:: My gangS :: TQVM

Sunday, February 20, 2011

My Little Shark - 14




Episode 14








Aku belek berkali-kali belakang gambar yang berada kat tangan aku tu. Rasanya dah betul alamat ni kalau tengok alamat yang berukir indah yang ada kat tiang pagar rumah ni. Sebuah rumah yang boleh aku panggil villa, tersergam indah kat depan mata aku. Memang patut pun panggil villa kalau ditengok dengan keluasan rumah ni. Saujana mata memandang biasa orang cakap.

Suasana sunyi sepi seperti tiada penghuni membuat aku sedikit seram walau hari belum lagi malam. Dahla kawasan ni agak terpencil sedikit sebab terletak kat kawasan lembah bukit. Sesuaila kot dengan nama dia Citrus Valley. Tapi aku tak nampak pun pokok limau Citrus kat sini.

Aku keluar dari kereta dengan menggerakkan sedikit tangan dan kaki yang lenguh. Yela, dekat tiga jam jugak jarak perjalanan dari rumah aku tu. Memang penat jugak rasa. Tapi disebabkan suasana kat sini damai dan tenteram je, membuatkan penat tak terasa sangat.

Aku bersandar kat badan kereta sambil mata memperhati villa tu. Dah macam villa style English je pulak kalau tengok sekali imbas. Mesti best kalau dapat duduk sini. Aku senyum sendiri.

Aku terjenguk-jenguk mencari kelibat orang tetapi tak ada. Haila, rumah besar gedabak seluas padang bola tapi tak ada orang. Macam rugi je buat rumah besar-besar macam ni. Dalam aku terjenguk-jenguk tu, aku perasan ada satu butang kat tiang pagar. Kena tekan benda ni kot dulu baru tau ada orang ke tak?

Berkali-kali aku tekan butang tu tapi macam tak ada reaksi langsung pun. Mungkin pemiliknya tak ada kat rumah kot sebab kereta pun tak ada kat garaj. So apa aku nak buat sekarang ni? Takkan nak balik je kot? Nanti sia-sia je aku datang sini. Dahla ni je satu petunjuk yang boleh bawa aku pada Ayeem selepas dekat sebulan hal tu berlalu. If aku balik je, maknanya kemungkinan untuk aku jumpa Ayeem tak ada langsung.

Nanti kalau aku balik dengan tangan kosong, mesti papa dengan mama kecewa. Dahla hari tu aku kena marah teruk dengan diaorang sebab hal ni. Haila, kena tunggu sini la nampaknya.

Aku kerling jam kat tangan, dah nak masuk pukul enam petang. Haila, perut pun dah mula berkeroncong sebab tengah hari tadi aku tak makan.









Aku yang dah hampir terlelap dalam kereta terjaga bila bunyi enjin kereta. Dari dalam kereta, aku ternampak sebuah kereta Audi TT 2.0T S-Line Quattro kaler biru gelap meluncur laju masuk ke halaman villa tersebut bila pintu pagar terbuka. Dahla cermin kereta tadi tu semuanya bertinted gelap, so tak nampak pun kelibat pemandu dia.

Aku tergesa-gesa keluar dari kereta dan berlari masuk bila ternampak pintu pagar dah mula tertutup. Fuhh, lega rasanya bila dapat masuk kat kawasan villa tu. Kereta Audi tadi dah elok terparking kat porch sebelah villa tu. Tapi Qash, selamba je kau masuk villa ni tanpa mintak izin pemilik dia. Ah, kalau kena halau nanti aku balik je la. Yang penting sekarang ni, aku nak tau apa hubungan Ayeem dengan villa ni.

Pintu kereta dibuka dan kelibat seorang lelaki yang berambut perang keluar. Rasanya kalau tengok dari ketinggian lebih kurang dengan Ayeem je. Tapi aku tak berapa perasan sangat muka dia sebab dia masih membelakangi aku. Memakai jaket kulit tak seperti pakaian yang biasa dipakai Ayeem pun. Lagi pulak rambut dia kaler perang, Ayeem rambut dia tak ada kaler macam tu. Original hitam semulajadi walau aku sibuk-sibuk je buat highlight kat rambut aku.

Kaki aku seolah-olah terpaku pada rumput kat laman tu bila lelaki rambut perang tu berpaling. Dia jugak berhenti melangkah bila ternampak aku kat situ.








