:: My gangS :: TQVM

Thursday, November 11, 2010

bab 13 why me?

Nasib baik esok takde kelas. Kalau ada pun, tak tau la aku boleh pergi ke tak. Dengan keadaan hidup aku yang tunggang langgang macam ni, konfem takkan masuk satu fakta pun dalam kepala. Yatie awal-awal pagi dah tak ada, maybe dah keluar kot dengan Fadzrul. Takpela, bila dia balik nanti la aku cerita kat dia. Tanggung sorang-sorang memang buat sakit kepala je. Petang nanti, ingat nak pergi ambil angin kat taman. Lama dah rasa tak pergi sana. Sekurang-kurangnya dapat tenangkan sikit perasaan yang tengah kacau bilau ni.

Dalam pukul lima, aku dah bawak motor pergi taman. Ramai jugak orang walau bukan hari minggu. Tu pun ramai yang datang berjogging. Kalau aku, boleh bilang dengan jari la kalau pergi jogging. Aku duduk atas kerusi batu kat taman tu. Sambil mata tengok budak-budak lelaki yang tengah main skate kat wall dekat tengah taman. Biasa Chap ada main kat sini jugak tapi petang ni macam tak de pun. Maybe sibuk kot.

“Zoey”

Aku dengar lembut je ada orang panggil nama aku. Siapa pulak ni? Aku angkat kepala.

“kau”

Tu je yang aku dapat sebut bila nampak Andriand. Dia nampak cool and relaks je dengan tshirt dan seluar khakis paras lutut. Macam hal semalam takde effect pun kat dia. Tapi dia bawak papan deck. Dia main skate jugak ke?

“kau buat ape kat sini?” Cerdik punya soalan.

“swimming”

Sepatah aku jawab. Aku dengar dia gelak. Aku ada buat lawak ke? Biasa tak pernah pun aku tengok dia gelak. Wayar shock ke ape hari ni?

“Zoey, aku tau kau datang sini nak tenangkan fikiran kan?” Dah tau tapi sibuk jugak nak tanya.

“hmm” Takde mood nak bercakap rasanya.

“takpe la, aku takkan ganggu kau. Lagipun aku nak join diaorang tu” Tangan dia tunjuk kat budak-budak yang tengah main skate.

“jangan fikir sangat pasal hal semalam k, nanti kite bincang lagi”

Dia terus menapak pergi. Aku tengok je dia dengan pandangan kosong. Memang kalau boleh aku pun tak nak fikir, tapi kejadian tu still lekat kepala aku ni. Tu yang buatkan kepala aku jadi serabut je ni. Kalau boleh hilang ingatan kan senang.

Lepas sejam lebih duduk kat situ, aku pun beransur-ansur nak balik. Lagipun dah nak masuk senja pun ni.Takkan nak lepak kat sini sampai malam kot.

“Zoey, wait” Terdengar orang panggil aku masa aku dah naik atas motor, tunggu masa nak start je.

“ape lagi ni?” Aku cakap tapi tak pandang pun muka dia.

“malam ni kite keluar, nak bincang pasal hal kite” Dia cakap sambil mata dia tak lepas pandang aku.

“ok” Aku terus je setuju, malas nak fikir apa-apa lagi.

“pukul 9 nanti aku datang ambil kau ” Aku angguk. Terus hidupkan motor dan pergi dari situ.


*************************************************

Pukul 9, Andriand sampai. Kami bertolak dari rumah menuju ke mana entah, aku pun tak tau. Lepas beberapa minit, aku masih mendiamkan diri. Dia pun senyap je.

Tiba-tiba dia berhentikan kereta kat tepi jalan berhampiran dengan Taman Permata. Kat situ kelihatan ramai remaja melepak dan kanak-kanak bermain. Walaupun dah malam, tetap ramai orang sebab ada lampu limpah yang menerangi seluruh taman tu.

Aku keluar dari kereta sambil berpeluk tubuh. Nasibla pakai sweater tadi jadi takla sejuk sangat. Udara malam ni pun sejuk je macam nak hujan.

