:: My gangS :: TQVM

Thursday, January 20, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 6


~ Episode 6 : Lamaran? ~




“yup, saya nak bawak awak kawin lari” Fajie angguk kepala tanda kata-kata dia tu betul.

are U crazy? Baik awak stop kereta ni sebelum saya terjun” Aku pandang dia tajam sambil mengugut.

Huh, dia ingat dia tu siapa? Suka-suka hati dia je nak bawak anak dara orang kahwin lari. Dah hilang akal ke apa? Walaupun aku ni tak suka dengan cadangan bertunang dengan si Khaiyrel tu, tapi aku still ingat jasa mama dengan papa walau mama selalu je marah-marah aku. Tapi dengan mengikuti idea gila Fajie ni, boleh je buat diaorang semua kena heart attack.

“macam mana awak nak terjun? Saya dah locked semua pintu” Cepat je dia tekan automatic lock kat pintu utama sambil senyum.

Cett! Geramnya aku dengan dia ni. Tetiba rasa berpeluh je dahi walau dalam kereta ni air-cond terpasang. Aku rasa nampak budak Fajie ni macam kecik-kecik je depan mata aku. Nak kena penyet agaknya budak ni baru dia tau! Tapi Yash, berani ke kau nak penyet dia? Last-last dia dulu penyet kau. Ngee, seram pulak rasa.

“Fajie, stop the car right now!” Aku sedikit menjerit.

Dia masih lagi dengan senyumannya yang aku rasa macam dah sampai ke telinga tu. Urghh, dia ni macam buat immune je pulak dengan jeritan aku tadi, macam tak ada kesan langsung pun. Hmm, maybe aku jerit slow sangat tadi kot so dia buat-buat donno je. Calm down Yash, fikir slow-slow apa yang patut kau buat. Jangan biar dia senang-senang je buli kau.

Oh idea, please datang cepat, emergency nih! Dia masih lagi tenang drive kereta sambil jari-jarinya mengetuk stering kereta. Suka sangat ek dapat bawak anak dara orang kahwin lari? Lengan dia yang terdedah sebab lengan jaketnya dilipat sedikit ke atas tu aku renung lama. Hmm, putihnya lengan. Lengan? Perkataan tu berlegar-legar kat dalam otak aku ni.

Hmm, tak apa-tak apa. Bergumbira la dulu wahai Syahirul Fazzary, tengok je nanti apa yang aku akan buat. Konfem lepas ni mesti cair plus terkejut punya Aku sengih jahat.

“Fajie, I love You” Aku berbisik dengan nada sedikit lembut ke telinganya.

Sepantas kilat dia berpaling dengan mata yang terbuntang. Dan dikesempatan itu la, lengan dia aku cubit kuat. Rasakan la cubitan kuat yang maha-dahsyat tu. Kalau tak serik jugak, aku tak tau la dia ni jenis manusia ataupun alien!

Ouch!!!.. Sakitla Yash”

Terjerit dia sampai kereta yang tengah-tengah laju tu automatic jadi slow. Dan akhirnya terus je stop kat tengah-tengah highway sebelum nak masuk plaza tol tu. Nasibla jugak kereta lain tak ada kat belakang, kalau tak mesti kitaorang dah pergi rumah tiang dua. Huh, terlebih hyperbola la pulak kau ni Yash. Eh betul apa!

Huh, aku tarik nafas lega. Dan tersengih kemenangan. Tanpa berpaling sedikit pun ke arah aku, dia still menggosok-gosok lengan kirinya yang hampir mula memerah tu. Aku kerling dengan ekor mata, dan nampak mata dia sedikit berkaca. Erk, kuat sangat ke aku cubit tu?

Suasana tiba-tiba jadi senyap sekejap. Dia pun kembali drive kereta dan stop kat bahu jalan kat highway tu. Agaknya dah sedar la kot tadi tu dia tiba-tiba stop kat tengah-tengah highway. Cepatje dia bukak pintu kereta dan terus keluar. Aku kerut kening. Apakah?

Aku tengok dia duduk bersila kat atas jalan tar sebelah pintu kereta bahagian aku tu. Haissh budak ni, nak bertapa apa la pulak waktu tengah-tengah hari buta macam ni?

