:: My gangS :: TQVM

Saturday, January 22, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 7

Episode : 7 ------> Yes or Not? <------


*********************************************************************


Aku renung cincin white gold yang ada depan mata aku tu tak berkelip. Masa tu cincin dah ada kat tangan Fajie. Haishh dia ni, boleh pulak propose aku tengah-tengah alam ni. Mau tak terkejut beruk aku tadi, ingatkan nak bagi apa la sampai berkotak-kotak segala. Dahla sekarang ni tengah ramai je pengunjung restoran yang dah tersengih-sengih campur terjeling-jeling tengok kat kitaorang. Macam tengah buat drama swasta je pulak kat sini. Adeh, malunya aku. Mana nak letak muka aku yang ‘cun’ ni? Fajie, kau jangan buat gaya melutut depan kat sini, konfem aku lari!

Kalau tengok dari gaya dia ni, macam dah bersiap-sedia dah nak sarungkan cincin kat jari aku kalau aku setuju. Eh betul ke tu Yash dia akan buat macam tu? Betulla tu, dah siap pegang cincin lagi. Kan kalau kau tengok dalam drama, kebiasaan lelaki akan buat macam tu kalau perempuan tu terima lamaran dia. Ikut western punya style la dia nih!

Sebenarnya aku masih lagi dilanda virus terkejut. Memang terkejut sangat-sangat sekarang ni. Adoyai Fajie ni, dahla tadi dia buat perangai merajuk panjang, ni buat ‘hal’ macam ni pulak kat sini.

Aku pulak, dah macam pecah rekod pulak sebab first time terima lamaran ni. Dah la lamaran nak ajak kahwin pulak tu. Kalau lamaran nak ajak couple tu boleh la dipertimbangkan lagi, ni tiba-tiba je out of the blue ajak aku kahwin. Kahwin? Satu perkataan yang tiba-tiba buat aku rasa seram sejuk bila ingat lamaran merisik dari Khaiyrel hari tu.

Tapi kan, Fajie ni sedar tak apa yang dia tengah buat ni? Kot-kot tak sedar, bolehla aku bagi pelempang sedas dua. Yash, kau sanggup ke nak bagi pelempang kat dia? Tadi lepas cubit dia pun tak habis-habis lagi dilanda rasa bersalah. Erk?

Tapi apa motif Fajie ni tiba-tiba ajak aku kahwin? Kenal pun tak sampai lagi tiga bulan. Lepas tu keluar pun tak sampai lagi lima kali. Tak ke nampak drastic sangat dia ni. Atau pun dia tiba-tiba je jadi desperate nak kahwin bila bestfriend dia tu nak kahwin jugak? Adeh, kusut-kusut jiwa.

“Yash, please say something” Suara Fajie dah keluar aura mengharap.

Aku pandang tepat kat mata dia. Bukan saja-saja nak pandang tau, tapi nak cari tanda keikhlasan kat situ. Orang cakap kalau nak tengok seseorang tu ikhlas atau tak, kena tengok kat mata dia. Entah betul ke tak teori tu, aku pun tak tau. Tapi hari ni, teori tu aku nak try buat kat Fajie. Mana tau kot-kot teori tu berkesan, lagi senang aku nak bagi jawapan.

Tapi bila aku tengok tepat-tepat kat mata hazel dia tu, nampak macam comel la pulak kaler mata dia tu, dahla bulat macam anak patung. Eh Yash, apa kau mengarut ni? Sekarang ni tengok mata dia nak cari keikhlasan kat situ, bukannya pergi tilik mata dia kaler apa atau bentuk apa. Adoyai aku ni, boleh pulak melencong ke tempat lain.

Takpe-takpe Yash, kau try sekali lagi. Tapi kan, aku perasan la pulak muka Fajie yang nampak cuak tadi jadi merah pulak. Hai, takkan dah blushing pulak kot budak ni? Lelaki pun blushing jugak ke? Maybe malu kot bila aku tengok dia macam tu, hehe. Rasa macam nak snap je gambar dia tengah blushing tuh!

