:: My gangS :: TQVM

Tuesday, February 22, 2011

My Little Shark - 16



Episode 16















“Qash?”

“papa”

Aku memandang lama lantas memeluk papa erat. Kelihatan juga mama yang berada kat sebelah papa. Mereka berdua memandang pelik ke arah aku yang masih menangis tu.

“pa, Ayeem pa”

Aku terhingguk-hingguk menahan tangis. Terasa tangan papa mengggosok lembut belakang tubuh aku.

“kenapa ni Qash? Kenapa ngan Ayeem?”

Tanya papa lembut. Aku merungkaikan pelukan di tubuh papa.

“Ayeem dah kawin lain. Dia dah tak nak Qash lagi”

Aku masih berterusan menangis. Papa dah buat muka blur pandang aku. Aku pun tak tau kenapa. Dahla tiba-tiba je diaorang berdua datang kat sini malam-malam buta macam ni. Tapi aku tak ada masa nak fikir semua tu sekarang ni. Yang penting pasal Ayeem je sekarang ni.

“Ayeem kawin lain?”

Papa mengerutkan kening. Kenapa papa macam gaya tak tau je. Oh lupa pulak, papa dengan mama bukannya pernah datang sini pun, mesti diaorang tak tau. Lagipun kitaorang dah terputus hubungan dengan Ayeem dah dekat sebulan lebih.

“Ayeem dah kawin lain?”

Giliran mama pulak mempamerkan muka terkejut. Aku dah mula pening kepala dengan diaorang ni. Macam main tarik tali je dengan aku.

“yela ma. Tadi dia cakap dia dah tak nak Qash lagi. Dia dah ada isteri baru pun”

Aku menangis lagi. Sedih sangat bila ingat kata-kata Ayeem tadi. Kejam sungguh.

“mama rasa Qash dah salah faham”

Aku pusing pandang mama. Apa maksud cakap mama tu? Aku salah faham?

“Qash tak salah ma, Ayeem sendiri yang cakap dengan Qash tadi”

Aku bertegas membantah cakap mama tu.

“Qash, Qash. Cepat sangat percayakan cakap orang. Betulke Qash jumpa Ayeem tadi?”

Aku mengesat air mata yang masih mengalir kat pipi. Apa maksud mama tu? Ada apa yang aku tak tau ke?

“betulla ma. Qash sendiri cakap dengan dia tadi. Eh kejap, apa maksud mama tadi? Yang Qash jumpa tadi bukan Ayeem ke?”

Serius sekarang ni aku dah mula rasa keliru. Aku rasa dah betul aku jumpa Ayeem tadi. Apakah aku tengah bermimpi? Takkanla panjang sangat kot mimpi ni?

“jom masuk dulu, kita cakap kat dalam. Takkan nak cakap kat sini kot?”

Ajak papa. Papa dah pergi ke kereta Toyota Alphard kat luar pagar.

“tapi ma, Qash tak nak masuk dalam tu”

Aku mendengus perlahan. Aku benci bila ingat kata-kata Ayeem tadi.

“dah jangan degil, masuk dulu baru tau hal sebenar”

Aku ikut jugak cakap mama walau kalau ikutkan hati memang tak nak jejak dah villa ni. Memang nak tau hal sebenar tapi bila ingat kata-kata Ayeem tadi aku jadi sakit hati.

















“uncle, auntie, saya mintak maaf terpaksa susahkan uncle ngan auntie malam-malam cam ni”

Ayeem memulakan perbualan bila masing-masing berada berkumpul di ruang tamu. Eh kenapa pulak Ayeem panggil mama dengan papa aku ‘uncle dengan auntie’? Takkan dah hilang ingatan kot sampai tak kenal dah dengan keluarga mertua sendri?

“takperla, kami bimbang jugak ngan Qash ni. Boleh uncle tau cerita sebenar?”

Papa membalas. Aku hanya diam dan cuba memfokus ke arah Ayeem. Zara hanya berdiam duduk kat sebelahnya. Aku tengok wajahnya sedikit gelisah. Entah apa la dia tengah fikir tu agaknya.

