:: My gangS :: TQVM

Saturday, January 8, 2011

babb 32 - why me? ~ END

“kate ade blackbelt, silat pun terer. Nape tak lawan? ” Aku perli Andriand masa dia dah sedar lepas Chap balik.

Dia bangun dari baring dan bersandar kat kepala katil. Aku duduk atas birai katil sebelah dia. Kalau ikut cakap doktor tadi, kalau kena pukul tak ada la sampai pengsan lama-lama. Ni apa kes juara taekwondo daerah tak sedar-sedar langsung? Buat malu rekod je!

“emm..Takde tenaga la, dah seminggu pun tak lalu nak makan” Andriand sengih.

Nak je aku picit-picit tempat lebam dia ni, baru tau. Buat takut aku je tadi masa Chap kata dia masuk hospital. Nasibla tak ada apa-apa. Kalau ada apa-apa, maunya aku menyesal seumur hidup!

“sape suruh tak makan?” Aku bukak penutup mangkuk plastik bubur ayam McD.

Mana sempat nak masak tadi, terus je menonong datang sini. Dia pulak gedik je nak makan bubur ayam malam-malam buta cam gini. Terpaksa la aku suruh Chap pergi beli kejap tadi.

“sayangla, tak nak dengar langsung explanation abang. Call pun tak berangkat” Dia buat muka sedih.

Aku senyum sambil letak koyakkan peket garam dengan lada pepper. Dia tengok je aku. Ala, baru seminggu tak jumpa dah jadi teruk macam ni. Kalau sebulan, agak-agak macam mana la? Teruknya penangan cinta nih!

“nape sayang senyum?” Aku dongak kepala tengok dia. Sudu aku kacau-kacau nak bagi garam dengan lada pepper tu rata dengan bubur.

“saja senyum tak boleh ke?” Sudu berisi bubur aku tiup dua kali sebelum disua ke mulut Andriand.

Terus je dia bukak mulut dan telan. Heh, memang konfemla seminggu tak makan. Cepatje telan walau aku rasa bubur tu panas lagi.

“sayang nih” Aku nak gelak tapi tahan.

Andriand ni pun jadi manja semacam je malam ni. Tapi biasa orang sakit mesti ada kena virus manja-manja kan, so boleh dimaafkan la.

“janganla majuk, buruk tau. Ape kes pulak ni lelaki yang majuk?” Dia buat muka.

Aku letak mangkuk bubur atas meja tepi katil dan pergi lagi dekat dengan dia.

“abang, sayang mintak maaf k. Sayang tak patut buat abang cam tu. It’s all my fault” Aku ambil tangan dia dan kucup dengan bibir.

Entah kat mana aku belajar buat macam ni pun aku tak tau. Maybe dalam novel kot, hehe. Apapun kan syurga seorang isteri bawah tapak kaki suami.

Dia tengok aku tak berkelip. Mesti rasa pelik sebab selama ni mana ada aku guna panggilan abang-sayang.

“sayang..hmmm” Dia senyum je tengok aku sambil angkat kening.

“janganla tengok cam tu, kite baru je nak praktis gune panggilan tuh” Aku cubit lengan dia.

“ouchh..Sakitla yang” Dia gosok-gosok lengan dia. Opss, tak tau pulak aku tercubit tempat yang ada lebam tu.

“sorry-sorry” Aku gosok balik lengan dia.

“abang maafkan” Dia kucup dahi aku.

Rasa tenang je walau sebelum ni aku elak je bila dia nak dekat dengan aku. Nak-nak lagi bila dia nak buat macam tu.

“abang nak bagitau yang abang sayang sangat kat sayang. Rasa tak tenang je hati bila sayang lari dari abang hari tu. Dahla sayang lari ngan Vic, lagi abang susah hati” Dia sambung lagi.

Sebenarnya, memang aku dah menyesal pun dengan perangai aku tu. Aku ni pun, kot ye nak jeles, tak payah nak babitkan orang lain kan. Ni tak pasal-pasal Vic turut serta. Dahla mamat petronas tu pulak buat confession mengejut masa tu. Sabar je la.

“sape suruh abang cakap cam tu?” Aku buat muka marah.

Yela, cakap lagi benda-benda mengarut macam tu, siapa yang tak sakit hati kan.

“sorry sayang. Abang tak de niat pun nak cakap macam tu” Dia pegang dua belah tangan aku.

“abang janji lepas ni dah takde kuar ayat cam tu lagi” Dia pandang tepat mata aku.

Tak sanggup kena pandang lama-lama, aku pusing ke kiri.

“sayang, pandang abang” Dia pegang dagu aku supaya aku berdepan dengannya.

