Selamat membaca..hehe
BAB 2
RYKAL YANG
sedang bersiap itu sedikit terkejut apabila terdengar pintu biliknya ditepuk
kuat. Terhenti tangannya yang sedang menyembur perfume berjenama Annick Goutal’s Eau D’Hadrien itu ke tubuh
tegapnya. Sudah tahu sangat akan perangai Azrif yang kaki mengusik itu.
Sengajalah tu menyakatnya yang sememangnya lambat bersiap.
“Woiii!” Balasnya sambil mengeluh geram.
Sempat dia menjeling sekilas jam kecil yang terdapat di dressing table itu. Sudah
melewati pukul tujuh setengah pagi. Masih berbaki tidak sampai sejam sahaja
lagi untuk masa masuk ke pejabat. Walaupun dia terkenal dengan sikap teliti dan
cerewetnya, namun tidak pernah sekalipun dia terlewat untuk ke pejabat.
Malas untuk melambatkan lagi masa yang
terbuang, akhirnya dia tergesa-gesa mengambil briefcase yang berada di meja study
sebelum melangkah menuju ke ruang tangga. Dan tidak sampai seminit kemudian,
jasadnya sudah pun tiba di meja makan. Kelihatan Puan Sri Atikah dan Azrif
sedang setia menunggunya di situ.
“Morning..
sorry Tok Ma.. terpaksa tunggu
Rykal.” Sapa Rykal seraya memohon maaf akan kelambatannya itu. Dia menarik
kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah kiri neneknya.
“Morning..”
Balas Puan Sri Atikah sambil tersenyum ceria. Langsung tidak terkesan dengan
kelambatan dari cucunya itu. Lagipun Rykal hanya terlewat sepuluh minit sahaja
berbanding Azrif. Tak ada lah kategori lewat sangat. Dan masih tidak terlalu
lambat untuk ke pejabat.
Namun di satu sudut di sebelah kanan,
Azrif sudah mencemikkan mulutnya. Tanda tidak berpuas hati dengan Rykal. Lagi-lagi
apabila neneknya tidak ambil kisah sangat. Padahal saat itu perutnya
tersangatlah lapar. Terpaksa aje menahan semuanya dari tadi. Yelah nak isi
perut dulu kan takut kena perli dengan neneknya pula. Tak menyempat-nyempat nak
makan. Tambahan lagi Puan Sri Atikah setia sahaja menunggu mereka berdua sejak
tadi lagi. Langsung tak merungut apa pun!
“Cepat sarapan.. nanti karang lambat nak masuk pejabat pulak.” Gesa Puan Sri Atikah pada
kedua-duanya yang masih berpandangan sesama sendiri. Rykal mempamer sengih
sebelum mengambil sekotak jus oren ke sisi. Dituangnya berhati-hati ke dalam
gelas yang sudah tersedia di hadapannya.
Manakala Azrif pula sekadar menuang susu
kotak ke dalam gelas. Masing-masing meneguknya dengan sopan sebelum Azrief
meletakkan kembali gelas di meja. Kala itu dia teringatkan sesuatu. Wajah
neneknya itu ditatap seketika.
“Tok Ma, hari ni Az mungkin balik lambat
sikit.”
“Rykal pun.”
Dan tanpa sempat Puan Sri Atikah
mencelah, Rykal terlebih dahulu menyampuk. Seketika neneknya itu berhenti
menyuapkan sarapan ke mulut. Sudu dan garfu mula diletakkan ke sisi pinggan.
Nasi goreng yang baru saja disuapkan beberapa sudu ke mulut itu dialih ke tepi
buat seketika. Perlahan-lahan dia mengunyah sebelum tersenyum memandang
kedua-dua cucunya itu.
“Bukan tiap-tiap hari ke kamu berdua
balik lambat.. setahu Tok Ma, dalam sebulan tu, sekali dua je Tok Ma nampak
muka kamu berdua kat rumah ni sebelum Maghrib. Hari lain? Tengah-tengah malam
baru nak nampak muka.”
Panjang lebar Puan Sri Atikah memperli.
Sengaja! Serta-merta muka Azrif dan Rykal berubah riak. Azrif sudah
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Betul-betul setepek kena kat atas muka. Langsung tak dapat nak lari dah!
“Kat pejabat tu banyak kerjalah Tok Ma..
Tok Ma pun tahu kan?”
Azrif masih lagi mencuba untuk memberi
alasan. Sebetulnya memanglah banyak kerja-kerja yang perlu diuruskan di
pejabat. Namun tak adalah sampai kena balik sampai lewat malam. Dan adakalanya
sampai awal pagi barulah dia menjejakkan kaki ke rumah. Mana taknya kena perli
dengan wanita tua itu.
“Betul tu Tok Ma.”
Sampuk Rykal pula. Kali ini dia
bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Azrif.
“Memanglah Tok Ma tahu.. dah masak
sangat dengan perangai kamu berdua ni.. bila nak berubah pun, Tok Ma tak tahu
lah.”
Keluh Puan Sri Atikah kembali menyambung
suapan ke mulutnya setelah bersetuju dengan alasan dari kedua cucunya itu.