Then, macam mana pulak nak tengok mata dia betul-betul kalau muka dia dah cuak campur blushing macam tu? Dah gaya perempuan kena tenung dengan lelaki la pulak. Alahai, macam mana ni?

“err Fajie, awak buat apa ni?” Aku buat-buat tanya dia.

Apa la kau ni Yash, dah bulat-bulat dia tengah melamar kau nak kahwin boleh pulak kau tanya soalan yang tak sekolah tu. Apa lambat pick-up betulla kau ni? Adeh, telepas cakap la pulak, mana dah boleh undur ni. Bukannya kereta pun boleh nak undur-undur.

“Yash, I need your answer not a question” Dia cakap kat aku.

Fuhh, dah keluar aura serius la pulak budak ni. Dah tu Yash, yang kau pergi tilik tenung-renung dia tadi, memangla dia pun akan jadi tak puas hati. Tapi cara cakap tu macam tak menyempat-nyempat langsung je dia ni. Takkan tak nak bagi aku masa langsung nak fikir? Ingat benda ni boleh main-main ke? Aku kalau boleh nak kahwin sekali je seumur hidup.

Fajie ni pulak tak tau ke kalau orang buat lamaran ni kena bagi masa untuk buat sesuatu keputusan? Jangan ikut sedap jawab je, nanti menyesal tak sudah. Ni la salah satu gaya budak-budak tak matured ni, tak sabar-sabar langsung. Jangan aku pulak nanti yang tak hilang sabar sudahla.

“err…Tak cepat sangat ke?” Aku tanya dia lagi.

Aku garu kepala yang tak gatal. Ada ke orang yang tengah dilamar buat gaya macam aku ni? Adoyai, macam mana nak cakap ni? Aku bukannya tak suka dia, perasaan suka tu ada jugak la walau tak banyak mana. Yela, dah nama pun kenal tak sampai lagi tiga bulan. Takkan perasaan suka tu dah sampai lima puluh peratus kot, macam tak logic je bunyinya.

Aku tengok dia macam dah tak senang duduk kat kerusi depan tu. Tula, tiba-tiba je propose aku hari ni. Kalau propose dalam tiga empat bulan lagi, tak la aku terkejut sangat. Ke dah habis fikir ke dia ni? Atau on the sport je tiba-tiba buat keputusan nak lamar aku?

“Yash, just say yes or no. That’s all” Dia cakap lagi kat aku.

Eh budak ni, macam paksa-paksa aku pulak terima lamaran dia. Kan sekali aku tolak lamaran dia kan, ada pulak yang terjatuh dari kerusi. Dah lebih la tu Yash, takkanla sebab kena tolak lamaran boleh jatuh kerusi. Kalau kau betul-betul tolak dia baru la jatuh. Ngee, aku pun dah jadi confused ni.

“I have to say no” Senafas aku cakap ayat tu.

Huh, lega. Dari tadi lagi pening duk fikir macam mana nak jawab lamaran dia ni. Aku pandang muka dia tak berkelip. Fajie macam terkedu je bila dengar jawapan aku. Tula, nak jawapan cepat sangat, aku dah bagi la tu. Sorry yer Fajie, cepat sangat kau propose aku ni. Lagipun kita baru je kenal. Tak sampai 20% lagi aku tau pasal kau. Tapi bila aku fikir-fikir balik pasal dia, ni je yang aku tau.


Nama : Syahirul Fazzary a.k.a Fajie ( nama sebenar tak tau, nama ayah lagi tak tau)

Umur : 20 tahun ( dia cakapla, tak tau la betul ke tak sebab tak pernah tengok ic dia)

Status : Unknown (maybe single kot, tu yang tetibe lamar aku. Tapi kalau dia cakap dia dah kahwin macam mana? Tak kot. Kau ni jangan fikir pelik-pelikla Yash :P)

Kerja : Tak tau kerja apa (dia ada cakap dah kerja walau tak pernah bagitau kerja apa. Harap-harap janganla international mafia. Yash, jangan fikir negative yer :P )

Alamat : Dulu cakap rumah kat area Sekolah al-Falah (situ berlambak taman, tak tau yang mana satu..hmmm)

Kereta : Mazda RX-8 Coupe (White) dan Mitsubishi Lancer Sportback (Black)-( tu yang aku tau la sebab dia pernah bawak, kot-kot ada lagi yang lain tak taula)


See, macam sikit je kan aku tau pasal dia. Adik beradik pun tak tau berapa orang. Mak ayah dia tu pun tak tau ada lagi ke tak? Keluarga dia macam mana? Boleh terima aku tak?

