:: My gangS :: TQVM

Tuesday, January 18, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 5

~Episode 5 : Kahwin Lari? ~



**************************************************************




Aku golek ke kiri ke kanan atas katil sebab tak dapat tidur. Ni sebab si Khaiyrel punya pasal la ni. Macam mana la kena bertunang dengan dia pulak ni? Dia tak tau ke yang aku ni memang betul-betul tak suka dengan dia tu? Bukan setakat tu je, perangai dia tu suka sangat jaga tepi kain orang, nak-nak lagi aku. Kalah je dengan makcik Joyah jiran sebelah rumah aku ni!

Rasa macam sakit otak pun ada bila fikir pasal hal bertunang ni. Kenapa la dalam ramai umat manusia kat bumi ni, dia boleh pilih nak bertunang dengan aku? Pilihla si Zara depan rumah aku ni ke atau si Nadia yang perasan cantik tu ke? Bolehla dibuat kira lagi sebab diaorang berdua tu memang tergila-gilakan si Khaiyrel tu.

Ni tiba-tiba je mak ayah dia datang pinangkan aku dan mama terima pulak tu. Mesti diaorang dah berpakat ni. Kalau difikirkan balik, takkanla tak ada langsung awek-awek cun tersangkut dengan si Khaiyrel masa belajar kat UK dulu? Adoyai, kusut betul kepala. Rasa macam nak je lari dari bumi ni pergi planet mana-mana sampai tahun depan!

Aku tengok handset kat tangan. Kenapa la aku ni tak ada bestfriend? Kalau tak, boleh jugak aku share sikit masalah ‘negara’ aku ni. Sakit je kepala kalau pendam masalah ni sorang-sorang. Bila tengok jam kat handset dah dekat pukul tiga pagi. Hmm, nasibla esok hari minggu, kalau tak maunye tersengguk-sengguk dalam kelas kalau masa ni tak pengsan lagi.

Tiba-tiba je otak aku ingat kat budak Fajie tu. Tak tau sebab apa boleh teringat kat dia. Sebab otak tengah kusut-musut kot, sebab tu boleh fikir macam-macam benda yang luar alam ni. Tapi rasa macam bodoh la pulak sebab masa first time jumpa tu aku jual mahal tak nak bagi nombor telefon aku kat dia, dan sampai sekarang ni pun dia tak pernah mintak walau dah banyak kali jumpa.

Tapi Yash, kau sanggup ke kongsi masalah kau dengan budak Fajie tu? Entah-entah dia pun terkejut beruk bila dengar berita ni nanti. Lepas tu dia pun tak nak kawan dengan kau dah sebab kau dah bertunang. Ngee..Takkan la sampai macam tu sekali kot, pandai-pandai je kau buat andaian. Cakap pasal Fajie ni, aku dah lupa something. Hari tu kan masa last jumpa, dia ada cakap nak ngorat aku. Hehe, buat aku cuak je masa tu. Nasibla aku ada alasan kukuh nak elak dia hari tu.

Entah-entah saja-saja dia je kot nak test market. Lepas tu, aku yang terlebih perasan ni boleh percaya je cakap dia. Kan tak ke menampakkan aku ni jenis murah dan percaya sangat cakap lelaki? Ngee, bahaya-bahaya. Budak –budak sekarang, biasa la kan. Bukannya nak serius sangat pun. Kot-kot saja je nak buat spare tyre lepas tu boleh letak update status dalam facebook cakap dia ada ramai skandal. So moral of the story jangan mudah percaya cakap dia, dahla dia tu jenis tak matured pun. Kategori budak-budak je lagi.

Hmmm, apa kata aku layan facebook je dari menyesakkan kepala fikir hal ni. Boleh jugak komen-komen kat wall or chatting je dengan siapa-siapa yang tengah online tu. Mesti ada je manusia yang tidur lewat ni. Kata malam minggu, apa barang tidur awal.

