:: My gangS :: TQVM

Thursday, January 13, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 2


episode 2 : Unmatured?


***************************************************************



“arggh!! Geram!! Geram!! Geram!!”

Nak je aku jerit kuat-kuat. Tapi bila fikir yang sekarang ni aku ada kat luar pagar poli, terus terbantut niat aku tu. Kalau kat rumah, tak kisahla sebab bukannya ada orang pun kat rumah aku tu.

Kertas yang bertulis tajuk extra assignment tu aku genggam kuat dengan tangan. Sampai hati Puan Irdina, aku masuk lambat tadi terus je kena denda. Padahal aku bukan sengaja masuk lambat, bas yang aku biasa naik tu buat hal. Adoyai! Sengal je dia tu!

Aku jalan dengan langkah longlai ke bus-stop depan poli. Rasanya kalau tengah hari macam ni jarang ada bas lalu. Arggh, terpaksa la aku naik teksi hari ni. Tak sanggup aku nak tunggu lama-lama tengah panas ni. Mau berpeluh ketiak je nanti!

Pin!! Pin!!

Tiba-tiba telinga aku dengar bunyi hon kereta. Aku angkat kepala dari skrin handset dan tengok ada kereta Mazda RX-8 kaler putih dah tersadai depan aku. Dia hon aku ke? Aku pusing kiri pusing kanan, tak ada orang pun. Kira memang dia hon kat aku la. Haha..Perasan betul!

“hai Yash” Ada sorang budak lelaki tersengih dari dalam kereta. Tangannya duk lambai-lambai kat aku.

Aku kerut kening. Siapa pulak yang suka-suki panggil aku Yash? Glamour sangat ke aku kat poli ni? Sampai ada kereta sanggup berhenti semata-mata nak ‘hai’ kat aku. Perasan lagi..hehe..

“sombongnya dia”

Dia turun dari kereta dan bersandar kat badan kereta dia betul-betul depan aku. Aku pandang dia tak berkelip. Otak aku tengah bekerja keras nak ingat budak ni. Dengan pakai jaket kulit, sungglases besar kaler dark brown dan seluar skinny jeans ketat, sah memang tak kenal. Rambut pulak kaler red- brown jalur-jalur macam burung kakak tua je. Konfem aku tak pernah ada kawan dressing pesen gini!

Aku still senyap, tak balas pun panggilan ‘hai’ dia tu. Seram jugak rasa. Dahla aku sorang-sorang je kat bus-stop ni. Dibuatnya aku kena seret masuk kereta dia, tak ke naya je!

“takkan tak kenal kot” Dia gelak. Rasa macam familliar la pulak suara dia ni kat telinga aku. Siapa yer? Aku garu kepala.

“saya Fajie la” Dia senyum lagi tapi kali ni dengan selamba je pergi duduk sebelah aku.

“Syahirul Fazzary” Laju je nama dia aku sebut.

Macam dah hafal pun. Padahal nama dia tu macam pelik sikit, sebab tu senang nak ingat..Hehe..

“ingat pun” Dia senyum lagi. Aku pandang dia tak berkelip.

Dua bulan tak jumpa macam ni dah jadinya. Rambut karat pacak-pacak dia hari tu dah panjang. Tapi sekarang ni dah tambah kaler red-brown plus jalur-jalur pulak. Dah tu ada pulak rantai silver besar gedabak kat leher, dengan bangle lagi kat dua-dua belah tangan. Adoyai, macam style nak pergi buat konsert K-pop je dia ni. Mak ayah dia tak marah ke pakai macam tu? Hari tu masa jumpa dalam bas, rambut karat-karat plus lens azure blue je. Baju pulak tshirt Polo dengan jeans biasa je.

“ hmmm..Nurul Yashara Naszily. Diploma Kejuruteraan Awam. 90073.....”

Aku macam dengar je dia sebut nama aku siap dengan course yang aku ambil lagi kat poli. Erk, lepas tu sekali dengan nombor ic aku lagi. Dia ni boleh baca biodata aku ke? Konfius nih!

“eh, baca ape tuh?” Tak sempat dia habis baca aku dah potong.

“kad matrik” Dia tunjuk pada kad matrik yang tergantung kat leher aku.

Aku sengih nak tak nak. Punya la skema sampai luar poli pun tak buang lagi. Biasa tak sampai dua saat keluar kelas terus cabut. Macamla kad matrik tu berat sangat nak pakai.

“baru masuk dua puluh satu. Ok la tu” Dia sambung lagi sambil senyum.

Sambil jeling aku ambik kad matrik dan simpan dalam beg. Kena sorok ni, nanti dengan nombor ic aku dia hafal sekali.

“kelas dah habis ek?”

