:: My gangS :: TQVM

Monday, November 29, 2010

bab 21 why me?

“kau nak order ape?” Soal Andriand ketika aku mengajak dia makan kat Restoran B. A. Man.

Lagipun dah nak masuk tengahari pun ni, satu benda pun tak masuk lagi dalam perut aku kecuali tiga biji buah plum je tadi. Ni pun macam dah start pedih je perut ni sikit-sikit. Tak nak la kena gastrik pulak.

“hmm..nak order nasi putih, tomyam campur, ikan kembung masak stim, kailan ikan masin, sambal udang, ketam masak cili, air….”

“chop chop chop” Andriand memintas cakap aku.

“ape potong-potong cakap orang ni? Aku tak habis cakap lagi” Geram pulak dengan Andriand ni.

“kau ni nak makan ke or nak balas dendam kat aku?” Tegur Andriand.

“memang aku nak balas dendam kat kau pun. Kau yang buat aku jadi macam ni” Aku menjeling kat Andriand.

Aku perasan riak wajahnya berubah. Terus senyap. Tu la tegur lagi aku yang tengah lapar ni. Kan tak pasal-pasal dah kena. Aku ni baru je nak menyesuaikan diri dengan keadaan diri aku yang 'baru' ni. Tentu la kena makan banyak sikit sebab dah ‘berdua’.

Aku pun panggil pekerja kat situ dan terus orderkan makanan. Dia still lagi senyap dan macam tengah termenung je. Lantakla, kalau dia boring nanti mesti dia bising balik.

Lepas lima belas minit, makanan yang aku order pun sampai. Memang membuka selera. Kecur air liur aku bila tengok ikan kembung masak stim yang tengah berasap-asap. Aku terus menyuap nasi dan tak pelawa dia sedikit pun. Nanti kalau dia lapar, pandai-pandaila dia makan. Lagipun takkan la tak terliur langsung.

Baru je aku nak cubit isi ikan kembung masak stim, terus dia melarikan pinggan yang berisi ikan tu. Huh, kan dah kata dia bukannya boleh duduk diam je. Mesti ada je nak mengacau.

“ni apsal buat lari ikan pulak” Marah aku.

“kau ni makan tak ajak aku pun” Balasnya dengan nada seakan merajuk.

Dia memuncungkan mulut. Macam la lawa sangat kalau lelaki buat macam tu. Kalau perempuan lainla cerita.

“tu pun nak kena ajak, bukannya jauh pun” Jawab aku pulak.

“Zoey, tak baik la kau buat aku macam ni. Aku kan bakal suami kau jugak”
Balasnya.

“eleh, baru bakal suami bukannya dah jadi suami pun” Aku mencebik.

“kau ni tak care langsung pasal aku”

“ada aku kisah? Dah stop bercakap, aku nak makan ni” Potong aku cepat.

“morning sickness kau dah hilang ke?” Tanya dia lagi.

Laa, ingatkan dah berhenti bercakap pun tadi. Ni ada lagi sambungannya. Haissh, gangguan betul la.

“dah namanya morning sickness, mesti la kena masa pagi je. Takkan tengah hari ada lagi kot” Aku menjawab. Sinis.

“eh ye ke macam tu?” Sengihnya.

“maybe kot. Dah stop, aku nak makan ni. Kan tercekik susah pulak” Balas aku.

Dia ni la, tengah-tengah makan pun nak bercakap. Macam tak ada masa lain je. Kan banyak lagi masa dalam 24 jam tu.

Kami pun terus makan. Memang masakan panas kat sini semuanya boleh menjilat jari. Tak rugi la tadi aku order banyak lauk. Walau tadi aku yang lapar macam setengah mati, tapi nampaknya ada lagi orang yang lapar dari aku. Huh, macam tak makan setahun je. Licin semua.

Selepas je menjelaskan bil, aku perlahan-lahan mengikut Andriand ke kereta. Kenyangnya macam tak larat je nak berjalan. Tadi sebelum pergi klinik tak larat nak berjalan sebab tak ada tenaga, ni sebab terlebih makan pulak.

“banyak sangat la kau makan tadi Zoey, aku bimbang la” Andriand bersuara lepas kami masuk ke dalam kereta. Dia pun menghidupkan enjin kereta.

