilihan keluarga, ingatkan zaman mak ayah aku dulu je. Tapi keluarga Andriang tadi nampak ok je, tak tau la kalau berlakon semata-mata sebab nak ambil hati aku sebagai tetamu.

“Aku taknak kawin ngan sepupu aku tu, social life dia teruk sangat. Tiap-tiap malam tukar lelaki, lagipun aku dah anggap macam adik sendiri je”

Aku tengok Andriand mengeluh. Patutla tak nak kawin dengan sepupu dia tu. Kesian pulak aku tengok.

“dahla cakap pasal hal ni, aku hantar kau balik”

Aku mengangguk dan ikut dia ke kereta. Tak tau dah nak cakap apa lagi sebab nampak muka dia macam moody je.

3 comments:

RinsyaRyc said...

haha.. sempoi habis la! andriand sweet gila! >_< dlm part mesej tu~ hehe..

zoey boleh menggelabah pulak mesti bnyak bca novel smpai terkejut dngar wedding rcption.. terus die fikir dia .. keh-3

zura asyfar said...

@RinsyaRyc

hehe....sweet lah tu kut...ha'ah mmg dia gelabah gak bile dgr wedding reception tu...hehe

nurul said...

nmpk macam wtk laki utama anriand ni..