:: My gangS :: TQVM

Sunday, August 26, 2012

SSiD Raya! Part 1

As-salam dan selamat petang...sorry lmbt update SSiD raya ni..bz benor lepas balik rumah..hehe...so up part 1 dulu lah..moga terhibur...salah silap fakta hope dimaafkan..dh lupe dh sikit2 citer ni..hehe..layan





Sebenarnya Saya Isteri Dia! Versi Raya Part 1



PUNGGUNG dilabuhkan seketika di pangkin di luar rumah untuk menghilangkan rasa penat membungkus ketupat palas tadi. Kalau diikutkan rasa malas, memang rasa nak berbaring aje dalam bilik tetapi bila mengenangkan inilah saat yang paling ditunggu-tunggu ketika hendak menyambut Aidilfitri, niat itu langsung dimatikan. Tambahan pula raya kali ini lebih meriah apabila si Erran dan si Reeya sudah mula sibuk untuk menolong moyangnya di dapur. Habis bersepah-sepah ruang dapur rumah itu dikerjakan mereka berdua. Pada mulanya memang hendak dilarang sahaja tetapi dibantah pula oleh mak mertua serta neneknya itu. Kata mereka, biarlah sekali sekala. Bukan selalu pun dapat berkumpul ramai-ramai macam tu. Dan Syaf pula hanya senyum saja.
Bunyi mercun yang kedengaran kuat dari laman belakang mengejutkan Syaf dari lamunan panjang. Tangannya laju mengurut dada menahan debar. Tertanya-tanya pulak siapakah yang bermain mercun itu? Dahlah bunyi pun macam dekat aje. Syaf terfikirkan sesuatu. Serentak itu dia bangkit dan turun ke tangga. Setelah menyarung selipar, kakinya laju saja melangkah untuk mengintip.
“Astagfirullahalazim..”Menggeleng-geleng kepalanya apabila melihat Firash yang langsung leka membelek bungkusan mercun di tangan. Patutlah sejak balik terawih tadi tak nampak-nampak. Dengan berpakaian baju melayu yang masih lekat di tubuh, nasiblah kopiah dah tak ada kat kepala. Ini rupanya kerja dia! Bebel Syaf sambil mendekati suaminya itu dengan langkah perlahan. Sengaja!
“Aaaaaa... aduh!” Kedengaran suara mengaduh panjang. Syaf sudah tersengih geram apabila Firash berpaling ke arahnya sambil sebelah tangannya tergapai-gapai untuk melepaskan telinga yang sedang ditarik. Padan muka!
“Dah tak ada kerja nampak?!” Getus Syaf geram. Matanya sengaja dibulatkan pada Firash yang masih menyeringai sakit.
“Sayang! Apa ni? Sakitlah!” Rungut Firash dengan tangan masih menolak-nolak tangan Syaf yang masih melekat di telinga kanannya. Boleh tahan kuat tangan isteri aku ni!
“Boleh pulak Fir tanya apa?” Soal Syaf dengan hati masih lagi geram. Nasiblah aku tak ada sakit lemah jantung. Kalau tak, mahu terus jalan aje tadi!
“Sorry lah sayang... aduhh... lepaslah.. boleh capang telinga kalau kena tarik macam ni,” pinta Firash dengan buat muka kesian. Mana tahan kalau dari tadi telinganya tak lepas-lepas kena tarik oleh isteri tercinta. Ni kalau ada yang tengok, mahu jatuh saham ni!
“Boleh nak lepas tapi dengan satu syarat,” Syaf menjungkitkan keningnya sedikit.
“Apa sayang ni main syarat-syarat pulak.. orang tengah sakit ni,” rungut Firash seraya muka tidak puas hati ditayangkan. Namun bungkusan mercun di tangannya langsung tak dilepaskan walau ketika itu mereka berdua sudah menghampiri pintu dapur.
“Memang kena ada syarat.. Fir dah lupa something ke? Hari tu macam excited sangat,” Syaf pula tayang muka sedih.
Firash mengerutkan dahi. Apa yang aku dah lupa? Rasanya setakat ni belum lupa apa-apa lagi. Baju raya untuk semua oang dah pun beli. Siap pakej dengan kuih raya lagi. Tanda tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya untuk berpanas-panas di dapur.
“Sayang, Fir tak boleh tangkap lah.. Sayang nak cakap apa ni?” Soal Firash dengan kepala masih memikirkan apa yang diperkatakan oleh isterinya itu.
Syaf dah mula terasa hati. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, moodnya cepat sangat berubah. Sekejap rasa gembira, sekejap rasa sedih. Memang berbeza benar dengan apa yang dialaminya dua tahun dulu.
“Merajuklah macam ni,”perlahan saja suara Syaf kedengaran. Telinga Firash yang menjadi mangsanya tadi dilepaskan begitu saja. Dah hilang mood!
“Sayaangg... aduh... apa yang aku dah lupa ni?” Firash terasa mahu menepuk dahi apabila isterinya itu sudah memasuki ruang dapur. Langsung tidak mempedulikan panggilannya. Bungkusan mercun di tangannya diperhati seketika. Adakah Syaf marah sebab dia...?