Aku tengok je dia. Kata-kata dia nak bawak aku kahwin lari tadi terus je hilang dari kepala. Tak tau kenapa, maybe sebab tengok mata dia berkaca tadi kot, terus aku jadi kasihan. Betul ke Yash kau kasihan? Tadi bukannya dah nak marah-marah ke? Erk..

Aku bukak pintu kereta dan berdiri kat sebelah dia. Tapi aku tak nampak tengok muka dia sangat sebab dia tundukkan kepala. Adoyai, nak shooting drama apa pulak dia ni kat sini? Aku garu kepala yang tak gatal.

Tiba-tiba aku perasan ada kereta berhenti kat depan kereta Fajie. Apakah? Tak berkelip mata aku tengok kereta tu. Peronda lebuhraya? Aku telan liur. Ah sudah, masalah apa pulak ni?

Datang dua orang berpakaian lengkap beruniform ke arah aku dan Fajie. Haishh, tiba-tiba je rasa cuak padahal rasa macam tak buat salah apa pun.

“assalamualaikum dik, ada apa-apa masalah ke?” Seorang dari pegawai tu tegur aku.

“waalaikumussalam. Err, tak ada masalah” Aku jawab dengan sedikit gugup.

Aku tengok Fajie static je duduk kat situ tanpa berpaling pun kat aku dengan pegawai peronda lebuhraya ni. Huh, dia ni. Fikir apa la sampai duduk tak bergerak macam tuh! Dah macam orang tengah buat Yoga pun ada jugak.

“betul ke ni? Sebab kami tengok kereta adik tiba-tiba stop tadi kat tengah highway ni. So kitaorang ingat adik ada masalah la” Panjang lebar pegwai tu memberi ulasan.

“owh, tak ada apa-apa pun. Maybe saya tak biasa lagi drive kereta baru macam ni. Tu yang tetiba stop tu”

Aku sengih sambil beri jawapan yang aku rasa boleh diterima akal. Tapi kan bila masa pulak aku drive kereta ni? Suka-suka hati je buat pengakuan.

“ohhh..Emm, kawan adik tu kenape?” Pegawai tu tunjuk kat arah Fajie.

“dia pening sket” Cepat je aku jawab.

“emm, kalau macam tu tak apa la. Hati-hati sket sebab banyak accident kat area ni. Kalau pening tu singgahla dulu kat R&R kat depan” Pegawai tu senyum.

Care betul diaorang ni. Aku pun senyum jugak la. Huh, lega. Lepas tu diaorang berdua mintak diri. Aku kembali tengok Fajie yang masih bersila kat atas jalan tar tu. Dah tunduk kepala la pulak. Hmm, anak siapa la perangai pelik macam ni?

Aku pergi berdiri berdepan dengan dia. Nak pergi scan and check apa pulak masalah yang melanda dia nih? Takkan dah hilang kewarasan kot sampai sanggup je berpanas kat sini. Elok-elok je tadi duduk dalam air-cond, boleh pergi duduk kat luar pulak. Huh, sampai dah berpeluh pun muka aku, cair bedak yang aku pakai tadi. Adoyai, sabar je la!





“Fajie, are U okey?” Aku tanya dia.

Dari aku berdiri, dah duduk bersila pulak depan dia ni. Macam nak main tali taplom pun ada jugak. Agaknya, aku pun dah jadi perangai macam budak-budak. Mesti dah terjangkit dengan Fajie ni. Tapi dia still tak bergerak. Kepala pun asyik tunduk je. Ah sudah, something wrong happened somewhere ke?

Lepas tunggu lima minit, aku dah hilang kesabaran. Sorry yer Fajie, aku ni jenis kurang sabar sikit. So, bersiap-sedia la dengan apa yang aku buat lepas ni. And jangan salahkan aku pulak.

Aku berdiri. Lengan kanan dia aku tarik sedikit. Dia macam terkejut lalu angkat kepala. Mata dia merah. Apakah?

Oh no, he’s crying? Tu je yang otak aku dapat digest bila tengok mata dia macam tu. Aku cepat-cepat lepas lengan dia. Masa tu kitaorang dah masing-masing berdiri.

Aku garu kepala yang tak gatal. Actually aku tak tau macam mana nak handle dia ni. Aku tak ada adik lelaki so aku tak ada experience la nak pujuk lelaki menangis. Walaupun aku ni anak bongsu tapi aku tak ada la manja macam dia ni.

