:: My gangS :: TQVM

Friday, October 5, 2018

Sambungan Novel Sebenarnya Isteri Dia!

Assalamualaikum..
Lama tak bersiaran kat sini..
Hope masih ada yang ingat..hehe
By the way, mungkin ada yang followers kat sini belum tahu...
Saya dah start sambung balik manuskrip sekuel Sebenarnya Saya Isteri Dia..
Sebenarnya manuskrip ni dah lama tergantung..
Last progress masa dapat job untuk novel Assalamuaikum Cinta..
Lepas tu terus stop..
And bila check balik rupanya manuskrip tu dah 80% siap..
Saya pun ramai dapat pm,msg tanya tentang sekuel ni sebab sebelum ni dah janji dah nak update..huhu..sorry..
So saya dah start balik sambung dua minggu lepas..
Teaser-teaser saya dah start up kat fb, ig, wattpad..
Cuma blog ni je saya lupa password..
Jadi 3/10/2018 saya dah mula bukak pre-order untuk novel sekuel ni..
Apa-apa boleh wassap,

http://www.wasap.my/+60182731369

dm, pm kat sns saya (fb, twt, ig)



So jom layan Teaser-teaser yang dah share..

________

#Teaser1 #SebenarnyaSayaIsteriDia #SSID  #Sequel 

“SYAF!” Panggil Fina sedikit terjerit apabila melihat pegawai atasannya itu sudah menonong laju keluar dari bilik mesyuarat. Tadi mereka berdua menghadiri mesyuarat bulanan bersama dua orang kuat syarikat milik Datuk Fakhrul itu. Semuanya berkisar tentang progress kerja di tapak projek yang dijaga oleh mereka berdua ketika ini.
“Haa Fina.. apa hal?” Soal Syaf lalu memberhentikan langkahnya buat seketika. Gadis berusia dua puluh empat tahun yang dikenali dengan Nur Sarafina itu dipandang dengan tanda soal.
“Kau ni Syaf.. laju je nak ke mana?” Soal Fina tanpa menjawab pertanyaan dari pegawai atasannya itu. Walaupun jawatan Syaf lebih tinggi darinya namun Syaf tidak suka jika pekerja di bawahnya memanggil dengan panggilan formal. Dan disebabkan itulah juga dia mudah rapat dengan Fina walau gadis itu baru sahaja dua bulan memulakan kerja di syarikat milik bapa mertuanya itu.
“Tak ke mana-mana pun.. balik bilik aku lah.. nak kena edit sikit report ni.” Ujar Syaf sambil menyuakan laporan bertaip yang masih berada di tangannya itu.
Tadi semasa mesyuarat, laporan yang dibentangkan itu mengalami sedikit pertindihan data. Dan sebolehnya Syaf mahu membetulkan dengan kadar segera dan tidak mahu kerjanya itu bertangguh-tangguh.
“Laa, kena edit sikit je kan? Relaks lah dulu.. ni haa, aku ada hajat sikit.”
“Hajat?” Syaf sudah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh gadis itu. Difokuskan pandangannya ke arah Fina dengan tidak berkelip.
“Hari ni 23 haribulan kan? By the way, happy birthday Syafa Aqira.. yang ke-26 kan?” Fina sudah tersenyum-senyum apabila melihat Syaf yang sepertinya agak terkejut dengan ucapannya itu. Sebenarnya dari saat dia masuk pejabat tadi lagi dia mahu memberitahu pada Syaf, namun niatnya itu terbantut apabila terpaksa menghadiri mesyuarat yang tiba-tiba diawalkan sedikit. Sebuah pelukan dihadiahkan buat rakan sekejarnya itu.
“Eh hari jadi aku?” Soal Syaf seakan terpinga-pinga buat seketika. Saat Fina meleraikan pelukan pada dirinya barulah dia teringat. Sejujurnya dia langsung terlupa dengan hari ulang tahun kelahirannya itu untuk hari itu.
___________

#Teaser2 #SebenarnyaSayaIsteriDia #SSID #Sekuel #ZuraAsyfar 

“Kal..” Dia tidak jadi untuk menegur apabila matanya mula mengenal pasti akan empunya diri yang melanggarnya tadi. Seketika senyum lebar mula terpamer di ruang bibir.
“Chad! Kau buat apa kat sini?” Fiqri dan Zara yang baru sahaja berjalan menuju ke kotak lif itu terhenti seketika. Lagi-lagi apabila Fiqri terlanggar seseorang. Dan ketika dia mahu meminta maaf, dia juga terkejut dengan Chad yang berada di depan pintu lif itu.
“Weh! Kau orang berdua pulak buat apa kat sini? Dating?” Firash sudah tersengih-sengih seraya menaikkan keningnya. Rasa sengal-sengal yang terasa di bahunya tadi seolah-olah sudah hilang entah ke mana tatkala terjumpa sahabat baiknya. Saat itu dia perasan yang Zara kelihatan amat mesra di samping sahabatnya itu. Rasanya inilah kali pertama dia berjumpa dengan pasangan kekasih itu di luar.
“Apa punya soalan kau ni? Dating lah.. kan sayang?” Fiqri sudah menepuk bahu Firash sambil tersenyum lebar. Sekilas dia memerhatikan Zara yang sudah tersenyum segan di sebelahnya.
“Wehh geli ar korang ni.. bersayang-sayang pulak.. kalah aku!” Firash buat gaya mahu termuntah dengan tingkah Fiqri itu. Fiqri mula buat muka menyampah. Sedangkan Zara di sebelahnya hanya mampu ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala sahaja bila melihat tingkah-laku dua sahabat baik itu.
“Ek eleh kau ni.. buat-buat muntah pulak.. morning sickness ke apa?” Perli Fiqri namun hatinya gembira apabila berjumpa dengan Firash. Rasanya sudah lama mereka berdua tidak berjumpa selepas majlis resepsi Firash dan Syaf sejak bulan lepas. Lagi-lagi selepas itu mereka berdua pun sudah tamat belajar. Jadi agak susahlah hendak berjumpa berbanding ketika berada di kolej dulu.
“Ingat aku perempuan ke ada morning sickness bagai.. kau ni.. agak-agaklah kan!”
“Alahh mana lah tau kan? Aku pernah dengar yang ada lelaki kena morning sickness walau isteri dia yang pregnant.. so manalah tau kalau kau pun macam tu.. tapi memang kes rare lah! Sebab payah nak jumpa.” Saat itu Firash sedikit terkejut. Entah kenapa kata-kata dari Fiqri itu seperti sudah dapat tahu akan berita kehamilan Syaf. Rasanya setakat ini hanya keluarganya sahaja yang tahu.


1 comment:

blurguyz79 said...

Asalamualaikum...
Ni blog cerpen atau novel?