Serius la cakap, rasa macam merah je muka aku masa ni. Rasa macam pakai blusher pun ada. Aku pusing pandang dia tapi tak sampai dua saat dan tunduk bawah.

“kite pindah rumah lepas ni k” Aku cepat je angkat kepala.

“pindah rumah?” Aku kerut kening.

Takkan nak aku pindah sekali kat rumah dia duduk sekali dengan Chap tu? Macam tak logik je. Kan kitorang dah kahwin, rasa macam tak manis je duduk bertiga sama-sama walau Chap tu sepupu Andriand.

“bukan rumah yang abang duduk sekarang ni, rumah lain la” Dia senyum bila tengok aku dah blur.

Aku lagila tambah kerut kening. Rumah mana pulak ni? Apakah banyak benar rumah dia ni? Tapi tak boleh dipertikai jugak, dia ni kan anak orang kaya.

“dah tu rumah mane?”

“ada la. Hadiah kawin kite” Dia senyum dan gosok kepala aku.

“owh. Tak tau pun” Aku jawab jujur.

“nanti sayang tau la” Dia kiss pipi aku.

Aku bulatkan mata. Dia sengih je sambil buat tanda peace. Hee, ambik kesempatan pulak kat sini. Nasibla tak ada orang, kalau tak mau sorok muka bawah meja sebab malu!



*************************************


Setahun kemudian..........



“sayang, cepatla” Seorang gadis berlari-lari anak menuju ke arah jejaka.

“yelah-yelah. Datang la ni” Gadis tu buat muka. Jejaka tu hanya tersengih.

“kite ambik gambar sama-sama la pulak. Asyik ngan BFF dia je” Fakhrul sibuk setting videocamera tu.

Aku cekak pinggang. Fakhrul ni, dengan aku pun nak jeles. Baru je nak sembang-sembang dengan Yatie. Lagipun dah dekat lima bulan tak jumpa lepas habis final sem akhir.

Yatie membetulkan jubah konvo yang terselak masa berlari tadi. Aku senyum tengok gelagat diaorang. Macam kanak-kanak ribena je. Tak padan umur dah masuk dua puluh dua.

“sayang, tak nak ambik gambar ngan abang ke?” Andriand datang tegur aku.

“nakla. Nanti boleh buat kenangan masa kita tua-tua” Aku gelak. Dia pun gelak sama.

Andriand selamba je peluk pinggang aku. Dah tak boleh marah pun sebab dia ni tak kira masa nak pamer kasih sayang dia. Sabar je lah aku!

“jom-jom, kite ambik gambar” Fakhrul datang.

“ok, set” Aku, Yatie dengan Andriand sama-sama berdiri depan videocamera.

Entah budak mana Fakhrul rembat suruh jadi tukang ambik gambar. Dia pun cepat-cepat masuk korum.

“say cheese” Arah budak yang Fakhrul rembat tu.

“cheese!!”

“klik!!klik!!” Dua tiga keping gambar diambil.


*******************************************


“ehem ehem” Satu suara yang buat kami semua berpaling.

Papa, mak dan ayah aku baru je datang. Tadi diaorang tersangkut sebab ada accident kat jalan menghala ke uni aku.

congratulations Viya” Papa hulur sejambak bunga ros kaler merah kat aku.

Siap ada teddy bear yang pakai jubah konvo lagi. So cute. Aku tengok Andriand cebik bibir, jeles la tu tak dapat bunga.

“thanks pa” Aku salam tangan papa. Lepas tu pergi peluk mak dengan ayah. Yatie dan Fakhrul dah pergi kat family diaorang lepas salam papa, mak dan ayah aku.

“pa, untuk Riyand tak de ke?” Andriand buat muka.

“eh Riyand kan laki, nak bunga jugak ke?” Papa sengih. Aku tahan gelak.

“mama mane?” Aku jenguk kat belakang. Baru perasan mama tak ada.

“diaorang lambat sket. Biase la” Papa senyum.

Aku just angguk je kepala. Dah tau pun mama tu. Mesti nak pakai vogue sikit. Almaklumla bukan senang tengok anak dia pakai jubah konvo. Tiga tahun baru dapat tengok sekali, tu pun kalau ambik diploma.

“jom kite ambik gambar sama-sama” Aku ajak.

Andriand hulur DSLR kat aku. Tapi kalau nak ambik gambar sama-sama, siapa pulak yang nak dirembat untuk jadi tukang ambik gambar?

“tak nak ajak mama sekali ke?” Aku yang tengah pegang DSLR berpaling.

