:: My gangS :: TQVM

Sunday, January 9, 2011

My Little Shark - 5


******************
to my readers : entah bile pulak boleh update cite nih cz ade mslh besar skrg ni..huhu..maybe zura tpaksa bertapa barang seminggu dua..so dalam masa bertapa tu maybe zura akan siapkan cite baru, tajuk dia Doughnut.. Macam cliche je bunyinya, tapi zura cuba ubah sket jadi lain..agak-agak menjadi la cite baru nih, idea asal dari my hubby..ape-ape pun thanks to u alls cz sudi baca cite yang ape-ape ntah ni :)

******************



“Ayeem, bangun tak lagi?” Aku macam sayup-sayup je dengar suara.


“dah bangun ma” Jawab satu suara lagi.

Aku gosok-gosok mata dengan tangan. Rasa macam pening je lagi kepala ni. Tapi kenapa dengar macam dengar suara Triple S pulak? Apakah? Aku cuba ingat semula pasal hal semalam.

Oh Em Gee!

Aku terduduk static atas katil. Kepala aku picit-picit dengan tangan. Lagi tambah pening. Bukak je mata aku tengok Triple S tengah senyum depan aku.

“nape pulak aku ade kat sini?” Aku tanya soalan kat diri aku.

Ni macam bukan bilik aku ni.
Memang blur je. Otak pun masih slow sebab bangun mengejut.

“awak high semalam, siap meracau lagi” Triple S tolong jawab kat aku.

Aku high? Patutla rasa macam sedar tak sedar je semalam. Perkara akhir yang aku ingat, Triple S peluk aku dan aku pulak peluk dia. Tapi ada apa-apa yang jadi tak? Aku tengok comforter yang dah terlurut dari tubuh. Erk?

“saya tukar semalam” Triple S cakap kat aku lagi.

Aku tengok gown tidur paras peha yang melekat kat tubuh aku. Jenis strap kaler merah lagi, dah la kat dada tu seksi gila sebab leher dia luas. Dengan kain jarang-jarang macam ni lagi.

Aku rasa kalau lelaki tengok ni boleh runtuh iman, siap boleh luruh lagi ni. Adoyai, apa kes dia ni sampai sanggup tukar baju aku pulak? Ambik kesempatan betul!

“sape suruh kau tukar?” Aku dah start naik suara.

Muka dia aku pandang dengan pandangan tak puas hati.

“takkan tidur pakai jeans” Macam tu je jawapan dia.

Dia pun duduk kat birai katil. Aku tutup bahagian dada dengan tangan. Motifnya, dari tadi dia pandang je kat area tu. Gatal jugak mamat ni. Nak aje aku cucuk mata tuh!

“lainkali biar je la” Aku hulur kaki untuk bangun.

“tak elok tidur pakai jeans” Dia cuba pegang kaki aku.

Aku cuba bawak lari tapi kuat je dia pegang. Ni apa kes pulak ni? Mata aku bulat pandang dia. Tapi dia balas balik renungan aku tu. Heh, nak main lawan-lawan mata pulak masa ni!

“hey, ape ni?” Aku cuba tarik kaki aku lagi sekali.

Dia sengih je. Lepas tu selamba je tangan dia sebelah lagi tolak sampai aku jatuh terlentang atas katil.

Aku cuba bangun tapi tak sempat aku nak bangun, dia dah tindih dua-dua kaki aku dengan lutut dia.

“sakitla mangkuk!” Aku jerit.

Aku cuba goyang tubuh kiri kanan aku kot-kot boleh lepas tapi cepatje tangan dia kunci dua-dua tangan aku ke atas. Tak boleh gerak langsung ni sebab separuh tubuh dia dah ada atas badan aku. Aku nak buat apa ni? Takkan nak redha macam ni je serah diri kat dia!

“nak gi mana? Awal lagi ni?”

Suara dia berubah jadi slow yang aku kira tahap romantic la jugak. Mata dia tak lepas pandang mata aku. Dahla terasa je nafas dia kat leher aku. Meremang je rasa bulu roma!

“sayang, kenape degil sangat ni?” Jari-jari dia dah usap pipi aku.

Aku pejam mata, macam tak sanggup je dengar dia cakap macam tu. Lemas.


“err…aku..saya tak nak”

Tengok sampai tergagap aku cakap. Sampai tersasul aku-saya lagi.

“kenape tak nak?” Mata dia masih lagi pandang aku.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Kau kena kuat Qash. Jangan biar diri kau kena buli dengan mamat ni.

“sebab aku tak nak la” Tiba-tiba aku jerit.

Dia tersentak sampai terlepas kawalan kat tangan aku. Aku apalagi, tolak dia dengan tangan aku sampai dia jatuh kat sebelah. Cepat je aku berdiri. Nafas pun dah macam orang triathlon 3km je nih!

“kalau awak tak nak pun. Saya dah dapat hak saya” Tiba-tiba je dia senyum.

Dia dah duduk atas katil. Siap cium lagi comforter yang aku guna tadi. Agaknya wangi sangat comforter tu sampai sanggup cium.