***



“YA ALLAH! Terkejut aku!” Hampir terlatah Tok Wan yang sedang ralit memperkemaskan ikatan ketupat palas yang sudah disiapkan. Datin Farizah pula mengurut dada kerana terkejut apabila terdengar bunyi letupan mercun yang kedengaran hampir dengan ruang dapur.
“Siapa pulak yang main mercun ni? Karang terkena tangan baru lah tak raya nanti,” sambung Datin Farizah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia memang pantang jika ada budak-budak kampung itu yang bermain mercun. Apatah lagi jika anaknya sendiri yang terlibat sama. Nak-nak lagi kalau si Firash.
“Mak bapak sekarang ni terlalu manjakan anak-anak. Apa yang anak nak semuanya diturutkan. Kalau dah hancur tangan, buta mata baru nak menyesal,” keluh Tok Wan lagi.
Datin Farizah mengangguk. Bersetuju dengan apa yang diperkatakan emaknya. Seketika kemudian masing-masing ralit dengan sesi mengisi pulut ke dalam daun palas. Hanya sesekali kedengaran tawa mengekeh si Erran dan Reeya yang berkejaran di dapur sambil masing-masing memegang daun palas.
Bunyi daun pintu daun yang ditolak itu mengejutkan mereka berdua. Kelihatan Syaf menonong masuk tanpa berpaling pun. Laju saja mendaki empat anak tangga itu sebelum naik ke tingkat atas.
Kenapa pulak tu?” Soal Tok Wan sedikit pelik. Tidak faham dengan perangai Syaf yang tiba-tiba berkelakuan aneh itu. Tadi katanya mahu berehat seketika selepas menolong mereka berdua membungkus ketupat pulut.
Datin Farizah mengangkat muka. Kelihatan menantunya sedang laju saja berjalan menaiki tangga batu untuk ke tingkat atas. Dan seketika matanya teralih pula pada anaknya yang sedang terkocoh-kocoh mengekori dari belakang. Macam ada yang tak kena saja ni?  Bisiknya dalam hati.
“Tak habis-habis budak berdua ni. Anak dah nak masuk tiga pun, perangai macam budak-budak.” Keluh Datin Farizah seraya menggeleng-gelengkan kepala. Tangan kembali meneruskan kerja yang terbengkalai.
Tok Wan mula ketawa. “Itulah yang mak duk pelik tengok mereka berdua. Ingatkan bila dah dapat anak, perangai tu berubah jadi matang sikit. Ni lebih kurang aje.” Sambung Tok Wan pula. Ralit tangannya menarik-narik hujung daun palas yang telah dibentuk untuk mengemaskan ikatannya supaya tidak terbuka tatkala direbus atau digoreng nanti. Disimpul kemas dan diikat segugus.
“Hmm, itulah. Tapi saya harap Firash tu dapat kawal sikit perangai dia. Iyalah bila dah pikul tanggungjawab besar pada umur muda ni, memang berat lah sikit nak tunaikan.” Tutur Datin Farizah. Memang dia berharap sangat agar anaknya itu dapat mengawal sikit perangai dia walau dia tak nafikan yang Firash amat bertanggungjawab. Selepas kejadian Syaf menghilangkan diri hampir tiga tahun lalu, anaknya itu semakin berhati-hati di dalam setiap gerak tindakannya. Cuma kadang-kadang terbit jugaklah perangai tidak matangnya sekali-sekala.
“Mak harap pun macam tu. Sama-samalah kita doakan mereka yang baik-baik saja,” tambah Tok Wan seraya menjeling sekilas ke arah Erran dan Reeya yang asyik bermain. Langsung tidak mempedulikan mummy serta daddynya.



