:: My gangS :: TQVM

Wednesday, January 12, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 1

salam semua....

first of all, sorry..mmg ingt nk bertapa tp takleh tahan nak online..hehe..tp atleast dpt jugak post cite baru yg tak tau la best ke tak..

~ anyway terima la cite baru dr zura :D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu..enjoy


*************************


D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu -1


episode 1 : ----> Pertemuan <----



****************************************************


Aku jalan sambil mata pusing kiri kanan tengok kot-kot ada butik yang tengah on sale. Almaklumla dah hujung tahun pun ni, semua tempat sekarang ni tengah rancak buat Year-End-Sale. Walau dalam wallet duit tak sampai pun seratus hengget. Tapi mana la tau kan kot-kot terjumpa sale boleh jugak rembat tshirt barang sehelai dua.

Sampai je kat lot kedai Big Apple Donnut and Coffee terus je kaki aku menonong masuk walau barisan punya la panjang. Ada sale jugak ke Big Apple ni? Konfius jugak sebab tak pernah-pernah dengar Big Apple buat sale. Atau aku je yang jenis kurang ambik tau hal sekeliling?

Memang tengah ramai pun orang beratur sampai pelayan kat situ tak terlayan pun. Hmmm, best jugak ni kalau beli donut, dahla lama pun mengidam nak makan. Heh, ayat tak boleh blah. Macamla tengah pregnant je.

“nak tiga” Aku bagitau kat budak yang tukang letak donut tu.

Dia ambik kotak yang muat tiga bijik donut dan terus tunggu aku pilih. Lepas mata ke kiri ke kanan, aku pilih perasa vanilla, coklat bersalut badam dengan hirisan strawberry yang ada kat tengah. Ok la tu kot, beli banyak-banyak pun bukan habis pun nak makan sorang-sorang.

Lepas je bayar, aku terus bimbit beg plastik Big Apple yang berisi donut tiga bijik tu masuk Guardian pulak. Beli mask je la, lama dah muka ni tak pekena menda alah tu. Orang pakai seminggu sekali, aku pakai sebulan sekali, jimat duit la konon-kononnya. Naik jerawat batu karang baru tahu, dah la hari-hari kena panas (pergi kelas) je.

Aku berdiri je kat bus-stop yang tengah ramai umat manusia tu. Macam-macam bangsa ada kat sini. Tak lalu nak duduk walau ada space kosong kat tengah pangkin batu tu. Tak sanggup aku kena apit dengan mamat-mamat Bangla campur Indon kat situ. Dahla dari tadi duk jeling-jeling aku je, juling bijik mata tu baru tahu!

Bas datang tapi mamat-mamat Bangla campur Indon tu bukannya reti nak beratur pun, main berebut je. Kesian pulak kat makcik tua sorang tu, nasib tak jatuh sebab kena siku mamat-mamat tu semua. Aku paksa diri naik jugak sebab bas seterusnya akan datang sejam lagi. Maunya terbakar duk tunggu lama-lama kat sini, baik aku blah je. Dahla matahari tegak je atas kepala.

Baru je kaki nak melangkah naik, ada sorang mamat mana entah meluru datang ke bas yang baru aku nak naik tu. Disebabkan aku ni terkejut campur tercenggang, dengan selamba je mamat tu pintas aku sampai terhimpit aku kat badan bas. Beg plastik Big Apple yang berisi donut tu terlepas dari tangan aku dan melayang jatuh ke bawah badan bas. Aku tengok dengan pandangan sayu. Takkan la aku nak kena merangkak pergi ambil? Tak ke aku dengan donut tu sekali wassalam kena lenyek dengan bas!

Sekarang ni aku betul-betul marah campur bengang. Suka-suka hati mamat rambut pacak kaler karat tu je duk pintas aku, tak ada kesedaran sivik langsung. Sama je dengan mamat-mamat Bangla Indon tu tadi.