“ape maksud kau?”

Aku kerut kening cuba faham ayat ‘saya dah dapat hak saya’ tu. Apakah semalam? Biar betul dia ni? Kira memang ada apa-apa yang jadi la semalam?
Tapi kebarangkalian perkara tu akan jadi macam besar je.


Sebab first dia dah tukar semua baju aku, mestila nampak apa-apa yang tak sepatutnya nampak. Second, dia cakap aku high dan meracau, so kalau ‘benda tu’ jadi, aku rasa macam ada kemungkinan je. Waa, ni rasa nak menangis ni. Aku tak rela dia buat macam tu. Ni yang rasa macam nak jadi pembunuh bersiri nih!

“maksud saya..You are mine. In and out” Senangnya dia cakap.

Aku pandang dia tajam.

“takkanla..”

“saya tak nak, tapi awak tetap nak jugak. So saya layanje la”

Tak sempat aku habiskan ayat aku, dia dah potong. Dia dah berdiri depan aku. Kemudian dia pergi kat bakul kain dan ambil tshirt dengan jeans aku. Lepas tu hulur kat tangan aku.

thanks sayang”

Aku ambil kasar baju dari tangan dia tu.

”Aku.Benci.Kau” Tu je aku dapat cakap kat dia.

Aku cuba tahan air mata yang nak mengalir.Terus aku angkat kaki dari bilik dia.

“sayang, nanti jangan lupa mandi wajib tau sebelum solat” Aku dengar dia gelak.

Doublescheese sungguh mamat ni. Tak sangka pulak dia sanggup buat perkara macam tu. Tak padan dengan perangai dia yang skema tu. Ah, lelaki sama je la. Aku tutup pintu bilik dia kuat. Agak-agak kalau tercabut je lagi baik!


******************************


“kenape sampai hempas-hempas pintu ni?” Mama yang ada depan bilik dia tu dah sound aku.

Lupa pulak tadi mama ada tanya Triple S tu dah bangun belum. Ingatkan dah blah tadi. Mana tau ada lagi kat sini. Agak-agak dia dengar tak apa yang aku cakap tadi? Baru je nak hilang gelabah, ada pulak dugaan yang datang.

“err..”

Aku tak tau nak jawab mcam mana kat mama. Mama pun dah pandang aku semacam je.

“sayang, janganla merajuk” Tiba-tiba je Triple S muncul lepas pintu bilik dia dibuka.

Dia datang peluk pinggang aku sambil senyum kat mama. Dia letak towel kat bahu aku yang terdedah. Aku dah bulat mata kat situ. Ni nak praktis berlakon masuk pentas Pilih Kasih ke apa?

“hmm..Qash..Kate benci Ayeem. Ni sampai dah tidur sebilik pulak” Mama dah perli aku.

Tadi mama macam nak marah aku, tapi bila tengok je Triple S terus senyum lebar sampai ke telinga. Musykil je aku dengan mamat ni? Pakai ilmu penunduk ke apa!

Aku rasa pipi aku dah merah. Triple S sengih je. Ngee, geramnya aku kat mamat ni. Nak je aku sekeh-sekeh kepala tu. Sengal betul!

“benci kat mulut je ma, tapi hati kate mau” Triple S dah keluar ayat entah apa-apa.

Mata dia macam bagi isyarat jangan-cakap-apa-apa. Aku pandang Triple S macam nak gigit. Kecik je aku tengok dia ni. Nak je aku jawab tapi bila tengok mama pandang je aku, terbantut terus niat aku. Terpaksa biarkan tangan Triple S peluk pinggang aku.

“okla tu. Nampaknya tahun ni kite dapat cucu la mamanye” Papa pulak perli aku.

Bila masa papa keluar dari bilik pun aku tak perasan. Tu pun dah siap pakai baju Melayu dengan songkok lagi. Yela, dah masuk waktu Subuh pun. Aku sengih nak tak nak.

Sebenarnya cuak jugak if Triple S bagitahu hal sebenar kat papa dengan mama tadi. Maunya aku kena kuarantin, tak pun kena bersyarah panjang lebar. Dan yang paling aku takut, kereta kena tarik balik. Maunya patah kaki aku sebab dah tak ada kereta.

“takpela, Qash masuk bilik dulu” Aku tolak tangan Triple S yang masih peluk pinggang aku dan menonong je pergi ke bilik.

“sayang, tunggu jap” Triple S datang dan keluarkan kunci pintu.

Siap tolong bukakkan pintu bilik lagi kat aku. Memang betul-betul menjadi lakonan dia ni!

Aku terus je masuk tanpa pandang kiri kanan. Rasa bengang campur malu ada semua. Dahla papa dengan mama sekali ada. Sabar je la!


**********************************



Syiffa gelak sampai keluar air mata masa aku cerita kat dia hal yang berlaku dua hari lepas. Ingatkan nak kongsi masalah, tapi sibuk je dia gelakkan aku. Hampagas punya kawan.

