:: My gangS :: TQVM

Monday, February 21, 2011

My Little Shark - 15



Episode 15




“cik puan!”

Tu je yang dapat aku dengar sebelum semuanya menjadi gelap.









Aku bukak mata perlahan-lahan. Aduh, sakitnya kepala. Aku memicit-micit kepala dengan tangan. Apasal semuanya nampak kaler perang semuanya? Aku ada kat mana sekarang ni? Aduh, makin pening kepala aku.

Aku cuba bangun dari katil walau kepala masih berdenyut-denyut. Entah bilik siapa la pulak yang aku duduk ni. Aku pegang perut yang terasa sedikit senak. Mesti sebab tak makan sejak pagi tadi lagi. Haila, jangan la kena gastric pulak. Dahla ubat pun tak ada sekarang ni.

Eh kejap, tadi bukannya aku ada kat dapur ke? Aku jumpa Ayeem, lepas tu dia suruh aku masak. Kemudian ada perempuan nama Zara datang dan Ayeem kata tu isteri baru dia. Aku kembali termenung di birai katil sambil tahan air mata yang mula mengalir. Rasa sedih pulak bila ingat perkara tu tadi.

Tiba-tiba pintu bilik dibukak perlahan dan seorang perempuan dalam lingkungan umur akhir empat puluhan datang masuk. Kat tangan dia ada sebuah dulang. Aku kesat air mata yang masih mengalir dengan tangan.

“cik puan dah ok?”

Tanyanya lembut. Aku tengok je dia sebab aku rasa macam pernah dengar suara dia ni. Bukannya dia yang panggil aku tadi sebelum semuanya jadi gelap. Aku rasa mesti aku pengsan tadi.

“makcik ni sape?”

Aku berkerut kening pandang dia. Dia tersenyum dan duduk di birai katil bersama-sama dengan aku.

“panggil makcik Mak Mah. Makcik orang gaji kat sini. Tadi cik puan pengsan”

Aku mengangguk-anggukkan kepala. Orang gaji kat sini rupanya. Patutla siap pakai uniform lagi. Dah macam orang gaji kat luar negara pulak.

“cik makan la dulu. Nanti tuan marah pulak kat saya”

“emm, sebenarnya sape tuan umah ni?”

Aku cuba bertanya. Betulke Ayeem pemilik villa ni? Dah tadi tu betul-betul isteri baru dia ke? Aduh, makin sakit kepala aku bila fikir pasal hal ni.

“encik Shaheem la, suami cik puan kan?”

Mak Mah tanya aku soalan pulak. Adoyai memang la encik Shaheem a.k.a Ayeem tu suami aku, tapi kenapa dia tanya aku macam tu pulak? Apakah aku ni tak layak untuk jadi isteri Ayeem? Atau perempuan yang panggil Zara tadi tu lebih layak jadi isteri dia. Arggh, kusut-kusut.

“owh”

Tu je aku dapat jawab sebelum kepala aku makin berdenyut-denyut. Nak migraine pulak ke ni? Adoyai dah la banyak persoalan yang tak terjawab lagi dengan ditambah sakit kepala lagi ni, memang betul-betul dugaan.

“makanla cik puan, nanti perut masuk angin”

Mak Mah hulurkan sepinggan nasi yang berada kat meja sisi katil kat aku. Dalam nak tak nak, aku ambil jugak pinggan tu sebab perut memang betul-betul lapar. Bimbang jugak kalau kena gastric nanti.

“makcik ada panadol tak?”

Aku rasa kena makan panadol ni sebab kepala makin pening. Rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding.

“ada, kejap makcik ambil”

Dan Mak Mah terus je keluar dari bilik. Aku paksa jugak diri makan nasi tu walau perut terasa sebu. Kalau tak makan, nak makan ubat macam mana? Nanti tak ada tenaga pulak nak teruskan misi mencari Ayeem. Walaupun dah jumpa still kena tanya jugak pasal perkara ni.








“nah ubat”

Terkejut aku yang tengah berbaring tu. Tadi lepas makan nasi dengan ubat, aku ingat nak keluar dari bilik ni. Tapi kepala makin pening so aku terpaksa berbaring balik. Tak nak la pulak pengsan kat sini lagi macam tadi. Aku tengok Ayeem masuk dah masuk bilik. Kat tangannya ada sepapan panadol.

“thanks”

Aku ambil ubat tu dari tangan dia. Aku perasan je yang mata dia tak lepas pandang aku. Ni yang buat aku jadi sedih ni.