Aku yang tak tau nak buat apa tu terus je mendaki laju tangga bas. Muka rasanya dah merah kot tahan marah campur tahan panas matahari. Aku perasan yang mamat tadi ambik tempat duduk dekat dengan tingkap. Disebabkan dah tak ada tempat duduk lain, terpaksa jugak aku duduk kat sebelah mamat tu. Tak sanggup aku nak berdiri sejam kat sini, maunya kebas kaki nak sampai rumah.


****************************


Sebenarnya tak tau nak bagi kategori apa kat mamat ni, sebab sekali tengok macam sebaya je atau muda lagi dari aku. Kalau kata tua dari aku ni ( 21 tahun) tak kot sebab muka macam kategori babyface lagi. Dahla dengan rambut kaler karat-karat siap buat pacak-pacak lagi, entah berapa kilo la dia letak gel agaknya. Lepas tu pakai lens kaler azure blue pulak, nasibla kulit tu cerah. Kalau tak tau la nak cakap, mesti nampak pelik je. Entah dari mana sesat pun aku tak tau. Jangan tiba-tiba cakap bahasa Korea dengan aku dah la, aku tak khatam lagi belajar bahasa tuh!

sorry ek pasal tadi, saya nak cepat” Katanya lepas aku duduk kat sebelah dia.

Hek eleh, main sorry-sorry pulak. Ingat lagu Korea tu ke Sorry-Sorry. Terlepas aku nak makan donut yang best tadi. Ingat murah ke donut tu. Sebijik dua ringgit tiga puluh sen tau. Bukannya donut jual kat warung singgit dapat empat bijik. Hee..Sekeh kepala tu baru tau!

“kalau nak cepat pun, tak yah ar sampai langgar-langgar orang. Habis terbang donut saya”

Aku jeling dia sekejap sambil tangan buka wallet nak ambik duit bayar untuk bayar tambang. Mana pulak duit kecik ni, masa orang nak pakai la dia tiba-tiba menghilangkan diri.

“awak, sorry ek. Sebagai ganti rugi, saya bayar tambang awak tu” Katanya lagi sambil tersengih.

Eleh, tambang bas baru tiga ringgit tapi harga donut tu dekat tujuh ringgit. Aku cuba buat muka selamba walau tadi memang rasa nak marah dah pun. Takkan nak bergaduh masa duduk dalam bas ni pulak, tak pasal-pasal kena halau turun dengan konduktor sebab ganggu ketenteraman awam pulak.

“yelah” Aku jawab sepatah sebab malas dah nak panjangkan cerita.

“nak pergi mana?” Aku pusing kiri dua saat tengok mamat tu. Tak habis lagi rupanya soal-siasat ni.

“balik rumah” Dua patah aku jawab. Mesra rakyat la pulak budak ni.

“sama r, saya pun nak balik rumah jugak ni” Sambung dia lagi. Adeh, aku tak tanya pun. Sibuk je nak bagitau.

Aku senyap tak jawab apa-apa. Masa ni la aku rasa bas ni lambat je bergerak walau dia dah tak henti dah ambik penumpang. Bila lah agaknya nak sampai ni?

“rumah katne?” Tanya dia lagi.

“Taman Bakau Berkat” Aku terlepas jawab.

Eh, apasal aku terbagitau nama tempat aku tinggal pulak ni? Dibuatnya dia datang cari, habis aku!. Motif dia datang cari? Tak tau la pulak. Ngee..fikir negatif je aku ni! Padahal dia saja je tanya kot.

“owh, saya kat area Sekolah al-Falah” Dia sambung lagi. Konduktor bas datang dan dia pun bayar tambang dia dan aku sekali.

“owh, dekat je la”

“a’ah. Berjiran la kite ek” Dia senyum tengok aku. Tangan dia duk picit-picit handset dia.

Lepas tu masing-masing senyap, dia pulak duk sibuk bermesej dengan siapa entah. Aku ni je yang gigih tahan mata dari tertidur walau rasa mengantuk sangat-sangat. Yela, takkan nak tidur kat sebelah mamat ni pulak. Sungguhla tak sopan rasanya bagi seorang perempuan tidur kat sebelah lelaki yang baru kenal. Buatnya aku terlentok or terkeluar air liur basi, tak ke haru!

