:: My gangS :: TQVM

Sunday, November 21, 2010

bab 14 why me?

Aku bersiap-siap nak pergi kelas structure pagi ni. Dahla mula pukul lapan, nasib bangun awal tadi. Kalau tak, memang ada yang tuang kelas la.

Sampai je kat bilik kuliah, tak ramai pun yang datang. Yang datang pun ramai budak-budak perempuan. Biasala budak-budak lelaki, ramai je yang ponteng kalau kelas awal pagi macam ni. Dahla kelas sejam je. Tapi Andriand ada datang, dia duduk selang tiga tempat duduk je dengan aku. Aku perasan yang dari tadi dia macam perhatikan aku, tapi aku buat tak tahu je.

Nama je duduk dalam kelas, tapi fikiran tak tau pergi ke mana. Yatie kat sebelah dari tadi tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Tula, semalam main mesej sampai tak ingat dunia, memang jadi macam tu.

Habis je kelas, aku berkira-kira nak pergi kafe dengan Yatie nak breakfast. Tadi masa nak pergi kelas, sempat teguk air milo je buat alas perut.

“Tie, kau nak makan ape?” Aku tanya Yatie selepas duduk kat meja kat sebelah kiri kafe tu. Tak ramai orang pun maybe sebab pagi lagi.

“order nasi goreng je la” Yatie bagitahu sambil duduk duk picit-picit handset. Mesej dengan Fadzrul la tu.

“air?”

“teh tarik satu”

Aku pun berdiri nak pergi order kat makcik kat kafe tu. Baru je nak bangun, ada satu suara menegur aku.

“sayang, takkan tanya Yatie je kot? Husband to-be tak nak tanya ke?” Andriand bersuara sambil tersenyum lebar.

Terkejut aku, bila masa pulak mamat ni datang? Dahla tak bagi salam pun, terus je tegur aku. Dahla selamba je panggil aku sayang depan Yatie.

“eh Andriand, kau cakap ape kat Zoey tadi? Husband to-be? Betul tak aku dengar ni? Zoey, kau hutang aku satu jawapan” Yatie pandang tepat wajah aku.

Dah start dah tanya soalan yang aku memang nak elak sangat-sangat. Kalau boleh aku tak nak bagitau lagi hal ni kat Yatie.

“tak penting pun Tie” Aku membalas.

“tak penting ape cam tu? Korang berdua nak kawin dah ke?” Yatie tanya lagi sambil senyum.

Aku hanya mendiamkan diri sambil berfikir nak bagi jawapan apa kat Yatie. Memangla aku dah cerita semuanya kat Yatie tapi pasal cadangan Andriand semalam, aku tak bagitahu lagi.

“memang kitorang dah nak kawin kan sayang?” Andriand bersuara memberi jawapan kepada soalan Yatie tadi. Dia senyum sambil kenyit mata kat aku. Nak aje aku cucuk-cuk mata dia tu. Hishh, sabar je la.

“dahla, aku nak pergi order dulu. Layan korang buat aku makin lapar je”

Aku mengalih topik lantas berlalu pergi order makanan. Biarla diaorang bercakap berdua, Malas aku nak ambil tahu. Jangan si Andriand tu cakap bukan-bukan je dah la.

Lepas lima belas minit menunggu, makanan yang diorder pun siap. Dua kali aku berulang-alik ambil makanan sebab tak muat nak bawak dalam satu dulang. Yela, tak pasal-pasal ada order tambahan.

“thanks sayang”

Aku menjeling ke arah Andriand yang duduk kat depan aku. Yatie kat sebelah dah tersengih-sengih bila Andriand cakap macam tu.

“same-same” Aku membalas.

“Zoey, kau order yang same je. Andriand makan jugak ke nasi goreng ngan teh tarik ni?”

Yatie berbisik bertanya perlahan kat telinga aku. Tak tertelan rasanya nasi goreng yang baru aku kunyah tu.

“ikut dia la nak makan tak, kira dah baik la tu aku yang order tadi”

Aku menjawab dengan nada yang sama. Teh tarik aku hirup sedikit. Wahh, bestnya dapat pekena teh tarik pagi-pagi. Segar je mata yang mengantuk.