“yang kau pergi layan pil tu apahal?” Dia dah start soal-siasat.

“entahla, aku sakit hati sangat masa tu” Aku jawab nak tak nak.

Kitaorang lepak kat taman lepas habis kelas tadi. Lagipun kelas habis awal. Tak ada mood nak pergi mana-mana. Nak makan pun still kenyang lagi. So lepak je la.

“kau ni agak-agakla. Nasib tak jadi apa-apa. Kalau kau lentok kat mana-mana lelaki macam mana?” Dia sambung cakap lagi.

“tak jadi apa-apa kau cakap? Memang dah jadi apa-apa la aku ngan mamat tu” Aku mendengus.

Geram je rasa bila aku ingat hal tu. Tak pasal-pasal je aku serah diri macam tu je kat Triple S tu. Rasa macam tak berbaloi je selama ni aku cuba elak dari dia. Tapi aku lagi tak sanggup kalau malam tu terlentok kat lelaki yang ada kat club tu, contohnya Eham. Ngeri je rasa.

“ok la tu. Dia pun husband kau ape. Bukannya salah pun” Syiffa dah sengih gatal.

“tapi aku tak rela la dia buat aku cam tu. Ambik kesempatan je bila aku tak sedar” Aku mengeluh.

“hmm..Aku tak tau nak cakap. Cuma moral of the story, jangan kau buat hal layan-layan pil tu lagi. Kalau kena cekup kat club, tak ke naya” Syiffa dah start ceramah.

Aku cuba fikir apa yang Syiffa cakap. Betul jugak cakap dia tu. Kalau la malam tu, ada serbuan. Maunya aku sekali ‘ke dalam’. Tak pasal-pasal masuk muka depan paper, last-last kena buang kolej. Hissh, taubat aku tak nak layan pil dah. Aku geleng kepala.

“dah, jom balik. Aku rasa ngantuk pulak” Syiffa dah bangun.

“yelah-yelah. Kau ni rajin sungguh buat taik mata” Aku jeling dia dan kitaorang sama-sama gelak.


*******************************************


“Qash, Ayeem. Papa ngan mama ada hadiah ni” Papa bagitau masa kami tengah makan kat restoran seafood.

Mama cakap dia malas nak masak so terpaksa la kitorang makan kat luar. Ala, sekali –sekala apa salahnya. Ingat best ke hari-hari kena masuk dapur. Macamla aku ni rajin sangat la masuk dapur!

“hadiah ape ma?” Cepat je Triple S tanya.

Aku jeling dia. Excited terlebih pulak mamat ni. Agak-agak apa la hadiah yang papa nak bagi tu? Sebuah kereta barangkali? Dapat Ferrari sebuah ok jugak. Aku gelak dalam hati. Tapi aku dengan Triple S dah ada pun kereta. Terus senyum aku mati.

“honeymoon kat Bali” Mama tolong jawab sambil senyum.

Aku dah terganga kat situ. Sungguhla perkataan honeymoon tu bawak maksud yang teramat besar kat aku. Yela, konfem dan semestinya aku kena pergi dengan mamat sengal ni.

“thanks pa, ma” Triple S dah sengih sampai kat telinga.

Aku pulak buat muka monyok macam hari kena paksa kahwin hari tu. Aku tak nak pergila kalau dengan mamat ni. Kalau dengan orang lain sure je aku gembira sampai meloncat-loncat ke langit.

“Qash, apsal nampak tak happy je?” Tegur papa.

Aku angkat muka tengok papa dengan mama. Mama dah jeling aku tapi aku buat tak layan je.

“pening kepala” Dua patah aku jawab.

Sotong dalam mangkuk besar aku ceduk dengan senduk. Malas nak cakap panjang lebar. Makan lebih baik.

“macam tak kenal anak awak ni” Mama dah sound aku.

“Qash, dari kamu berdua kawin hari tu, mana ada lagi korang pergi honeymoon. Qash jugak kata kat papa, kalau dapat kawin nak honeymoon kat Bali” Papa dah mula pujuk aku.

Memang aku ada cakap kat papa macam tu. Tapi masalahnya aku nak honeymoon dengan orang yang aku sayang. Bukan Triple S ni, tengok pun dah benci. Lebih-lebih lagi bila ingat kejadian malam tu!

“tapi Qash nak pergi dengan orang yang Qash sayang la bukan dengan Ayeem ni” Aku jawab jujur.

Papa dah mula pandang aku lain macam. Silap aku jugak terlepas cakap macam tu kat papa. Triple S pun dari wajah ceria bercahaya terus bermuram durja. Hek eleh, drama je lebih.

“Qash, cuba cakap tu berlapik sket” Papa dah sound aku.

“Qash nak pergi toilet jap” Aku dah bangun berdiri.

“Qashrynna” Papa dah menjerit.



*********

4 comments:

aqilah said...

cian kat triple s...........

zura asyfar said...

hehe kecian dia :)

syfa said...

serius bes cte ni... :)

zura asyfar said...

thanks syfa.. :)