Mama senyum ceria dengan seseorang. Pak Mael driver papa pun ada sekali. Boleh suruh jadi tukang ambik gambar nih!

“anak daddy!!” Aku dengar Andriand menjerit.

Berlari-lari dia pergi kat mama. Si kecik yang baru berusia lima bulan tu dicium sungguh-sungguh. Merengek-rengek anak itu kegelian. Aku hanya dapat geleng kepala. Tak matured sungguh, tak padan dengan title "daddy" tuh. Sabar je la dapat suami macam nih!

“kesian si Hafiq nih kena gomol” Mama dah lepas Hafiq kat dukungan Andriand.

“nah, flowers untuk anak kesayangan mama” Mama hulur jambak bunga kaler pink kat Andriand.

“thanks ma” Andriand kucup pipi mama dia.

“sayang jangan jeles tau” Aku cebik bibir bila Andriand senyum-senyum sambil tayang bunga ros pink dia tu. Waa, nak jugak roses yang kaler pink!

Dia datang bawak Hafiq bagi kat aku. Sedondon je Hafiq dengan mama pakai baju, kaler maroon lagi. Sama warna je dengan jubah konvo aku. Aku cium-cium pipi Hafiq yang merah-kemerahan tu. Geram je tengok si kecik nih!

Rasanya kecoh je satu kelas bila dapat tau aku dengan Andriand dah kahwin. Yela, siap ajak satu uni lagi pergi majlis resepsi masa cuti sem lima hari tu. Nasibla masa tu kandungan aku baru je nak masuk tiga bulan, so tak berapa nampak sangat la. Dapatla jugak pakai gaun pengantin tu..Hehe.

Andriand pun dah bagitau hal aku pregnant kat semua. Masa tu semua terkejut jugakla. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Terima je la kan. Lagipun ‘baby’ tu tak berdosa pun. Kira anak kitaorang dapat dibinkan dengan nama Andriand jugak sebab baru je sebulan dalam kandungan, lepas tu kitaorang terus kahwin. Tu pun papa dah tanya pendapat ustaz.

Kitaorang dapat si Afruz Hafiq ni masa dua bulan lepas habis sem akhir. Kira masa sem akhir tu terpaksa la jugak aku bawak perut yang macam belon tu pergi uni. Tepat satu hari bulan satu jam 12.30 pagi si Afruz ni lahir. Dapat baby boy, suka sangatla Andriand. Katanya nanti ada geng nak ajak main skate. Jangan ajar yang bukan-bukan dah la.

Qiqi pun dah baik dengan kitaorang, tak ada dah gaduh-gaduh, sound-sound aku lagi. Nak sound? Kena lepas dengan Andriand dulu la jawabnya! Haha..

Kira hal hari tu senyap macam tu je bila Bard kena tangkap. Dia pun dah kena gantung uni satu sem, ok la tu dari tak kena buang kan. Bella pun dah insaf, tak ada buat perangai nak kejar-kejar lelaki lagi. Andriand pun dah malas nak panjangkan hal tu lagi.

Final projek kitaorang berjalan lancar, tak kena pun redah banjir sebab bukan musim banjir. Tapi takpe, sebab semua report Andriand yang buat. Aku just tolong edit je sikit-sikit. Lagipun kan dah termaktub dalam perjanjian aku dengan Andriand hari tu. So tak boleh dipertikaila..Hehe..

Vic pulak dah dapat terima bila aku cakap dah kahwin. Dia cakap dia pun gembira bila tengok aku bahagia. Sekarang ni pun dia dah kahwin dengan perempuan yang satu tempat kerja dengan dia tu. Sama-sama jadi ‘orang minyak’ la..hehe..Tak kisahla janji korang bahagia.

Chap pun dah bertunang dengan Fina. Fina pun dah tak pakai seksi-seksi lagi. Dah insaf kot, lagipun Chap tu kira macam alim sikit. Aku pun dah tak pakai baju macam ala tomboy tu lagi. Yela, takkan dah dapat title “mummy” nak pakai macam tu lagi. Andriand lagila suka aku berubah. Sebenarnya part diaorang bertunang tu, kira dapat merapatkan lagi hubungan sepupu antara diaorang bertiga la. Eleh, cakap jela, Andriand tu tak suka si Fina masa papa dan mama kenen-kenenkan diaorang. Sebab tu la, out of blue tiba-tiba aku menyamar jadi girlfriend Andriand hari tu.

“jom amik gambar ramai-ramai. Ni baru cukup korum” Andriand arah Pak Mael jadi tukang ambik gambar.

“ok, jom” Ajak papa.

“cheese!!!”

