:: My gangS :: TQVM

Sunday, April 10, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu -12.1





Episode 12 : Honeymoon?






“eh, saya nak cakap dengan Ida la kejap”

Aku bagitahu Fajie yang tengah tarik tangan aku ke kereta. Tak sempat aku nak pesan apa-apa kat Ida dengan Iza, dia dah capai tangan aku masa keluar dari masjid tadi. Mesti aku kena bahan dengan diaorang nanti bila sampai kat rumah. Dahla semua tetamu yang ada kat perkarangan masjid tu masing-masing tengok je gelagat aku dengan dia. Ada yang tersenyum-senyum dan tersengih-sengih dan ada pulak yang berbisik-bisik sambil menjeling. Bergosip la tu. Huhu..

“Ida ke saya lebih penting?”

Fajie tolak aku masuk dalam kereta Evo Sportback kaler hitam dia tu. Aku hanya mendengus perlahan dan menjelingnya. Dah keluar dah aura suami mithali dia tu.

Tapi tadi sempat je buat kecoh kat masjid sebab datang lambat untuk acara akad nikah. Nasibla mama tak mengamuk je kat situ. Dan aku pulak boleh je terberangan bukan-bukan kat situ bila tengok kat Khaiyrel. Tapi sebenarnya memang aku syukur sangat sebab tak kena kahwin dengan Khaiyrel tu. Kalau tak, lagi la haru-biru rasanya hidup aku lepas ni. Huhu..

Fajie siap lock lagi pintu kereta macam tak nak bagi aku lari je. Aku tak tahu la kenapa dia buat macam tu. Kan aku dah kahwin dengan dia, apalagi dia nak bimbangkan? Bukannya aku nak lari dari dia pun. Lainla dia tadi, mati hidup balik aku ingat dia dah tak datang masa kat masjid tu. Yela, call dengan mesej berpuluh-puluh pun tak berjawab. Mana la tahu kot-kot dia merajuk lagi ke pasal hari tu?

“sebenarnya kita nak pergi mana ni?”

Aku tanya dia lagi lepas perasan Fajie drive kereta mengikut jalan lain. Jalan yang tak pernah aku lalu rasanya sebelum ni. Takkanla dia nak bawak aku lari pulak kot? Macam tak logik pulak fikir. Aku jeling dia yang tengah drive tu. Nampak macam tenang je tanpa sebarang masalah, dan-dan siap menyanyi-nyanyi pulak ikut lagu dalam radio. Dahla nampak macam kacak je bila dia pakai sepersalinan baju melayu putih macam tu. Hehe..Yash, adakah kegatalan anda sudah datang melanda? Haha..Aku senyum dalam hati.

“pergi la mana-mana pun. Kenduri tu kan lambat lagi. Ni baru je pukul 11 pagi”

Fajie jawab sambil tersengih. Aku menggaru-garu kepala yang masih berbaluti veil dan selendang bercorak kerawang-kerawang tu. Memangla kenduri tu mula petang ni, tapi takkan la pengantin tak ada pulak kat situ lepas upacara akad nikah tadi? Mesti sedara mara aku dengan jiran-jiran terdekat dah datang ke rumah nak tengok pengantin kan? Adoyai Fajie ni, buat kerja tak fikir dulu ke? Ni yang geram ni. Tapi kan Yash, boleh ke kau geram kat suami kau tu? Erk, suami?

“memangla tapi kita kena la jugak balik dulu nan..”

Aku tak sempat nak sambung cakap bila tiba-tiba je Fajie memberi signal dan berhenti mengejut kat bahu jalan. Nasibla aku pakai seatbelt tadi, kalau tak ada jugak yang terhantuk kepala kat dashboard kat depan ni. huhu..

“Nurul Yashara, please diam kejap boleh tak?”

Fajie berpaling kat aku dan tarik tangan aku yang tengah membetulkan kedudukan aku yang berubah akibat pergerakan mengejut tu tadi. Aku membulatkan mata kerana terkejut. Dia senyum je tengok aku dan mendekatkan mukanya ke arah aku. Tangan aku masih berada dalam genggaman tangannnya.

“err...Awak nak buat apa ni?”

Tergagap pulak aku tanya Fajie. Jantung aku pulak dah mula berdegup kencang bila tengok dia buat aku macam tu.

