:: My gangS :: TQVM

Tuesday, November 9, 2010

bab 11 why me?

Hari jumaat tiba, malam ni ada annual dinner. Hati aku sejak semalam rasa lain macam je. Macam ada something yang akan terjadi. Tapi bila difikirkan balik, tak ada apa pun yang nak dirisaukan, perasaan aku je kot. Ala, malam ni kan cuma annual dinner biasa je. Yang special sikit sebab tempat dia kat hotel. Standard la tu, takkan tiap-tiap sem nak buat kat restoran je. Nak jugak merasa kat tempat-tempat mewah.

“kau rase berbaloi tak kite bayar RM100 tu?” Aku tanya Yatie yang sibuk mengiron dress yang akan dipakai malam ni. Khusyuk gila macam tak nak bagi berkedut segaris pun.

“mestila berbaloi. Ingat senang ke nak dapat dinner kat hotel ngan bayar banyak tu?”

“apsal pulak kau cakap macam tu? Aku rase dah banyak pun RM100 tu”

“sikit je la weh RM100 tu, nak tempah dewan pun tak lepas”

“kau biar betul ni?”

“betulla”

“habistu banyak pulak duit Bard yang kene tambah?”

“kau ni memangla. Takkan kau tak tau kot yang ayah si Qiqi tu ade share kat hotel tu”

Aku dah buat muka terkejut sambil mengangguk faham Patutla pun dia setuju je buat kat situ masa meeting hari tu. Siap sponsor hadiah cabutan bertuah lagi.

“hmm..patutla”

“kau tak iron ke dress kau?” Yatie bertanya.

“jap lagi la”

Dress yang siap digosok diletak kat penyakut. Segala barang mekap yang akan digunakan untuk bersiap malam nanti dicheck. Takut-takutla ada yang dah habis, sempat lagi kalau nak pergi beli. Aku hanya menggeleng perlahan melihat kelakuan Yatie. Macam penting sangat je dinner nanti. Taula dapat ‘date’ dengan Fadzrul.

******************************************



Lepas je maghrib, aku dengan Yatie mula bersiap. Sebab ada masa lebih kurang sejam je lagi dari majlis bermula. Majlis start pukul lapan setengah, tapi pukul lapan suku dah kena ada kat sana.

“dah kul 7.30 dah ni, cepatla weh. Nanti lambat pulak nak bersiap” Tegur Yatie yang dah mula sarungkan dress ke tubuhnya.

“yela-yela”

Cepat-cepat aku ambil dress maroon yang tersangkut di wardrobe. Nasib dah iron awal-awal baju ni, takde la kelam-kabut sangat.

“kau pakai dulu foundation ngan bedak debu tu, nanti aku touch-up yang selebihnya”

“ok”

Aku mula meratakan foundation. Tengahari tadi Yatie dah tunjuk cara nak mekap. At least tak de la terkial-kial sangat. Bedak debu mula disapu. Siap.

“japla, aku nak pakai eyeshadow ngan mascara jap”

“ok”

Selepas je Yatie siap mekap, dia pulak ambil alih jadi tukang mekap aku. Tak banyak sangat la yang kena touch-up pun. Wig dipakai dan disanggul cantik. Siap letak reben hitam lagi, nampak macam cute je.

“ok, done. Cantik pun”

“thanks Tie”

“no hal la kawan”

Aku tersenyum senang. Yatie pun nampak cantik dengan dress hitam paras lutut. Betulla macam dia kata, dia akan nampak lebih tinggi dengan warna tu. Heels warna senada disarungkan.
Perfect.

“Fadzrul datang ambik ek?”

“yela. Qiqi pun datang ambik kau jugak kan”

“a’ah”

Pin! Pin!

Yatie jenguk kepala melalui tingkap bilik.

“Zoey, aku gi dulu k. Fadzrul dah sampai”

“ok, gudluck. Jumpe kat sane k”

“ok,bye

Yatie berlari-lari anak ke muka pintu. Aku hanya tersenyum melihatnya. Mesti bahagia kalau dapat ‘date’ dengan orang yang kita suka.

