:: My gangS :: TQVM

Sunday, November 21, 2010

bab 15 why me?

“Zoey, tunggu la jap. Aku nak cakap ngan kau ni” Aku yang sedang melangkah keluar dari bilik kuliah tu berhenti mengejut.

“ade ape?” Nada malas keluar dari mulut aku. Nak- nak lagi kalau bercakap dengan Qiqi.

Selepas kejadian kat hotel malam tu, aku rasa macam tak selesa je nak bercakap dengan dia. Rasa macam dia je yang kenakan aku. Tapi aku tak ada bukti lagi Qiqi yang buat, so aku diamkan dulu la perkara ni.

“malam annual dinner tu aku rase kau blah awal kan?”

Aku pandang muka Qiqi lama-lama. Dia ni tau ke yang aku balik awal malam tu? Tapi macam mana dia tahu? Kan dia tengah sakan menari dengan sepupu Andriand tu. Eh, dia kan ‘date’ kau kan Zoey, mestila dia tahu.

“kalau aku blah awal pun, ade kena mengena ngan kau ke? Kan aku dah menari dengan kau malam tu, kira dah settle la perjanjian kite”

“releks la Zoey, kau ni sensitif semacam ni kenape? Biase ok je. Siap lawan cakap ngan aku lagi” Qiqi senyum.

Aku mengeluh. Kau tak tau cerita yang sebenarnya malam tu. Kalau kau tau, mesti kau takkan cakap macam ni kat aku. Lainla kalau kau ni jenis yang memang tak ada perasaan.

“aku malas la nak cakap ngan kau, dah la aku nak balik”

Aku pun berjalan laju untuk melangkah pergi. Baru je rasa nak tenang sikit hati aku, dah ada yang mengacau.

“hey, tunggu la jap. Aku tau kenape malam tu kau blah awal dari dinner tu”

Automatik aku berpusing menghadap Qiqi. Dia tau kenapea aku balik awal malam tu? Tapi betul ke dia yang kenakan aku?

“ape yang kau tau?”

“aku tengok kau tak sedar dalam pelukan Andriand malam tu, betul kan? Pastu aku tengok dia bawak kau pergi mane entah” Kata Qiqi lagi.

Bulat mata aku dengar Qiqi cakap macam tu. Dia nampak ke? Jadi dia tau la yang aku ada dengan Andriand malam tu?

“kau cakap baik-baik sikit, jangan ikut sedap mulut je” Aku mendengus.

Aku tengok Qiqi tersenyum sinis. Menyampah je aku tengok.

“kau baik sangat kan ngan Andriand lepas dapat jadi partner dia dalam final projek. Tapi kau tak tau lagi perangai dia yang sebenar”

“ape maksud kau?” Laju mulut aku mengeluarkan soalan.

well, Andriand tu memang la takkan berkawan ngan perempuan sebaya sebab bukan taste dia budak-budak sebaya kite ni” Qiqi menjawab.

Apa maksud Qiqi yang Andriand tak berkawan dengan perempuan sebaya? Takkan dia nak berkawan dengan budak-budak sekolah pulak kot? Macam tak logik je.

“serius, aku still lagi tak faham maksud kata-kata kau ni?” Aku bertanya lagi.

“dia tu layan perempuan-perempuan kaya je. Kalau dia ada layan perempuan sebaya, mesti ada benda yang dia nak tu.” Qiqi menjelaskan lagi.

Macam nak luruh jantung aku bila Qiqi cakap macam tu. Takkan la perangai Andriand macam tu. Kalau betul, selama ni dia tipu aku la? Kata-kata dia malam tu cakap tak tau apa-apa tu apa maknanya? Cadangan dia yang nak kitaorang kahwin tu macam mana pulak? Tiba-tiba aku rasa pening.

“aku macam tak percaya je cakap kau ni”

“up to U la Zoey, aku dah kenal dia lame. Lagipun family aku ngan family dia berkawan rapat”

Aku termenung sekejap bila dengar cakap Qiqi. Serius, masa ni kepala aku makin kacau. Tak tau nak percaya cakap Andriand atau cakap Qiqi.

“k la, aku balik dulu. Kau tanya je la Andriand tu kalau kau nak tau cerita sebenar” Qiqi berjalan pergi meninggalkan aku. Aku merenungnya dengan perasaan sayu yang bertamu di hati.

