:: My gangS :: TQVM

Monday, March 7, 2011

My Little Shark - 21




MY LITTLE SHARK – 21






Dalam kecerahan samar-samar je dalam bot laju, aku dapat tengok dengan jelas wajah Erny yang tersenyum sinis ke arah aku. Tiba-tiba aku rasa panas hati je dengan dia. Yela, dari hari tu lagi asyik mengacau hubungan aku dengan Ayeem.

Hari tu boleh dimaafkan lagi la sebab maybe dia tak tahu aku dengan Ayeem dah kahwin. Tapi sekarang ni dia dah tahu semuanya, apa yang dia tak puas hati lagi dengan aku? Atau sebab dia nak balas dendam dengan aku sebab rampas Ayeem dari dia? Menurut cerita Ayeem, dia dengan Erny just kawan je masa sekolah dulu. Hanya Erny je yang tergedik-gedik suka kat dia, tapi Ayeem tak ambil tahu pun.

“kau nak apa lagi dari aku ni?”

Aku tanya Erny dengan nada suara yang sedikit kuat. Entah dari mana aku dapat kekuatan macam tu pun aku tak tahu. Tadi masa kena tengking dengan dua lelaki tu rasa gerun jugak. Tapi Qash, kau tak boleh nak mengalah macam tu je. Mesti ada sesuatu yang Erny nak, kalau tak, takkan dia sanggup kidnap aku macam ni.

“aku ingatkan dah bisu tadi”

Erny tergelak. Kedua-dua lelaki tadi turut tergelak sambil memandang aku. Aku gigit bibir. Kenapa la aku bleh terllibat dalam penculikan ni? Takkan Erny tu nak duit kot? Sebab aku rasa dia pun dari keluarga kaya walau kekayaan dia tak ada la kaya macam Ayeem.

“gila punya perempuan”

Aku merungut sambil mendengus kasar. Tiba-tiba je Erny datang depan aku dan memandang tajam.

“apa kau cakap tadi? Aku gila?”

Tanyanya sambil mencekak dagu aku. Pantas aku larikan muka aku ke tepi.

“memang kau gila pun. Psiko!” Aku sedikit menjerit.

Tak sempat aku nak berdiri kedua-dua lelaki yang jaga aku tu masing-masing dah mula pegang aku. Aku cuba meronta tapi tak boleh bergerak.

“kau tengok siapa yang akan gila nanti. Kau ke aku? Steve, Kent ikat balik pompuan ni”

Erny mengarah ke arah Stve dan Kent. Aku dah tak boleh nak buat apa-apa sebab Steve dan pegang kemas tangan aku. Dan Kent pula ambil tali dan ikat balik kedua-dua tangan aku. Sehelai kain diikat ke mulut supaya aku tak boleh menjerit. Kaki aku pun diikatnya sekali. Erny hanya ketawa bila melihat aku keadaan aku macam tu. Bot makin laju membelah lautan.









“hoi bangunla”

Aku dengar suara lelaki dekat je dengan telinga aku. Aku mencelikkan mata perlahan-lahan dan tengok Kent dan Steve ada depan mata aku. Tak sangka aku boleh tertidur dalam keadaan macam tu semalam. Terasa habis lenguh seluruh anggota badan dan pinggang aku.

Aku perasan hari pun dah pun siang. Bot yang aku naiki dah pun berlabuh di jeti yang kelihatan seperti telah lama tak digunakan. Aku pun tak dapat pastikan di mana aku berada sekarang. Semuanya nampak macam asing je tapi aku berharap yang aku masih lagi di bumi Malaysia.

Steve membuka ikatan mulut dan tangan aku. Sebungkus roti putih dan sebotol air mineral dilemparkan ke atas riba aku.

“makan, nanti kebulur pulak”

Katanya sambil memasuki ruangan dalam bot. Hanya Kent sahaja yang duduk berhampiran dengan aku. Mungkin dia kena berjaga-jaga sebab tak nak aku lari.

Bot ni mempunyai satu ruangan yang tertutup atau mungkin juga bilik. Aku agak mesti Erny ada kat dalam sebab selepas dia jumpa aku semalam, dia terus masuk ke situ.

Aku buka botol air mineral dan membasuh sedikit muka. Terasa sedikit pedih bila air mengena kat tepi bibir. Mesti lebam atau dah bengkak sebab kena tampar dengan Kent semalam.