“saya ni semua makan, tolak batu ngan kayu je”

Tiba-tiba Andriand bersuara. Eh, dia dengar ke apa yang aku cakap tadi. Sah, dia ni telinga lintah. Tadi bukan main perlahan lagi aku bercakap dengan Yatie.

“Zoey, kalau cam tu untungla kau nanti” Yatie berkata.

Aku buat muka tak faham dengan kata-kata Yatie tadi.

“senang ape pulak ni?” Aku tanya Yatie.

“yela, Andriand cakap dia tolak batu ngan kayu je. Jadi bila kau dah kawin nanti senangla hidup kau sebab dapat suami jenis yang tak memilih bab-bab makan”

“a’ah kan sayang. Untungla sayang nak sebab dapat abang” Andriand menyampuk lagi.

Aku yang baru mengunyah nasi tu hampir tersedak. Yatie ni suka-suka hati je cakap pasal hal rumah tangga pulak masa ni. Andriand pulak dah tersengih-sengih je bila dengar cakap Yatie tu. Aku hanya berdiam diri, jawab nanti ada je yang kena perli.

Aku makan sikit je sebab macam tak selesa bila Andriand tengok je aku makan. Selera pun macam dah mati walau tadi lapar bukan main.Tapi diaorang makan berselera betul, macam seminggu tak jumpa nasi.

Lepas je selesai makan, aku terpaksa berpisah dengan Yatie sebab aku dengan Andriand terpaksa pergi pejabat agama nak ambil borang nikah. Nasib tadi Yatie membonceng je aku, jadi senang je la dia bawak balik motor aku.

Sampai kat pejabat agama, tak ramai sangat orang. Biarla, lagi cepat settle lagi baik. Bila sampai kat kaunter nak ambil borang nikah, terkejut aku sebab kena bayar. Dahla mahal, ingatkan boleh ambil free je borang nikah tu.

“ingatkan free tadi” gumamku perlahan.

“sayang, sekarang ni semua kena bayar. Masuk tandas pun kena bayar. Ni kan lagi borang nikah, lagipun nanti dia akan bagi kad nikah yang macam ic tu kat kita. Tu yang caj mahal sikit”

Aku hanya menjeling dengar kata-kata Andriand. Dia macam expert je bab-bab macam ni.

“kau dah ade pengalaman kawin ke sampai semua pasal bab-bab nikah kawin ni kau tau” Aku bertanya sambil mata memandang Andriand.

well, kalau aku cakap aku pernah kawin cam ne?” Dia tersenyum.

Bulat mata aku dengar kata-kata Andriand. Biar betul dia ni? Takkan dah pernah kahwin kot? Siapa isteri dia selama ni? Kenapa aku tak tau pun. Hey Zoey, melebih-lebih pulak kau ni. Tanya tuan punya diri kan lagi senang.

“betul ke kau dah pernah kawin sebelum ni?” Tanyaku dengan tak sabar.

Aku tengok dia tergelak. Huh, apa yang kelakar sangat entah dengan soalan aku tadi?

“Zoey, Zoey. Aku baru je cakap yang aku dah pernah kawin, kau dah start cuak. Macam mana la reaksi kau kalau aku cakap aku nak kawin dua nanti?”Andriand menjawab sambil menggeleng-geleng kepala.

Aku menjelingnya tajam. Ingat aku hairan sangat la tu. Tak ada maknanya pun.

“malas aku nak layan kau. Buat sakit otak je” Aku pun berjalan laju masuk ke dalam kereta sambil diikuti Andriand.

“Zoey, listen to me. Aku akan kawin ngan kau sorang je. Kau tak yah bimbang la pasal ni”

Dia berkata sambil pandang tepat mata aku. Aku pandang ke arah lain, tak sanggup berbalas pandangan dengan dia.

“yela tu” Aku menjawab. Dan kereta menderum laju bergerak ke atas jalan raya.