Aku bukak laptop letak atas katil sambil meniarap. Tengok jam dah dekat pukul 3.30 pagi pun. Boleh pecah rekod ni dah pukul tiga pagi tapi tak tidur lagi. Biasa tak sempat pukul dua belas malam dah pun pengsan. Sabar je la!

Tak ada la ramai sangat pun yang online. Tak sampai sepuluh orang pun. Erk, ada friend request la. Aku tengok nama Syahirul Fazzary terpampang kat situ. Ni bukannya nama budak Fajie tu ke? Cepat je aku confirm tanpa tengok profile dia. Tak apa la, kejap lagi aku tengok. Nak update status aku dulu. Letak je complicated sebab memang hidup aku tengah dilanda virus complicated pun sekarang ni.

Tengah aku baru nak check emel tu, tiba-tiba je kotak mesej terbukak kat tepi. Tengok si Fajie tu hantar mesej. Hai, tak tidur lagi ke budak ni? Sepatutnya budak-budak kena tidur awal apa, nanti terbantut tumbesaran tu macam mana? Haha, betulla sangat statement aku tu.

-salam..x tido lg ke?

+salam..eh sape ni?

Apa kata aku buat-buat tak kenal? Tapi mengong jugak aku ni, dah sah-sah lagi konfem kau letak nama penuh kau kat profile tu, takkan la budak Fajie ni tak pandai baca. Budus betul!

-eh takkan x kenal kot? U r Yash right? Sy rs dh betul dh ni..

+hehe..Betul la tu..saje je tadi :)

-owh, sj je ek kenakn sy :(

Aik dah merajuk ke? Tak boleh blah betul budak ni. Rasa macam nak gelak pun ada jugak dengan perangai dia ni. Anak bongsu ke apa dia ni?

Sementara tunggu dia balas chat tu, aku bukak emel. Tapi tak ada apa yang menarik pun. Iklan je banyak. Mesti kaya pengasas Yahoo ni.

Lepas lima minit tunggu dia balas chat, tapi tetap tak ada. Hai betul-betul merajuk ke ni? Aku tengok kat window sebelah. Lorhh, dah offline rupanya. Patutla tak balas chat. Baru je aku plan nak melepaskan ketensionan otak aku dengan dia. Adoyai, kena cari cara lain la nampaknya. Tak boleh biar lama-lama nanti tak pasal-pasal otak kesayangan aku ni kena penyakit kecederaan otak yang terlampau.

Apa kata aku layan DVD cerita Korea je. Ok la tu kot dari dah tak ada benda nak buat. Lepas je aku logged out emel, aku pun bukak window sebelah nak logged out facebook. Tak sempat nak close, tetiba naik kotak chatting kat tepi. Aku pandang lama, la budak Fajie ni online balik rupanya.

-wat pe tu?

+layan fb lar :), buat apa lagi masa ni..

-owh..chatting ngn bf ek?

Haha, lawak yang tak lawak langsung budak Fajie ni. Ingat aku ni ada boyfriend ke? Kalau ada, tak ada la aku ni layan chatting dengan dia pagi-pagi buta macam ni. Mestila tengah bergayut or mesej-mesej dengan boyfriend terchenta!

+ xde la, mane ade bf..

-hmm..kalo cam tu mintak no fon leh tak?:)

+motif mintak no fon?

Hek eleh Yash, tadi kau jugak yang tergedik-gedik cakap kalau ada nombor telefon budak Fajie ni, nak share masalah dengan dia. Ni buat-buat jual mahal la pulak. Poyo je kau ni! Aku sengih je depan laptop.

-ala, xkan tak leh kot? Kata kawan :)

-yela-yela..017-9767xxx

+6t sy call..tgu tau..

Eh budak ni, nak call aku ke? Kalau mesej je kan senang, jimat kredit. Tapi Yash, orang nak call kau tu. Yang kau susah-susah fikir buat apa? Bukannya dia guna kredit kau pun. Ngee, dah weng kot otak aku pagi-pagi buta macam ni!