Aku angguk sambil betulkan tudung yang dah kelepet kat depan. Dia pandang je aku sambil goyang-goyang kaki kat pangkin batu ni. Dia ni tak ada kerja ke? Ke ponteng kelas? Rasanya hari ni hari orang bekerja. Hari tu masa jumpa naik bas, hari ni datang pakai Mazda RX-8 Coupe. Curious pulak rasa, ni betul-betul kereta dia ke?

“jom, saya belanja makan” Ajak dia dan terus berdiri.

Aku kerling dia sesaat sebelum pandang balik depan. Dia dah berjalan dan stop depan kereta dia. Aku tetap diam tak bergerak.

“jomla. Saya tak kidnap awaknye. Saya ni baikla”

Tiba-tiba je dia puji diri sendiri. Rasanya tak ada orang nak mengaku dia tu jahat kan. Macam mana kalau dia betul-betul ada niat nak kidnap aku? Tak sempatla nak mintak ampun kat mama dengan papa. Dahla banyak je dosa aku dengan diaorang. Hishh..

“mama saya pesan jangan naik kereta orang yang tak dikenali” Tiba-tiba aku dapat idea nak tolak ajakan dia tu.

“kalau macam tu, bagi nombor telefon mama awak, saya nak mintak izin”

Bulat mata aku. Ni apa kes nak nombor telefon mama aku segala? Nak mati cepat kalau mama aku tau yang aku kawan dengan lelaki. Walau kawan-kawan aku yang sebaya ok je mak ayah diaorang, siap jemput boyfriend datang rumah lagi.

“err..Mesti mama saya sibuk masak time-time macam ni”

Aku bagi ayat paling baik pernah aku reka. Harap-harap dia tak mintak lagi nombor telefon mama aku dan aku pun tak payah ikut dia. Aku sengih dalam hati.

“Saya nak belanja makan je, bukan buat apa-apa pun” Dia buat ayat sedih, dengan muka pun sedih jugak. Heh, tak terpedaya la aku dengan budak dressing pelik cenggini.

Tapi patut ke aku terima ajakan dia ni? Aku garu kepala yang tak gatal. Adoyai! Nak bagi alasan apa lagi ni? Aku tak nak ikut dia la.

“hei Yash”

Tiba-tiba je ada orang tegur aku. Mirul rupanya. Mata dia tak berkelip pandang Fajie kat kereta.

“hei” Aku balas sepatah.

Mirul ni course-mate aku. Tapi aku tak suka dia. Girlfriend je dah keliling pinggang tapi still ada hati nak tackle aku. Huh, macam la aku kebulur sangat dengan muka hensem sekupang dia tu. Hensem lagi papa aku!

“tak balik lagi?”

Mirul tanya aku. Selamba je dia duduk kat sebelah aku. Fajie pulak pandang aku bersilih ganti dengan Mirul. Takkan jeles kot, hehe..Perasan la aku ni. Bajet macam jadi rebutan pulak..Haha..

“bas tak sampai lagi” Jujur je aku jawab.

“jom aku hantar kau balik” Mirul dah berdiri.

“err...” Aku serba-salah nak jawab.

Aku tengok si Fajie kat depan dah macam serba tak kena je. Mirul ni bukannya boleh percaya sangat pun. Buatnya dia ada niat nak buat benda tak baik kat aku, naya je kalau aku tumpang dia.

“jomla” Dia dah tarik tangan aku.

Bulat mata aku tengok Mirul. Ni apa kes tarik-tarik tangan orang pulak?

“hei ape ni?” Aku jerit kat Mirul.

Aku tarik tangan aku tapi tak terlepas. Fajie pun nampak macam terkejut. Aku lagi la terkejut campur marah.

bro, ape hal ni sampai tarik-tarik tangan anak dara orang?” Tiba-tiba je Fajie datang sound Mirul.

“kau sape nak masuk campur?” Mirul dah balas dengan suara yang dah naik.

“aku ni tunang dia, kau tu yang masuk campur hal kitaorang” Fajie dah mencerun mata ke Mirul.

Aku terkejut gila dengan pengakuan Fajie. Masa tu la Fajie tarik tangan aku sampai terlepas dari tangan Mirul. Aku yang masih blur tu ikut je dia ke kereta.

Mirul angkat dua-dua tangan tanda mengalah. Fajie buat signwatch-out’ dengan dua jari dia kat mata kat Mirul. Aku perasan Mirul pandang kitaorang dengan muka tak puas hati.

“awak ok ke?” Fajie tanya lepas aku pakai seatbelt.

“err..Ok..Ok je” Cuak je aku jawab.

Still terkejut dengan hal tadi. Jantung pun masih laju lagi buat marathon. Rasa nak menangis pun ada jugak. Tak sangka Mirul sanggup buat aku macam tu.

“tangan awak tak sakit ke?” Dia tanya aku lagi. Gear dia tarik dan kereta bergerak.