“A-Ayeem”

Tersekat-sekat suara aku keluar. Dia merenung aku tajam. Aku menelan liur. Takut direnung macam tu.

“kau buat apa kat sini?”

Tanyanya sinis. Aku masih terkejut melihat dia. Bukan apa, dressing dia dah berubah terus tak macam dia pun sekarang ni kalau tengok. Dengan sungglasses yang diletak atas rambut, wajah dia seolah-olah macam model lelaki terkenal.

“err, aku-saya datang cari awak”

Tu je ayat yang aku dapat keluarkan dari mulut aku ni. Tu pun bahasa aku-kau, aku dah tak guna sebab aku dah janji tak nak gunakan macam tu lagi kalau jumpa Ayeem.

“kenapa cari aku lagi? Tak cukup lagi kredit kad yang aku bagi tu?”

Fuhh, menusuk sampai ke jantung bila dengar Ayeem perli aku macam tu. Aku tahan sebak kat dada. Dia tak rindu aku langsung ke? Aku kalau boleh nak saja peluk cium dia untuk hilangkan rindu. Tapi aku sedar, yang dia masih marah kat aku lagi. So Qash, sabar je la dulu. Orang yang masih marah memang akan bersikap macam ni. Aku tarik nafas perlahan.

“bukan cam tu. Saya datang nak mintak maaf sekali ngan nak ajak awak balik rumah”

Aku jawab jujur. Dia yang tadi merenung aku tajam dah mula tergelak.

“jangan mimpi siang hari la Qashrynna. Aku bukannya budak kecik sampai nak kena bawak balik rumah segala. Lagipun aku dah ada rumah kat sini. Lagi besar dari rumah kau tu”

Aku tahan sedih kat hati. Sampai hati Ayeem cakap macam tu kat aku. Takkan dia dah lupa lepas papa dengan mama dia meninggal, papa dengan mama aku yang jaga dia. Walau semua tu wasiat papa dengan mama Ayeem, tapi mama dengan papa aku tetap jaga dia macam anak sendiri. Dan aku sendiri yang cemburu dengan semua tu.

“awak tak kesiankan papa ngan mama ke? Diaorang rindukan awak”

Aku cuba memancing, mana tau kot-kot Ayeem terpujuk dan sanggup ikut aku balik.

“dahla Qashrynna, aku tau kau sengaja je buat alasan cam tu”

Aku menelan liur. Ayeem, kau betul-betul dah berubah. Dalam masa sebulan tak jumpa, kau dah berubah jadi orang lain sampai aku dah tak berapa kenal kau lagi. Adoyai, apalagi aku nak cakap pada Ayeem sekarang? Aku tak pandai nak pujuk dia lelaki macam biasa perempuan lain buat tu. Semua benda yang aku hafal tadi dah hilang terus dari kepala.

“kau balik je la. Aku tak perlukan lagi kau kat sini”

Ayeem terus je berjalan menghala ke pintu villa tersebut. Aku hanya tengok je dia tanpa berbuat apa-apa. Qashrynna, you must do something, jangan tengok je la. Takkan nak sia-sia kan peluang yang datang ni macam tu je?








“Ayeem, saya rindukan awak!”

Tanpa sedar aku mengejar dan terus peluk dia dari belakang. Air mata aku mengalir laju. Rasa macam terlepas sedikit rindu bila peluk dia. Aku pejam mata menikmati bau perfume dari badannya. Satu je yang tak berubah, perfume yang biasa dia pakai tu.

Serasa hampir dua minit kitaorang berkeadaan macam tu. Masing-masing kaku tanpa bersuara, hanya aku je yang menangis teresak-esak di belakang badannya.

Aku terasa tangan aku yang melingkari pinggang Ayeem ditolak kasar. Terus je dia berpusing menghadap aku.

“Ayeem, maafkan saya. Saya sanggup buat apa saja kalau awak sanggup maafkan saya”

Aku berkata lagi.

“kau sanggup buat apa saja ni?”

Ayeem tanya aku dengan wajah yang tak boleh aku tafsirkan. Janganla dia suruh aku buat yang bukan-bukan. Hati aku sedikit gembira dengan kata-kata Ayeem tadi sebab kemungkinan dia akan maafkan aku. Qash, misi kau hampir berjaya. Aku cuma dapat tahan senyum je.