Sementara tunggu dia call tu, aku shutdown laptop. Buat apanya nak on lagi, menghabiskan bateri je. Tiba-tiba handset aku bergetar, tak ada bunyi sebab dah buat mode silent. Aku ni pantang sikit, kalau nak tidur mesti semua kena senyap sunyi. Tak nak ada gangguan walau sepicing pun. Cett, hyperbola je lebih kau ni Yash. Rumah dekat dengan jalan besar tu kau nak cakap apa?

Private number calling……

Aku tengok je skrin handset aku tu. Betul ke budak Fajie ni yang call? Mana la tau kot-kot orang lain, dahla private number. Hmm, biar je la dulu, maybe orang lain yang salah nombor kot. Tapi lepas tiga kali bergetar, terpaksa jugak la aku angkat. Maybe betul-betul budak Fajie ni kot.

“hello Yash”

Suara lelaki kedengaran. Sah, memang budak Fajie tu. Sebab dia panggil nama aku. Kalau orang yang salah nombor, takkan dia tau nama aku. Tapi macam comel je pulak dengar suara dia dalam telefon..Hehe.

“hello Fajie ke?”

Aku balas. Boleh aku tanya lagi soalan macam tu kat dia. Apa la kau ni Yash.

“yup, nape tak angkat tadi?”

Laju je budak Fajie ni tanya. Aku garu kepala yang tak gatal.

err..mana la tau sebab private number..Kot-kot orang salah call ke?”

Aku dengar dia gelak. Ngee, cute je dengar. Yash, otak kau memang dah tak betul. Esok-esok kena pergi scan kat hospital ni, check tengok kot-kot dah kena virus apa.

“lupe plak nak bagitau tadi, saya memang guna private number”

Cett, budak Fajie ni dah keluar ayat berlagak ke apa? Mentang-mentangla aku guna nombor biasa je.

“buat ape x tido lagi?”

Aku tanya dia, ubah topik. Nak tau jugak kan kenapa la budak ni tak tidur lagi. Main game ke apa? Tak pun tengah merewang-rewang kat bandar. Mana la tau.

ade keje sket ni. Kene siapkan report

Laa, letih je aku kutuk dia tadi, rupa-rupanya tengah siapkan report. Sorry yer Fajie, nanti aku mintak maaf sebab terkutuk kau. Hehe..Mesti buat report pasal kes study ni.

owh report ape?”

Buat-buat sibuk tanya la pulak aku ni.

“emm..report keje la”

Report kerja? Adakah telinga aku ni telah menghadapi masalah pendengaran yang terlampau? Rasanya aku baru je korek telinga semalam. Tapi budak Fajie ni kata buat report kerja. Macam tak tercapai je akal aku nak berfikir. Bukannya kalau budak umur baru masuk dua puluh tahun mesti tengah sibuk study lagi? Curious je la dia ni!

“hari tu lagi saya nak tanya, awak ni study lagi or dah kerja?”

Macam soalan masa sesi berkenalan dah bunyinya. Tak kisahla, aku nak tau jugak pasal budak ni. Tadi pun tak sempat nak tengok profile dia kat facebook.

“dah kerja la wak. Awak je yang study tak habis-habis lagi”

Dia dah gelak. Ngee, ni dah macam perli aku je. Taula aku ni masuk poli lambat satu semester sebab tak ingat hantar borang. Ada jugak yang nak kena sekeh kepala ni!

“Yash, ade lagi tak ni?”

Aku pun senyap kejap. Kepala tengah fikir macam mana la budak ni dah boleh kerja sedangkan aku ni tak habis-habis lagi study. Ke dia ni tak sambung study and terus kerja lepas SPM?

“ada-ada”

Terus stop lamuan aku. Sempat lagi berangan tuh! Eh bukan berangan tapi tengah gigih berfikir.

“sorry-sorry, takde niat nak cakap cam tu”

Laa, mintak maaf macam ada buat salah dengan aku pulak.

