:: My gangS :: TQVM

Saturday, December 18, 2010

bab 28 why me?


Dengan sedikit kekuatan yang ada, aku menolak tubuhnya sedikit kuat. Lalu tubuhnya terdorong ke belakang sampai terhentak ke pintu kereta. Dia sedikit tercenggang. Aku pun terkejut jugak, tak sangka kuat jugak aku tolak dia.

“kau ni dah gila ke apa?”

Aku menjerit sedikit kuat. Bibir aku kesat dengan tangan. Dada aku berdegup kencang menahan marah. Gila apa tiba-tiba cium aku dalam kereta macam ni. Dah desperate sangat ke?

“kau bising sangat. Sebab tu aku buat macam tu”

Dia menggosok-gosok belakangnya. Huh, padan muka. Buat lagi perangai gatal macam tu. Tapi nasibla Andriand tak tampar aku tadi sebab aku tolak dia. Cuak jugak sekejap.

“suka hati aku la nak bising pun”

“don’t say that or I will kiss U again”

Aku mendengus perlahan dan mengetap bibir bila perasan bibir dia menyungging segaris senyum. Huh, menggugut pulak nampak. Aku berpeluk tubuh dan mengalih pandangan ke tingkap

Dia selamba je meneruskan pemanduan seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Walau tadi, aku nampak dia dah macam marah sangat kat aku. Tangannya mengetuk-ngetuk stering kereta mengikut rentak lagu yang berkumandang kat radio.
“Zoey”

“hmmm”

“Zoey, pandang la sini”

“apa?”

“cakapla slow sikit, tak baik tau cakap kuat-kuat dengan suami”

“ada aku kisah ke?”

“nak kena kiss lagi ke?”

Aku menjelingnya tajam. Dia tergelak kecil. Aku semakin pelik dengan perangai Andriand. Kejap marah, kejap ketawa. What’s wrong with him? Silap makan ubat ke apa?

“sayang”

don’t call me sayang. I’m not your sayangla”

“kite panggil baik-baik, marah pulak”

Aku mendiamkan diri. Malas nak layan dia. Bengang pulak rasa.

“kite balik resort k”

“hmmm…”

Sampai je kat parking resort, aku terus menonong ke apartment dengan paperbag yang bersusun kat tangan. Sebenarnya penat, rasa macam tak cukup tidur je semalam. Pagi tadi dahla bangun awal, konon-kononnya nak melarikan diri dari Andriand. Last-last kantoi jugak.

Katil bersaiz queen tu terus diterjah. Wah, heaven betul. Aku menggolek-golekkan badan kat katil. Selesanya, semalam aku tertidur kat sofa sampai sakit pinggang. Aku kerling jam kat tangan, emm baru pukul tiga petang. Tidur dulu la kejap, asar nanti bangun la.


******************************************


Aku terjaga bila terasa macam ada orang peluk aku. Erk? Pantas aku celikkan mata. Aku kalih ke sebelah, tengok Andriand tidur tengah peluk aku. Comel pulak tengok dia tidur macam tu. Aik Zoey, puji Andriand nampak. Eh eh, tarik balik statement tadi.
Eh, macam mana dia masuk ni? Patutla, aku lupa kunci pintu. Tula, teruja sangat sebab nak topup tidur.

Aku tolak tangannya yang tengah peluk badan aku dan bangun dari katil. Tiba-tiba tangan aku ditarik perlahan. Aku berpaling. Ek? Tadi tengah tidur lagi.

“nak ke mana tu?”

“toilet”

“nak ikut”

Andriand buat muka comel. Aku mendengus perlahan. Apa kena dengan dia ni? Aku kembali duduk atas katil sebelah dengan dia.

“sayang..Nak ikutla”

“apa kena dengan kau ni?”

Aku balas dengan kening yang sedikit naik. Tiba-tiba je perangai berubah dan jadi manja tiba-tiba. Aku pulak jadi segan. Andriand muncungkan mulut. Nak tergelak aku tengok.

“dahla aku nak pergi cuci muka ni”

“Zoey, kejap la”

“hmmm..Nak apa lagi ni?”

“tak ada apa-apa la”

Andriand terus bangun pergi ke pintu bilik. Sempat dia tengok aku sambil kenyitkan mata. Angau terlebih ke apa hari ni?



*******************************************


Aku tukar baju pakai tshirt dengan tracksuit je. Lagipun mesti dah tak keluar pergi mana-mana. Nak makan pun masih kenyang lagi.

“jom keluar”

Aku yang tengah sikat rambut tu terkejut bila ada yang tegur aku. Dia ni la, agak-agak la nak tegur orang pun. Dia dengan selamba pergi duduk sebelah aku yang tengah duduk atas katil tu.

“malas”

“jomla”

“taknak. Penat”

“baru je tidur, penat lagi?”

Aku menjelingnya sekilas. Memang terasa penat pun ni. Soalan dia aku biar tak berjawab.