“masak kat aku dulu. Aku lapar ni. Nanti aku fikir dulu apa yang nak suruh kau buat”

“huh?”

Nak terjatuh aku bila dengar apa yang dia suruh tu. Masak? Aku kena masak ke? Adoyai, aku ni mana pernah masak kat rumah. Huh, saja je Ayeem ni nak kenakan aku.

“why. Ada masalah ke?”

Tanyanya dengan sedikit senyum. Aku tengok je dia. Rindu dengan senyum dia tu.

“err..ok. Dapur kat ne?”

Aku tutup perasaan terkejut dengan bertanya soalan.

“ikut aku”

Ayeem terus je berlalu ke arah dapur. Aku hanya mengikut dia dari belakang.






***************************************************************




Kagum aku dengan ruang dapur yang ada kat villa ni. Semuanya serba lengkap, kemas dan bersih. Takkan Ayeem yang kemas semua ni sebab macam tak tak percaya je. Mesti dia ada upah orang gaji ni.

“semua barang ada dalam ni”

Dia stop depan peti sejuk dan berpeluk tubuh tengok aku.

“err, nak masak apa?”

Sumpah, aku tak tau nak masak apa sekarang ni. And Qashrynna kau boleh masak ke? Haila, masalah-masalah.

“ikan masak tiga rasa, tomyam and puding laici”

Selamba je keluar ayat tu dari mulut Ayeem. Aku dah hampir ternganga dengar request dari Ayeem tu. Ingat ni restoran ke apa? Aku telan liur. Qashrynna, habisla kau kali ni.

“ok-ok”

Aku setuju je dan terus membuka pintu peti sejuk yang berpintu dua tu. Fuhh, banyak gila stok makanan macam bukan duduk sorang je kat rumah ni.

“sayang, I dah balik”

Terhantuk kepala aku kat pintu peti sejuk bila dengar suara perempuan. Aku kembali berdiri untuk tengok siapa yang datang. Seorang perempuan berpakaian blouse separa peha kelihatan tersenyum manis menuju ke arah Ayeem.

“hai honey, lambat U balik?”

Ayeem tersenyum. Perempuan tu selamba je memeluk lengan Ayeem.

shopping sket tadi”

Perempuan tu mengucup pipi Ayeem. Lepas tu selamba je Ayeem mencium bibir perempuan tu. Aku dah ternganga kat situ. Siapa perempuan ni? Takkan perempuan tu tak perasan aku kat sini?

“oh, lupa pulak. Kenalkan ni my new wife, Zara”

Ayeem memperkenalkan perempuan tu pada aku. Aku dah tak tau nak buat reaksi apa. Terkejut, marah, sedih semua ada. Perempuan tu menghulurkan tangan kepada aku untuk bersalam. Aku teragak-agak nak sambut huluran tangan dia tapi bila perasan Ayeem dah pandang aku semacam, aku sambut jugak.

“Qashrynna”

Tu je sepatah yang dapat keluar dari mulut aku sebelum air mata aku mengalir laju. Aku tak sangka sebulan je kitaorang tak jumpa, Ayeem dah kahwin lain. Patutla hari tu dia ada cakap nak kahwin lagi satu. Tak tau la pulak yang dia betul-betul maksudkan cakap dia tu.

“sayang, jom pergi depan. Dia akan masak untuk kita”

Ayeem memeluk pinggang perempuan tu dan mereka berpusing ke depan. Aku dah rasa kaki aku dah tak berdaya nak tampung tubuh aku berdiri. Aku sempat berpaut pada peti sejuk sebelum terjatuh atas lantai.




p/s : bace n komen yer :D

48 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Sharqiy!! Kejam! Kenapa kawen dengan orang lain?! Sakit hati! Nak tumbuk2 je si Sharqiy ni!

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : entahla dia tu..sbr2 :)

Qwerty said...

what theeeeeee????

apa ni ayeem?

zura asyfar addy rifqhiey said...

qwerty : ????..tak tau kenape ngn ayeem tu :(

SyahirahSaity said...

ehem! errr tidak terkata sudah,, =.=" sis nih,, semalam dah suspen hari ni lagi la suspen,, haish,, macam nak luruh jantung bila baca ayeem dengan perempuan bernama zara,, haiyak !

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasha : Speechless? Suspen? :same to me..sorry :(

hana_aniz said...

qash lupa kn ayeem!! heeeeeee
sambung cepat2. huhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

hana _aniz : lupekan Ayeem???