Adoyai, what should I do know? Maybe I should say sorry to him kot? Then he will forgive me and everything’s go back to normal? Otak aku gigih berfikir ayat-ayat yang aku patut cakap kat dia.

Tapi kan, sakit sangat ke aku cubit lengan dia tadi sampai dia menangis? Aku pulak yang dilanda rasa bersalah. Maybe tadi dia saja-saja je kot cakap nak bawak aku kahwin lari, aku je yang terlebih fikir. Padahal kitaorang baru je masuk highway, plaza tol pertama pun tak lepas lagi.

Kalau nak pergi Siam nung pun, bukannya sejam dua perjalanan, tengah malam ni atau pagi esok baru sampai kot. Sungguhla aku je yang perasan dia nak bawak aku kahwin lari. Padahal dia bergurau je agaknya kot nak menceriakan aku. Yela tu Yash, banyak pulak teori yang keluar dari kepala kau tu.

“Fajie, sorry ek. Takde niat pun nak cubit awak tadi. Sakit sangat ke? My bad

Aku cakap tapi tak dapat pandang muka dia sebab dia dah berpusing ke arah lain. Huhu, dah tak sanggup nak pandang muka aku kot? Dahla tak makan pujuk ni. Say sorry pun senyap je. Tapi boleh pulak aku tanya dia sakit ke tak? Dah jelas lagi terpampang depan mata, lengan dia tu dah naik lebam.

Yash, kau dah buat anak teruna orang menangis ni. Bukan setakat buat menangis je, kau cubit pulak lengan dia sampai lebam. Apa la ganas sangat kau ni? Terus je hilang aura perempuan Melayu terakhir!

Disebabkan rasa yang amat bersalah, aku pergi bukak pintu kereta kat sebelah penumpang. Biar je la aku yang drive. Tengok keadaan dia macam ni pun, aku tak tau dia tu boleh drive ke tak. And aku pun tak sanggup berjemur tengah panas macam ni. Dahla tak pakai banana boat tadi. Ni dah dekat setengah jam berjemur kat sini. Adoyai, mesti sunburn je nanti. Huhu..

Aku tarik lengan Fajie dan tolak perlahan dia masuk kereta. Dia pun ikut je tak cakap apa pun. Macam aku pulak yang jadi lelaki and tengah pujuk girlfriend. Haishh, sabar je la dia ni!

Dengan perlahan-lahan kereta Mazda RX-8 Coupe dia tu aku drive. Kena la bawak berhati-hati di jalan raya, kereta orang ni. Dahla mahal pulak tu, tak ada duit aku nak bayar kalau scratch kat mana-mana.

Lepas masuk je plaza tol, aku terpaksa cari tempat nak exit dari highway ni. Actually aku tak tau sangat jalan ni sebab aku jarang masuk highway ni. Kalau highway nak pergi Kuala Lumpur tu biasa jugakla. Tapi disebabkan co-pilot tengah merajuk dan membisu terpaksa la aku menggigihkan diri cari sendiri. Ah, ikut je signboard tepi jalan tu. Kalau sesat, kereta dia kan ada GPS, apa susah.

Lepas keluar exit dan bayar tol, aku decided nak masuk Bandar Kuantan. Kalau diikutkan hati nak balik je tadi. Tapi entah macam rasa bersalah pulak kat Fajie ni. Ala, bukannya aku kena isi minyak kereta dia pun, tengok meter minyak tu pun paras full lagi. Duit tol tu pun bukannya guna duit aku. Sempat lagi aku korek syiling kat tempat letak syiling kat dashboard kereta dia tu..Haha..

Fajie tengok je aku bila aku pasang radio kereta dia tu kuat-kuat. Dia punya speaker bestla macam duduk dalam disko je. Haha, merajuk la lagi macam tu. Kan tak pasal-pasal aku buat kereta dia ni macam hakmilik aku. Tapi dia tak marah pun aku buat macam tu, cuma senyap dan pandang aku je. Ni yang tetiba rasa happy je dapat drive kereta mahal. Bukannya senang nak dapat peluang keemasan macam nih!