***



SYAF langsung tidak mempedulikan Firash yang sudah menolak pintu bilik. Tubuhnya yang tadi terbaring terlentang, sudah diubahkan kedudukan menjadi mengiring atau lebih tepat menghadap ke arah dinding. Memang mood terasa sedang melanda!
“Sayaangg...” Meleret suara Firash mula kedengaran. Hati dah rasa tak berapa sedap apabila melihat isteri kesayangan langsung tidak mempedulikan kehadirannya. Apatah lagi apabila terpandangkan reaksi Syaf yang sudah mula mengiring ke dinding. Haishh! Rasa nak ketuk kepala kuat-kuat aje rasa. Ni memang kes merajuk benar ni!
Syaf buat-buat tidur. Mata dipejam rapat-rapat. Memang mood terasa hati! Firash dah lupa agaknya kejadian dua tahun lepas? Lintang pukang dia lari sebab Firash main mercun lebah dan tak menyangka pula yang mercun itu akan mengejarnya. Sudahnya dia jatuh tertiarap kat tanah dengan luka di lutut. Marah panjang Datin Farizah apabila tahu anaknya itu bermain mercun.
Firash garu kepala yang tidak gatal. Aduh! Macam mana nak pujuk ni? Dia melabuhkan punggung di atas katil. Dengan perlahan-lahan dia merangkak naik ke katil. Tubuh isterinya yang seolah-olah langsung tidak bergerak itu dipandang seketika. Tahu benar yang Syaf berpura-pura tidur.
“Sayang.. sorry eh pasal tadi,” Firash cuba memeluk tubuh Syaf dari belakang. Rambut Syaf yang sudah mencecah ke paras pinggang itu dicium dan dibela dan dicium lembut. Namun dia merasa yang Syaf mengeraskan tubuhnya. Tanda tidak suka diperlakukan sebegitu. Suasana kembali sepi di bilik itu. Hanya bunyi deruan kipas saja yang kedengaran.
“Sayang.. tak baik tau tidur membelakangkan suami,” Firash sengaja berkata begitu. Sungguh dia sudah tidak tahu untuk memujuk Syaf macam mana lagi. Dan itulah jalan terakhir yang sempat terlintas di hatinya ketika itu. Dan dia berharap yang Syaf akan memberi tindak balas.
Syaf gigit bibir menahan geram. Tak aci guna kuasa veto! Dengusnya dalam hati seraya membalikkan tubuh kepada terlentang. Namun mata tetap dipejam rapat. Langsung tidak mahu melihat wajah Firash.
Firash sedikit tersenyum apabila melihat reaksi dari isterinya. Tahu sangat perangai Syaf macam mana. Walaupun dalam keadaan marah atau merajuk, isterinya itu tetap taat padanya.
“Sayang.. sorry eh pasal tadi tu,” Firash mula mencapai tangan isterinya dan dikucup lembut. Tahu akan kesalahan yang dilakukan tadi. Memang salah dia namun dia tidak dapat keinginan hatinya untuk bermain mercun tu. Sudahlah dua kali raya tak dapat nak bermain lantaran sibuk menjaga Erran dan Reeya. Namun tahun ini, apabila si kembar sudah mula pandai bermain sendiri dan tidak perlu lagi jagaan darinya, dia ambil kesempatan itu untuk melepaskan gian. Dan akhirnya ini yang dia dapat. Isteri kesayangan merajuk teruk!
Syaf tetap membisu. Pujukan dan kata-kata maaf dari Firash langsung dipandang sepi. Langsung tak terasa nak maafkan Firash. Tambahan pula dulu Firash dah mati-matian berjanji tak nak bermain mercun lagi. Jadi sekarang tanggunglah sendiri!
