:: My gangS :: TQVM

Sunday, November 7, 2010

Bab 10 why me?

so, nape nak jumpe ni?”

Aku tanya Andriand sambil pandang dia sekilas. Nampak dia relaks dan cool je walau tengahari ni panas sangat. Aku pulak yang terlebih-lebih berpeluh. Memangla berpeluh, kau tu pakai baju berapa lapis Zoey? Ngee..

“nah”

Dia hulurkan beberapa helai kertas A4 yang dah siap berprint tu kat aku. Kertas bertukar tangan. Takkan tajuk proposal je sampai berkeping-keping kot.

“eh, kite kan baru nak cari tajuk kan?” Soal aku yang dah berkerut dahi sambil memandang kertas-kertas A4 berprint kat tangan. Ni macam proposal dah ni.

“aku terlebih rajin ni. Lagipun malam tu kan dah janji ngan kau nak siapkan project report

Cheh perasan la pulak mamat ni sorang. Tapi ok jugak kalau dah siap buat proposal. That’s mean tak payahla aku susah-susah nak perah otak nak cari maklumat. Memang rajin gila la dia ni. Aku membelek-belek proposal kat tangan. Not bad la. Biasa cincai je kalau budak lelaki yang buat.

“keberkesanan sistem banjir di negara kita” Aku sebut tajuk proposal yang dia buat tu. Macam susah je bunyi, kena redah banjir ke bila nak buat research nanti?

“ade masalah ke?”Dia tanya aku sebab aku dah buat muka berkerut.

“err..takla, ok je. Kalau cam tu esok dah leh hantar kat encik Asyfar”

Dia tersenyum. Aku lagi la happy sebab kerja dah beres. Hilang rasa sikit beban kat kepala. Walau nanti kena redah banjir. Eh tak konfem lagi la Zoey.

“tak nak check dulu ke?”

“takpe, I’m trust on U” Dia sengih.

“eh, esok nak gi jumpa encik Asyfar time bile?”

“pukul 11 esok boleh?”

“emm..Okla, lagipun masa tu free” Memang free pun, esok kelas sampai pukul 10 pagi je.

********************************************



Pintu bilik diketuk perlahan. Proposal di tangan dipegang kejap. Macam la nanti ada datang angin taufan yang nak datang melanda.

“masuk”

Daun pintu dibukak perlahan. Dua pasang kaki melangkah masuk.

“Assalamualaikum encik”

Salam diberi. Langkah diatur mendekati meja.

“Waalaikummussalam. Dudukla. Saya ingatkan kamu dah tak datang jumpe saya”
Dua pasang punggung dilabuhkan ke atas kerusi berhadapan meja.

sorry encik. Busy sket minggu lepas” Andriand bersuara. Aku hanya mengangguk bersetuju.

“takpe-takpe. So camne ngan tajuk? Dah wat pilihan ke?”

“dah encik. Ni dia”

Proposal di tangan dihulur. Sekejap saja dah bertukar tangan. Berkerut dahi encik Asyfar bila melihat proposal yang Andriand buat. Ada masalah ke?

“dah siap ngan proposal skali? Cepat kamu berdua ni”

Aku dan Andriand hanya tersengih mendengar pujian. Bukan senang encik Asyfar nak puji pelajar dia.

“hmm..keberkesanan sistem banjir di negara kita. Sound interesting. Kamu berdua nak redah banjir la buat research ni?”

“kalau boleh, nak jugak. Baru nampak real sket” Andriand menjawab lagi. Biar betul dia ni? Aku hanya berdiam diri, tak tau nak menjawab macam mana.

“saya takde masalah, takut partner kamu je yang tak setuju” Encik Asyfar berpaling melihat aku sejenak.

“eh dia mesti setujunye. Bukan senang nak dapat peluang main banjir ni kan Zoey?” Andriand menjawab sambil matanya melihat aku. Waa, tak nak la kena redah-redah banjir ni. Dahla tak pandai berenang, nanti hanyut macam mana?

“err..ok je encik” Aku menjawab setuju. Apa la kau ni Zoey? Hati kata tak setuju tapi mulut kata lain.

“kalau macam tu, saya approved je la tajuk ni. Nanti awak berdua kena deal ngan JPS la sebab dia yang banyak terlibat ngan menda ni”

“ok je encik. Nanti kitaorang buat temujanji ngan diaorang”

“ok la cam tu. Gud luck k. Saya suka je jadi penyelia if dapat pelajar cam kamu berdua ni, tak banyak masalah”

Aku dan Andriand tersenyum. Apa-apa je la encik. Lagipun bukan senang nak dapat kelulusan. Dengar khabar ada jugak student lain yang kena cari tajuk lain sebab penyelia tak setuju.