“takpe, saya tak kecik hati pun”

Cett yela tu. Tadi dah macam ada aura nak sekeh kepala budak Fajie je, takkan kau ni dah kena amnesia kot?

“awak buat ape tu? Ada masalah ke?”

Aku terkejut, baik punya tembak budak ni. Tepat je mengena sasaran. Macam ada kuasa psikik pun ada jugak dia ni.

“hmm, lebih kurang la”

Lemah je aku jawab.

“masalah ape tu?

Nak bagitau ke tak ni? Kalau tak bagitau, sanggup ke kau tanggung sorang-orang?

“err..ade orang datang meminangla”

Aku jawab jujur lagi ikhlas.

“hah betul ke ni Yash?”

Aku perasan suara budak Fajie ni macam dah cemas. Apasal pulak ni? Bukannya aku girlfriend dia pun sampai kena buat reaksi terkejut macam tu.

“yela, takkan saya buat main pulak”

“habis tu awak terima ke?”

“saya tak terima tapi masalahnya mama saya dah terima. Tak tanya saya langsung pun”

Aku pun cerita dengan panjang lebar masalah aku tu. Part akhir tu suara aku macam dah serak sikit sebab rasa sedih. Budak Fajie ni pun senyap je. Aku pun senyap jugakla. Takut nanti kalau-kalau aku sambung cerita, boleh menangis pulak masa ni.

“Yash, tak yah sedih-sedih k. Esok kite jumpe nak?”

Mesti dia perasan suara aku macam sedih je tadi.Adoyai, bikin malu nih!

“buat ape jumpe?”

Aku kerut kening.

“tak nak settle masalah awak ke?”

Dia tanya aku pulak. Aku lagila tambah kerut kening. Nak settle masalah aku macam mana pulak ni?

hmm..Yela”

Setuju je la. Mana la tau dia ada idea best lagi baik punya. Boleh je aku ikut. Aku tiba-tiba senyum.

“Asha, tak tido lagi ke?!!” Aku dengar mama jerit panggil nama aku.

Alamak, mesti aku cakap kuat sangat ke dengan budak Fajie ni? Buat –buat senyap macam tidur je la. Lepas beberapa minit, tak dengar lagi suara mama. Aku urut dada. Lega.

“kenape tu?”

Fajie tanya lepas dekat dua minit aku senyap.

“mama saya la. Mesti saya cakap kuat sangat tadi”

Aku jawab.

“okla, jangan fikir-fikir lagi. Take care ek,nite

"nite"

Butang endcall aku tekan. Aku tengok je handset aku tu. Biar betul dia ni nak tolong settle masalah aku. Tapi mana la tau dia ada idea best gila sampai tahap petala tujuh, nak jugak aku ikut. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang care je kat aku. Perasan sungguh la kau ni Yash..Hehe. So, aku patut tidur je la sekarang ni. Dah rasa macam lega sikit lepas cakap dengan budak Fajie tuh!




Aku bangun lewat pagi ni sebab semalam dekat pukul 5 pagi baru dapat tidur. Nasibla hari ni tak boleh solat, kalau tak free-free je topup dosa yang dah sedia banyak tu.Tu la, lama sangat bersembang dengan Fajie. Tak sedar langsung masa berlalu, mesti habis kredit dia tu. Haha, tu la siapa yang suruh telefon aku lama-lama.

Tapi nasib jugakla dia telefon, at least dapat jugak mengurangkan ketensionan yang melanda otak aku ni. Kira dia ni boleh jadik good listener la jugak, siap nak tolong settle masalah lagi tu. Terbaik apa dapat kawan macam dia ni.Kena ucap terima kasih ni kat dia masa jumpa nanti.

Aku terus mandi sebab tengok jam kat handset dah dekat pukul 10.15 pagi. Mandi pun lebih kurang je. Ala, bukan nak pergi jumpa bakal suami pun kena mandi berjam-jam dengan scrub segala.

