:: My gangS :: TQVM

Monday, December 6, 2010

My Little Shark 1

“Syiff, keluar jom. Boringla weyh mengadap benda alah ni je dari tadi” Buku Mathemathics Engineering ditutup kasar.

“a’ah la. Dari tadi duduk tercongok je mengadap benda ni, dah kematu rasanya punggung aku” Balas Syiffa’ dengan memuncungkan mulut.

Aku tergelak kecil tengok telatah Syiffa, tahu la boring. Aku pun boring jugak ni.

shopping jom” Aku memberi cadangan.

“ala Qash, elaun aku tak masuk lagi la bulan ni” Balas Syiffa’lagi.

“aku pun tak de duit jugak ni” Aku merungut perlahan.

“emmm..Mr Triple S kau tu tak bagi duit ke?”

Triple S?” Kening aku terangkat sedikit.

your so-called-little-shark la. Buat-buat tak ingat pulak” Syiffa mencebik.

“bukan tak ingat tapi lupe je. Biase dia bank-in dalam 2hb, ni baru 1hb. Tapi sumpah sekarang ni aku boring gila. Dah nak muntah hijau pun”

“aku pun. So?”

“emmm..Macam ni, aku try cari Triple S jap. Kau tunggu sini jap k”

“ok.jangan lama-lama pulak tu” Laung Syiffa sambil mengemaskan buku-buku yang bersepah di meja kat kafetaria tu.

Aku menunjukkan sign ‘ok’ dengan ibu jari yang naik ke atas dan mula berlari-lari anak ke arah blok G, Fakulti Kejuruteraan Awam.

Sampai je kat blok G, aku tengok kelas budak-budak senior kebanyakkannya semua dah kosong. Cepat pulak hari ni kelas diaorang habis, biasa dekat waktu tengahari baru habis kelas. Aku menjenguk-jenguk dari kelas ke kelas, memang semua dah kosong pun. Kalau macam tu mesti Triple S dah balik kot.

Dalam tengah sibuk mencari tu, aku terserempak dengan budak sekelas dengan Triple S, Syahmi.

“err..Syahmi, kau nampak Triple S tak?”

Kelihatan Syahmi seperti mengerutkan dahi. Lupa pulak, aku dengan Syiffa je yang panggil dia Triple S, hehe..Orang lain mana la kenal kalau aku panggil dia macam tu.

Triple S?”

“eh silap pulak. Kau ade nampak Shaheem Anaqiy tak?” Soal aku lagi sambil meliarkan mata ke blok H, blok yang bersebelahan dengan blok G.

“ooo cakapla Ayeem..Tadi aku nampak dia kat bawah pokok ketapang tu. Kau try la pergi tengok, kot-kot ada lagi kat situ” Jawab Syahmi sambil tersenyum.

“okla. Thanks ek Syahmi”

“tarahalla”

Aku berjalan laju-laju ke arah pokok ketapang depan fakulti tu. Huh, ada pun lagi kat situ. Ingatkan dah balik tadi. Ada harapan ni. Aku sengih jahat.

“err..Ayeem” Panggil aku dengan nada perlahan.

Qash, maniskan muka kau tu dulu. Kau kan tengah bawak hajat ni. Terus aku mengoyak senyum plastik.Dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Gatalnya kau Qash, kerusi kat depan tu kau tak nak duduk, tapi kat sebelah dia jugak kau duduk. Hehe..Ada aku kisah?

Dia yang tengah menaip sesuatu dekat laptop Vaio tu berpusing menghadap aku yang ada kat sebelahnya. Pantas bibirnya mengukir senyum kat aku. Ek mamat ni, senyum terlebih gula la pulak.

“ada ape ni?” Tanyanya sedikit lembut.

Mak ai suara, lembut semacam. Macam nak menggoda je ni. Qash, keraskan hati kau tu. Takkan nak tergoda pulak dengan mamat ni? Ngee..Aku tergoda dengan duit dia je. Hehe..

“emm..nak mintak duit sket boleh?” Aku mengerdipkan mata beberapa kali.

Huh, agak-agak nampak comel tak? Kemudian mula mendekatkan jarak aku ke badannnya sehingga beselisih bahu. Ngee..Gediknya kau Qash. Tak sesuai je kalau orang budak-budak tengok ni.

Dia memandang aku tak berkelip. Kemudian tersenyum lagi. Haissh, dah-dah la tu senyum. Bukannya boleh dapat duit pun.