Baki air mineral yang selebihnya aku meneguknya perlahan. Ya Allah, memang lega rasanya bila dapat membasahkan tekak yang hampir kering dan perit ni. Lagipun dah hampir dua puluh empat jam aku tak makan dan tak minum. Dah kalah orang berpuasa ni. Nasibla perut aku tak buat hal. Aku bimbang jugak kalau-kalau tiba-tiba datang gastrik masa ni.

Roti putih aku dapat makan sampai tiga keping. Memang lapar sangat-sangat. Ni pun aku dah bersyukur sangat sebab diberi makan. Kalau mereka tak beri aku makan, agaknya memang aku dah kebulur atau lebih teruk dah pengsan pun kat sini.

Aku letakkan bungkusan roti di tepi aku sebelum mata meliar-liar ke kiri ke kanan. Agaknya macam mana la aku nak melarikan diri kalau dalam keadaan macam ni? Memangla bot dah berlabuh dekat dengan jeti. Tapi bila aku tengok air kat tepi bot tu, nampak macam dalam je. Kalau aku terjun and je aku ambil langkah macam tu? tak sempat nak berenang nanti macam mana? Tak ke sia-sia

“jangan cuba-cuba nak lari pulak”

Aku terkejut disergah oleh Kent. Mesti dia perasan yang aku sedang terjengah-jengah memerhatikan keadaan sekeliling. Namun aku rasa sedikit takut bila Kent menyelak jaketnya. Ada pistol yang tersisip di pinggangnya. Alamak, kalau aku lari mesti tak pasal-pasal kena tembak. Aku mengeluh dalam hati.











“nah, Ayeem nak cakap ngan kau”

Aku yang hampir terlelap tu tersentak bila ditegur oleh Erny. Aku tak perasan bila Erny dan Steve keluar dari bahagian dalam bot tu. Nampaknya Erny dah bertukar pakai baju lain. Setakat seluar jeans dan tshirt. Rambutnya diikat satu. Steve hanya tersenyum sinis bila tengok aku.

“Ayeem?”

Aku kerut kening. Bila tengok handset kat tangan Erny baru aku perasan yang Erny tengah bercakap telefon. Handset kaler silver tu aku sambut.

“hello, Qash kat mana tu? Ok tak”

Telinga aku cepat menangkap suara cemas Ayeem di talian telefon. Air mata aku kembali menitik. Tak sangka pulak yang Ayeem bimbang dengan kehilangan aku.

“err, ok je. Tak tau ada....”

Tak sempat aku nak bercakap dengan lebih lanjut, handset telah dirampas oleh Erny. Aku hanya dapat memandang sayu. Aku nak bercakap lagi dengan Ayeem. Aku rindukan dia sangat-sangat.

“Erny, please aku nak cakap lagi”

“dah-dah, kau tak payah nak buat drama kat sini. Aku malas nak tengok. Aku nak Ayeem tau kau masih hidup je”

Aku tengok Erny kembali bercakap sesuatu di telefon. Mesti dia bercakap dengan Ayeem. Tapi butir perbualan mereka tak dapat aku tangkap sebab dia dah masuk balik ke bahagaian dalam bot. Aku menyeka air mata yang masih mengalir. Agak-agak Ayeem akan selamatkan aku tak?











“Steve, Kent, bawak pompuan ni turun”

Aku dengar Erny mengarah orang-orangnya. Hari dah pun nak petang. Memang jeti kat tempat bot ni berlabuh memang jeti yang telah lama orang tak gunakan lagi. Sebab dari pagi tadi aku tak nampak pun kelibat orang atau bot pun yang melalui tempat ni. Dahla kiri-kanan jeti ni penuh dengan semak-samun je.

Aku ditarik bangun oleh Kent. Masa tu tangan aku dah kembali terikat, cuma mulut je yang tak ditutup dengan kain. Dengan keadaan aku yang memakai dress labuh, sedikit sukar untuk aku berjalan di bot yang teroleng-oleng dihempas ombak laut.

Aku didukung oleh Kent kitaorang nak naik ke jeti. Masa berlabuh tadi, keadaan bot sedikit jauh dari jeti, sekarang ni dah dekat kerana Steve turun dan tarik tali bot ke tepi.

“kau jaga dia baik-baik, jangan bagi dia terlepa pulak”

Erny sekali lagi mengarah dan kembali bercakap dengan seseorang di telefon. Aku dibenarkan duduk di atas jeti sambil dikawal oleh Kent. Steve pulak berada di sisi Erny.