Pukul 10.30 pagi aku ke dapur sebab nak buat milo panas. Dah agak dah pun, mama bukannya buatkan sarapan, kosong je atas meja makan kecuali roti putih Gardenia dengan nutella. Rumah pun sunyi sepi je macam dilanda garuda. Mesti diaorang (papa dan mama) ni tengah membuta lagi. Al-maklumla hari ni hari minggu.

Aku duduk kat kerusi depan meja makan dengan handset kat tangan. Lupa pulak nak tanya Fajie tu, pukul berapa nak jumpa. Ala, mesti dia call or mesej kejap lagi. Baik aku isi perut dulu sebelum perut ni masuk angin.Eh ada stick-note la pulak kat bekas nutella ni. Aku ambil dan baca.

Asha..

Papa dengan mama pergi J.B dua hari..Elaun papa dh bank –in, jaga rumah elok-elok..take care.

Hmmm, keseorangan la aku nampaknya dua hari ni. Ala Yash, takkan tak biasa kena tinggal kot. Selama ni ok je. Takkan tiba-tiba hari ni nak sentap pulak.

Tiba-tiba handset aku bergetar. Tengok kat skrin, ada mesej masuk. Aku yang tengah kunyah roti yang disapu nutella tu tiba-tiba senyum. Mesti Fajie ni.

+ dear, 6t nk jmp kt ne?

- Jump kt bus-stop yg sy turun hr tu la..

+ ok, kul 11 ek..Take care :)

Haissh, nasib tak tersedak roti yang tengah aku kunyah. Boleh pulak Fajie ni panggil aku dear pepagi macam ni. Sabar je la Yash, dia main-main je tu. Kau janganla terperasan pulak. Aku mengingatkan diri yang tengah senyum lebar ni.

Aku just pakai baju tshirt longsleeve dengan jeans je. Tudung pulak aku pakai tudung bawal. Pakai bedak kompak sikit, siap. Kena pakai jugak walau sikit sebab tak nak nampak pucat pulak muka ni. Ala, setakat nak jumpa Fajie je pun, bukannya nak pergi jumpa bakal mertua sampai kena pakai elok-elok segala.

Tepat pukul 10.50 pagi aku terpacak kat bus-stop. Nasibla jarak bus-stop dengan rumah aku ni tak berapa jauh. Kalau tak, boleh berpeluh ketiak la jugak ni. Hmm, tak ada orang pun kat sini, baik duduk je dulu.

Hampir lima belas minit menunggu, aku perasan Fajie ni tak sampai-sampai lagi. Ni la janji melayu tak reti nak tepati masa, kalau macam tu bila la nak maju?

Aku yang tengah main game kat handset dah mula dilanda kebosanan. Dengan bunyi bising kereta-kereta yang lalu-lalang lagi, haishh sabar je la.

“Yash, hop in

Tersentak aku bila dengar ada suara yang menjerit. Nasibla tak jatuh handset aku ke lantai bus-stop ni. Kalau tak, mau je menangis aku kat sini hari ni.

“nape lambat?”

Soalan pertama yang aku tanya dia masa aku dah masuk kereta. Hari ni dia bawak Mazda RX-8 Coupe dia tu. Ingatkan dapat la rasa naik kereta Lancer Sportback yang masa jumpa dekat dengan taman hari tu. Mengada-ngada la kau ni Yash..Hehe..

“sorry-sorry, tadi jumpe daddy jap” Dia sengih.

“owh”

Tu je aku mampu jawab. Malas la nak tanya lebih-lebih kenapa jumpa daddy dia, nanti dicop busybody pulak.

“dah makan dah?” Dia tanya.

“dah” Aku anggukkan kepala.

Siap tanya makan segala, macam nak buat misi besar je. Aku kerling dia dengan ekor mata. Nampak macam smart je dia pakai jaket dengan sunglasses Marc Jacob dia tu. Even rambut macam burung kakak tua, dia still nampak comel. Aku senyum tiba-tiba.