~ next epi : pukul 8mlm esok, tgu yer :D

SyahirahSaity said...

ha'ah speechless gila,,buleh sakit jantong macam ni,, sis esok sambung,, >.< aaaaaaa~ tak kan la ayeem sekejam sampai macam tu,, tapi kan kan,, mesti zara tu hanya lakonan jea,, kekeke,, nak bagi qash tu sedar,, :D :D :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : jgn sakit jantong dulu..huhu..., mayb kot ayeem saje wat cam tu..esok sis smbung, dah taip dah ni...sabar2 yer :DD

SyahirahSaity said...

heeeee~ orite,, tapi rasa2 nya dia saja tu,,

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : :DD

Anonymous said...

atiqah- waaaaaaaaaaaaaa....pe ni ayeem...xmau la cmni....sian qash.....

nanieZACK. said...

AAAA, siot gilaaa. Ahhh, bengang-2. ><

Anonymous said...

pehal ngan ateem ni? adududuh... dah x bersemangat nak teruskan bacaan bila ayeem dah kawen laen...

oh ya! buatlah satu insiden yg mana qash berlari dan kemudian accident! then, qash sebenarnya sudah mengandung 4 minggu... then, bila ayeem tahu berita tu.. barulah dia merayu-rayu kat qash meminta maaf... mest sedey part tue.. biarlah kali ni qash jual mahal seket...

tapi serius i tak sanmenanggung kebencian kat ayeem bila next n3 menyatakan zara tu bini muda ayeem..

no!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

jgn buat begitu!!!!!!!!!!!!!!!

plis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sati hati i ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

bencinya. cepat sambung

Unknown said...

Nice.. ni baru best... Lagi banyak konflik lagi mantap... Entri ni betul2 buat orang bengan ngan ayeem.... ni menunjukkan entri ni mantap... huhu... kpd penulis, teruskan bekarya dan TQ for this en3.... Arigatooo....

zura asyfar addy rifqhiey said...

atiqah : tu la kenape ayeem wat cam tu??

naniezack : sbr2..

anonymous 1 : idea anda akan dipertimbangkan..tgu yer next entry :)

anonymous 2 : ok2..

zura asyfar addy rifqhiey said...

hirumakecil : thankss ats pujian anda..terharu pulak ni...

~ same2 ;D..esok ptg next entry :D

Anonymous said...

tiba2 rasa benci gan ayeem...wawawawaw......agak2 brapa episod lg cite ni..xsabar nk tau ending die....hehhehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : semua dh benci ngn ayeem..huhu

~ tak tau lg berape episode dia, maybe dah tak bnyk dh kot :)

S. said...

NAK NANGESSSSSSSS!!!! AYEEM ni dah kejam dari Zafran!!!!!!! I hate u AyeeemmMM!!!!!Sis, im speechless baca post nia, jantung dah jatuh kat tanah! N dont tell me that Qash is pregnant sebab dia pengsan 2!!huhuhu....x lena bak tido malam ni...smbg2

Anonymous said...

siyesly sy mmg benci kalo da lelaki cam 2.. br kene uji sikit terus madukn isteri.. nape isteri xleh kawin len.. biar fair n square..

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : i;m speechless too sebab bnyk sgt org komen ni...

~ mlm esok sis update dlm kul 8 ~

anonymous : kite pon benci jugak kalo ade lelaki cm tu..

~ wife tak leh kawen dua..nnt dpt bby tak tau anak sape..huhu

keSENGALan teserlah.. said...

tak agak agak lah ayeem ni.

ngeeeeeee...
harap2 bukan isteri betul ayeem. tapikannn kalau bkn isteri betul, rasa maca ayeem dah melampau bercium dgn minah tu pulakkk..
aah. serabut serabut.

seee, org pun boleh serabut pasal ayeem ni. mengada tau ayeem.

si.tudung.ungu said...

Qash, Ayeem kata jangan mimpi di siang hari... dtg r la waktu malam... pastu ko kidnap dia... hahaha XD (sorry²...otak tgh ting-tong lg nih!)1 lg Qash, ltk ubat tdo dlm mknn diorg!... (kejamnya daku~)
sis... npe jd begini~~ sakitnya hati... huhu~~ TT^TT

tiekqa fhea said...

ayeem! jahatnye! esok sye dtg join qash cekik-cekik dia. hahaha. lebih2 pulak. excited nak tau next! :)

liyana said...