“sebenarnya Ayeem pernah datang sini dua minggu lepas dan ceritakan perkara sebenarnya kat saya. Memang saya marah sangat kat Qash sebab buat Ayeem cam tu. Lagipun dia satu-satunya saudara kandung saya yang masih hidup”

‘Ayeem’ berhenti sekejap. Aku dah mula pegang kepala yang terasa sedikit pening. Apa semua ni? Saudara kandung apa?

“jangan salahkan Ayeem sebab bukan dia yang buat rancang semua ni. Semuanya rancangan saya. I’m sorry Qash”

‘Ayeem’ menundukkan kepala dan memandang sekilas ke arah aku. Aku masih tak faham.

“saudara kandung? Apa maksud kau?”

Aku tanya ‘Ayeem’.

“saya abang kembar dia. Dah lama kami terpisah, dari kecik lagi. Masa tu arwah ngan papa kami hidup susah so saya diserahkan saya apda keluarga angkat. Sebab tu Qash tak pernah tau pasal saya. Ayeem pun tak tau jugak kecuali lepas dia baca surat wasiat arwah papa kami. Lepas tu baru dia upah orang cari saya”

Aku hampir ternganga. Ayeem ada abang kembar? Memang aku tak tau langsung pasal ni.

“nama sebenar kau apa?”

“Shahrain Anariz tapi orang panggil Ayeem jugak”

Rasa macam tak percaya je dengan apa yang dia cakap. Dahla muka sama, nama panggilan pun sama jugak. Harap rambut je tak sama kaler. Sungguh aku betul-betul terkejut dengan semua ni.

so Qash, jangan salah sangka. Ni Shahrain abang kembar Ayeem. Papa pun baru tau pasal ni lepas dia call kata kamu pengsan tadi”

Papa bercakap ke arah aku. Aku rasa macam masih lagi tak percaya dengan kata-kata ‘Ayeem’ kat depan aku ni. Dah macam dalam drama pulak.

“kenapa boleh sama nama panggilan pulak ni?”

Aku tanya dengan nada masih tak puas hati.

“semua orang yang kenal saya panggil saya Ayeem.Saya tak tau pulak kat sini adik saya tu orang panggil Ayeem jugak”

Shahrain menjawab. Ada pulak macam tu, macam kebetulan sangat.

“tapi kat sini hanya yang rapat je panggil dia Ayeem. Kawan dia semua panggil Sharqiy”

Papa pulak menyambung. Aku terdiam. Patutla semua orang masa kat birthday party dia hari tu panggil dia Sharqiy. Adoyai Qash, bikin malu je ni. Tapi aku betul-betul tak tau tadi. Tak perasan pun kat depan aku ni abang kembar Ayeem. Bila tengok betul-betul baru perasan abang kembar Ayeem ni ada tahi lalat kat tepi hidung. Haila.

Tapi kan boleh je dia tipu aku bulat-bulat dengan wajah dan nama dia yang sama tu. Dahla aku menangis macam orang gila je tadi depan dia dengan Zara. Patutla Zara macam serba salah je tengok aku. Ni yang buat aku geram nih!

“kau tipu aku ek? Geram betul aku ngan kau ni”

Aku berdiri dan lantas menerpa ke arah dia. ‘Ayeem’ terkejut bila dia tengok aku menerpa ke arah dia.

“Qashrynna, behave yourself!”

Papa marah aku. Aku melepaskan kolar baju Shahrain tu dan merenung dia tajam. Aku bangun dan berlari laju ke luar rumah.
















Selepas kejadian kat Villa Putra tu, aku terus je balik rumah. Tak sanggup dah nak duduk lama-lama lagi kat situ ditambah dengan rasa marah kat Shahrain lagi. Lagipun buat apa lagi aku tunggu kat situ, Ayeem tak ada pun.

Menurut cakap papa, Shahryn a.k.a abang kembar Ayeem tu pun tak tau Ayeem pergi mana. Dia singgah sekejap je situ. Shahrain dengan Zara tu baru je kahwin, so dia datang situ untuk honeymoon sebelum bertolak kat Europe.