Tiba-tiba aku rasa macam berdebar-debar je. Teringat je kata-kata Andriand dua hari lepas.

“kau memang cari pasal la Zoey. Kau tau kan dia tu playboy. Dia boleh buat ape je yang dia suke”

Takkan la si Qiqi tu nak buat bukan-bukan kat aku. Lagipun masa dinner nanti yang datang pun budak-budak kelas aku je. Tak ada apa-apa la, aku menyedapkan hati.

Aku berjalan keluar rumah sambil mengepit clutch bag. Heels warna hitam dicapai dan disarungkan ke kaki. Waa, memang jadi model la malam ni kalau tinggi macam ni. Harap-harap tak jatuh la nanti.

Pin! Pin ! Pin!

Aku menjenguk ke ke pagar. Dah sampai pun Qiqi dengan keretanya. Cepat-cepat pintu aku kunci dan melangkah ke pintu pagar. Bila sampai dekat kereta, Qiqi dah pun keluar sambil memandang aku tak berkelip.

“kau nampak cantik malam ni Zoey” Dia tersenyum.

“thanks. Cepatla, nanti lambat pulak”

Aku bergerak menuju ke tempat duduk sebelah pemandu. Seatbelt dipakai. Qiqi menghidupkan kereta lantas kereta meluncur laju ke jalanraya. Aku hanya berdiam diri dalam kereta, macam tak selesa je berdua dengan dia malam ni. Lagipun aku perasan Qiqi asyik menjeling je kat aku dari tadi

Laju jugak dia bawak kereta, tak sampai sepuluh minit dah sampai kat depan pintu hotel. Lepas parking dekat tempat yang disediakan, kami berjalan beriringan masuk ke dalam hotel. Qiqi menghulurkan lengannya, nak tak nak aku terpaksa menyauk lengannya sebab dah janji jadi ‘date’ dia malam ni.

Kami naik lif menuju ke tingkat empat sebab Angsana Ballroom ada kat situ.
Nampaknya dah ramai yang datang dengan pasangan masing-masing. Memang sesuai la tema “Romeo and Juliet “ malam ni sebab semua yang datang pakai evening dress dan tux.

Masuk je dalam, aku rasa ramai je yang memandang aku dengan Qiqi. Mesti tak percaya macam mana kami boleh datang berdua sebab kalau jumpa asyik gaduh je semedang.

Aku memandang ke segenap ballroom ni. Whoa, gempak la kalau annual dinner macam ni. Siap ada band lagi kat pentas. Nasib tak ada orkestra je.

“guys, tengokla sape yang datang ni”

Aku berpaling. Cheh, Bard dengan Firas rupanya. Geng-geng Qiqi la ni. Mereka pandang aku atas bawah. Hissh, rimas betul la. Qiqi pulak tersenyum je sambil bersalaman.

“cantikla kau Zoey” Aku pamer senyum plastik kat mereka berdua.

Kitaorang pun pergi ke meja yang tersedia. Aku terjenguk-jenguk cari Yatie dengan Fadzrul, jauh gila meja diaorang ni. Tapi siapa pulak pasangan yang akan duduk semeja dengan aku dan Qiqi? Takkan kami berdua je sebab meja tu muat empat orang.

Lima minit kemudian, majlis pun bermula. Terkejut aku bila Andriand dengan perempuan mana entah yang datang duduk kat meja kitaorang. Dahla pakai seksi gila, tube dress paras peha je. Girlfriend dia kot, tapi setahu aku dia tak ada girlfriend. Aku hanya buat tak tau, tapi Andriand pandang je aku macam nak telan. Perempuan kat sebelah dia pulak asyik main mata je dengan Qiqi. Nak muntah hijau aku dibuatnya

Emcee pun budak kelas kitaorang je, si Tajj dengan Fisha. Memang bestla diaorang berdua tu. Aku asyik nak tergelak je dengar diaorang berdua berceloteh. Masing-masing cuba imbas kembali kenangan masa kami semua mula masuk uni dulu. Kata diaorang lagi, siapa-siapa yang dapat menang lucky draw malam ni, dapat free bilik hotel. Deluxe package lagi, bestnya kalau dapat kan. Bila lagi nak merasa dapat duduk hotel free.