So, memang banyak lagi la yang aku tak tau pasal dia. Macam mana la aku nak terima lamaran dia tuh? Takkan terus bagi jawapan terima tanpa berfikir langsung? At least kena la fikir seminggu dua ke? Buat solat Istikharah dulu ke?

Aku tengok mata dia macam ada aura dah berkaca. Ah sudah, janganla dibuat menangis tengah-tengah alam macam ni. Haru biru jadinya nanti. Kalau menangis tepi highway tadi, bolehla dibuat kira lagi sebab tak ada orang. Ni tengah orang ramai gila macam ni, ada pulak nanti aku dicop dera boyfriend sendiri.

Erk boyfriend? Sejak bila pulak kau mengaku budak Fajie tu boyfriend kau Yash? Eh betulla boyfriend, kawan lelaki bukannya teman lelaki. Jangan salah maksud perkataan tu. Sempat lagi aku sengih depan Fajie. Nampak sangat la aku ni buat layan tak layan je dengan lamaran Fajie tuh!

“saya tak layak kot, sebab tu awak reject saya kan?” Dia cakap kat aku.

“err..Bukan macam tu Fajie…” Tak tercakap pulak ayat yang seterusnya.

Sebab aku takut dia makin kecewa je dengar ayat yang akan aku cakap nanti. Dahla aku rasa muka dia sekarang ni tengah kecewa gila, jadi aku tak nakla tambah perasaan kecewa dia tu lagi.

“saya bodoh kan? Tiba-tiba ajak awak kawin. Padahal kita baru je kenal”

Dia cakap sambil buat-buat gelak. Macam nak cover perasaan kecewa dia je. Tiba-tiba aku rasa macam kasihan pulak tengok dia jadi macam tu. Nampak macam dah tak ada daya je nak cakap.

“awak tak bodoh, cuma kurang matured je” Aku balas cakap dia tu.

Opss terlepas cakap la pulak yang dia ni tak matured. Adeh, entah apa kena pulak dengan aku hari ni? Asyik silap cakap je. Dah la budak Fajie tu tengah kecewa, boleh pulak aku cakap macam tu kat dia. Sorry-sorry Fajie.

“saya tau saya tak matured

Jujur je dia jawab sambil pandang meja. Dah tak nak pandang aku ke? Huhu..Aku pulak yang jadi sedih. Tapi tadi kau jugak yang rejcet kan Yash? Buat apa nak sedih-sedih pulak?

sorry-sorry, saya tak patut cakap cam tu” Aku cakap lagi.

“takpela. Tapi saya nak awak terima jugak cincin ni sebab saya dah niat nak bagi awak” Dia tolak kotak kaler purple tu kat aku.

“tapi saya rasa macam saya tak layak je terima” Aku balas cakap dia.

Masa tu dia tengok aku dengan senyuman. Dah tak kecewa lagi ke? Atau saja-saja je senyum kat aku nak cover perasaan kecewa dia tu?

Tapi kan takkan senang sangat dia boleh terima kenyataan. Ni yang buat aku musykil je dengan lamaran dia tadi, macam tak serius je gayanya. Eh tapi kan tak tau jugak kan isi hati dia tu, bukannya aku dapat baca pun.

“ambik je la, nanti saya merajuk lagi. Awak pulak yang susah”

Dia cakap sambil ambil kotak kaler purple tu dan letak dalam tangan aku. Aku cuma senyum je bila dengar cakap dia tu. Tiba-tiba nampak dia macam boleh terima kenyataan je dengan semua ni. Takkan dah jadi matured pulak kot lepas kena reject tadi? Haishh, pelik-pelik la dia ni.

“okla, saya ambik. But we are still friend right?” Aku ambil kotak tu dan simpan dalam beg sandang aku.