Nampaknya misi aku mencari Ayeem tak kesampaian. Aku dah tak ada lagi bukti atau petunjuk yang boleh bawa aku pergi kat Ayeem. Nombor telefon dia pun dah ditamatkan panggilan. Aku ada terfikir, dia dah pergi ke luar negara ke? Tapi macam tak logik je rasa. Takkanla dia tak bagitau langsung kot kat siapa-siapa?

Aku termenung seorang diri di beranda rumah. Menghitung bintang-bintang yang bertebaran di langit dalam kepekatan malam.

Aku mengeluh untuk kali yang kelima puluh untuk hari ni. Ayeem betul-betul buat aku jadi macam orang gila. Tinggalkan aku tanpa pesan atau khabar berita. Cuma tinggalkan kenangan yang mungkin aku tak dapat lupakan sampai bila-bila.

“Qash, kenapa duduk luar ni?”

Mama bertanya aku dengan lembut. Aku menoleh dan tersenyum tawar ke arah mama.

“ambik angin ma”

Aku jawab sepatah. Mama memeluk bahu aku. Aku memejam mata.

“sabarla, Ayeem ada tu kat mana-mana. Lepas habis merajuk, mesti dia balik”

Mama memujuk aku lembut. Aku perasan sejak aku setiap kali aku menangis teringatkan Ayeem, mesti mama dengan papa ada kat sebelah aku. Aku tau yang diaorang bimbang aku akan kena balik penyakit kemurungan aku dulu.

“Qash tau ma, tapi Qash rindukan dia sangat”

Aku memegang erat tangan mama. Mama menggosok lembut tangan aku. Sungguh aku rindukan Ayeem sekarang ni. Aku rindu dengan pelukan hangat dia. Aku rindu dengan kata-kata cinta yang biasa dia ucapkan kat aku. Aku rindu semua tentang dia.

“mama tau. Dahla, jom masuk, tak elok lama-lama kat sini”

Aku mengangguk dan mengikuti mama. Pintu sliding door ditutup perlahan. Tamat hari ke empat puluh Ayeem tinggalkan aku.














“Qash, ada surat ni”

Mama menjerit dari luar rumah masa aku tengah bersarapan. Aku terhenti menyudu bihun ke mulut. Surat apa pulak tu?

“nah”

Mama menghulurkan sepucuk surat berwarna coklat ke arah aku. Aku menilik setem yang bercop negeri Pahang tu. Aku ada kawan-kawan kat Pahang ke?

Aku membuka surat yang berada di tangan. Mata aku membulat bila tengok perkataan pertama yang tertulis kat surat tu.






To : Qashrynna Zarqa

Apa khabar? Sihat ke? Harap-harap sihatla selalu yer. Macam mana rasa kena tinggal? Sedih? Marah? Frust atau dah tak betul?

Aku tulis surat ni sebab ada benda yang aku nak bagitau kau. Tapi kita kena jumpa sebab hal ni susah nak cakap dengan surat. Jumpa pukul tiga petang hari jumaat ni kat monica bay.

From :

Shaheem Anaqiy







“mama”

Panggil aku sedikit menjerit. Kelihatan mama berlari-lari anak dari dapur menuju ke arah aku.

“kenape ni sampai terjerit-jerit?”

Mama tanya aku. Aku pandang mama dan menghulurkan surat yang berada kat tangan aku.

“surat dari Ayeem”

Perlahan je suara aku menjawab. Aku tak tau apa perasaan aku sekarang ni. Rasa macam sedih sebab terasa dengan kata-kata dia dalam surat tu. Rasa gembira pun ada sebab dah sebulan setengah baru dapat khabar berita dari Ayeem. Maknanya dia tak lupakan aku lagi la. Mesti dia ada kat Kuantan sekarang ni sebab surat tu bercop pejabat pos Kuantan.

“Alhamdulillah, ada jugak khabar dari dia”

Aku dengar mama bercakap. Tapi perasaan aku dah mula berkecamuk sekarang. Dah rasa tak tenteram pulak rasa.