Aku ambil dua biji panadol dan terus telan dengan seteguk air. Ayeem still tak bergerak tengok aku.

“aku tak tau pulak kalau terhantuk kat peti sejuk boleh pengsan”

Aku dengar suara dia macam perli aku je. Betulke aku pengsan tadi sebab terhantuk kat peti sejuk? Bukannya aku pengsan sebab terkejut dengan perempuan yang dia kenalkan sebagai isteri dia tu ke?

“sakit sangat kot. Zara mana?”

Dia tiba-tiba senyum tengok aku. Apasal pulak ni?

“Zara ada kat sini”

Dia tuding jari dia kat dada dia. Hati aku rasa sebak tiba-tiba. Ayeem, kau memang dah betul-betul nak lupakan aku ke?

“eemm, saya….”

Aku pegang kepala yang makin sakit. Aku tengok Ayeem pun dah macam jadi berpecah dua.

restla dulu”

Aku pejam balik mata dan terasa ada orang tangan yang membetulkan kedudukan tubuh aku. Aku dah tak ingat apa-apa lagi lepas tu.








Aku turun bawah lepas kepala rasa dah ok sedikit. Kat ruang tamu tak ada orang pun kecuali bunyi tv je yang terpasang. Aku tengok jam kat dinding dah pukul sepuluh malam. Kira lama jugak la aku tertidur tadi lepas telan panadol tu.

Aku ambil keputusan untuk pergi ke luar rumah. Mesti cantik kan suasana malam kat sini.Kelibat Mak Mah pun tak ada, dah tidur kot agaknya.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah luar rumah. Suasana gelap kecuali depan rumah je yang terpasang lampu. Aku tengok ada banyak bintang kat langit, mesti malam ni tak hujan.

Tiba-tiba aku ada terdengar suara orang yang tengah bercakap. Cepat-cepat aku cuba berselindung kat tepi pokok bunga yang setinggi aku tu.

Aku terjenguk-jenguk kepala cuba tengok siapa yang tengah berbual. Walau keadaan gelap dan samar-samar kat gazebo depan tu, aku still nampak kelibat Ayeem dengan perempuan nama Zara tu. Air mata aku mengalir bila aku perasan yang tangan Ayeem tengah peluk pinggang perempuan tu.

“sayang, nanti nak honeymoon kat mane?”

“emm, kita pergi Europe nak?”

“ok jugak tu”

Dan mereka sama-sama ketawa.

Aku melangkah kaki ke arah mereka. Aku nak dapatkan kepastian dari Ayeem dengan perempuan yang nama Zara tu. Diaorang betul-betul dah kahwin ke? Takkanla tak kahwin lagi dah bercium bagai, macam tak percaya je kalau diaorang cakap tak kahwin lagi. Tapi tak boleh dikira jugak orang sekarang ni. Bukannya peduli pun dengan dosa dan pahala.

“ehem”

Aku berdehem dan Ayeem terkejut lantas berpaling. Perempuan nama Zara tu senyum je tengok aku. Tiba-tiba aku rasa sakit hati je tengok dia senyum. Rasa macam nak je tarik rambut dia tu. Qash, sabar. Aku cuba pujuk hati aku.

“dah sihat?”

Zara bertanya. Aku menjeling dia tapi mata aku tak lepas pandang tangan Ayeem yang melekat kat pinggang Zara tu.

“dah”

Aku jawab sepatah. Zara mengangguk perlahan dengan senyum tak lepas kat bibir. Geramnya aku tengok.

so bila korang berdua kawin ni?”

Aku tanya dia. Ayeem tengok je aku tak lepas.

“baru dua minggu. Next week baru cadang nak pergi honeymoon

Macam bangga je Ayeem jawab soalan aku tu. Aku mencebik. Baru je sebulan tak jumpa dengan aku terus je kahwin lain. Kalau tak jumpa setahun, agaknya dah dapat anak seorang kot. Qash, sekarang kau dah mula jeles atau sakit hati? Dua-dua agaknya sekarang ni aku rasa.

“tahniahla. Tapi korang berdua kahwin lari ke?”

Ayeem dengan Zara macam terkejut dengan pertanyaan aku tu. Mata Ayeem tiba-tiba mencerun pandang aku. Aku telan liur, dia marah ke aku tanya macam tu? Rasanya dah betul kot apa yang aku tanya tadi. Yela, kalau nak kahwin lagi satu, rasanya kena mintak izin dengan isteri pertama dulu baru boleh kahwin. Kalau nak kahwin tanpa izin jugak, kena kahwin lari je la cara paling senang, lepas tu pandai-pandaila turun naik court nak bayar denda atau kena penjara.