Erny kembali ke arah aku setelah beberapa minit bercakap di telefon. Dia memandang aku sekilas dan mengangguk-angguk ke Kent.

“jap lagi laki kau datang”

Aku pandang Erny. Apa maksud kata-kata dia tu? Ayeem nak datang selamatkan aku ke?

“Ayeem datang?”

“yelah, aku tak sangka dia sayang jugak kat kau”

Erny tersenyum sinis. Aku memang betul-betul tak faham maksud dia tu. Tapi hati aku sedikit gembira bila Ayeem nak datang. Tapi takkan Erny nak lepaskan aku macam tu je bila Ayeem datang? Macam tak logik je bila fikir.

“memang dia sayang aku pun”

Aku menjawab untuk menyedapkan hati yang masih lagi bimbang. Entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang buruk akan terjadi je nanti.

“nanti kita tengok la macam mana. Samada Ayeem sayangkan kau atau aku?”

Erny berkata lagi sambil membelek-belek handset di tangan dia tu. Sungguh aku tak faham dengan kata-kata dia tu.

“apa maksud kau?”

Aku tanya Erny. Dia menjeling aku sekilas sambil memandang ke arah Steve. Steve hanya tersenyum bila Erny pandang dia.

“wait and see”

Tu je kata-kata yang Erny jawab sebelum sambung bercakap dengan Steve di jarak yang aku tak dapat dengar. Aku mengeluh perlahan dan memandang Kent yang masuh berada di sisi aku. Mamat ni tak lenguh ke berdiri?










Aku tak tau sekarang dah pukul berapa. Aku agak-agak hari pun dah petang sangat sebab suasana mula redup dan berangin. Erny dan Steve masih lagi bercakap-cakap antara satu sama lain. Aku yang mula lenguh duduk mula berdiri. Kent hanya tengok aku tanpa bercakap apa-apa.

Tiba-tiba aku dikejutkan bunyi kereta. Bila aku pandang depan, aku tengok kereta Honda Civi Type-R kaler putih parking tak jauh dari jeti yang aku sedang berdiri. Tu bukannya kereta Ayeem ke?

Aku mula menangis bila tengok Ayeem keluar dan berlari-lari anak menuju ke arah aku. Aku yang mula nak bergerak tiba-tiba dipegang kemas oleh Kent. Ayeem terkejut dan berhenti berlari. Aku hanya dapat pandang sayu ke arah Ayeem.

“Ayeem!”

Aku menjerit kuat sebelum Kent menutup kuat mulut aku dengan tangan dia. aku mula meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tapi bila terasa dileher aku ada dilekap sesuatu, automatik aku statik tak bergerak. Gila, Kent letak pistol dia kat leher aku.

“Qash!”

Ayeem menjerit panggil nama aku. Aku rasa seperti nak pergi berlari je memeluk Ayeem. Tapi aku sedar, semua tu hanya angan-angan je sebab Kent dah kuat pegang aku. Tak ada peluang langsung nak melarikan diri.

“kau datang jugak akhirnya”

Erny berjalan menuju ke arah Ayeem yang masih pandang ke arah aku. Aku rasa dia pun terkejut bila tengok leher aku diacu pistol.

“aku datang sebab Qash, bukannya kau”

Ayeem bersuara kasar membalas kata-kata Erny. Erny sekadar tergelak dan menggelng-gelengkan kepala. Keadaan jarak Erny dengan Ayeem ada dalam lebih kurang sepuluh meter. Erny di hujung jeti manakala Ayeem masih berada di atas tanah.

“kau tak sayang aku ke?”

Ernya tanya Ayeem. Aku tengok Ayeem sedikit tergelak dengan kata-kata Erny tu.

“wake up la Erny. Kau tau dari dulu kan yang aku sayang sape? Takkan kau dah lupa kot”

“aku tak kira, kau mesti sayang aku jugak”

Erny membalas. Aku mengeluh. Memang Erny ni muka tak malu. Ada ke patut suruh orang sayang dia?

“gila”

Ayeem membalas. Ternyata Erny terasa dengan kata-kata Ayeem tu.

“kau tengok siapa yang lebih gila sekarang?”

“apa maksud kau?”

Ayeem membalas. Mungkin dia tak faham dengan kata-kata Erny tu, aku lagi la tak faham.

Erny memberi isyarat pada Kent yang tengah memegang aku. Aku tak tau apa yang mereka cuba buat. Tapi hati aku dah mula rasa berdebar-debar.

