:: My gangS :: TQVM

Saturday, December 11, 2010

bab 27 why me?

Mesra Mall, Kerteh. Pic : google


Pukul tujuh pagi, aku dah selamat berada di lobby resort. Mencari-cari jika ada kenderaan untuk ke bandar. Yela, takkan aku nak balik rumah aku pulak. Nak jawab apa nanti jika mak tanya pasal Andriand. Tapi kebanyakkan kenderaan yang masuk ke sini semuanya kenderaan persendirian. Macam mana ni?


Mata aku tiba-tiba tertancap pada sebuah teksi yang baru je singgah menghantar penumpang. Yes, ada peluang ni nak keluar dari sini. Pantas kaki aku melangkah menuju ke arah teksi yang masih lagi terparkir di depan resort.


Rupanya pemandu teksi tu nak pergi ke Mesra Mall untuk hantar penumpang. Tapi aku tak kisahla, janji dapat keluar dari tempat ni.


Perjalanan yang tak sampai setengah jam akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Belum masuk pukul lapan lagi. Perut pun dah start menyanyi. Baik aku makan dulu kat gerai depan Mesra Mall sementara mall ni di buka.


Pukul sepuluh MM dibuka. Aku rasa aku orang pertama yang masuk ke mall. Tempat pertama yang aku tuju adalah bank. Dah tak ada duit ni, nanti nak sewa hotel pulak.


Mata aku terbukak luas. Rasanya duit loan aku dah tinggal seribu lebih je. Apasal tiba-tiba jadi enam belas ribu ni? Takkan orang bank silap bank-in pulak? Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.


Tiba-tiba aku teringat pasal duit hantaran kahwin. Tapi macam banyak je ni. Hmmm..Hari tu tak ingat pulak nak tanya Andriand yang dia bagi berapa. Dah tu Zoey, kau berangan je masa tengah akad nikah tu, mana la nak perasan. Malam pulak, melarikan diri dari rumah, mana ada masa nak tanya Andriand.


Siap je keluarkan duit, aku pergi shopping barang keperluan. Baju, seluar, pakaian dalam semua. Huh, habis dekat tiga ratus jugak ni. Takpela, nak buat macam mana, dah terpaksa dah ni.
Lepas je bertukar pakaian dekat tandas. Aku berkira-kira nak cari jalan macam mana nak pergi dari situ. Dapat pergi ke bandar Kemaman, ok jugak. Sana boleh sewa hotel yang murah-murah sikit.


“hey Zoey” Satu suara menegur aku. Siapa pulak ni yang suka-suka hati je tegur aku?


Aku berpaling. Chap dengan perempuan yang berpeluk dengan Andriand masa tu. Buat apa diaorang kat sini?


“hey. Buat ape kat sini?” Aku membalas dengan memaniskan muka.


“kitaorang datang sambung cuti kat sini. Alang-alang datang masa majlis kahwin korang, baik duduk je sini dua tiga hari. Riyand mana?”


“emmm..Dia ada kerja sket, tu yang aku datang sorang ni” Gugup je aku menjawab. Taknakla dia tahu yang aku dah tinggalkan Andriand kat apartment tu. Nanti banyak tanya pulak.


“owh. Kenalkan ni Fina, girlfriend aku. Merangkap dua pupu aku dan sepupu Riyand. Hari tu tak sempat nak kenalkan kat kau” Fina tersenyum sambil menghulurkan tangan.


i’m Zoey” Balas aku seraya menyambut tangan Fina.


Aku tersentak. Jadi ni la sepupu Andriand. Patutla aku pernah nampak je. Rupanya dia yang datang temankan Andirand masa majlis annual dinner hari tu. Apasal aku boleh lupa pulak? Jadi betulla cakap Yatie, Fina ni bukan girlfriend dia. Tapi kenapa diorang berpeluk hari tu? Ada skandal ke? Atau aku yang tak tau story sebenar?


“eyh, banyak barang kau beli? Nak pergi honeymoon ke?” Chap bertanya bersama senyuman nakal.


Dia menuding jari ke arah paperbag yang bersusun kat tangan aku. Aku rasa pipi aku panas, Chap ni nak tanya pun tak cover langsung.


“a’ah” Aku cuba menjawab selamba.


“bestla korang. Aku pun rasa macam nak kahwin jugak la macam ni”


Dia membalas sambil mengenyitkan mata ke arah Fina. Fina kelihatan malu-malu. Aku tersenyum melihat gelagat diaorang. Bestnya kalau dapat bersama dengan orang yang kita cinta. Bahagia je hidup. Tak macam aku.


“kau n..” Aku tak sempat membalas kata-kata Chap bila handset dia berbunyi.


“hello” Chap memulakan perbualan.


“a’ah. Aku ada kat MM ni”


“hmmm, kau ni lebih pentingkan kerja dari Zoey”


Aku yang terdengar perbualan Chap membulatkan mata. Andriand ke yang telefon? Aku seluk poket seluar dan tengok handset aku, ada lima belas miscall. Patutla dia call Chap. Aku pulak tak sedar pun handset aku berbunyi. Dah tu, kau silent memangla tak sedar.