**********************************************************


Lepas lima belas minit mengharung kesesakan traffic Bandar Kuantan, sampaila kitaorang kat EC Mall. Yela, hari ni kan Sabtu, mesti semua sibuk je nak berjalan. Tu yang sesak sangat tu, kalah kat Kuala Lumpur ni. Tadi, mula-mula ingat nak masuk je Mega tapi bila tengok macam penuh je kereta berbaris kat simpang masuk situ terus je aku cancel.

“jom pergi makan”

Aku ajak dia sambil bukak pintu kereta. Masa tu aku dah parking kereta kat parking lot bawah EC Mall. Nak suruh aku belanja pun tak apa, elaun baru je masuk, hehe..

Dia senyap je dalam kereta tak bergerak. Aku yang tak sabar ni, terus je bukak pintu kereta dan tarik lengan dia keluar. Biasa lelaki yang bukak pintu untuk perempuan, ni dah terbalik pulak. Huh, ada aku kisah ke? Perut dah lapar ni. Yela, dah time untuk lunch pun.

Dia dengan muka yang muncung tu ikut je aku. Macam queen control pulak aku rasa sebab suka-suka hati je paksa dia. Senang sungguh hidup aku ni, main paksa-paksa dia je..Haha..

“kite gi makan ek. Mesti lapar kan” Aku cakap lagi.

Masa tu aku dah lepas lengan dia. Kitaorang pun pergi naik lif nak pergi kat tempat makan. Hmm, makan kat Chicken Rice Shop pun ok jugak ni.

Aku jalan sebelah dengan dia. Dia still senyap lagi walau muncung itik dia tu dah tak ada. Rasa macam nak gelak je tadi, tapi aku tahan. Tiba-tiba je aku rasa ada orang yang pegang tangan aku. Ek?

Aku berpaling, tengok Fajie dah kembali senyum sambil tanggan dia menggengam tangan aku. Apakah? Aku kerut kening. Terus aku stop berjalan kat tengah-tengah mall tu.

eh? My hand, please” Aku cakap kat dia.

“no dear”Dia cakap sambil senyum.

Lepas tu geleng-gelengkan kepala. Eh budak ni? Apahal pulak ni sampai pegang-pegang tangan aku pulak? Lepas tu geleng-geleng kepala je. Dahla tiba-tiba jantung aku rasa berdegup lebih cepat dari biasa je. Terkejut campur malu pun ada. Waa, apa kes dia ni? Dahla tengah-tengah alam ni pegang tangan aku.

“sebab awak dah cubit saya tadi sampai lebam, so saya takkan lepas awak hari ni” Dia cakap macam tu kat aku.

“hah?”

Aku ternganga. Adakah ini satu denda sebab aku cubit dia tadi? Sungguhla aku tak faham dengan perangai pelik-pelik dia. Adoyai, tak tercapai akal aku ni. Tapi bila aku fikir balik ayat terakhir dia tu (saya takkan lepas awak hari ni), macam lain macam je maksud dia. Yash, jangan fikir negative la, optimistic sikit. Mesti dia saja je cakap macam tu nak bagi kau cuak and menyesal sebab cubit dia tadi.

“sebagai denda la dear” Dia cakap lagi.

Denda? Betul la kan apa yang aku fikir tadi tu? Aku rasa budak Fajie ni mesti nak balas dendam sebab aku cubit dia sampai lebam tu. Tapi kan hari ni dah tiga kali aku rasa dia panggil aku dear. Yash, no perasan-perasan lagi ok, aku ingatkan diri sendiri.

“dahla, jom kite makan”

Dia pulak cakap sambil tarik tangan aku. Tadi aku tarik lengan dia, so sekarang ni dia tarik tangan aku pulak. Macam main tarik-tarik tali pun ada. Jangan terjatuh sudah, bikin malu je!

Dia menonong je pergi kat meja kosong kat Chicken Rice Shop tu. Macam tau-tau je aku pun nak ajak dia makan kat situ tadi. Dia pandang je aku tak berkelip bila aku duduk depan dia. Cuak pun ada jugak ni. Janganla buat benda-benda pelik kat sini, dahla tempat ni open gila.

Huh, nasibla dia dah lepas tangan aku. Kalau tak, tak tau la aku nak cakap apa. Mesti orang lain tengok pelik je sampai tengah makan nak berpegangan tangan. Tengah mode honeymoon ke apa? Eh Yash, apa kes ni sampai masuk mode honeymoon pulak? Macam gatal nak kahwin je? Tadi bukan main marah masa Fajie ajak kahwin lari, ni ada aura gatal nak kahwin pulak. Aku sengih je dalam hati.