Lepas sesi bercerita yang agak panjang lebar, ada sesi menyanyi. Nak tergelak pun ada sebab ramai yang menyumbangkan lagu. Tak kisahla, asal masing-masing semua happy. Sesi makan-makan lepas sesi menyanyi. Memang banyak la makanan, dari masakan kampung sampaila ke western food, tu tak masuk desert lagi yang penuh berbaris atas meja. Tak tau nak pilih mana satu. Masing-masing buat aktiviti bebas je lepas tu.

Aku ambil black pepper lamb chop dengan pudding caramel. Penuh dua pinggan kat tangan. Dah lama tak makan, so dapat makan ni memang penuh pinggan la ambil. Si Qiqi pulak makan chicken grill, kira kitaorang sama-sama makan western food la malam ni.

“best jugak ni” aku bersuara lepas sedikit lamb chop masuk ke mulut.

“best sangat ke? Mintak sket”

“ambikla, banyak ni”

Pinggan yang berisi separuh lamb chop dihulur. Qiqi mencucuk sedikit dan dibawa ke mulut. Tanda sign ‘okey’ dibuat dengan ibu jari tanda bersetuju dengan aku. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk tapi Andriand kat depan aku dah buat muka semacam. Macamla aku dengan Qiqi makan bersuap pun. Tapi takkan la dia jeles pulak, aku kan kawan je dengan dia.

“kira pertaruhan kite dah habisla kan?” Aku cakap kat Qiqi.

“memang dah habis walau kau yang kalah. MOU pun aku dah buang”

“okla cam tu. Tapi kau tak yah la panggil aku tomboy lagi, bencila”

Aku mencebik dan Qiqi pulak tersenyum.

“boleh, asal kau sanggup menari ngan aku jap lagi”

wait-wait, nanti ade sesi menari ke?”

“yup”

Tak nak la macam ni, kena menari pulak. Dahla aku tak pandai menari. Tapi kalau tak setuju nanti dia dengan geng-geng dia duk gelar aku tomboy dengan kacau aku pulak. Benci la macam ni.

so cam ne?” Dia bertanya.

“ok la”

Aku tengok dia tersenyum penuh makna. Kalau kau cuba nak ambil kesempatan kat aku masa menari nanti, siapla. Tapi nasib masa aku duduk bercakap pasal pertaruhan tu, Andriand dengan girlfriend dia tak ada sebab pergi ambil makanan. Aku tak nak la dia tahu. Lagipun, dia macam tak suka je aku berdua dengan Qiqi malam ni. Nanti tak pasal-pasal pulak final project kena buat sorang-sorang, naya je.

Lagu ‘My Baby you’ beralun lembut mengisi ballroom yang sesak dengan tetamu. Dah ramai yang mula melangkah ke tengah dewan. Aku menghela nafas berat.

“Zoey, jom” Qiqi mengajak.

Tangannya dihulur ke arah aku. Terpaksa la aku sambut dan mengikutnya ke tengah ballroom. Aku sempat berpaling ke arah Andriand. Bibirnya macam bergerak seperti hendak berkata sesuatu kat aku tapi macam tak jadi.

Kedua-dua tangan aku diambil dan diletak ke atas bahunya. Panas rasa muka aku, tak pernah-pernah lagi aku buat macam ni kat lelaki. Dah la tangan dia letak kat pinggang aku. Waa, geli ni.

“kau geli ek?” Tanyanya.

“tak biase la” Aku mencebik.

“nanti-nanti biase la”

“ye la tu”

Aku hanya bergerak slow-slow je. Kan pecut kan ada yang jatuh tersembam pulak. Tak pasal-pasal nanti aku yang malu setahun. Memang kekok dan janggal sangat, nak je aku melarikan diri masa ni.

Aku perasan ada yang pandang aku semacam masa aku menari dengan Qiqi. Siapa lagi kalau bukan Dania dan Zafira, dari tadi asyik menjeling-jeling tak puas hati. Tapi ada aku kisah, aku bukannya girlfriend Qiqi pun.