Kena la tanya mana tau kot-kot dia dah tak nak kawan dengan aku lagi lepas ni. Susah jugak nak dapat kawan baik macam dia ni walau kadangkala terpaksa sabar je dengan perangai merajuk dia tu. Tapi kira okla dapat kawan macam tu, kalau perangai dia suka pergi clubbing ke? Tak ke dengan kau-kau sekali yang boleh terpengaruh Yash? Hissh, aku rasa Fajie ni bukan budak macam tu.

yup. Bestriend forever” Dia cakap dan terus bangun.

Aku senyum je bila dia cakap macam tu. Boleh ke jadi bestfriend forever kalau aku dah kahwin nanti? Sebab jarang kalau lelaki dengan perempuan yang boleh jadi kawan baik ni. Aku garu kepala yang tak gatal. Yash, kau janganla pening-pening fikir pasal semua tu, lambat lagi nak kahwin pun. Bertunang pun belum lagi. Buat sakit otak je kalau fikir pasal ni je.

“nak pergi mana plak tu?” Aku tanya dia.

Mana la tau kot-kot nak tinggal aku pulak kat sini. Bukannya boleh dijangka jugak perangai Fajie ni. Kot-kot dah kecewa dengan aku terus nak tinggal aku kat sini? Nanti aku nak balik dengan apa? Ingat dekat ke Kuantan dengan Kemaman walau sejam je perjalanan. Kalau nak balik pun, kena cari tiket bas dulu. Masalah jugak tu.

“pergi bayarla dear. Tak nak pergi shopping ke?” Dia pulak tanya aku.

Eh lupa la pulak, dah lama gila kitaorang makan kat sini. Dah dekat dua jam pun, dengan sesi lamaran tadi lagi. Adoyai Yash, hilang ingatan apa kau ni? Aku sengih je bila dia cakap macam tu.





Aku pergi berdiri depan kiosk yang jual macam-macam jeruk dengan asam-asam tu sementara Fajie pergi bayar kat kaunter Chicken Rice Shop. Lama jugak dia pergi sebab tengok tadi ada yang dua tiga orang tengah menunggu untuk buat bayaran.

Hmm, beli je la asam ni dua bungkus. Boleh je buat bekal nanti kalau-kalau aku mengantuk dalam kereta. Yela, takkan nak tidur pulak masa naik kereta dengan Fajie nanti.

Aku ambil dua bungkus dan pergi bayar. Satu untuk aku dan satu untuk Fajie. Tak tau la dia suka ke tak makan menda alah ni, tapi aku memang suka. Kalau dia tak suka pun, untung je aku sebab tak payah bagi kat dia. Aku sengih je.

Haishh Fajie ni, pergi bayar bil ke pergi buat bil? Dah dekat sepuluh minit pun ni. Takkan dah merayap tak bagitau aku pulak? Ni yang nak marah ni.

Aku terjenguk-jenguk kepala mencari Fajie di tengah orang ramai yang lalu-lalang tu. Apasal tak nampak dia pun? Ni yang tiba-tiba rasa tak sedap hati pulak. Takkan dah kena kidnap pulak? Macam tak logic je kalau kena kidnap bukannya umur dia baru dua tahun, ni dah masuk dua puluh tahun pun. Tapi kan, kalau orang nak kidnap, dia kidnap je tak kira usia. Adoyai, dia ni pergi mana la pulak? Aku dah mula rasa bimbang.

Bukannya susah pun nak cam Fajie sebab dia punya rambut pelik tak macam orang lain. Duduk sebatu dah boleh nampak. Ni kan dalam jarak empat lima depa je. Tiba-tiba handset aku bergetar. Aku ambil dan tengok skrin, ada mesej masuk rupanya. Aku tekan lagi, mesej dari Fajie.

Apasal pulak mesej-mesej segala nih? Cakap face to face tak boleh ke?

+dear, sy gi toilet jap..

Lorrh, cakap je la nak pergi toilet tadi. Tak ada la aku tercari-cari macam orang sasau kat sini. Yash, baru sepuluh minit hilang Fajie dah sasau ke? Erk?