Aku melangkah longlai ke arah gazebo kat dataran yang jadi tempat biasa aku lepak dengan Yatie kalau kitaorang tak ada kelas. Nampaknya aku lepak seorang je la hari ni.

Baru je nak duduk, macam ternampak kelibat seseorang je kat tepi kolam ikan depan gazebo tu. Andriand ke tu? Huh, nanti kau. Aku berjalan laju menuju ke arahnya.

“hey Andriand, aku nak cakap sikit ngan kau ni”
Andriand yang tengah khusyuk memandang kolam ikan tu berpaling. Wajahnya sedikit terkejut.

“Zoey, kenape ni?” Dia bertanya lembut.

Eh, aku takkan terpedaya lagi dengan kata-kata dia tu. Dasar lelaki mulut manis.

“aku ada jumpe Qiqi tadi” Aku bersuara dan perasan mukanya berubah riak bila dengar nama Qiqi.

“so?” Dia bertanya kat aku pulak.

“pasal hal kat hotel malam tu, Qiqi cakap kau saje je kan kenakan aku?” Nada suara aku dah start naik.

Andriand nampak macam terkejut. Direnungnya aku lama, serentak dengan itu dia menghampiri aku. Aku melangkah dua tapak ke belakang.

“Zoey, kau percaya ke cakap Qiqi tu?”

Aku mendengus kasar dan berpeluk tubuh. Macam mana la aku tak percaya kalau Qiqi sendiri yang suruh tanya kat Andriand perkara sebenar. Mesti Qiqi tau, tu yang konfem je bagitahu aku.

“aku rase aku percaye cakap dia” Aku menjawab laju.

Tiba-tiba Andriand ketawa. Kuat pulak tu, sakit je rasa hati aku. Takkan lawak pulak soalan aku tadi. Aku memandangnya tajam.

“Zoey, kesian kat kau” Dia berhenti sekejap mengambil nafas.

well, betulla ape yang Qiqi cakap pasal aku tu. Aku memang sengaja nak kenakan kau” Dia ketawa lagi.

Dan serentak mencuit pipi aku aku. Pantas aku menepis. Apa permainan sebenar dia ni?

“kau memang jahat Andriand. Menyesal aku berbaik ngan kau. Kalau aku tau, dah mati aku cekik kau malam tu” Aku menjerit kuat.Tak kisah dah dengan pandangan beberapa pelajar lain yang lalu kat situ.

“Zoey, Zoey. Best ape malam tu” Dia senyum jahat.

“kau memang binatang” Jeritku lagi.

“kesian kau Zoey, mudah sangat percaya ngan aku” Dia menyambung lagi dengan nada mengejek.

Panggg!!!

Tangan aku tiba-tiba melekat kat pipi dia. Pedih tangan aku sebab tampar dia tak sesakit hati aku sekarang. Sanggup dia permainkan aku. Apa salah aku dengan dia?

“setan, aku tak sangka kau macam ni” Tangan aku dah start menggengam penumbuk nak tumbuk muka dia. Baru je aku nak hayunkan tangan aku, tiba-tiba ada suara memanggilku.

“Zoey, Zoey” Aku rasa tubuhku digoyang-goyang. Siapa pulak ni? Kacau daun betulla.

Gedebuk!!

Aku buka mata perlahan-lahan. Mana Andriand? Kenapa Yatie pulak ada kat sini? Aku perasan aku dah ada kat atas lantai. Aku mimpi ke? Macam mana boleh terjatuh katil ni? Ciss.

“tu la kau, tidur tak basuh kaki. Mimpi ngeri la tu” Yatie kat sebelah aku menyindir.

“aku dah basuh la tadi” Aku menjawab.

“mesti tak bace sebelum doa tidur tu” Serkap Yatie lagi.

Aku hanya tersengih. Walau tadi hati dah start cuak if mimpi tadi betul-betul jadi. Aku beristighfar panjang sambil mengeluh. Macam mana la boleh mimpi macam tu? adakah ia satu petunjuk kepada kejadian yang berlaku malam tu?

3 comments:

nas @ miss qs said...

ya ALLAH!mati2 sy ingatkan ni betul,rupenye mimpi...ish2..suspen jerr

RinsyaRyc said...

cesss!!!!! Ingatkan betul tadi!!! >.<

nurul said...

arghhhhhh...feeling punyela,mimpi rupenye...