Tiba-tiba mulut aku yang ditutup dengan tangan Kent tadi dialihkan. Baru je aku nak menjerit, sebuah botol kaca kecil yang mengandungi cecair putih disuakan depan muka aku. Botol apa pulak ni?










“kau kena kawin dengan aku dan ceraikan pompuan tu”

Tiba-tiba Erny sedikit menjerit. Aku tersentak. Betulke apa yang aku dengar ni. Aku tengok Ayeem jugak terkejut dengan kata-kata Erny tu. Senangnya dia cakap suruh Ayeem ceraikan aku dan kahwin dengan dia.

“kau dah gila Erny, kau tau kan yang aku sayang dengan Qashrynna”

Hati aku tersentuh bila dengar kata-kata Ayeem tu. Memang betul dia memang sayang kan aku. Tapi apa agenda dia buat aku macam tu selama dua bulan ni? Nak uji aku ke?

“aku tak kira, kau kena kawin jugak dengan aku. Kalau tak, kau tau la apa akibatnya”

Erny mula menggugut Ayeem. Aku telan liur. Kent mula memegang mulut aku.

“hey, kau nak buat apa tu?”

Ayeem menjerit pada Kent. Aku dah mula menangis.

“kalau kau tak ceraikan pompuan tu, bukannya dia je yang akan kena racun, tapi dengan anak-anak kau sekali”

Ayeem tersentak. Aku tak tau nak buat apa bila Kent dah pegang kuat mulut aku. Botol racun tu betul-betul depan mulut aku sekarang, dengan pistol lagi dileher. Cuma aku dapat pandang Ayeem je mohon simpati dia.

“kau gila Erny, memang betul-betul gila”

“kau cakap la apa-apa pun, aku tak kisah. Yang pasti aku mesti jadikan kau milik aku”

Erny ketawa kuat. Ayeem menggeleng-gelengkan kepala tanda tak percaya dengan semua ni. Steve pula dah mula menghalakan pistol miliknya ke arah Ayeem.

“Qash”

Aku dengar Ayeem panggil aku. Aku pandang dia lama.

“saya nak awak tahu yang saya betul-betul sayang dan cintakan awak. Selama dua bulan ni saya just nak uji awak je. Saya cuma nak tengok samada awak sayangkan saya atau tak?”

Aku pandang Ayeem dengan air mata yang masih mengalir di pipi. Aku tengok mata Ayeem berkaca. Kira betulla selama dua bulan ni dia nak uji aku je. Maknanya dia masih lagi sayangkan aku.

“but for this time, I’m sorry Qash. I have to”

Aku dengar Ayeem sambung cakap lagi. Aku macam tak percaya bila dengar kata-kata Ayeem tu. Dia betul-betul nak ikut cakap Erny ke supaya ceraikan aku dan kawin dengan Erny? Habis tu aku macam mana?

“cepatla. Kalau tidak, nyawa pompuan tu akan melayang”

Erny mula menggertak Ayeem bila Ayeem masih lagi pandang aku. Aku memejamkan mata perlahan. Kalaula semua yang berlaku ni hanya mimpi.










“Qashrynna Zarqa, saya lepaskan awak dengan talak satu”

Air mata aku mengalir laju bila dengar lafaz cerai dari mulut Ayeem. Aku dah tak mampu nak pandang Ayeem. Tak sangka dia betul-betul nak ceraikan aku kerana Erny. Atau dia ceraikan aku sebab tak nak aku kena racun? Arghh, kusut-kusut sekarang ni.

Kent melarikan botol racun tu dari mulut aku dan lemparkannya ke laut bila Ayeem dah lafazkan cerai kat aku. Cuma pistol dileher aku je yang masih tidak dialihkan.

Aku sempat pandang Erny pergi ke arah Ayeem dan pegang tangan Ayeem. Ayeem meraupkan mukanya berkali-kali sambil mata tak lepas pandang aku.

Erny tersenyum gembira bila pandang aku. Mesti dia puas hati sebab Ayeem dah ceraikan aku. Hati aku sakit bila tengok Erny pegang tangan Ayeem.

Tiba-tiba kedengaran bunyi siren polis. Aku yang masih menangis tu turut terkejut. Aku perasan Steve dan Kent mula gelabah. Muka Erny pun turut pucat.

“kamu semua telah dikepung, letakkan senjata dan sila menyerah diri!”