“jomla pergi pantai. Cuaca tengah elok ni”

“malas”

“jomla Zoey”

“aku tak ada baju”

Aku memberi alasan yang paling tak logic. Dahla tadi banyak shopping baju, kelakarla bila cakap tak ada baju pulak.

“nape tak cakap awal-awal?”

Aku mengerutkan kening dan melihat dia keluar dari bilik. Pergi mana pulak tu? Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan luggage kat tangan. Aik?

“dalam ni banyak baju”

Katanya sambil membuka zip luggge tu. Mata aku terbeliak. Ni nak bercuti sampai sebulan ke? Aku melutut melihat dalam luggage. Banyak jugak baju aku dia bawak. Dengan pakaian dalam sekali. Pakaian dalam? Pipi aku terasa panas. Aku kerling dia yang duduk atas katil. Dia nampak macam tengah terenyum-senyum.

“tak yah malu la. Kite kan husband and wife

Aku angkut semua pakaian aku dan letak dalam almari tepi katil. Zip luggage aku tutup. Aku berjalan menuju ke pintu bilik.

“nak pergi mane tu?”

“kate nak pergi pantai”

Andriand pun mengikuti aku dari belakang. Sambil berjalan, aku berfikir. Betul tak apa yang aku buat ni? Aku just nak rehatkan minda je. Asyik berfikir je macam mana nak tinggalkan Andriand, sampai diri aku sendiri yang dah tak terurus.



************************************************


Aku duduk bersila di bawah pokok rhu tu tanpa menghiraukan Andriand yang tengah bercakap di handset. Angin pantai yang bertiup lembut seakan memberi ketenangan kat aku. Aku memejam mata sambil menikmati udara segar.

Aku membuka mata perlahan-lahan bila terasa ada benda berat yang duduk di atas peha aku.

“don’t say anything”

Kepala Andriand dah terletak elok atas riba aku. Aku menjelingnya tajam. Dia ni memang suka-suka hati dia je buat aku malu. Dahla ramai orang kat pantai petang-petang macam ni. Tu pun dah menjeling-jeling tengok aku dengan Andriand.

“best kan kalau dapat duduk sini tiap-tiap hari”

“buatla rumah tepi pantai”

Andriand bangun dari ribaan aku dan pandang tepat ke mata. Aku buat-buat pandang depan.

“nanti aku buat satu untuk kau”

“macamla kite akan duduk sama-sama”

“kita akan duduk sama-sama nanti sampai tua, percaya la”

“jangan cuba cakap perkara yang tak pasti lagi”

Aku mendengus perlahan. Aku tak nak cakap pasal masa depan. Aku tak nak fikir pun. Sebab kalau aku fikir, nanti aku jadi sedih. Nanti kitaorang akan berpisah jugak, jadi perlu ke nak merancang masa depan bersama?

“Zoey, kenapa kita jadi macam ni?”

"entah. Aku tak tau”

“kite kan bestfriend dulu. Sepatutnya bila dah kahwin, kite akan jadi lebih rapat”

“aku tak tau Andriand. Keadaan yang buat kita jadi macam ni”

Aku bangun dari bersila dan merenung ke laut. Mungkin kalau tak peristiwa kena ugut tu, kita akan jadi lebih rapat kot. Walau perasaan aku kat kau hanya perasaan seorang kawan. Tapi perasaan sayang tu boleh dipupuk. For baby’s sake.

Aku pegang perut aku perlahan. Ya Allah, aku dah lupa pun pasal baby ni. Aku jadi lupa sebab morning sickness aku pun dah tak ada. First and last, hari yang aku pergi check-up kat klinik tu je. Memang pelik.

“kenapa?”

“err..Tak ada apa-apa la”

“dapat rasa baby bergerak ke?”

“hah?”

“err..Tak bergerak, tak”

Aku tengok Andriand dah tersenyum tengok aku. Dia tanya macam tu mesti sebab dia tengok aku pegang perut tadi. Tapi nak tergelak jugak, takkanla baru je sebulan dah dapat rasa baby bergerak? Lainla dah lima enam bulan.

“best kan, next year dah dapat baby

“hmmm”

“nanti bila dah enam tujuh bulan boleh kita pergi scan tengok boy or girl

Aku tengok dia lagi. Macam teruja sangat nak dapat baby? Aku yang mengandung ni, tak ada rasa apa-apa pun.


p/s ; baru je baik demam empat hari, ni demam selsema pulak. Nak edit why me pun lambat je..huhu

3 comments:

sinichies_girl88 said...

jgn lupa sambung lagi yup...
sambung cepat2 hhehhee
cte ni mmg best...
cian kat zoey tu...
tak nk diorang berpisah...
:)

zura asyfar said...

to sinichies_girl88

= otw nk smbung ni..hehethnks sudi bace n komen..tgu nnt smbungan dia :)

Miezan :) said...

rasa macam zoey ni kejam sangat lah pulak. huhu~