“awak order la dulu mana-mana, saya tak kisah” Dia cakap sambil pandang jam kat tangan dia.

Kenapa pulak cakap sambil pandang jam tangan? Apa cun sangat jam dia tu sampai dah tak nak pandang aku lagi? Eh Yash perasan sungguh la kau ni. Ngee, memang terlebih perasan pun aku ni..Hehe..

“saya pergi solat dulu la. Mesti lambat lagi makanan nak sampai”

Dia dah bangun berdiri. Aku pulak pandang dia tak berkelip. Patut la pun dia tengok jam je dari tadi. Dah masuk waktu Zohor pun ni. Ni yang buat aku respect dia ni, walau dressing dia maha-pelik and nampak macam ‘kebaratan’ sikit, dia tetap tak tinggal solat. Heh, ada aura calon suami mithali apa? Aku kembali senyum.

“owh, ok” Aku balas cakap dia.

Tapi dia tetap tak pergi tapi kembali duduk. Apa hal pulak ni? Tak jadi pergi pulak ke atau nak tunggu makanan sampai dulu?

“lepas saya dah siap, saya pulak tunggu kat sini” Dia cakap.

Aku kerut kening. Apa dia cakap ni? Tetiba otak aku tak boleh nak digest cakap dia tu. Dah weng kot sebab banyak perasan tadi atau sebab perut aku yang tengah kelaparan?

“saya tak faham la” Aku jawab sungguh-sungguh.

“saya cakap lepas saya abes solat, turn awak pulak pergi solat. Biar saya pulak tunggu kat sini”

Dia tongkat dagu tengok aku. Lorrh, apa punya lambat pick-up aku ni. Eh aku kan tengah ‘cuti’ hari ni, nak solat macam mana pulak? Adoyai Yash, takkan nak bagitau Fajie pulak. Adeh, bikin malu je nanti ni!

“err.. Awak pergi je la dulu” Cepat je aku balas cakap dia.

Hee, macam tak sanggup pulak tengok dia pandang aku macam tu. Karang dia perasan pulak aku tengah gelabah biawak ni. Aku pusing pandang tempat lain. Pergi je la solat tu, main renung aku macam tu bukannya dapat pahala pun!

“okla, saya pergi ni. Jangan lari pulak” Dia bangun jugak akhirnya.

Huh lega den. Aku tarik nafas lega. Tapi kelegaan tu sekejap je sebab bila fikir macam mana la aku nak cakap kat Fajie nanti yang aku tak boleh solat? Tiba-tiba je rasa berdebar kat jantung ni. Aku garu kepala yang tak gatal.






Dekat lima belas minit jugak budak Fajie ni menghilangkan diri. Berzikir dan berdoa panjang kot? Aku sengih lagi. Dalam pada tu, makanan kitaorang pun sampai. Penuh satu meja empat segi ni, konfem kenyang gila sampai tak larat nak bangun nanti. Yela tu Yash, nanti kau dulu bangun sebab tak sabar-sabar nak shopping..Hehe..

Last-last aku sedut je coke tu. Nak makan dulu pun macam tak ‘sedap’ la pulak sebab Fajie ni tak balik lagi. Nanti nampak macam tak menyempat-nyempat pulak aku ni atau dengan kata lain gelojoh betul perempuan ni, terus makan tak tunggu dia.

Dalam keseorangan melayan perasaan, aku tengok je couple yang tengah makan depan aku tu. Hmm, bahagianye diaorang ni. Makan suap-suap lagi sambil bergelak ketawa. Dah kahwin la tu kot, sebab tengok inai kat jari perempuan tu masih lagi merah.

Tiba-tiba aku ingat hal bertunang tu. Ni yang rasa macam nak hilang mood je ni. Ada dua bulan lagi sebelum aku bertunang. Lepas grad terus kahwin, kiranya tak sampai lima bulan lagi la sebelum aku bergelar isteri orang. Isteri orang? Rasa macam tak bersedia je lagi nak pegang tittle tu. Aku mengeluh perlahan. Macam mana la nak hidup dengan orang yang aku tak suka? Bahagia ke aku nanti? Tetiba rasa jeles pulak tengok couple nih!