“apsal pulak aku kena kahwin lari? Kitaorang kahwin secara sah la”

Keras je suara Ayeem jawab soalan aku tu. Zara dah mula berdiri. Pandang aku pun macam tak puas hati. Qash, sabar je dengan semua ni. Kalau perempuan tu nak serang kau, kau balas je la. Bukannya kau tak belajar taekwondo pun.

“dah tu kenapa tak mintak izin dulu?”

Suara aku mula naik. Rasa macam panas hati pulak walau suasana kat sini terasa nyaman je dengan angin malam yang bertiup lembut.

“apa hal pulak nak kena mintak izin ngan kau? Kau sape ngan aku?”

Aku tersentak dengan kata-kata Ayeem tu. Selamba je dia cakap aku ni bukan siap-siap dengan dia? Takkan dia dah lupa yang aku ni masih isteri dia yang sah?

“sa-aku kan masih isteri kau. Kenapa kau kawin tanpa tanya aku dulu?”

Kan dah hilang bahasa saya-awak. Dah keluar pulak bahasa aku-kau sekarang ni. Aku tengok Zara dah serba tak kena. Tak kan rasa bersalah pulak kot?

“isteri aku?”

Tiba-tiba Ayeem tergelak kuat. Dah sewel apa?

“yela, betulla apa yang aku cakap ni. Kita kan belum bercerai lagi. Takkan kau dah lupa?”

“eh aku kan lelaki. Aku boleh kawin empat apa?”

Aku pandang Ayeem lama sebelum air mata yang aku tahan tadi mengalir kembali. Aku dah mula menangis teresak-esak kat situ. Ayeem dengan Zara tengok je aku tanpa berbuat apa-apa.

“aku benci kau Ayeem, aku benci!!”

Aku terus berlari ke halaman rumah. Qash, buat apa lagi kau tunggu kat sini? Dah tak ada maknanya kau ada kat sini lagi. Ayeem pun dah tak mengaku lagi kau isteri dia. Semuanya dah terlambat. Aku kesat air mata yang makin mengalir laju di pipi.

Suasana yang sedikit gelap tu membuat larian aku menjadi perlahan. Nampak pun antara tak nampak je kelibat pintu pagar kat depan. Lagipun kat halaman ni cahaya lampu kat sini tak ada sangat. Dan masa tu la aku rasa tubuh aku terlanggar sesuatu yang keras.

“aduh”

Aku pegang bahu yang terasa sakit. Benda apa yang berlanggar dengan aku ni? Aku dongakkan kepala dan mata aku terus je membulat bila tengok apa yang aku langgar tu. Eh?







p/s : sorry lambat sket upload..sorry sebab buat semua org hampir sakit jantung semalam..sorry atas semuanya..anyway bace n komen yer :D



37 comments:

miss syasha said...

alaaaaa ! pendek nye,, =.=" hadoi hadoi,,

liyana said...

jap3..tngh plik ni..
1 je lam kpale kite..
ayeem 2 ade kmbar ke?
tah2 yg ngn zara 2 bkn ayeem..
part last 2 qash trlnggr ayeem ea..????

*kak..smbung2..xsnang dduk ni

Anonymous said...

kenapa ni, cepatla smbung

Shamien said...

Hopefully that is the real Ayeem!!Sis, sambung2...masih saspens ni!

Anonymous said...

tp nape n3 ni mcm pndek jer???mcm kurg sesuatu....
hah...yg tlggar tu, msti ayeem yg btol!!!

zura asyfar said...

miss syasya : dh 6 pages ni..huhu

liyana : sis suke ngn hipotesis tu :D

anonymous : duk elok2 yer, sbr :D

awin : maybe :)

anonymous : dh 6 pages ni..ape yg kurg ek?

~ yg tlggr tu maybe ayeem kot? :)

miss syasha said...

~.~ erm ok ok,, musykil betul lah,, zara tu boleh terkejut beruk(beruk pun tak terkejut macam zara) bila qash cakap yang qash tu isteri ayeem,, lain macam jo ? hoh ! udah gaya macam ayeem nih dua personaliti pulok,,

zura asyfar said...

miss syasya : zara terkejut beruk ke? sis tak perasan la pulak..hehe

~ double personality??hmmm

keSENGALan teserlah.. said...

haaaa.. sah yang kawen dgn zara tu bukan ayeem.
instict kuat ni.
yang qash langgar last tu ialah ayeem yang sebenar. (kot)

serius rasa macam pendek n3 nie.
ngeeeee..

nak lagi nak lagi.