Selepas setengah jam, sampaila kat rumah sewa aku. Sebelum keluar dari kereta, aku sempat membelek-belek borang nikah tu. Kena isi nama wali, saksi, kena ada gambar, surat pengesahan status pernah kahwin ke belum, result ujian darah, salinan ic, salinan sijil kursus nikah, salinan ic wali, salinan ic saksi. Hmmm…banyak jugak ni, sempat ke nak buat dalam masa terdekat ni?

Aku mengeluh berat.

“kenape?” Andriand bertanya.

“banyak sangat ni, sempat ke nak buat?” Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.

“sempatla, esok kite pergi buat ujian darah, result kan dapat terus macam pegawai pejabat agama tu cakap tadi” Andriand bersuara lagi. Aku hanya menganggukkan kepala.

“emmm..sijil nikah dah ade ke?” Aku bertanya. Berpaling ke arah Andriand.

“dah ade dah. Dah buat tahun lepas. Tak sangka pulak dapat kawin awal” Dia tersenyum.

Aku macam geram je tengok dia senyum. Macam gatal je. Aku pun dah buat jugak kursus nikah tu masa cuti sem tahun lepas, kira yang tu dah settle la. Sebab kalau tak buat lagi kursus ni, lagi la susah. Kena booking tempat dulu baru dapat, paling cepat pun dua minggu.

“tak pela, aku masuk dulu la”

“ok, jumpa lagi. Bye”

Tadi Andriand ada mengajak aku pergi berjalan-jalan dulu kat EC sebelum balik, tapi aku tak nak. Tidur kat rumah lagi best apa.

Masa berbaring kat katil dalam bilik, aku teringat kat Vic. Dia buat apa sekarang ni? Ada kat laut lagi ke? Macam mana agaknya reaksi dia kalau bagitau dia tiba-tiba aku nak kahwin? Hmmm..Call je la, untung-untung dia ada kat rumah.

“hello” Aku memulakan bicara.

“hello Zoey, aku baru je nak call kau” Vic menjawab.

“oh yeke?”

“eh jom keluar, aku baru je sampai semalam”

“emm..aku…”

“siap je la. Pukul dua nanti aku datang ambil kat rumah. Lama tak keluar ngan kau” tanpa sempat aku habiskan ayat aku, Vic dah potong.

“kalau cam tu..ok la”

Aku bersiap lebih kurang je, lagipun setakat nak keluar dengan Vic je pun. Dia sampai lima minit lewat, jammed katanya. Yela jammed sangat. Padahal dia tu yang bersiap kalah perempuan.

“jom pergi EC, nak tengok muvee la “ Dia bersuara masa duduk dalam kereta.

“asyik-asyik EC je, boring aku. Pergi main boling ok jugak” Aku membalas.

“aku dah pakai smart-smart macam ni nak pergi main boling, tak kena langsung” Dia memuncungkan mulut. Nak tergelak pun ada bila tengok dia buat macam tu.

“jomla, lama dah aku tak main boling ni”

“emmm..ok la, disebabkan kau. Aku sanggup buat ape saje”

“ayat tak boleh blah” Dan kami masing-masing ketawa.

“eh cop, kite pergi makan dulu la. Nanti tak ade tenaga pulak nak main” Aku bagi cadangan.

“ ok jugak tu. Kau nak belanja ek?” Vic bertanya.

“kau la belanja, aku mane kerja lagi”

“yela-yela aku belanja”

Selepas selesai makan, kitorang pergi round-round EC dulu sebelum main. Yela, takkan lepas makan terus nak main. Boleh muntah semua makanan yang baru masuk perut tadi dibuatnya.

Tapi memang best main boling dengan Vic. Walaupun dia terer main, tapi dia kadang-kadang bagi jugak aku menang. Sempat la jugak main sampai empat game, Lepas tu tangan aku dah start sakit. Kitaorang stop sebelum waktu Asar.

“aku nak pergi kedai buku la jap” Aku berkata masa keluar dari tempat boling tu.

“nak beli novel la tu” Vic memerli.

“well, U know me” Aku tersengih.