Aku selak sikit lengan baju kurung. Memang ada kesan merah sikit kat situ. Kuat jugak Mirul tarik tangan aku tadi. Tak perasan pun, ni baru ada rasa sakit sikit-sikit.

“sikit je ni. Anyway thanks pasal tadi” Aku tarik nafas, lega. Kira gentleman jugak la budak ni walau sekali tengok tak macam ada yang sanggup dekat dengan dia.

“ok. Next time kalau dia kacau awak, bagitau je kat saya. Konfem Wonderpets datang tolong” Sempat lagi dia buat lawak. Dia senyum tengok aku. Aku je senyum nak tak nak.



“nah”

Dia hulur kotak Big Apple Donnut yang dia ambik kat seat belakang masa kereta berhenti kat traffic light.

“ape ni?” Aku tanya soalan bodoh. Mesti la ada donut dalam ni, takkan ada nasi lemak pulak kot.

“donut la” Dia senyum sambil tarik handbrake.

“err..”

Aku pegang je kotak Big Apple tu. Bukan apa, macam tak selamat je nak makan. Mana tau kot-kot dia letak apa or dah jampi apa-apa. Tak ke dengan senang-senangnye aku ikut balik rumah dia. Tak nak la macam tuh!

“awak tak caya kat saya ek” Dia senyum lagi. Aku tak jawab soalan tapi buat-buat lipat lengan baju kurung.

“emm takpela..Kite nak makan kat ne ni?” Dia alih topik.

Ok la tu alih topik, takla susah-susah otak aku kena bekerja keras nak cipta ayat nak elak makan donut tu. Walau dalam hati dah terliur je, aku rasa aku still dapat tahan nafsu nak makan donut tu. Sabarje la!

“saya tak biasa makan kat luar, jadi tak tau nak makan kat mane” Aku jawab jujur.

Memang jarang pun makan kat luar. Biasa tengah hari makan kat kafe je kalau ada kelas. Tak pun telan je roti. Mana la boleh makan mewah-mewah, bergantung hidup dengan elaun papa je. Duit loan pun tak bagi apply. Sadis betul hidup aku ni..Huhu.

“owh. Takpe-takpe. Saya bawak awak makan nasi kukus paling best kat sini”

Aku angguk je la. Tak tau dah nak cakap apa lagi. Jangan bawak aku lari ke Siam dah la. Taula terhutang budi dengan pertolongan dia tadi. Tapi tak nak la sampai tergadai body kot.

“jom” Dia dah stop kereta.

Aku turun dan ikut dia dari belakang. Kitaorang jalan kaki jauh jugak la nak pergi restoran tu sebab banyak gila kereta parking kat sini. Ada sale ke kat depan tu?

“ramai pulak orang hari ni” Dia merungut perlahan.

Masa tu kitaorang dah stop betul-betul depan restoran tu. Memang ramaila orang sebab waktu makan tengah hari. Adoyai! Apa la slow sangat dia ni? Tak padan dengan pakai pesen macam ni!

“tak yah makan la. Saya pun nak balik ni” Aku bagi cadangan.

Aku sebenarnya segan jugak ni. Tak pernah-pernah makan berdua dengan budak lelaki. Nak-nak lagi baru kenal. Kalau makan ramai-ramai tu biasa jugakla.

“eh, tu ade tempat kosong” Cepat je dia potong ayat aku tadi.

Dengan muka teramat ceria sebab dapat tempat kosong, tak semena-mena dia berlari-lari anak pergi. Aku terkejut campur pelik. Dia ni umur berapa sampai siap berlari nak kejar tempat kosong? Amatla tak matured mamat ni. Sabar je la aku!

“Yash, cepatla” Dia laung dari dalam restoran.

Malu aku kejap, rasa macam merah je pipi. Tak agak-agak betulla dia ni. Aku pun perasan orang lain tengok je aku dengan budak ni. Hadoi, nasibla dapat kawan pesen macam ni. Tak taula orang tengok sebab perangai dia yang tak matured or dressing dia yang amat pelik tuh!

Aku jalan slow-slow masuk restoran tu dan pergi duduk berdepan dengan dia. Dia dah siap order pun lagi. Cepat sungguh, langsung tak tanya aku nak makan apa. Tarik balik statement gentleman tadi, huh!

“nak minum ape?” Dia tanya masa aku dah selamat duduk depan dia tu.

Aku kerut kening. Bukannya tadi dah order pun kat budak pelayan tu? Takkan order benda lain pulak kot? Peliknya la dia ni.

“bagi teh ais je la” Dia angguk dan panggil budak pelayan tu sekali lagi.

“kenape baru order air, tadi order ape?”

“tadi order nasi kukus je. Air lambat order tak pe. Nasi lambat order, takut cepat habis” Dia sengih sambil lipat-lipat tisu kat meja.