“jauh berangan” Tegur satu suara.

Terkejut aku sekejap. Fajie ni, tetiba je datang tegur maunya tak terkejut. Dia sengih je tengok aku. Aku perasan yang rambutnya sedikit basah. Dia pun duduk depan aku dan terus sedut coke dia tu.

“Yash, awak boleh pergi. Saya tunggu sini” Dia cakap sambil pandang aku.

Macam mana nak cakap ni? Waa, boleh tak aku pengsan je kat sini? Kalau pengsan mesti tak payah cakap. Macam tak sanggup je rasa nak tanggung malu kalau Fajie dapat tau aku tak boleh solat.

“err…emm..macam-m-mana nak cakap yer..” Aku garu kepala sambil sengih.

Alamak, bersiap sedia la Yash untuk tanggung malu. Nak menyorok bawah meja je ni pun macam dah tak sempat. Adoyai, dah gelabah biawak ni. Biawak pun tak gelabah macam aku ni..Huhu..

“emm, awak tak boleh solat ke?” Fajie senyum.

“err..” Tak terjawab aku soalan maut dia tu.

Muka aku pulak dah rasa panas gila. Habis la kau Yash, mesti kena perli je dengan Fajie nanti.

“betulla la tu kan? Saya dah agak dah, cuma nak konfem je. Takpe la, kite makan je dulu k” Dia senyum lagi.

Dah boleh agak? Aku kerut kening sambil urut-urut kening dengan tangan. Orang cakap kalau nak tengok perempuan tu tengah period or tak, tengokla kening dia. Kalau kening dia tengah menegak tu tanda dia tengah period la. Dia tau jugak ke pasal ni?

Adoyai, ni yang tak sanggup nak tengok muka Fajie ni. Disebabkan nak cover malu plus muka yang dah merah, cepat-cepat je tangan aku capai sudu dalam bakul ayam tu. Waa, tangan pun macam dah terketar-ketar je ni, nampak sangat tengah mengalami virus malu yang terlampau. Huhu..Tapi walaupun aku tak tengok muka dia tu, aku perasan dia tengah senyum-senyum kat aku.

Baru je aku nak suap sup dalam mulut guna sudu, tiba-tiba dia dah tengok aku dengan renungan tajam. Apa kes pulak ni? Tadi senyum je, ni muka macam serius la pulak. Aku ada buat salah apa-apa ke?

“Yash, doa dulu” Tegurnya.

Ek? Tak ingat la pulak dia ni jenis kena baca doa depan dia dulu sebelum makan. Macam kat restoran nasi kukus hari tu, dia baca doa siap angkat tangan berdoa lagi. Kiranya dia ni tak boleh terima jenis orang yang baca doa dalam hati je. Macam aku la tu. Huhu..Sebenarnya dah jarang jumpa orang yang praktis macam dia buat tu. Tapi, ok la tu Yash, dia still tak lupa bab doa-doa ni. Bagus apa berkawan dengan dia nih! Aku sengih je.

Lepas tu baru la kitaorang makan. Nasibla dia tak cakap apa-apa bab dia merajuk tadi tu, kalau tak, aku dah tak tau nak handle macam mana. Kira tu la merajuk dia paling lama sejak aku berkawan dengan dia. Agak-agak kot emak dia ni mesti jenis ada sabar terlebih. Cuma aku je yang kadang-kadang tak sabar dengan perangai dia, macam tadi tu. Kalau terkeluar perkataan childish kan, lagi la merajuk panjang. Sabar je la aku berkawan dengan dia nih!

Tengah makan tu, otak aku ligat berfikir. Semalam dia cakap kalau jumpa dia hari ni, dia nak tolong solve problem aku tu. Tapi tak ada pulak dia cakap pasal tu lagi sejak kejadian tadi. Aku pun macam tak sanggup je nak tanya sebab takut dia keluarkan idea pelik-pelik macam tadi tu. Nanti tak pasal-pasal pulak aku yang jadi mangsa.

“Yash, saya ada nak bagi something kat awak” Fajie senyum. Masa tu kitaorang dah siap makan pun.

“nak bagi ape?” Aku tanya dengan muka blur.