“Yash, dah ready ke” Dia tanya lagi.

Aku buat muka pelik. Dah ready apa ni? Macam nak pergi berperang je gaya tanya soalan? Adakah aku yang lambat pick-up dengan kata-kata dia tu?

“err..tak fahamla” Aku jawab jujur lagi ikhlas.

Dia senyum je tengok aku yang masih tengah blur ni. Apa la agaknya yang ada kat otak dia tu?

“kate nak solve problem kan? So saya tanya la dah ready ke nak solve problem tu?”

Dia senyum lagi. Masa tu kitaorang dah lepas sempadan Kemaman-Kuantan. Kereta pun tak banyak lagi masa ni, so laju la jugak dia drive.

“owh. Dah ready la ni. Kalau tak, takkan saya sanggup jumpe awak ni”

Aku balas soalan dia tu dengan senyum. Dia tiba-tiba gelak. Tetiba aku musykil dengan dia hari ni. Adakah cara nak solve problem tu kena gelak dulu? Haissh, rasa macam tak sedap hati pulak pun ada jugak ni.

“ok Yash. Get ready now

Dia cakap dan terus pecut kereta sampai meter kat depan tu dah masuk 160 km/sj. Apa kes dia ni? Macam nak ajak aku bunuh diri je? Aku tak nak mati lagi la!

seriously tak faham. Kite nak pergi mana ni?” Aku cakap sambil pegang seatbelt kuat-kuat dengan tangan.

Biar betik dia ni? Tetiba aku rasa menyesal je ikut dia hari ni. Dahla aku perasan dia dah masuk simpang nak pergi highway. Highway ni antara nak pergi Bandar Kuantan, ke Kuala Lumpur atau ke Jerangau Jabor. Mana satu dia nak masuk ni?

“hmmm…Nak. Bawak. Awak. Kawin. Lari”

Sepatah-sepatah perkataan tu masuk ke gegendang telinga aku. Dia tengok aku sekilas sambil senyum yang aku sendiri tak boleh nak tafsirkan. Apakah? Tiba-tiba je otak aku tak boleh nak berfikir. Masa tu la kereta dia dah masuk highway Jerangau Jabor.

“hah? K-Kawin lari” Hampir tergagap aku sebut dua patah perkataan tu.

Kalau ikut jalan ni, satu je terlintas dalam kepala aku. Mesti nak pergi ke Siam. Mama, papa, tolong! Ada orang nak bawak Yash kahwin lari kat Siam ni!



p/s : entry yg terpanjang sekali since berblogging, sampai dekat 9 pages..Huhu..sila komen yer :)

12 comments:

fatim fatimah said...

betul ker nak kawin lari tu,,suspen plak,,cpt smbung yer

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..maybe jugak Fajie tu nak bawak Yash kawin lari :))

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Haha...kelakarlah fajie ni :) Suka2 :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

fallenmoon : thankss :))

SyahirahSaity said...

WOW ! dasat laaaa ! hahahaha ! salute lar kat fajie tuu ! :D suka suka ! ^_^ ermm n3 panjang2 pun ok jugak,,tak la rasa cepat sangat nak habis bila membaca,,

zura asyfar addy rifqhiey said...

kikiki..mmg pjg pjg, smpai subuh br siap taip..betul2 nk suruh fajie bwk yash kawin lari ke?

si.tudung.ungu said...

uish Fajie ni... gler laar... haha
ni yg tak sbr nk tggu next chapter..

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : haha..Fajie tu kn bebudak lg, so myb dia wat keputusan ikut hati dia je kot :))

SyahirahSaity said...

HAHAHAHAHA ! tak la,,anak dara orang ada bawak kahwin lari,,berdosa tuu ! >.<

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..tgu je la next chapter yer :))

Unknown said...

best2...lg2.... =)

zura asyfar addy rifqhiey said...

thanks fatin aqilah : utk 2,3 hr ni myab takde entry baru cz zura bcuti: cr idea :)