“cakap orang, dia pun sama. Kalau sakit pun, perut kan asing-asing” Balas aku.

“yela perut asing-asing. Tapi nanti jadi apa-apa kan aku jugak yang susah”

Aku mencebik bila dengar cakapnya. Yela tu dia yang susah. Apa-apa pun nanti, aku jugak yang tanggung semua ni.

“kenapa kau care sangat ni pasal aku?” Aku bertanya.

“err..sebab aku sayang kat kau la” Andriand menjawab.

Aku terdiam seketika. Betul ke ni dia sayang kat aku? Maybe dia ni saja je kata kot sebab dia tak nak aku susah hati. Tak pun kesian sebab aku mengandung anak dia kot.

Aku perhati Andriand yang focus dengan pemanduannya melalui ekor mata. Macam mana la hidup aku nanti bila dah kahwin dengan dia? Bahagia ke aku nanti? Dia kan nak kahwin dengan aku just nak tutup kandungan aku ni je. Mana tahu lepas je anak ni lahir, dia nak bercerai. Eh apa aku melalut ni?

“kenape kau tengok aku macam tu?” Mati terus lamunan aku.

Erkk..Dia ni perasan ke yang aku tengah perhatikan dia? Kantoi pulak. Ngee. Cepat-cepat aku tengok ke arah kiri.

“mana ade aku tengok kau” Gugup aku menjawab.

“taula aku ni hensem, tak payahla tengok sampai macam tu sekali” Dia tersengih nakal.

Huh, ni yang aku malas ni. Baru je aku tengok sikit dah perasan. Kalau aku tenung lama-lama kot, tak tahu la macam mana. Tapi kau berani ke tenung dia lama-lama Zoey?

“perasan betulla” Balas aku.

Bila je sampai kat rumah sewa aku, tengok Yatie dah setia menunggu kat depan muka pintu. Tak lain tak bukan la tu, mesti nak tanya pasal check-up kat klinik tadi.

“Zoey, jangan lupa tau makan vitamin yang doctor bagi tu tadi” Pesan Andriand sebelum aku keluar dari kereta.

“Yela-yela” Aku ambil bungkusan vitamin tu dan letak dalam beg sandang.

“Zoey” Panggilnya.

“apa lagi ni?” Tanya aku sedikit geram.

“take care ek, jangan buat kerja berat-berat. Ada apa-apa call aku tau” Huh, my private doctor’s talk.

“ok” Jawab aku sepatah.

Tak sempat lagi aku masuk rumah Yatie dah terjah aku dengan bermacam-macam soalan. Baru je ingat nak rehat sikit tadi.

“Zoey, macam mane?”

“positif” Jawab aku sepatah.

“Betulla tekaan aku tadi. So kau nak buat ape?” Tanya Yatie.

“hmm..Nak buat ape lagi, buat bodoh je la” Balas aku dengan muka selamba.

“maksud kau, kau teruskan jugakla ngan kandungan kau tu?”

“yela, takkan nak gugurkan pulak”

Teringat pulak tadi masa aku kena marah dengan Andriand sebab cakap tak nak anak ni. Serius, aku takut tengok wajah dia masa tu. Tapi betulla jugak kata dia, takkan nak membunuh pulak. Tak dapat masuk syurga langsung nanti. Aku beristighfar dalam hati, macam mana aku boleh cakap macam tu tadi? Macam orang tak ada agama je.

“kiranya kau teruskan jugak la plan nak kawin tu?”

“yela. Kan dah cakap hujung minggu ni kitaorang nak balik kampung aku nak bincang”

“err..lupa pulak aku” Sengih Yatie.

“okla. Aku nak masuk bilik jap nak rest” Aku mematikan pertanyaan Yatie dan terus ke bilik. Penatnye la hari ni.




Andriand P.O.V


Aku memarkirkan kereta di porch. Hmm, nampaknya Chap tak balik lagi dari kolej, kalau tak mesti kereta Swift dia dah tersadai kat situ.

Aku melangkah ke luar dari kereta dan masuk ke rumah. Huh, penatnya la. Aku melabuhkan punggung ke sofa dan mengadah ke siling.