“hari ni kan baru 1hb, esokla saya bank-in” Tangannya cuba memegang tangan aku.

Aku menepis tangannya dan menarik muncung. Sehari pun nak berkira. On-time betulla dia ni. Patutla dapat gelaran Triple S ( Senior Shaheem Skema). Sesuai kan?

“ala, same je la tu. Beza sehari je pun”

Kelihatan dia menggaru-garu kepala. Ek, ada kutu ke mamat ni? Biar betul? Aku menjarakkan sedikit badanku dengan badannya.

“bukan macam tu. Saya pun tak de duit jugak ni” Katanya perlahan.

Dia menarik walletnya dari poket seluar. Dibuka dan dibelek-beleknya.

“kalau RM50 tu ada la” Dia meletak not RM 50 tu kat tapak tangan aku. Pantas aku mencebik.

Huh, mana cukup RM50, nak makan kat Pizza Hut pun tak lepas. Dalam pada tu, sempat lagi mata aku mengusha isi walletnya. Hmmm, I think I saw something. Bibirku terus mengukir senyum lebar.

“I amik yang ni ek?” Pantas dua jari aku menarik platinum card dari walletnya.

Automatik aku bangun berdiri dan menjauhkan diri darinya. Agak-agak kalau dia kejar, sempat tak nak lari?

Dia kelihatan tersentak dengan perbuatan aku tu. Hehe, nak pinjam je la bukan nak buat apa-apa pun. Kecoh je.

“Qashrynna Zarqa!!!” Dia menjerit nama aku lalu bangun berdiri.

Aku yang tengah berjalan menjauhkan diri darinya tu terus berlari. Haha..mesti tak sempat nak kejar. Aku kan pelari pecut masa kat sekolah dulu-dulu.


******************************


Termengah-mengah aku bila sampai kat kafetaria. Nasib aku pakai sneakers sebab tadi ada lab. Kalau tak, mau tercabut kaki kalau pakai
pumps or wedges.

“ape hal kau ni macam kena kejar dek hantu je?” Soal Syiffa dengan muka berkerut.

Aku terus duduk di kerusi sambil mengurut-ngurut dada. Sesak rasa dada bila dah lama tak practice berlari macam ni.

“kau ni mane ada hantu siang-siang” Aku menarik nafas dan menghembus perlahan. Lega.

“dah tu?”

Triple S kejar aku tadi” Jawab aku sambil menyedut apple juice yang berbaki.

Triple S kejar kau? Nape pulak?” Soal Syiffa lagi.

“yup. Sebab….” Aku tersengih.

“sebab ape?” Soal Syiffa macam dah tak sabar.

“tadaa” Aku menggoyang-goyangkan platinum card di depan mukanya.

Syiffa membulatkan matanya. Kemudian tersenyum.

“kau curi ek?”

“suka-suka hati je kata aku curi. Aku amik je”

“yela tu”

Kemudian kami tergelak. Syiffa menggeleng-gelengkan kepala.

shopping jom?”

set” Angguk Syiffa.

Aku dan Syiffa berjalan menuju ke kereta Myvi aku. Nampaknya shopping sakan la aku hari ni. Tak sia-sia goda Triple S tadi. Aku tersenyum puas.


****************************************



“Qashrynna Zarqa!!!” Kedengaran satu suara menjerit nama aku.

Aku dan Syiffa yang baru je sampai kat kereta tu berpaling. Tiga pasang mata masing-masing saling berpandangan.

Triple S!!” Aku dan Syiffa masing-masing terjerit kecil.

Pergerakan aku yang terhenti disebabkan jeritan tu tadi, terus bersambung. Alarm kereta aku terus aku tekan. Berdesup menyusup masuk ke kereta. Syiffa pun sama. Harap-harap sempatla keluar dari kawasan kolej ni.

Enjin kereta dihidupkan, gear ditarik dan pedal minyak ditekan kuat. Sempat lagi aku berpusing dan melambai kat Triple S yang baru je sampai kat tempat parking tu.

bye-bye Triple S” Laung aku kuat.

Dan kereta menderum laju meninggalkan perkarangan kolej.

6 comments:

Hanna Iha said...

mesti best citer ni...
suke3x

zura asyfar said...

thanks hana :)

RinsyaRyc said...

nih macam ss501... hewrrherr

Miezan :) said...

Hahaha, best lah pulak.. :D

cahya putri said...

Ntah2 dorg tu husband n wife...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)