“owh. Kau datangla sini, kite berempat makan tengahari sama-sama k”


“ok. Bye” Chap mematikan perbualannya.


“Zoey, Riyand dah nak datang tu. Bolehla kita makan tengahari sama-sama” Kata dia kat aku.


Aku tak menjawab. Macam mana ni? Aku baru je nak melarikan diri dari dia. Tapi dia cepat je dapat detect aku kat sini. Dia ni pasang ‘spy’ jugak ke intip aku?


“jom, kite makan kat Burger King. Dah lama aku tak makan burger ni” Chap mengajak aku.


Nak tak nak terpaksa la aku melangkah mengikut diaorang. Takkan nak menolak pulak, apa kata diorang pulak nanti. Tapi macam mana nak berdepan dengan Andriand ni? Tiba-tiba aku rasa macam kecut perut je.


Kitaorang mengambil tempat yang sedikit jauh ke dalam. Aku dah start rasa tak selesa. Berpeluh je tangan walau tempat ni ada air-cond.


“kau nak makan ape Zoey?”


“emmm, bagi aku Whopper Junior je la. Air tukar nak iced lemon tea


“ok” Chap dengan Fina berlalu menuju ke kaunter.


Aku kenyang lagi lepas makan nasi lemak kat warung depan MM tadi. Kenapa aku lambat sangat keluar dari MM ni? Kalau tak, mesti tak terserempak dengan diaorang. Tadi aku baru je teringat nak call Vic nak mintak tolong. Kalau aku call sekarang ni, sempat ke dia nak datang?

****************************


“ehem” Satu suara tiba-tiba datang menegur.


Aku berpaling. Andriand. Muka aku terus terasa pucat tak berdarah. Tangan pun dah mula menggigil. Andriand selamba je datang duduk kat sebelah aku. Tanpa senyuman, serius semacam je. Aku menelan liur.


“lari lagi?” Tanya dia sedikit sinis.


Aku diam tak menjawab. Rasa jantung aku berdegup kencang. Pandangan aku statik menghala kat depan.


“dah bisu ke?”


Dia menyoal lagi. Aku berpaling, cuba menentang wajahnya. Tapi dia merenung aku tajam. Cepatje aku berpusing semula ke depan. Takut dengan renungan mata dia.


“biase orang buat salah memang macam ni kan?” Dia menyoal lagi.


Tangan dia cuba memegang tangan aku yang berada di bawah meja. Aku yang tak sedar tu, tak sempat nak melarikan tangan. Bila dapat je, dia genggam kuat. Aku cuba menahan sakit dengan membuat muka selamba.


“hah, dah datang pun pengantin baru kita. Sibuk je aku dengar” Chap dengan Fina masing-masing datang membawa dulang.


“kau ni, takkan tak faham. Kena la kerja jugak walau cuti. Nanti siapa pulak yang nak tanggung anak bini aku”


Andriand menjawab sambil menjeling ke arah aku. Aku hanya menunduk memandang meja. Terasa sedikit dengan kata-katanya.


“yela-yela. Nah aku order kau punya sama ngan Zoey” Dia menghulurkan satu dulang yang ada dua set Whopper Junior kat Andriand.


“aku tak kisah. Makan je” Jawab Andriand sambil mengambil dulang tersebut.


Fuhh lega, ingatkan dia tak nak lepas tangan aku tadi. Terima kasih Chap sebab selamatkan aku dengan menghulurkan dulang. Aku menarik nafas lega.


“biase kalau orang buat salah, dia mesti diam je kan?” Andriand sekali lagi mengulang soalan yang sama.


Aku tahu soalan dia tu tujukan kat aku walau dia tak tengok aku pun. Aku mengetap bibir. Hanya melihat gelagat Chap dan Fina yang saling main suap-suap fries. Sesekali mereka berdua tergelak, seolah-olah diaorang berada di dunia mereka je.


Aku meletak burger yang masih berbaki separuh kat atas dulang. Rasa macam kenyang je pulak lepas kena perli. Iced lemon tea aku sedut perlahan.


“sayang, ape makan comot macam ni?” Andriand tiba-tiba bersuara.


Tangannya lembut mengesat kesan sos di bibirku dengan tisu. Aku terkaku sebentar dengan perbuatannya. Dan terasa sedikit malu bila Chap dan Fina dah tersengih-sengih memandang. Aku tengok Andriand buat muka selamba je macam tak ada apa-apa yang berlaku.


“weyh Riyand, kau gi je la sambung honeymoon kau ngan Zoey ni. Nak muntah je aku tengok” Chap memerli.


“eyh, get real la. Aku kan dah kawin, tak kisahla nak buat ape pun. Kau tu jaga sket, jangan nak menggatal je” Balas Andriand.


Aku hanya tersenyum. Fina pulak muka dah kelat semacam sebab kena perli. Chap menjegilkan mata kat Andriand sebelum masing-masing tergelak.

***************************


Setengah jam kemudian, Chap dengan Fina meminta diri. Katanya ingin pergi round-round bandar Terengganu pulak. Kami berempat berpisah di pintu tengah MM.