Empat orang anggota polis yang baru keluar dari kereta tu masing-masing mengeluarkan pistol. Aku tak tahu nak buat apa-apa sebab Kent masih lagi menghalakan pistol dia di leher aku.

“semua pergi, kalau tak aku tembak pompuan ni”

Tiba-tiba Kent menjerit dan menarik kuat bahu aku sambil pistol dia masih lagi dileher. Aku dah mula kecut perut. Aku ingat aku dah lepas tadi ni keadaan semakin bertambah teruk. Dia mula mengheret aku pergi ke hujung jeti. Aku yang ketakutan tu hanya mengikuti langkah Kent.

“Qash!”

Aku dengar Ayeem menjerit panggil nama ku. Aku sempat berpaling pandang Ayeem yang masih di sisi Erny. Steve yang masih memegang pistol ke arah Ayeem terkejut dan memandang aku dan Kent. Aku yang dapat rasa sesuatu akan berlaku terus je memejamkan mata.

Bang! Bang ! Bang !

Aku terdengar beberapa tembakan dilepaskan. Bila aku buka mata, aku tengok Kent dah terkulai jatuh di tepi aku. Darah keluar membuak-buak dari perutnya yang terkena tembakan tu. Aku yang mula pening terhidu bau hanyir darah sempat berpegang pada palang jeti.

Bila aku pandang depan, aku tengok Steve juga dah rebah di tepi jeti. Erny yang ketakutan tu dah terduduk atas jeti sambil mengangkat tangan tanda menyerah.

Dan yang paling aku terkejut, aku tengok Ayeem yang berada di sisi Erny terbaring di tanah. Ayeem kena tembak jugak ke atau dia saja buat-buat kena tembak?

“Ayeem!”

Aku menjerit kuat sambil cuba berlari ke arah Ayeem. Aku dah tak pedulikan semua yang terjadi di sekeliling sebab Steve dan Kent pun dah kena tembak. Dalam fikiran aku cuma ada Ayeem je sekarang.

Dengan langkah yang makin perlahan dan pipi yang basah dengan air mata, aku menuju ke arah Ayeem. Aku dapat tengok ada banyak darah yang keluar dari dadanya yang memakai kemeja putih tu. Aku tak tau siapa yang tembak dia, samada Steve, Kent atau pihak polis.

Aku sempat pandang Ayeem sekejap yang masih kelihatan bergerak-gerak sedikit. Bola matanya kelihatan bergerak-gerak laju seolah-olah dia sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Makin laju air mata aku mengalir.

Disebabkan aku memakai dress labuh yang sukar untuk aku melangkah, aku rasa kaki aku tersadung sesuatu dan tubuh aku jatuh melayang ke atas anak pertama jeti. Hanya dalam jarak tiga kaki lagi sebelum aku sampai ke arah Ayeem yang terbaring di tanah.

“Ayeem!!”

Aku yang dah tersembam di atas anak tangga jeti tu menjerit kuat sambil memegang perut yang makin terasa senak akibat hentakan dari jatuh tadi. Bila aku angkat muka, aku tengok tubuh Ayeem yang bergerak sedikit tadi dah kaku tak bergerak. Matanya tertutp rapat dengan sebelah tangan yang masih di dadanya. Semuanya mula menjadi semakin gelap di mata aku sekarang. Inikah pengakhirannya kisah aku dengan Ayeem?






P/S : pada semua peminat MLS, zura post awal pagi sebab dah janji ngan korang semua..9 pages and harap semua puas hati..anyway enjoy :D






30 comments:

Anonymous said...

waa~~pe jadi nie...
da nak abes ke novel nie??
hopefully everything will be ok..
akak,please upadate cter nie smpi abes bru smbg yang lain ye..
x sabar nak taw kesudahan cter nie..
huhuhu =(

liyana said...

noooooooooo!!!!!!!!!!
what happen..
xmau la AYEEM mati..hero xley mati..
n QASH..hope baby save..
ayeem n qash 2..

WOI ERNY..KO GILER KE???
KOT DA GIAN SNGAT NAK WAT KEJE GLER P LA MSUK
TANJUNG RAMBUTAN!!!

hate erny damn much..

*uncle n 'ABG2' polis yg ensem..cpat la kol amblance..kot xpon hntr ayeem n qash 2 p hsptal SEKARANG JUGAK..