Zoey, Zoey..Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum. Tapi tadi cuak jugak tengok muka dia pucat semacam je. Nasib tak pengsan je masa pergi tandas. Dahla degil, ajak pergi klinik tak nak. Tu pun, kena ugut baru nak pergi.

Aku saja je tunggu dia kat tepi pintu sebelah penumpang, mana la tau kot-kot dia nak melarikan diri. Yela, dia tu bukannya boleh dijangka. Macam-macam alasan dibuat sebab tak nak pergi klinik. Tapi bila kena kat tempat orang, senang pulak dia pergi. Ala, kau dengan dia sama je. Takkan tak ingat masa kau demam hari tu? Aku tersenyum sendiri.

Tapi masa dia muntah lagi kat parking tu, memang aku tak boleh nak lupa. Ingat nak je aku cempung dia terus masuk klinik, tapi disebabkan di tempat public jadi aku sabarkan diri je la.

Masa aku gosok-gosokkan belakang dia tu, aku perasan dia tak marah. Yela, masa aku demam hari tu pun, dia buat aku macam tu jugak. Aku terharu sangat masa tu.

Tapi yang kelakarnya bila dia tanya kenapa aku bagi dia Sunsweet suruh makan? Kiut je muka dia masa tu. Nak tergelak pun ada, tu kan asam mesti boleh hilangkan rasa mual kat tekak. Tak kisahla untuk orang pregnant atau tak.

Cakap pasal pregnant ni, aku tak jangka jugak tadi. Nasib terdengar Yatie berbisik. Zoey ni la satu, tak nak cakap pun pasal ni dengan aku. Aku bukannya kejam sangat sampai tak nak bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Aku masih lagi ingat pesan mama, yang lelaki mesti ada sifat tanggungjawab.

Hmm..Tahun ni umur aku 21, tahun depan masuk 22 dan terus dapat anak. Mudanya dah jadi ayah. Macam tak percaya je. Nanti bila masuk 30, anak dah umur 8 tahun. Aku sengih lagi.

Tapi aku memang tak terniat nak marah Zoey tadi. Yela, dia cakap dia tak nak anak tu. Bukannya apa, masa tu aku fikir satu je, kalau tak nak mesti nak gugurkan. Biasa la budak-budak perempuan zaman sekarang. Ambil jalan mudah, tak berfikir panjang dah. Tapi aku takkan biarkan dia buat macam tu. Takkanla nak tambah dosa membunuh pulak.

Zoey, aku faham perasaan kau masa kau cakap yang kau sedih. Aku faham sangat-sangat. Dahla tiga minggu lepas, family kau baru je putuskan hubungan dengan kau, ni kau dapat tau berita kau pregnant pulak. Siapa-siapa pun tak boleh terima kenyataan kalau ditempat kau.

Tapi Zoey, aku janji dengan diri aku yang aku akan jaga kau dan anak kita yang bakal lahir nanti. Lagipun kita kan dah nak kahwin minggu depan, kira masalah ni selesai la. Aku harap sangat perkara ni takkan tersebar kat pihak uni sebab mesti nanti dikenakan tindakan buang uni.

Zoey, kau sayang kat aku tak? Aku sayang sangat dekat kat kau. Aku harap yang perkahwinan kita ni bukan sebab nak tutup perkara ni je. Aku harap kau ikhlas dengan perkahwinan kita ni. Aku janji yang aku akan pastikan kau bahagia nanti. Aku pasti.


p/s : to all readers : sorry,entry ni cam kureng sket..cm blur je time ni sebab bnyk gguan..sorry..

7 comments:

Hanna Iha said...

xpe writer.. teruskan ..

zura asyfar addy rifqhiey said...

tqvm hanna..zura akn try buat yg lbih baik..

Anonymous said...

huhuhu..yup..btol tu...truskn.....

zura asyfar addy rifqhiey said...

tq shahree..

RinsyaRyc said...

ngeee... andriand siap plan lagi anak dia umo bpe kalau umo 30 nanti... rin sma umo dngan andriand ~ yeay!

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

hahaha....andriand2..

Unknown said...

haha andriand so sweet.nk husband cm andriand la :)