Anonymous said...

aduh! eh.... abang ayeeeeeeeem!!!

lantas ku peluk tubuhnya...

terasa balasan pelukan yg melingkari pinggangku.

erat. rapat. hangat.
x sabar nak tahu kezutan gempax tue...... esok sambung lg yer jam 8pm...

x sabar dah ni...

jantung pon dah hampir tercabut keluar... melantun2 dah kat dada ni...

tiekqafhea said...

tu ayeem kan? setuju sgt dengan liyana. it's ayeem rite? ayeem3!!!

Shamien said...

berangan anonymous ni!! Nyaris2 nak cari balik kat post tadi...dia sambung sendiri rupanya...tulah, hope sesangat yang ayeem baik yang langgar qash tu!!

zura asyfar said...

zatie : haha..pndai je korg semua teka :D

anonymous : da leg ganti sis je taip novel ni..hehe :)

tiekqafhea : hehe..Ayeem kot? :P

zura asyfar said...

awin : haha..tu la psall.smpai sis pon bace komen tu..rupenye dia wat sendiri..btw anda anda bakat jadik penulis :D

liyana said...

tngok 2...tiekqafhae pon sokong kite :)
anonymous ni wt suspen je..

sis zura :: 2 anonymous da bg idea..
xmau la ilang feel

zura asyfar said...

liyana : thanks sesangat cz ramai yg bg idea kt sis..dlm tekaan ramai2 tu ade la yg betul..hehe

~ rase mcm dh tak nk kot wat entry suspen lg :D

fallenmoon said...

Haaa...tu msti Ayeem! Nak Ayeem dgn Qash.

zura asyfar said...

moon : hope so :DD

.:kiwi:. said...

ngahaha... Sis, mmg la ad yg teka btul.. diorg kn imaginative... mcm² leh t'pkir.. huhu~ (excpt kte la... kte pk bnda pelik² aje)

adoyai... tlg la, jgn seksa jiwa Qash lg... dgn daku² skali terseksa nih! Ayeem~~

nemo kaler oren said...

aaaaaaaaaaaaa......
knapa mesti begitu????

einaa_akemi said...

cepat la sambung...

zura asyfar said...

kiwi : tu la pslnya..kreatif n kritis betul diorg ni...hehe
~ pelik itu kite..haha

nemo : hehe...

eina : smbung? hmmm, sure :D

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaa kenapa asyik suspen aje dua hari ni.....
dada pun dah berdebar-debar rasanya ............
hu hu hu ................
kesian qash..........

zura asyfar said...

anonymous: awal mlm ni entry da tak saspen lg..hehe...

~ penat jugak taip entry saspen je, cm wat novel misteri plak :D

~ next entry qash jumpe Ayeem :)

Anonymous said...

wahhhhh tak sabar nk tunggu n3 seterusnya......besttttt

OrEnTaLeZ said...

next.. :)

zura asyfar said...

anonymous : tq...tgu ptg ni k:)

orentalez : sure :D

Anonymous said...

cmne nk bc dr awal ni

AdamFira said...

kak nape sye xjumpe pun epi 16?? ke blom upload ag? ngah syok lyn nih..=))

zura asyfar said...

anonymous : tgk tajuk list novel kt sebelah kanan...situ ade link dia :D

zura asyfar said...

adamfira : ptg ni episod 16, dlm pukul 8..tak upload lg ni...tgu yer :)

AdamFira said...

owh.. ok.. i'm new followers here....=D

Anonymous said...

ni sampai eps 18 jerk or ada extra2 lg ni??? nak kena wat persediaan jantung baca epsd 16... ayyo

zura asyfar said...

adamfira :thankss sudi follow citer ni :D

anonymous : tak tau lg smpai epi berape...rasenya dh takde saspen lg kot..hehe :)

Anonymous said...

adoi hati dah panas bila si ayeem cium si zara tapi bila part si Qash terlanggar sesuatu terpikir balik sapa n apa yg dilanggar tak kan pagar kut jadi saya sokong yg lain mmg si Ayeem ni ada kembar betul tak jgnlah buat saya terpikir2 cpt sambung ye x sabar dah ni

Anonymous said...

nk n3....xsbor dh nk bce smbgnnye....best ssgt...luv ya qash n ayeem...hehe:)

zura asyfar said...

anonymous 1 : hehe..tgu jer k next entry...nk post dah ni :D

anonymous 2 : sbr yer..nk pos dah ni :)