AYEEMMM!!!!
rase nk tmbuk2 je..
bngang ni..
sian qash:(

*kak::smbung sok an..kol 8 kite trjah

S. said...

jap2...ntah nape gue rase ni bukan the real ayeem!! ayeem ada kembar ke??pleasela cakap ada!!sebab...tak nak la ayeem layan gal len selain qash...pleaseeeee100...buatlah ni bukan ayeem!!huhuhu...

Anonymous said...

sis, jgn la buat ayemm kwen laen...bnci sgt2 if mcm 2....bnci llki kwen rmai2 sbb alasn x kukuh mcm ayem....jgn jgn jgn....buat la qash mmpi ke ape ke aslkn bkn btol2 kwen!!

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie : jgn serabut dulu..adoyai..

kiwi : hmmm..jahat dibalas jahat eh?

tiekqafhea : ok2...cekikla ayeem tu...huhu

awin : hmmmm...tgu je esok k :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : ok2, sbr2 yer semua..esok anda semua akan tau :D

zatie said...

haa..tiba-tiba terfikir.
betul ke laki tu ayeem?
ke kembar seiras?

biarlah kembar ayeem..bukan ayeem.
puh-leaseee.

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie :maybe jugak bukan Ayeem kot?

~ wait n see :D

S. said...

Zatie!!!Memang pun kan???Tolongla laki tu bukan Ayeeem!! Dasyat tol aku ni..3 kali komen! Sis, cepat2...nak taip im urs pun leh tersekat! Sis ni...suspens sangat!

Anonymous said...

dari benci kat qash tiba2 dah benci kat ayeem lak... eee.. walau marah pun x kan kawen lain lak.... pas tu siap kiss mulut lak...eee benci3...

Anonymous said...

wow...cerita yg best.....suspen...tahniah penulis....sgt2222 berbakat....

Anonymous said...

gugur jantung..........
nak nanggis pun ada......
mintak2 ini hanya mimpi........
hu hu hu hu............

Anonymous said...

ayeem kejam!!qash wat salah kecik jer pn..
adatla tu rncang2 anak...

~xmola citer ni cpt abis....nak byk2..nnti rindu dgn karya akak... =(

eija said...

haha xsgka..tbe2 ayeem blh kwin lg..
mmg kje gla btl.. kalo aku jd qash..mmg dh lari blik trus..xde nk tgu2 lg..

nemo kaler oren said...

huh????
hmm...........
tgh sabar gler ni...
haish...
knapa jd cam2 plak???
aaaarrrggggghhhhhhhhhhhhhhh..............

Anonymous said...

eiii.... grrrrrr....
geram sesangat!!!
hrmm... cam betol plak cakap shamien...

dari segi penampilan pun dah cukup bukti itu bukan ayeem... tapi x pernah pon kena mention ayeem ade kembar! owh... mungkin kembar tu dipelihara org len and zara tu memang isteri dia and sama2 komplot ngan ayeem tuk kenakan qash....

i harap sgt2 betul apa yg i cakap tadi....

i hate ayeem... sampainya hatimu melukakan hati qash... tidakkah kau tahu qash sekarang sedang mengandungkan benihmu!

haha.. andaian semata....

Anonymous said...

kalau kembar macam man dia tahu tentang credit card tue..or maybe itu qash mimpi jee tak

zura asyfar addy rifqhiey said...

ALL : tak larat nk balas komen anda semua..hehe..pecah rekod plus tekjut cz ramai sgt yg komen...

btw pd yg puji tu zura ucp thankss sgt2...

pd yg mrah kat ayeem tu, zura harap korang tgu next entry la..no komen wat masa ni :D...

maybe ade kembar, maybe org laen, maybe kmplot je, mybe just nak kenakan qash..hehe :DDD

farah manaf said...

ape ni...napa jd cmni....tkmaula......

zura asyfar addy rifqhiey said...

sabau la cik farah...anyway ttp hepy ending :D

Anonymous said...

bnci siot..alaalaa grmnye ngn triple s ni...hukhuk
tp sy rse triple s ni upah org jer kot...hahah pndai2 je...btw cter ni best gler ahh

zura asyfar addy rifqhiey said...

anoy : hehe..tq anyway :D