“owh” Tu je dapat aku jawab. Sungguh, ni first time aku dengar.

Sebenarnya pelik betul dengan perangai dia ni. Aku tak dapat agak umur dia sebenar. Kejap perangai macam gentleman je, kejap macam budak-budak. Muka pun ada lagi la nampak macam budak-budak sikit. Agaknya ni la kot perangai budak lelaki yang baru nak masuk alam dewasa. Hormon dia tak betul sikit, tu yang perangai pun bercampur-aduk je tu.

actually umur awak berapa?”

“kenape tanya?” Dia sengih sambil angkat-angkat kening.

Hek-eleh, tanya umur pun macam jawab tak nak jawab je. Aku punya umur dia dah tau la sebab tadi dia dah baca kat kad matrik aku. Mana aci macam ni, aku pun nak tau jugak umur dia!

“yela, tadi kan awak dah tau umur saya. So saya pun nak tau jugakla umur awak. Baru fair and square” Aku jawab sungguh-sungguh siap dengan reason lagi.

“hmm..cuba teka?” Dia pulak bagi aku soalan.

Adeh dia ni, main teka-teka la pulak. Aku ni dah la susah nak estimate umur orang. Nak-nak lagi budak dressing pelik cenggini. Tapi kalau aku dapat teka jawapan yang betul, agak-agak boleh dapat hadiah tak? Sebijik LCD tv mungkin? Hehe..

“errr..25 kot” Aku senyum.

“muka saya macam orang umur 25 ke?” Dia buat gaya muncung mulut. Tak boleh blah betul. Macam gaya budak umur empat tahun tak boleh makan aiskrim je.

“tak de la. Tapi saya ni tak pandai estimate umur orang” Aku jawab jujur.

Masa tu nasi kukus kitaorang dah sampai. Dia pun bangun pergi basuh tangan kat sinki. Aku pun ikut sama la. Macam tak sesuai je sorang makan pakai tangan dan sorang lagi makan pakai sudu garfu. Macam itik couple dengan ayam je!

“awak agak-agak je la umur saya berape” Dia cakap lagi lepas baca doa makan. Aku tolong amin-kan je la.

“emmm..sama ngan saye kot” Aku jawab lepas suap nasi. Best jugak nasi kukus ni. Berbaloi la datang ni walau terpaksa tanggung malu kejap tadi.

“salah” Cepat je dia jawab.

Aku telan nasi slow-slow. Memang aku ni tak pandai nak estimate umur orang. Dua kali teka, tetap salah jugak tu.

“habis tu?” Satu lagi suapan masuk mulut.

“20” Dia senyum lepas tu sedut teh ais dia tu.

“hah?”

Aku terkejut. Nasib baru je lepas telan nasi. Kalau tak mau tercekik aku kat sini. Nanti dapat dua kali malu kat sini. Konfem lepas ni tak datang dah!

“20. Kenape awak tak percaya ke?”

“errr..bukan tak percaya” Aku jawab perlahan.

Tapi aku tak boleh terima kenyataan yang budak ni muda setahun dari aku. Adoyai, patutla pun perangai pelik-pelik je. Kira boleh dimaafkan la perangai dia tadi. Dah nama pun muda dari aku. Aku pulak yang terasa tua.Huhu..

“kalau macam tu, saya ada chance tak nak jadi pakwe awak?” Dia senyum lagi.

“hah?”

Sekali lagi aku terkejut. Kali ni siap tersedak nasi lagi. Perit je tekak sebab tersedak dengan sambal. Sampai berair-air je mata. Huhu, malunya!

“sorry-sorry. Ok tak ni?” Dia dah bangun berdiri sebelah aku.

“err..dah ok dah” Teh ais aku yang baru aku sedut tu aku tolak ke tepi.

Cepat je aku angkat dua-dua tangan paras dada kat dia. Takut dia tepuk belakang aku je kat sini. Mana boleh dikira budak ni, perangai tak boleh dijangka langsung.

“jomla saya hantar awak balik” Dia dah berdiri sebab nak pergi bayar kat kaunter. Lagipun aku dah stop makan lepas tersedak tadi. Tekak pun rasa perit je ni. Adoi..Sabar je la keluar dengan dia hari ni!

6 comments:

mama_ariana09 said...

best cerita nih,,cpt smbung yer

zura asyfar said...

thanks mama_ariana09 cz sudi bace cite budak2 cenggini..hehe..

missfhea said...

best sangat! fajie tu umur macam 15 taon je.. tak matured langsung wlaupn ade a bit lah.
;)

zura asyfar said...

tq missfhea..mmg zura wat cite ni yg lelaki tu muda lg dr ppuan..so memg tak matured la perangai dia..hehe

.:kiwi:. said...

hoho... lelaki lagi muda eh? ske3..

zura asyfar said...

yer kiwi..laki lebih muda, but setahun je la.. :)