[sorry sis..komen kali ni emo lbih plak]

zura asyfar addy rifqhiey said...

anony :

~yep..cite ni dh nk abes..maybe satu epi je lg..
~ok2..i will :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

Liyana : if hero mati cm ner?

~ maybe qash ok but baby dia tak tau lg..
~ betul2, nnt sis bg tau abg polis suruh call ambulance cepat2..hehe

liyana said...

xmau la hero mati..
ohhh..ayeem..pjaan kati ku..
hdup la ko blik..

*dub..dub..dub..dub..

sis zura : 2 jntung still bdgup laa..
xmati g kan..
mesin hyat pon xkluarkan bnyi "tuutttttttttttttt"
sooo...conclusionNYE ayeem hdup la..

[suke2 hati je krng cite sndri]

liyana said...

tngok..smpai slah eje HATI => KATI
^_____^

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaaaa...
bangunlah ayeem woi.

sob sob.

zura asyfar addy rifqhiey said...

liyana : hope so..hehe..
~ nway, thnks 4 the idea..

zatie : huhu :(

Zass said...

x mungkin ayeem mati.. oh tidaaaakkk... 'kirimkanlah kepada ayeem malaikat sakti'
perceraian tu tak sah disisi agama.. pereceraian yang disebabkan oleh paksaan adalah tidak sah dan ayeem dan qash hanya perlu rujuk kepada ustaz secepat mungkin untuk menyelamatkan hubungan mereka... qash!!!!!! bertindak sekarang.... jika kau benar2 cintakan ayeem... lakukanlah sesuatu untuk memperbetulkan hubungan korang..... sabar ya qash... everything's gonna be fine....

amira aihara said...

huahuaaa sis zura sedihnya...jgn la jdi pape kat ayeem n qash..huhu pagi2 dh nangis bce part nie...

zura asyfar addy rifqhiey said...

k.s : hero tak mungkin mati kan?hehe :)
~ btw u r right...penceraian diaorg tak sah...
~ maybe next epi the last entry :D

diahperi said...

jgnlah lah Ayeem mati x mau x mau biarlah dia org hidup bahgia lepas ni jgnlah kasi baby tu keguguran pls...pls... nak nangis dah ni cukuplah apa yang dah berlaku

zura asyfar addy rifqhiey said...

amira : sabar yer...hope semuanya akan ok2 je pas ni :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

diahperi : sabar yer..tak tau nk ckp pe dh ni..huhu

E-man Sufi said...

uiks..saspen...nk aje aku hntr si erny tu ke tanjung rambutan..giler tegar,huhu..

Fahimah Mahayuddin said...

suspen..huhuhuhuhuhu

S. said...

sedih n suspens!!!sis!!!

si.tudung.ungu said...

~Fainted...
hukhukhuk... Sis... mengapa jd bgitu?
Ayeem... jgn mati...
baby... ok tak?
Qash... huu~ TT^TT

Anonymous said...

omg....harap2 diaorg ok....x sabo nk tau endingnya....

Acik Lana said...

huwaaaaaaa~!!!! tragiknya...takut! hope xde pape kat ayeem..pls dun die.. T_T

WITHOUT A SOUND said...

nnooooooo..
x nak ayeeem mati...hhuhuhu
idopkan la dia balik...sob..sob..sob..

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Noooooooo!!!!!!!
Tak mau Ayeem mati :(
Tak mau! Huwaaaa!!!!

Dr.LoVe said...

x maulah Ayeem mati..plzzzzz
i hope Qash n baby tak ada apa2...

zura asyfar addy rifqhiey said...

all (e-man, eymah, awin,kiwi, anoy,acik lana,without a sound, moon n dr love ) =

~ hero takkan mati k..dun worry...hehe
~ sape2 yg benci erny tu, dia ada mslh mental sket..hehe
~qash n baby : tgu next epi :D

sAkEeNa said...

aaaa...jgnlah..jgn !!!!!ape jadi ni?

Anonymous said...

bila nak ada n3 lgi ni....da tak sbr da ni

zura asyfar addy rifqhiey said...

sakeena : tgu yerp next entry..

anony : entry tgh ditaip..sabar yer :)

Kakak Gengster said...

alaa :( kak zura, sambung la
cpt novel ni. tgh sedih dkt
dpn lappy ni :'C

zura asyfar addy rifqhiey said...

farah : nk smbung cz dh nk ending..btw idea stuck sket kt epi akhir ni..huhu

Unknown said...

Babak ikat2 mulut ni yg best baca nih ekeke