“adoii”

Siapa pulak yang pijak kaki aku ni? Aku berpusing ke kiri, cheh Andriand rupanya. Bila masa pulak dia ni ada sebelah aku? Tadi elok je makan kat meja bulat tu. Aku menjeling tajam dan dia hanya tersenyum sinis. Geram rasanya, suka-suka hati je pijak kaki aku. Dahla tak mintak maaf pun.

“sorila Qiqi, kaki aku sakitla”

“takpela, kite stop je la”

Cepat-cepat aku kembali ke meja. Harap-harap tak la lebam kena pijak tadi. Aku membelek-belek kaki, merah jugak.

“sakan menari?”

Terkejut aku disergah tiba-tiba. Andriand rupanya. Satu jelingan tajam aku hadiahkan padanya. Tapi dia buat selamba je duduk sebelah aku, dekat pulak tu. Aku tengok Qiqi dah dapat partner baru, girlfriend Andriand tadi rupanya. Tapi dia macam tak kisah pun girlfriend dia menari dengan Qiqi. Pelik aku.

“kau peduli ape” Malas aku nak menjawab.

“yela sape la tak bangga dapat menari ngan playboy terhangat uni, dahla tergedik-gedik je cam perempuan desperate”

Berdesing rasanya telinga aku. Nak kena Andriand ni, suka-suka hati je cakap aku peprempuan desperate.

“ape kau cakap? Desperate? Yang kau bawak girlfriend pakai tak cukup kain tu ade aku kisah?”

“dia tu sepupu aku la. Aku tak nak la kawan aku jadi cam perempuan lain tergedik-gedik ngan budak Rifqiey tu”

“hey, ingat aku hard-up sangat ke ngan dia?”

Suara aku makin kuat. Dahla lagu pun makin kuat. Sakit rasanya tekak duk terjerit-jerit dalam ni. Air yang ada kat atas meja, aku teguk rakus. Panas rasanya sama panas dengan hati aku ni. Tak cukup segelas, aku ambil lagi segelas yang ada kat tempat Qiqi. Lantak dia la, nanti kalau dia nak ambil je yang lain.

Aku tengok dia pun duduk meneguk air jugak sampai dua gelas . Tula, kan dah masing-masing panas. Siapa yang suruh buat hal kat sini?

“dah tu yang kau ‘date’ ngan dia tu kenape?” Aik, tak habis lagi ke dia ni?

“dengar sini k, kau tak tau cite sebenar. Kau jangan tuduh aku su……….”

Ayat nak balas kat Andriand tak sempat aku habiskan sebab tiba-tiba aku nampak Andriand macam jadi dua. Kepala pun rasa macam berat je. Mata aku gosok dengan tangan. Kepala aku picit perlahan-lahan dengan jari. Apasal ni?

“Zoey, kau kenape?” Aku nampak cuba Andriand pegang tangan aku.

“peningla”

Aku pegang meja didepan cuba bertahan. Andriand sempat memegang bahu aku masa kepala aku nak terjatuh ke meja. Dan selepas tu semuanya kelam.

7 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

salam semua..plz komen :)

matahati-aishahazhar said...

kenapa dgn zoey tu? adriand or qiqi yang cuba buat sesuatu ni.. tolong masukkan citer baru plzzz.

zura asyfar addy rifqhiey said...

thanks sebab komen..di atas sokongan semua kat ceita saye ni, kemungkinan entry akan dimasukkan hari2..insyaAllah..

IVORYGINGER said...

jahat la qiqi tu. mesti dia taruh drug dlm air minuman zoey tu. silap2 dlm minuman adrian sx. huh...

zura asyfar addy rifqhiey said...

qiqi mmg jahat sket..tp tak tau lg sape yg letakkan sesuatu dlm air diaorang bdua..

RinsyaRyc said...

wawaww.. syg x jadik novel... tu mesti zoey jealous tu... hehehe...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc


ala...first novel ni ala2 percubaan jer..hehe....zoey jeles lah..hehe