Memang diakui yang kedua-dua cucunya itu agak gila dengan kerja. Workaholic sangat! Seolah-olah dua puluh
empat jam sehari tu tidak cukup untuk mereka. Cuma yang dia tidak berkenan
apabila Rykal dan Azrif selalu sahaja pulang lewat ke rumah. Ada saja alasan
yang mereka berikan.
Rykal dan Azrif sama-sama berlaga
pandang sebelum melarikan pandangan ke arah lain. Buat-buat tidak dengar. Atau
yang sebenarnya tidak sanggup menatap sepasang mata tua itu yang merenung tepat
ke arah mereka berdua.
EMMA MEMBERHENTIKAN
kereta Myvi merahnya di barisan paling hadapan tatkala lampu isyarat bertukar
merah. Kala itu dia sedang di dalam perjalanan ke hospital untuk bekerja syif
pagi. Jari-jemarinya diketuk-ketuk perlahan pada stereng kereta mengikut alunan
lagu pada radio yang terpasang.
Namun ketenangan yang dikecapi itu
seakan lenyap hilang tatkala telinganya menangkap bunyi gesekan kuat tayar
kereta pada jalan tar. Jantungnya terus berdetap laju. Ada kemalangan ke? Namun
hanya gesekan tayar sahaja yang kedengaran. Tiada bunyi lain lagi selepas itu.
Seketika dia mengurut dada kelegaan.
Apabila terpandangkan di sebelah kanan,
matanya terpandang kepada dua buah kereta mewah yang sudah mengambil tempat
sebelah-menyebelah dengan kereta Myvinya itu.
Emma sempat mengerling sekilas ke arah
pemandu lelaki yang sedang menurunkan spek hitam di sebelah kanannya. Boleh
tahan kacak! Desisnya dalam hati memuji akan keelokan wajah ciptaan Tuhan itu.
Namun lelaki kacak itu langsung tidak berpaling kepadanya tetapi sedang
memandang ke arah kanan. Seolah-olah sedang melihat sesuatu. Ah bersembang
dengan pemandu sebelah rupanya. Sempat lagi kedengaran tawa mereka berdua
walaupun keadaan jalan di situ agak sibuk pada waktu pagi sebegitu. Dia
mencebikkan bibirnya. Menyampah betul!
“Macam ni lah lagak orang kaya, dia buat
jalan tu macam dia yang punya je.. sempat lagi tu nak bersembang bagai..
macamlah dia seorang yang bayar tol.” Sungut Emma lagi membebel sendirian. Agak
menyampah dengan lagak dan perangai seperti pemandu-pemandu kereta mewah di
sebelah kanannya itu.
Malas untuk melayan hatinya yang sedikit
sebal dengan kejadian itu, dia terus sahaja memecut laju kereta Myvinya itu
setelah lampu isyarat bertukar hijau. Bimbang pula jika terlalu melayan rasa
hati boleh dibuat lambat pula sampai ke tempat kerja. Dan sudah tentu dia tidak
mahu semua itu berlaku.
Walaupun keretanya mendahului akan
pelepasan lampu isyarat hijau itu, matanya sempat menjeling side mirror.
Dan dari apa yang diperhatikannya kedua-kedua kereta mewah itu seakan mahu
berlumba sahaja sebaik sahaja lampu isyarat merah itu bertukar.
Tidak sampai beberapa saat Emma
memerhatikan kedua-dua kereta mewah itu yang seakan mahu berlumba, sekali lagi
dia dikejutkan dengan bunyi enjin kuat dari arah belakang sebelum kereta
Myvinya yang berada di sebelah kiri dipotong laju dan mengejut. Kala itu Emma
hampir membulatkan mata.
Kereta Audi A4 hitam dan BMW X6 putih
itu sudah pun memulakan pecutannya tanpa mempedulikan kenderaan lain yang
bersusun pada laluan tiga sebelah itu.
“Sebab itulah aku anti dengan lelaki
kaya ni.. tambah-tambah pulak kalau yang baru nak jadi kaya.. dia punya
berlagak tu perghh.. macam tak pijak
tanah.. mintak simpang Malaikat 44.. janganlah aku jumpa dengan lelaki macam
tu.”
Sambung Emma lagi membebel geram.
Meluahkan rasa tidak puas hati. Yelah kalau nak berlumba sekalipun pergilah
cari trek lumba ke apa? Taklah berlumba kat jalan raya tempat orang ramai
memandu. Apa tak sayang nyawa ke apa? Getus hati Emma lagi. Sebelum dia kembali
fokus kepada pemanduannya yang sedikit terbantut dengan situasi perlumbaan dua
buah kereta mewah itu tadi.
Boleh dapatkan yang terawal di sana,
di 2 lokasi berikut
(1)
Pesta Buku Antarabangsa 2016
Booth A1001 Hall A1
29 April - 9 Mei
Maeps, Serdang
(2)
Urban Lifestyle Expo 2016
Booth 46, 47 & 48
29 April - 1 Mei
10 pagi - 10 malam
Expo Hall, Danga City Mall,
Johor Bharu
No comments:
Post a Comment