Dengan beberapa paperbag kat tangan, aku melangkah ke arah kiri bila Andriand melangkah ke depan hendak ke parking kereta di depan MM.


Tiba-tiba tangan aku ditarik kasar. Dia mencerunkan matanya ke arah aku. Aku cuba buat muka selamba walau hati dah cuak semacam. Mesti dia perasan tadi aku tak ikut dia.


“jangan degil boleh tak?”


Dia mengambil paperbag kat tangan aku dan sebelah tangannya lagi memegang erat tangan aku. Nak tak nak terpaksa la aku mengikut menuju ke tempat parking.


Aku hanya mendiamkan diri di tepi kereta. Rasa keadaan begini macam janggal pulak. Yela, dulu kan aku dengan dia boleh dikatakan kawan yang agak rapat. Hampir semua benda kitaorang akan buat bersama-sama. Tapi sekarang ni, semua dah berubah.


“kita balik” Katanya sedikit tegas.


Dia pergi menghidupkan enjin kereta. Aku masih statik berdiri kat tempat parking tu. Fikiran aku melayang-layang entah ke mana.


“Zoey” Panggilnya.


Aku masih statik berdiri. Dia pun keluar dari kereta dan menghampiri aku. Maybe sedikit bengang bila panggilan dia tadi aku tak hiraukan.


“Zoey, kau memang degil ek” Katanya sedikit kuat.


Aku buat muka tak ada perasan. Dia tarik kasar tangan aku dan dibawanya ke kereta. Aku pamer muka tak puas hati.


“aku tak nak balik la” Kata aku sedikit kuat sambil merentap kasar tangannya. Pegangan tangan kami terlepas.


Dia merenung aku tajam. Wajahnya kelihatan tegang. Mesti dah marah la tu. Aku memang sengaja nak buat dia marah atau sakit hati sekarang. Senang sikit nanti sebab ada alasan untuk ceraikan aku.


“kau jangan buat hal pulak kat sini” Katanya lagi.


Aku buat muka selamba. Aku tak nak ikut kau balikla. Aku terus duduk atas divider kat tepi kereta tu.


“Zoey, last warning. Kalau kau tak nak ikut aku jugak, aku dukung kau masuk kereta” Ugutnya sambil berdiri di sebelah aku.


Aku perasan mukanya merah menahan marah. Aku pun bangun berdiri. Kacau betulla, baru je nak menikmati udara segar kat sini. Segar ke?


Baru je aku nak melangkah pergi tapi bukan ke keretanya, aku rasa tubuh aku dipeluk kasar dan kaki aku dah tak cecah tanah. Apa ni?


Selamba je Andriand mencempung aku masuk ke keretanya. Aku cuba meronta-ronta tapi dia makin kuat memegang aku.


“diam” Katanya sedikit kuat.


Dia meletak aku ke atas seat penumpang dengan kasar. Seatbelt dikenakan. Kuat pintu kereta ditutupnya. Tak sempat aku nak bukak pintu, dia dah lock. Kereta menderum laju meninggalkan MM.


“apa ni Andriand?” Aku cuba menyoal dengan muka tak puas hati.


“diam ” Katanya sedikit kasar. Sedikit pun tak berpaling kat aku. Tetap fokus dengan pemanduannya.


“tapi aku tak nak ikut kau balik”


“aku cakap diam, diam je la” Dia mula membentak.


“aku ta...” Tak sempat aku habiskan ayat aku, dia dah brek mengejut.


Aku terdorong ke depan. Nasib pakai seatbelt, kalau tak memang bengkakla dahi kena dashboard. Aku pandang kiri kanan, nasib tak ada kereta kat belakang. Kalau tak, memang wassallam je kat sini. Aku menarik nafas panjang. Lega.


“kau memang tak nak balik dengan aku ke?” Tanyanya kasar.


Aku berpaling menghadapnya. Mukanya merah. Tanggannya macam tengah genggam penumbuk.


“tak nak” Aku menjawab laju.


“kenape?”


“sebab aku nak bercerai dengan kau la. Takkan kau tak faham lagi” Aku dah mula menaikkan suara.


“kau memang degil Zoey. Kau jangan harap nak lepas dari aku” Dia menjerit kuat.


Aku sedikit terkejut tapi cuba bertentang mata dengannya.

“aku tetap na.....”


Kata-kata aku terhenti kat situ bila bibirnya dah melekap kat bibir aku. Kedua-dua tangannya kuat memegang pipi aku. Aku membulatkan mata kerana terkejut. Kaku aku kat situ tak bergerak.


:: sorry if entry ni cam blur sket..demam tak baik lagi, ni gastrik pulak dtg..huhu..

4 comments:

pipvz devil said...

s'ok ar..ok je cite ko.cian kt ko..mga ko cpt smbuh..t leh smbung cite mls..ngee..ngee

zura asyfar said...

thanks pipyz devil..huhu nasib tak kena admitted kat ward..walau tak baik sepenuhnya lg..ni br je prepare nk sambung cite mls..tgu

Miezan :) said...

Best! Best!! :D

jue bard said...

Hehe asik larik je