Mula-mula Vic tak nak ikut aku tapi aku heret dia pergi jugak. Nanti boleh pow dia. Aku gelak jahat dalam hati.

Masa aku sama-sama berjalan dengan Vic nak masuk dalam kedai buku tu, tiba-tiba handset aku bergetar. Ada mesej rupanya. Dari Andriand.

Patutla aku ajak kau pergi EC tak nak, rupanya ada ‘date’ ngan orang lain.

Aik, Macam mana dia tahu aku pergi EC dengan Vic? Takkan dia stalker aku pulak. Aku pusing kiri, pusing kanan tak ada pun. Vic kat sebelah dah pelik tengok aku.

“nape ni?”

“errr..takde ape-ape la. Jom”

Aku berjalan perlahan-lahan masuk kat kedai buku. Ramai gila orang, macam mana nak pilih novel ni? Aku berasak-asak dengan pengunjung kat situ. Dapat jugak la aku capai novel Warna dan novel 3 + 1 = 1. Lepas je Vic bayar, kitaorang cepat-cepat keluar dari situ. Lemas dengan keadaan yang sesak tu.

Langkahku terhenti seketika. Static aku di tepi kedai buku tu. Andriand ada berdiri kat situ. Tengok aku macam muka tak puas hati je. Nak tegur ke tak ni? Takkan tak nak tegur pulak kan?

“Zoey, what’s wrong?” Vic memegang tangan aku sebab tiba-tiba aku berhenti melangkah.

Andriand melangkah ke arah kami berdua. Ah sudah. Rasa berpeluh je dahi.

“err..Vic, ni course mate I, Andriand” Aku bersuara gugup memperkenalkan Andriand. Aku perasan Andriand tak berkelip pandang aku.

“oh..I’m Syarvic, Zoey’s boyfriend

Vic menghulurkan tangan nak bersalam kat Andriand. Aku perasan muka Andriand berubah riak dan acuh tak acuh je terima huluran salam Vic. Macam jeles je, tapi takkan la kot.

“oh, nice meeting U” Sarkastik Andriand berkata. Ada nada perli kat situ.

“eh, kate nak balik cepat tadi” Aku memotong tanpa sempat Vic bersuara.

Taknak la aku duduk lama-lama kat sini. Rasa macam panas je dengan keadaan masa ni.

“ok, jom sayang” Vic memegang tangan aku.

Sumpah, ni lakonan je semata-mata. Aku tak sangka Vic mengaku yang aku girlfriend dia.

“ok la..Nice meeting U too, Andriand, kitaorang balik dulu.” Vic menyambung lagi. Aku hanya mendiamkan diri tak pandang pun Andriand.

Selepas tu, cepat-cepat aku melangkah. Tak pandang kat belakang pun. Aku pasti Andriand masih ada lagi kat situ.

8 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

salam to all readers..plz komen if rase ade typo error or ape saje la..zura nak tau ok tak cite ni :)

IVORYGINGER said...

ceta ok. cuma ada beberapa kesalahan ayat. klu awk view blik dr depan maybe awk boleh betulkan. e.g. mana spatut jd macamana

zura asyfar addy rifqhiey said...

thanks ivory..i'm new here..tgh mengimprove kn diri ni..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

to ivory..thanks sudi komen..i'm new here..so tgh m'improve kn diri saat ni.. :)

nas @ miss qs said...

yes thats right !never give up sis Zura..gambate!!

RinsyaRyc said...

andriand dah jealous dah... sweet la die.. bila bca cite akak, rin terindu balek dngan joe n lia.. *mentang-2 sweet sour maniac! hehe*

rin suka gaya bahasa sempoi akak.. simple n rasa dkat dngan diri sendiri.. Andriand tu kdng-2 romantik meremngkan bulu roma...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nas chuare @ miss qs


miss qs : thank you so much dear :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

ni pun sweet sour maniac jugak...dh berulang kali duk khatam citer tu..hehe...novel fisrt mmg taip ikut suka hati jer...haha...sbb tu sempoy sikit...hehe...andriand mmg cm tu...hehe