“Sayangg.... jangan lah macam ni.. lusa dah nak raya,” sambung Firash lagi seraya menggosok lembut tangan Syaf. Manalah tahu kut-kut Syaf akan lembut hati nak memaafkan dirinya.
“Malam ni tidur luar,” tiba-tiba kendengaran suara Syaf. Firash yang sedang menggosok-gosok lembut tangan isterinya itu terhenti. Seketika dia hanya memandang Syaf yang langsung tidak memandangnya. Tidur luar? Rasanya telinganya masih lagi dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Syaf.
“Takkan nak biar Fir tidur luar sorang-sorang kut? Kesianlah dekat Fir. Sejuk tu kat luar.” Firash cuba memberi alasan. Padahal dia mana mampu untuk tidur keseorangan. Sudah biasa tidur berteman. Dulu masa Syaf terpaksa bermalam di hospital kerana melahirkan si kembar, dia langsung tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun kat rumah.
Syaf hanya memekakkan telinga. Malas untuk mendengr pujuk rayu dari suaminya lagi. Baginya Firash perlu diajar sikit. Biar serik!
“Sampai hati sayang...” Sayu saja suara Firash kedengaran sebelum dia menundukkan sedikit untuk menghadiahkan kucupan lembut ke dahi isterinya.
Gudnite sayang, sweet dreams.. “ sambung Firash lagi sebelum bingkas bangun dari katil. Sebiji bantal dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik itu dengan langkah longlai. Pasrah!


~~~ BERSAMBUNG......





21 comments:

aR_aD (nAbA) said...

bila smbngn nya?hehe

Lieynaim mohd noor said...

heheheheheh,,,nak lagi kak zura

Eiy-la said...

Best2...cpt la siap kn sambungan nye.....xsbr nk bce...

Eiy-la said...

Best2...cpt la siap kn sambungan nye.....xsbr nk bce...

Miezan :) said...

Waaa! Nak sambungannya! :D :D

iniakuyangpunyahati said...

kehkehkeh kene tidur luar.. 2 lah firash len kali nk men ajak syaf skali i-p

zura asyfar addy rifqhiey said...

@aR_aD (nAbA)

tak janji...tp dlm mse tdekat lah...tgh taip..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nz lyna'im


tguu..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Eiy-la

tguu...hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Miezan :)


sabar yer...tgh otw taip ni :))

zura asyfar addy rifqhiey said...

@iniakuyangpunyahati


erkk...ajak main sekali? haha..

NurAtiZa said...

Ala ciannye dekat Firash kena tidur luar sebab main mercun....#^_^

Waisya Carissa said...

waaaa syaf prgnent lagi ek... xsabar nk tunggu part 2

Unknown said...

wahhh best2....sambungan nyer bile...tak sabar nak bace... :3

ciknie said...

ala mrajuk plak syaf nie prgnant ke nie??cpat je trasa

Unknown said...

cepat ler sambung x sbr nk tau ending cite nie... so, sweet tngk aksi firash ngan saf....

zura asyfar addy rifqhiey said...

sorry yer kawan2...stuck kejap walau dh siap draft..huhu..btw akan try habeskan seblum syawal berakhir..

strawberry.chocolate81 said...

pasrah je la Fir oiii....sp soh langgar janjikan hahhahahaha

Unknown said...

smbungnya bile ? lmbt x ? nnti jgn lpe taw !! sayang kak zura asyfar !!

Unknown said...

smbungnya bile ? lmbt x ? nnti jgn lpe taw !! sayang kak zura asyfar !!

Unknown said...

smbungnya bile ? lmbt x ? nnti jgn lpe taw !! sayang kak zura asyfar !!