************************************************


Selepas jumpa encik Asyfar, kitaorang pergi ke kafe. Lagipun dah nak masuk waktu lunch pun. Tadi sempat makan roti je. Tak sangka pulak kan dapat makan sama-sama dengan dia. Padahal selama ni nak bercakap sepatah pun susah. Maybe dia terhutang budi kot dengan aku sebab tolong dia malam tu.

“kene redah banjir jugak ke nanti?”
Soalan pertama aku tanya kat Andriand lepas kami berdua duduk kat meja kat kafe tu. Aku hanya ambil nasi putih berlauk ayam masak kicap dengan kacang goreng. Andriand pulak makan nasi ayam.

“yela, baru real sket. Dapat ambil pic banyak-banyak, boleh interview penduduk yang jadi mangsa banjir. Senang sket nak letak dalam report

Aku yang mendengar hanya mencebik. Macam la best sangat banjir tu. Biasa je suasana kalau banjir. Kat kampung aku selalu je banjir kalau musim hujan. Kena berpindah ada la kalau air dah melimpah masuk ke rumah.

“ye la tu” Aku bersuara sambil menyedut apple juice. Selera macam dah mati. Nasi yang berbaki separuh dikuis-kuis dengan sudu.

“best ape banjir, bukan senang tau nak dapat peluang tengok ngan mata sendiri”

“kau pergi sorang je la nanti, aku tak nak ikut”

“hey, kau kene ikut aku jugak. Kalau tak, baik aku buat projek ni sorang-sorang”
Andriand merenung tajam kat aku. Aku cepat-cepat pandang ke arah crowd yang berpusu-pusu masuk ke kafe. Dia ni la, suka sangat tenung orang macam nak telan.

“malas la. Tak suke la banjir-banjir ni, menyusahkan ade la”

“takpe, nanti aku bagitau encik Asyfar yang kau tak involved dalam projek ni. Dahla report pun aku kene buat sorang”

Ai, ugut aku pulak budak Andriand ni. Taula report nanti dia nak buat, mengungkit nampak

“yela-yela, aku ikut nanti. Tapi kalau aku hanyut air, kau kene selamatkan aku tau” Aku buat muka serius.

“lawakla kau ni Zoey, takkan la sampai hanyut sebab kene redah banjir” Dia tergelak. Hissh, geram pulak rasanya, macam aku ada buat lawak je.

“dah tu kalau redah banjir, kene berhati-hatila takut hanyut. Tak tengok ke berita kat tv?”

“Zoey, aku tak suruh kau gi redah banjir sampai hanyut bagai. Kau ni fikir tu biarla logik sket”

“huh, mane aku tau kau tibe-tibe kau nak gi berenang dalam air banjir ke? Dahla aku ni tak pandai berenang. Stopla cakap pasal ni, buat sakit hati aku je”

Aku menjeling tajam sambil mengetap bibir. Andriand hanya tergelak je dari tadi. Benci.

“ok, drop the subject k. So malam annual dinner ni, sape ‘date’ kau?”

“kalau aku nak ‘date’ ngan kau boleh?”

“hmmm..boleh je kalau kau nak”

Rasa macam nak je kalau pergi dengan Andriand masa annual dinner nanti tapi aku dah berjanji dengan Qiqi. Ala, yang kau bertaruh dengan Qiqi tu apa hal? Nasibla.

“kalaula aku boleh pergi ngan kau” Aku bersuara sambil tubuh bersandar kat kerusi.

“nape pulak?”

“aku dah janji ngan Rifqiey la”

“hah? ngan Rifqiey kelas kite tu ke?”

Aku tengok muka Andriand dah berubah riak. Takkan marah kot aku ‘date’ dengan Qiqi .

“yela, Rifqiey mane lagi”

“kau memang cari pasal la Zoey. Kau tau kan dia tu playboy. Dia boleh buat ape je yang dia suke”

Aku hanya mengangguk. Tapi sorry la Andriand, aku tak boleh bagitahu sebab apa aku kena ‘date’ dengan Qiqi. Aku pun dah menyesal sebab bertaruh dengan dia. Patutnya aku kena sedar, dia tu memang stok budak pandai walau berperangai buaya tembaga.

“takpela Zoey, aku balik dulu”

“eh, cepatnye kau nak balik”

“it’s ok. Aku banyak keje. Gudluck for your ‘date’

Andriand terus melangkah pergi. Pelik pulak tengok perangai dia. Dahla muka tegang semacam je bila cakap pasal Qiqi. Ada apa-apa yang aku tak tau ke pasal diorang ni?

2 comments:

RinsyaRyc said...

wtk-2 mmng salu dngar nama tu dari kak zura~ asyfar, rifqiey... hehehe... zoey=zura kan! kekeke... *memandai aje..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc


haha....sbb dh tak tau nk letak name ape...hehe