“Zoey, firstly, aku nak mintak maaf sangat-sangat kat kau. Aku pun tak tau camne kite boleh tidur same-same dalam bilik hotel tu” Dia cakap sambil pandang muka aku sejenak sambil bersandar kat tepi keretanya.

so, nak settle cam ne ni? aku tak boleh fikir dah ni, serabut” Aku membalas.

“kite pergi check kat hospital la nak tau betul tak ade ape-ape yang terjadi kat kau”

Bulat mata aku dengar cadangan Andriand tu. Gila ape? Ingat ni kes rogol sampai nak bukti macam tu.

“tak nak aku, gila ape?” Aku menjawab. Nanti nak letak muka kat mana kalau benda tu betul-betul jadi.

“kalau cam tu, kita kawin je la”

“hah?”

Terkejut aku dengar Andriand cakap macam tu. Apa pulak nak kawin masa ni. Study pun tak habis lagi. Tak terjangka langsung oleh otak aku cadangan Andriand ni.

“Zoey, ni la the best way yang senang nak buat” Aku menjeling Andriand kat sebelah. Ingat senang hal nikah kawin ni. Dahla family aku baru je putuskan hubungan dengan aku.

“cara lain?” Aku memberi cadangan.

“cara ape lagi Zoey? Kau tak fikir ke kalau betul-betul perkara ni jadi, nanti kau mengandung macam mane?” Katanya sedikit tegas.

Aku mendiamkan diri sambil berfikir pasal cakap Andriand tadi. Betul jugak kan, kalau aku mengandung nanti macam mana? Dia lelaki, takkan ada apa-apa kesan pun kat dia. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.

“masalahnya aku takde ape-ape perasaan pun kat kau, nak kawin macam mane?” Aku berkata tanpa berpaling ke arahnya.

Dia merenung tajam sambil mendekati aku. Apa ni? Takkan nak ambil kesempatan pulak? Ingat sikit kita kat taman ni, tapi kata-kata tu tak terluah kat mulut aku.

“kau jangan bimbang la pasal tu. Aku akan buat kau jatuh cinta kat aku” katanya lagi.

Aku tengok dia lama, merenung mencari keikhlasan di dalam kata-katanya. Tapi, ingat senang ke nak jatuh cinta. Bukannya boleh dipaksa-paksa pun perasaan cinta ni.

“aku tak yakin dengan kata-kata kau tadi. Kau kan anti perempuan, tak ade perasaan ngan perempuan. Kalau aku kawin ngan kau, silap-silap aku yang merana” Kataku sedikit mengejek.

Dia merenung aku tak berkelip. Tiba-tiba tangannya kuat memegang bahu aku supaya aku berdepan dengannya. Aku cuba melepaskan diri tapi makin kuat dia memegang bahuku. Alamak, aku silap cakap ke?Habisla.

“Zoey, kau kate aku anti perempuan?Habis tu yang terjadi kat bilik hotel malam tadi tu ape? Atau kau nak aku tunjuk bukti depan mata kau lagi?”

Dia mendekati mukanya ke arah aku. Aku agak tak sampai beberapa inci je. Kalau aku bergerak, konfem muka ku boleh bersentuh dengan mukanya. Aku hanya berdiam diri tak bergerak.

“kau dah gile ke?” Aku cuba bersuara walau masih terkejut dengan statement dia tadi. Dahla tak selesa berada dalam keadaan macam ni.

“kau cakap macam tu kat aku sekali lagi, aku buat betul-betul”

Dia berbisik kat telinga aku. Serius, bulu roma aku meremang. Terasa hembusan nafasnya menampar lembut leherku. Aku memejamkan mata dengan harapan dia menjauhkan dirinya darpadaku.

“Zoey, kau dengar tak ni?” Dia bersuara lagi. Matanya tajam menikam anak mata aku seolah-olah mahu membaca apa yang ada kat hati aku.

“err...aku dengar” Gugup aku bersuara.

“so?”

“aku tak..” Tak sempat aku nak menjawab, sebab aku rasa tangannya dah mendarat kat pipi aku dan mengusapnya lembut. Peluh ku rasa terpecik kat dahi walau angin kat taman ni terasa sejuk.