Dia keluarkan satu kotak kecil kaler purple dari jaket dia depan aku. Aku tengok je kotak tu dengan mata tak berkelip. Nak bagi apa pulak ni? Hadiah birthday ke? Rasanya birthday aku lambat lagi.

“sudi tak awak kawin ngan saya?” Dia cakap sambil senyum. Sambil tangannya bukak kotak kecil kaler purple tu.

Erk? Aku dah bulat mata kat situ. First sebab terkejut dengan ‘lamaran’ tiba-tiba dia tu dan second bila tengok isi kat dalam kotak tu. Ada cincin white gold yang berbatukan diamond tengah berkilau-kilauan kat situ. Aku tak terkata. Speechless.


p/s : entry yg agak pelik..sila komen yer if rase zura dah terover..tq :)

22 comments:

.:kiwi:. said...

Fajie... alahai comey nya budak tu...
leh pulak nangis kat tepi highway tu.. haha...
hoho... Yash, please say yes!

zura asyfar said...

kiwi : hehe..Fajie memang comey :P..Yash masih lg terkejut tu...

mama_ariana09 said...

yerla,,comeynya fajie tuh,,cepat smbung,,tk sabar nak tau reaksi yash,,suka sgt cerita nih

zura asyfar said...

mama ariana : thankssss sebab suke cite merepek zura nihh :))

Yash tengah terkejut cmpur keliru tuh, dahla baru je dpt berita ada org merisik, ni Fajie plak tetibe propose...

shamien said...

yASH: oP KOS LA SAYA SUDI!!!tAPI...WAK KENA TOLONG SAYA SETTLE hal kawan bek awak 2...x sanggp sy kahwen dgn dia!


FAJIE: OK Dear, hal mamat 2 x pyh risau...kita kawen ek!

yash tersenyum happy....


Best la kalau Yash jadi gedik kak!!!
NAk lagi!!

fallenmoon said...

Fajie sgt sweet :)

miss syasha said...

WOW ! comei nye gaye fajie,, :) ermm kalau miss syasha jadi yash tu mau demam sebulan apa,, HAHAHAHA !

zura asyfar said...

shamien : huhu, dh siap tlg wat skrip plak kt kite :)..takpe2 idea anda dipertimbangkan, hehe..

tp kn camne ek nk wat Yash jdik gedik? tak pndaila...huhu

fallenmoon : Fajie memg sweet :))

miss syasha : deman sebulan? emm, parah2..hehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

macam dapat bayangkan je muka fajie nangis..auwwww comel..ghahahha

tiekqafhea said...

cute nye perangai fajie 2. yash pon lawak je. ape men cubit2 time drive ni. alamatnye mmg tak syg nyawe lah..

miss syasha said...

HAHAHAHA ! demam terkejut doe ! :D

zura asyfar said...

amira : comel kot ms dia nangis tu smpai yash pn cuak plak smpai tpakse pujuk..hehe

tiekqhafhea : yash tpakse cubit cz dia ingat fajie btol2 nk bwk dia kawen lari..hehe
- yash kene wat lwk sket, bru cite ni tak boring kn? hehe..

miss syasya : huhu..demam tkejut?..hmmm

miss syasha said...

hahahaha,,miss syaha merapu je nih,, hihihihi ermm my little shark tak ade ke ? rindu triple S,, hehehe,, :D

zura asyfar said...

hmm..my little shark?..baru tiga pages dpt taip, kurg idea la..cm ne ek nk dpt bnyk idea??

.:kiwi:. said...

kak Zura,pergi bertapa kat tengah laut. nampak ikan jerung, dapatlah idea untuk my little shark tu. hehe

zura asyfar said...

haha..kite tgk ikan jerung kat channel 550 je..kikiki..siap cakap b.melayu lg..tp betolla idea utk my little shark ni dh kurg tak mcm donnut pnye..pdhal cite little hark tu pblish cni dulu..hmmm

Anonymous said...

so sweett...huhuhu

zura asyfar said...

anoy : :)

Anonymous said...

kuat merajuk rupanya hero kite nie hehhe...~lynn~

zura asyfar said...

lynn : tu la pasalnye..hehe

Novelis Hidayah said...

"Bila lagi penulis nak sambung cerita aku ni," ujar Faji sambil senyum simpul.

*Saya - senyum-senyum semasa membaca tadi*

nurul said...

kening menegak tu macam mane??hu2