Kuat sebut perkataan cheese sampai si Afruz dah nak menangis. Tak apa, mummy dengan daddy kan ada, kata Andriand masa pujuk si Afruz. Aku senyum je.


*credits to :
http://mindarakyat_2.tripod.com/2001jan/i2001-0351.htm (tentang anak luar nikah)


~ THE END ~


** akhirnya tamat sudah cite why me ni..sape2 yg tak puas hati ngan cite ni leh komen..ape2 pun, first novel ni so maybe bnyk kurg sana sini..thanks pd yg sudi bace..luv u alls :)



30 comments:

miss syasha said...

woahhhh~ sure comei ank dorg,,heee~ pape pn cite dy mmg best,, ^_^

zura asyfar said...

thanks miss syasha..baby mesti comey2 jer kan..rase nak cubit2 je pipi tu..hehe..

Anonymous said...

~~congrat~~

zura asyfar said...

thankss :)

farahnasir said...

yeay! best la >_< sambung novel MLS pula.

zura asyfar said...

farah :)

Jieha kriesha said...

jieha bru je abes bace.. wlupon dah lmbt kan..anyway.. mmg best cter dye.. :D best ! jiha da bce cter doughnut jgk..best! tp xabes lg.. cter my lite shark tu pon best! anyway.. bnyk idea/n jiha suke..hehe!

zura asyfar said...

jieha : tengs sebab suke ngn cite2 zura kt sini..hehe...anyway tq bebanyak cz sudi bace :D

Annie De Yantie said...

memang best la citer nie....five star

sharifah nurhidayah said...

anak viya 2 nama dia hafiq atau afruz?? yg mana satu? tapi,, pape pn,, citer ni mmg best sangat..=D

nas chuare @ miss qs said...

ending best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

RinsyaRyc said...

akak.. sambung cite ni. rasanya boleh buat jadi buku kot sbb best sngt.. serius akak boleh buat lagi jadi pnjang~ hehehe...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Annie De Yantie


thank you dear.. br first time buat menulis ni ;)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@sharifah nurhidayah

name afruz hafiq lah..hehe..btw thanks dear..percubaan pertama ni :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nas chuare @ miss qs

thank you! tak pandai sgt nk wat ending..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

haha...rin..ni kan first time tulis..skdar tuk suke2 jer..hehe

MiSz fiFiEyQa said...

congratz!!best la kak..sy smpi sanggup marathon 1 mlm sebab nk habiskan baca..hehe...btw e-novel yg len tu cpt2 la smbug yerk..ehehe

[kotakhati] said...

assalam..kak, sy bru abes bace why me ni..ketinggalan sunggoh..ehehe
sy suke la cite ni, best..hrp akak troskan mnulis cite2 yg lebih mnarik lg..
wish u all d best =)

Miezan :) said...

Wowww! terbaikk! Sweet sangat cite ni. Good Job, Writer! Keep it up! :D :D

salina (Ina) said...

hmmmm.... bessttt.... puas hati dengan jalan cerita + ending yang akhir..... ending yg sweet sagat... beesssttt... taniah..

jue bard said...

Hmm habis marathon..tq zura asyfar..besttt..

Adilla Shahirah said...

Hi Owner. Menantu dari Overseas dah dikeluarkan ke? I means dah jadi novel ke? Nak baca kat blog ni, tapi tak ada. maybe u dah padam. :'(

zura asyfar addy rifqhiey said...

alls : thanks..citer ni dah lame sgt :')

adilla - sy remove sbb takut diplagiat..hr tu dh siap dlm 80%...tp tak smpt nk siapkn cz sy tak sihat..

zura asyfar addy rifqhiey said...

alls : thanks..citer ni dah lame sgt :')

adilla - sy remove sbb takut diplagiat..hr tu dh siap dlm 80%...tp tak smpt nk siapkn cz sy tak sihat..

zura asyfar addy rifqhiey said...

alls : thanks..citer ni dah lame sgt :')

adilla - sy remove sbb takut diplagiat..hr tu dh siap dlm 80%...tp tak smpt nk siapkn cz sy tak sihat..

faridah mohd adnan said...

thumbs up.....syok sgt2.....hehehe thanks for the good story..sweet....xsabar nak baca hasil tulisan yg seterusnya....tahniah

YeyeMy Prince said...

great story.like it so much.thanks ^^

Adhisya said...

Dah nak masok 2015 baru baca. Nice story akak >.< first story baca kat sini, will read the rest. Tq for thisawesome story

Nur Izzwani said...

best sis walaupun lambat baca haha..

Novel Mcdp said...

Hi,

Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Why Me? , My Little Shark
yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

Sekian.


Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com


Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.