-ok, sy pun nk gi jugak ni..kite jmp dpn Carrefour..

Aku balas mesej dia. Kena pergi jugak tandas ni, nanti kalau rasa nak terkucil masa tengah shopping tu tak ke terbantut pulak niat nak shopping?

-ok dear, takecare..

Aku geleng kepala je bila baca mesej Fajie. Dia ni tak habis-habis dengan takecare dia tu? Ingat aku ni budak umur tujuh tahun ke apa? Last-last aku pergi jugak kat tandas kat hujung area dua tu.




Aku keluar dari tandas dengan muka tak puas hati. Apasal la ramai sangat yang nak guna toilet sampai penuh kat dalam tu? Ingat hari ni hari membuang sedunia ke apa? Dah la kena beratur je tunggu giliran lagi tadi. Adoyai, sabar je la.

Mesti si Fajie dah tunggu lama aku depan Carrefour tu. Dekat sepuluh minit jugak bersesak dalam toilet tu. Nasibla bersih dan wangi je, kalau tak mau lemas je aku duduk lama-lama dalam tu.

Aku tengok handset. Laa, ada mesj dari Fajie rupanya. Mesti dia dah tertanya-tanya apa kes lama sangat duduk dalam tandas tu?

-dear, watpe lame-lame tu?..

+ org ramai la..

Aku balas sambil sengih. Jangan fikir bukan-bukan yer Fajie, aku tak ada la pergi topup bedak kat dalam tu.

Masa aku nak letak handset aku kat poket seluar, aku perasan ada orang macam tengok aku. Tapi bila aku pusing belakang macam tak ada bayang-bayang orang pun. Agaknya perasaan aku je? Baik aku blah je cepat.

Baru je aku nak sambung langkah, tiba-tiba rasa ada orang tarik tangan aku dari belakang. Siapa pulak ni yang suka-suka je tarik tangan orang. Aku berpaling dengan niat siap -sedia nak maki hamun dah ni.

Terkejut aku tiba-tiba mulut aku ditutup dengan kain oleh seorang lelaki. Aku tak perasan sangat muka dia sebab dia pakai jaket yang ada hood kat kepala.

Ya Allah, apa hal pulak ni? Aku try meronta-ronta untuk lepaskan diri tapi tak boleh sebab dia kuat peluk aku. Dahla tak ramai orang kat laluan ni. Dia pulak dah heret aku ke pintu kecemasan yang ada kat hujung area tu. Terpaksa kaki aku ikut dia sebab aku rasa tenaga dia ni kuat sangat berbanding aku yang perempuan ni.

Fajie, tolong saya!! Tapi jeritan aku tak boleh keluar dari mulut aku sebab dah kena tutup. Aku dah mula menangis.


P/s : kot cam suspen pulak entry hari ni? Atau sebab zura terpengaruh sebab banyak sangat tengok cite thriller? - Ape-ape pun, tlg komen yer :)

7 comments:

.:kiwi:. said...

o.O ?? kidnap? oh tidak! Fajie, tulun Yash!

btw, cter ni sape laki sape pompuan ni? terbalik sungguh! hahaha.. tp xpe, tu yg buat cter ni best. hehe ;)

shamien said...

nie sis!! Samdol ne lak yg pi curi Yash neh!! Fajie!!!Bertukar jadi HULK skung!!! Yash kena kidnap!!

tiekqafhea said...

alahai kenapa yash ckp no? kan best klu ckp YES!!

fallenmoon said...

Sape yg culik yash tu? :O

zura asyfar said...

kiwi : tgu je next episode, hehe..
tbalik ke ceria ni watak dia? haha..

shamien: tgu yer next episode..hehe..but fajie still tak tau tu..haha

tieqafhea : takleh ckp yes terus nnt cite ni cpt habes :P..lgpn cpt sgt la mereka kenal, cm tak logik lak nk say yes terus tnp kenal Fajie sepenuhnya dl..hmmm

fallenmoon : next epi tau la :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

what culik ke?
waaaaaaaaa

zura asyfar said...

amira : yup, yash kene kidnap...hmm