:: My gangS :: TQVM

Tuesday, March 1, 2011

My Little Shark – 20.1





“apsal kau datang sini?”

Ayeem yang tadi tersenyum manis memandang aku sudah bertukar wajah menjadi serius. Aku tersentak. Aku ingatkan yang Ayeem akan happy dengan kedatangan aku kat sini. Tak tau pulak yang dia masih lagi dengan perangai dia yang heartless tu. Dia tak tau ke yang aku hampir bunuh diri bila tau dia dah pergi US?

“err...S-saya datang nak jumpa awakla”

Aku menjawab tergagap. Dia memandang aku tajam dan berpeluk tubuh.

“siapa suruh kau datang? Aku tak suruh pun kan?”

Tanyanya lagi. Ayeem, janganla cakap macam tu kat aku. Susah payah aku datang sini cari kau dengan Eham tapi ni yang aku dapat lepas jumpa kau. Air mata aku hampir menitik bila dengar kata-kata kasar dari mulut Ayeem tu.

“saya...”

“kau suka la kan aku tak pergi UK? Sebab tu kau datang sini kan?”

Ayeem sudah turun menghampiri aku yang ada kat atas beranda tu. Dekat je tubuh dia dengan tubuh aku.

“err..T-tak bukan macam tu, saya..”

“atau kau datang sini sebab tak puas lagi dengan ‘layanan’ aku kat kau? Aku tak kisah hal tu, anytime je aku on

Aku tengok Ayeem sudah tersenyum gatal. Dia mula memegang kemas tangan aku.

follow me

Ayeem mula menarik tangan aku ke dalam rumah comel tu. Aku yang terkejut dengan perbuatannya, refleks mengeraskan diri di beranda tu.

“apsal pulak tak nak masuk pulak? Kau nak aku dukung kau ke?”

Ayeem tanya aku bila dia perasan aku tak bergerak-gerak kat situ. Aku mengggeleng-gelengkan kepala tanda tak nak.

“s-saya pregnant, mana boleh wat cam tu”

Aku menjawab jujur. Harap-harap dengan jawapan yang aku bagi kat Ayeem tu membuatkan dia bersimpati dengan aku.

“ada aku kesah ngan semua tu?”

Balas Ayeem angkuh. Aku membulatkan mata tanda terkejut. Dia ni betul-betul dah tak ada perasaan ke? Aku kan tengah pregnant sekarang, takkanla dia tak ada perasaan kesian langsung kat aku?

“aku kan suami kau. Apa yang aku nak mesti dapat”

Tiba-tiba je tangan Ayeem memeluk tubuh aku serentak dengan mengangkat aku masuk ke dalam rumah. Pintu yang terbuka tu di tutup dengan kakinya.

“Ayeem”

Aku dah tak tau nak buat apa-apa hanya mampu menjerit sedikit memanggil namanya. Kalau aku meronta-ronta kan takut aku jatuh pulak kat sini. Tak pasal-pasal je nanti effect pulak kat kandungan aku tu. Lagipun kalau Eham tengok, aku macam tak rasa dia akan datang tolong aku. Takkan nak masuk campur hal rumah tangga orang lain kan?

“shut up atau aku akan buat lebih teruk dari ni”

Ayeem terus menggugut aku. Aku yang takut dengan ugutan dia tu terus je mendiamkan diri dan statik tak bergerak. Dia membawa aku ke salah satu bilik yang berada kat situ.

Dia meletakkan aku kat atas katil di bilik tu. Aku yang dalam posisi terbaring tu terus je duduk. Tak sempat lagi aku berdiri, Ayeem dah bagi isyarat suruh aku kembali baring kat situ. Aku tak dapat nak berbuat apa-apa tu, terus je ikut cakap dia.

Dia membuka tshirtnya dan terus baring sebelah aku. Aku terus memejamkan mata bila tangan dia mula peluk aku.








Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku perhatikan kat sekeliling bilik. Ni bukan rumah aku ni? Baru je aku teringat yang tadi aku bersama dengan Ayeem. Aku ingatkan dia akan buat apa-apa kat aku tadi tapi dia cuma peluk aku je. Tapi sekarang ni dia pergi ke mana?

Mata aku tertancap pada sekeping nota yang bertindih dengan sebuah paperbag di birai katil tu.



“Qashrynna, wear this. Jumpa kat pantai malam ni”



Aku membelek nota yang masih berada kat dalam tangan aku tu. Paperbag kaler putih susu aku tenung lama. Tangan aku laju je membuka paperbag tersebut. Ada sehelai dress labuh berwarna pink lembut di dalamnya.

Aku pegang dress tu kat tangan. Apa lagi agenda Ayeem ni? Aku betul-betul dah tak faham sekarang dengan perangai dia. Sekejap macam baik sekejap macam tak. Macam ada dua personaliti je.








p/s : sorry to all yg ttgu2 cite ni..Cuma dpt upload 3 pages dulu..still on holiday plus tak berapa sihat sket ni..nnt kena balik kg pulak cz ade kenduri arwah..so sorry, nnt zura smbung lg this entry..hope enjoy :D

15 comments:

liyana said...

aloohhhhhh...
xpuas nye bace..
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu
*ayeem ni wat suspen jela td

~cian sis xsht

WITHOUT A SOUND said...

pe yg ayeem cube nak smpaikan???
jgn la wat yg bkn2...ngee sian kat qash..

zura asyfar said...

liyana : sooory....

~ saspen lg ke? tak saspen dah kn?...hehe..
~ tak sihat sebab pertukaran cuaca ni :(

zura asyfar said...

without a sound : hmmm..dia nk bgtau ape ye?..hehe

fallenmoon said...

Waaa...sikitnya tapi takpelah.lagipun sis tak sihat. :) makan ubat tau.

zura asyfar said...

moon : soory n thanks anyway :D

.:kiwi:. said...

Sis.. rehatla leklok... don't force urself tau...
xpela klu xde entry pon.. jnji Sis sihat...

liyana said...

sis zura : hurmm..part awl td 2..
trkzut gak..pehal ayeem cm xde prasan..
tup2..gimik je

sis..rest ckup2 taw..da shat n xbzy t post la

zura asyfar said...

kiwi : ok2..thanks...

~ btw kesian gak kt readers yg meenunggu..huhu..cm tak sgup nk hampakan hrpn diaorg ni :D

liyana : part awl mmg gimik je..hehe..takkanla ayeem smpai kejam cm tu sekali :D

~ tqvm for ur advices :)

.:kiwi:. said...

sis, tp klu mkin truk karang susah... rehat² leklok.. pastu bru leh buat pjg².. hee~ tahulah sis sayang ktorg (nk perasan jap ^^), tp jgn smpai mudaratkn dri udahla ye.. C=

zura asyfar said...

kiwi : ok2..btw sis mmg syg korg semua pon ni..tu yg tak sgup hmpakn hrpn korg..ade yg hr2 tny pasal cite ni =D

Anonymous said...

zura thanx 4 new n3.....harap sihat cpt k...

zura asyfar said...

anonymus : hehe..ur welcome..tq :D

korro suffian said...

im waiting for the new n3!..... cant wait any longer....

zura asyfar said...

k.suffian : sbar yer..kite br je smpai kg ni..hehe