“saya. nak. kiss. awak”

Sepatah-sepatah perkataan tu keluar dari mulut dia. Jantung aku dah rasa macam nak melompat keluar. Biar betul Fajie ni? Memangla aku ni dah sah jadi isteri dia sejam yang lalu tapi kan bila cakap pasal kiss ni, aku jadi macam segan pulak. Dahla masa upacara membatalkan air sembahyang dan sarungkan cincin tadi, aku dah berpeluh satu badan sebab dia kiss aku kat dahi and pipi. Ni kan pulak nak kiss kat..

“err..saya”

Dah tak terjawab pulak aku bila dia cakap macam tu. Rasa cuak pun ada ni. Aku tengok dia senyum je tengok aku. Mesti dia dah perasan aku gelabah gila sekarang ni. Mama, papa, help me!. Huhu..

Tangan kanan kiri Fajie mula bergerak ke arah pipi aku. Aku yang tengah cuak tu hanya mampu memejamkan mata je. Waa, tak nak la macam ni.

Tit ! Tit!

Aku cepat-cepat membuka mata bila terdengar bunyi sesuatu. Tengok-tengok Fajie dah kembali ke kedudukan asal dia sambil pegang handset. Aku dengar dia mengeluh perlahan sebelum menekan-nekan handsetnya itu. Selamat dowh, aku mengeluh lega.





Selepas lima belas minit...







“jom turun”

Fajie ajak aku lepas dia parking kereta kat bawah pokok besar berhampiran dengan jalan. Aku pandang kiri kanan, apasal macam sunyi je tempat ni? Kereta yang lalu lalang pun tak nampak sangat. Fikiran aku dah mula terfikir yang bukan-bukan. Takkanla Fajie sanggup dot dot kat aku pulak kat sini? Tak mungkin la.

“kenapa singgah sini?”

Mata aku melilau-lilau ke arah sekeliling. Rasa macam seram pulak bila tengok sekeliling. Belukar dan semak samun penuh kat sini.

honeymoon kat sini sekejap”

Fajie jawab sambil membuka ikatan samping kat pinggan dia dan mencampakan dalam kereta.

“hah?”

Aku dah ternganga kat situ. Gila apa honeymoon kat semak samun ni? Dia dah tak betul apa?




p/s : Sorry all, lama tak sambung cite ni...banyak sangat hal yang kena settle.., maybe pendek sket ni. Nak sambung balik tapi ada hal plak.. Anyway enjoy :)

14 comments:

SyahirahSaity said...

LOL ! =.=" udah tak ade tempat len kee ? semak jugak nak honeymoon nya ? ceit ! tak senonoh,

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasha : haha...takde la honeymoon kt situ...ade lg smbungan dia :)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Kahwin jugak Yash dgn Fajie.Hehe..ingat Yash kawen dgn Khaiyrel :D Hehe..

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : haha..tu la pasal...sis tak nak kecewakan hrpan readers...hehe :D

fatim fatimah said...

akhirnya kawin gak dorang,,suspen jer,,hehehe

tkkan nak hanimun kt semak plak,,smbung cept lg yer

SyahirahSaity said...

sis buat suspen je masa entri hari tu ye ? haish ! udah macam2 di pikir, hehehe,

zura asyfar addy rifqhiey said...

fatim : takkanla nk honeymoon kt situ plak kan?hehe...cm tak sabar je :P

miss syasya : haha...mestila kene ade saspen sket, br thrill..hehe

si.tudung.ungu said...

haha... takde maknanya selamat Yash..
Fajie~ I rindu sme you punya kereta!

sis dh dpt blk skill nmpak... lps ni dpt la bce cter2 sis blk! yeay~

S. said...

laaaaaaaaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!gle ke apa kau fajie! get a room la bro!

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : haha...terbaik punye statement..hehe

~ miss hir car too :P
~ skill? hehe...bolehla sket2 ni :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : haha..sabar2..feel utk menulis br je dtg, kena diasah2 lg ni..hehe

~ takkanla dlm semak tu plak..gila ape? hehe

aunty_kiela said...

awat kt semak gk fajie pilih ni??
mcm ada something2 yg bruk je akn blaku...

afifah said...

best kak!!
tak sabar nak tunggu next n3..

zura asyfar addy rifqhiey said...

fatin : fajie memain je tu..hehe...
~perkara buruk? emm.....

afifah : tq2...hehe