“awak, nama ape ek?” Dia tanya aku lepas dekat lima belas minit senyap.

Aku pandang muka dia sesaat lepas dia tanya aku. Mamat ni tanya nama aku pulak ke? Sibuk sungguh nak berkenalan time-time macam ni.

“perlu ke bagitau nama saya?” Aku balas balik soalan dia dengan soalan.

Dia senyum sambil menggaru-garu kepala. Nampak macam comel je dia buat gaya macam tu. Apa aku ni sampai puji-puji dia pulak? Takkan dah weng kot sebab frust tak boleh makan donut tadi.

“awak, saya tanya ni. Nama awak ape?” Dia lambai-lambaikan tangan dia betul-betul depan muka aku. Terus stop lamunan aku. Potong stim betul!

“eh, awak tanya ape ek?” Aku soal balik dengan muka blur. Dahla bunyi enjin bas ni bising gila, boleh je tak dengar soalan dia tu. Lainla kalau dia bercakap tu volume tahap sepuluh.

“awak tidur sambil bukak mata ke? Saya tanya nama awak ape?” Dia gelak bila aku tanya soalan macam tu. Sengal betul!

“emm..Yash..” Aku jawab tapi tak habis sebab dia dah potong cakap aku.

“Yash Chopra ke?” Dia sambung sambil angkat kening.

“awak ingat saya ni pengarah filem ke? Saya Yashara la. Panggil je Yash” Aku betulkan ayat dia tu. Suka-suki dia je kata aku ni Yash Chopra, pengarah filem kat India tu.

“eh janganla marah. Anyway name saya Syahirul Fazzary. Panggil Fajie je”

“owh” Tu je jawapan aku, tak tau nak cakap apa lagi.

“awak study lagi ek?” Dia tanya aku lagi. Dah macam inspektor polis pulak dia ni. Macam-macam benda nak tanya. Macam aku ada buat salah je!

“yup. Study lagi. Kenape?”

“patutla nampak macam budak je lagi” Dia cakap sambil sengih

Cett!! Suka jiwa raga dia je cakap aku ni macam budak. Weyh, aku ni dah nak masuk dua puluh satu la. Tau la muka aku ni macam babyface sikit, perasan betul aku ni..haha..Tapi dia tu tak perasan ke muka dia pun macm kategori budak lagi?! Huh poyo je lebih.

“eh,eh, dah nak sampai pun” Aku alih topik. Tapi memang betul-betul dah nak sampai pun kat tempat aku selalu turun bas.

“err..Yash, mintak nombor telefon boleh?” Dia tanya sambil sengih. Siap buat muka comel lagi.

“tak boleh-tak boleh” Aku geleng kepala. Tak terpedaya la dengan muka comel dia tu, comel lagi kucing aku kat rumah.

Terus aku tekan locenng bas dan lepas tu bangun berjalan kat pitu bas. Tak ada maknanya aku nak tunggu lama-lama kat situ. Aku ni tak ada la innocent sangat sampai nak bagi nombor telefon kat lelaki yang baru kenal. Ni pulak tak sampai lagi dua jam. Dijualnya nombor aku nanti tak pasal-pasal jadi nombor 'panas' pulak. So harusla berjaga-jaga.


5 comments:

lurun nauzzi namzar said...

epi prtama pn dh beshhhh...
sambung33x...

zura asyfar said...

tq lurun nauzi : tgh edit ni bab kedua..hehe

Unknown said...

frustnya xdpt makan donut. huhu.. ok bergerak ke ep2. hehe..

nurul said...

saya rasa dah tersilaplah zura asfar ngan zura ar-rasidin??betulke??hu2..sebab zura ar-rasidin tu rasanya macam mude lagi..ni kak zura,umor bape erk??nk kena panggil akakni''hehe

norfarah norfarah saini said...

best la kak zura...kak zura ni memg dilahirkan untuk menulisss:-)