“kau tak setuju? Takpe, aku akan buat kau setuju”

Bibirnya didekatkan hampir dengan bibir aku. Bulat mata aku, cepat-cepat aku tutup dengan tangan. Sah, aku takut dengan keadaan masa sekarang. Nak setuju je ke tak dengan rancangan dia tadi? Tak ada pilihan lain ke? Tapi bila difikirkan balik kira ok la tu dia nak bertanggungjawab. Kalau dia lari macam tu je, kau nak buat apa Zoey? Pasal mengandung tu pun tak dapat nak fikir lagi. Hissh, serabutnya la.

“err..okla” Aku menjawab perlahan, bersetuju dengan ideanya. Lagipun aku masih terkejut dengan kelakuan Andriand tadi.

Takpela, hal lain tolak tepi dulu. Yang ni lebih penting sebab bersangkut-paut dengan masa depan aku. Kalau aku mengandung pun lepas ni, at least aku dah kahwin. Settle la satu masalah, yang lain nanti-nanti la fikir.

“good, tak yah fikir lagi” Dia tersenyum sambil menjauhkan dirinya daripada aku. Huh, lega rasanya.

“err..family kau camne?” Aku bertanya.

Hari tu suruh aku menyamar jadi girfriend dia, sebab kata family dia suruh dia kahwin dengan sepupunya. Ni bila jadi macam ni, family dia ok pulak.

“aku dah bincang tadi, diaorang ok je. Lagipun orang tua mane yang tak happy kalau anak mereka nak kahwin”

“tapi ingat senang ke nak kawin dalam masa terdekat ni?” Aku bersuara lagi sambil berfikir.

“kau fikir susah memang jadi susahla. Hmmm..macam ni, esok kite pergi pejabat agama ambil borang nikah, then lusa gi check darah. Hujung minggu ni kite balik kampung kau ambil tandatangan wali dan saksi” Senafas je dia memberi cadangan. Macam dah hafal je.

“err...er...yang lain tu ok je but yang last tu...”

“don’t worry, aku ngan family aku pergi jugak nanti. Mesti family kau terimenye. Takkan nak halau tetamu pulak kan?”

Dia senyum. Macam konfiden je. Tapi ni plan dia, bukan plan aku pun. Aku just ikut je.

“oh..ok la cam tu”

Aku mengangguk. Setuju je la. Malas nak fikir banyak-banyak lagi.

“dah, tak yah risau lagi. Everything will gonna be fine

“kalau cam tu, nak balik la”

“cepatnye nak balik, esok bukan nak gerak awal pagi pun”

“tak nak aku duduk sini lame-lame. Lagipun dah lewat ni”

Aku berkira-kira nak balik. Sejak kejadian Andriand hampir mencium aku tadi, aku rasa macam seram je duduk berdua dengan dia.

“kau takut ngan aku ek?” Aku dengar dia bertanya. Tapi macam perli aku je. Aku menjeling dia sekilas.

“mana ade” Aku buat-buat tengok jam.

“yela tu”

Aku tengok dia mcam tahan ketawa. Suka la tu, dapat kenakan aku. Hissh.

Aku lambat-lambat bukak pintu kereta. Nanti dalam kereta duduk berdua dengan dia lagi. Aduh, cepatla sampai rumah. Sampai pelawaan dia nak makan kat McD aku tolak. Last-last kitaorang beli makanan kat drive-thru je.

Ps : Zoey betul2 setuju ke dengan cadangan Andriand tu? Macam mana pulak dengan kejadian kat hotel tu? takkan diaorang tak nak siasat?

7 comments:

IVORYGINGER said...

siasat jgn xsiasat. ni keja org yg nk kenakan zoey. sib baik adrian nk btggjwb. klu qiqi yg dpt msti zoey kena tggl. huh...

zura asyfar addy rifqhiey said...

diaorang memang nak siasat..andriand baik, sebab tu dia sgup btgungjawab..

nas @ miss qs said...

ish...bahayanya kisah hidup diaorang ni..bahaya2...

RinsyaRyc said...

andriand <3 <3 cayela kat awak! >_<

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nas chuare @ miss qs


hahaha....novel jer...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc


haha...go go go Andriand ;D

Unknown said...

ntah2 nie smua plan andriand nk kwin ngn zoey.die kn ske zoey