“tapi ma, surat dia ni macam dia saja je nak sakitkan hati Qash”

Aku terasa sebak. Mama memegang lembut tangan aku.

“dia masih marah kot? Pergi la jumpa dia, mintak maaf. Maybe ada perkara penting nak bagitau tu”

Aku mengangguk perlahan. Betul jugak cakap mama tu, mesti Ayeem marahkan aku lagi sebab tu dia tulis surat macam tu. Tapi aku rasa dia dah kira ok la sedikit sebab dah mula nak jumpa aku. Aku tersenyum tawar sendiri.









*************************************************











Aku memarkir kereta dekat bawah pokok rhu yang dah hampir tiada daun tu. Angin pantai bertiup lembut sekaligus menghilangkan perasaan aku yang tak sedap hati dari pagi tadi.

Aku duduk bersila kat atas rumput di bawah pokok rhu depan kereta aku sambil merenung ombak menghempas pantai. Kelihatan ramai je family yang bawa anak-anak masing berkelah di tepi pantai. Sekilas aku memegang perut, apa agaknya perasaan aku kalau aku pregnant? Mama dengan papa mesti gembira. Ayeem lagi la gembira kot sebab dia marah sangat sebab aku ambil protection hari tu. Qash, menyesal tak ada gunanya lagi sekarang ni. Semuanya dah terlamat, nasi dah jadi bubur. Aku mengeluh perlahan.

Aku berpaling bila dengar bunyi kereta terparkir kat belakang aku. Kereta Honda Civic Type-R kaler putih. Sah, itu memang kereta Ayeem kalau tengok nombor plat kereta tu. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang.

“Qashrynna, aku ingat kau tak datang”

Ayeem nengur aku dulu. Aku hanya mampu berdiri tegak je bila Ayeem keluar dari keretanya. Hanya memakai tshirt Hacket dan sunglasses yang tersangkut di leher bajunya, membuatkan aku pandang dia tak lepas. Air mata aku bergenang. Rindu sangat dengan dia. Rasa macam nak peluk-pelukje.

“eer..Saya datang sebab awak suruh”

Aku membalas perlahan. Entah kenapa aku rasa kekok sangat nak bercakap dengan Ayeem. Mungkin sebab lama sangat tak jumpa dia kot. Dia pun dah nampak macam kurus sikit. Tak makan ke? Sakit ke? Atau rindu kat aku?

“trying to be goodwife huh?”

Aku sedikit terasa hati dengan kata-kata Ayeem tu. Macam perli aku je. Qash, sabar ok. Aku cuba pujuk hati aku yang masih terasa dengan kata-kata Ayeem tu.

“emm, aku tak nak cakap banyak just jumpe ni nak bagitau kau something je”

Aku cuba fokus dengan apa yang dia cakap. Dia hanya duduk atas bonet kereta dia sambil berpeluk tubuh. Aku berdiri dalam jarak empat kaki dengan dia. Kaki aku pun macam dah melekat atas rumput ni, tak boleh bergerak langsung walau tadi rasa macam nak pergi peluk je Ayeem tu.

“nak bagitau ape?”

Aku tanya dia perlahan. Mata Ayeem tak lepas pandang aku. Aku sedikit gelisah dengan pandangan dia tu. Macam nak baca hati aku je.

“kau ada satu sem lagi kat kolej kan?”

Ayeem tanya aku. Aku tiba-tiba berkerut kening. Kenapa Ayeem tiba-tiba cakap pasal kolej bagai ni? Atau dia nak bagi tau sebab dia berhenti kolej hari tu kot?

“a’ah. Ada satu sem lagi. Kenapa?”

Dia terdiam sekejap dan menarik nafas panjang.

“kau tau kan yang aku dah berhenti kolej? Actually, aku dapat offer sambung study”

“sambung study? Kat mana tu?”

Patutla berhenti kolej hari tu. Ingatkan dah tak nak jumpa aku lagi. Aku terasa nak senyum sekarang ni.

“UK”

Jawabnya sepatah.

“huh?”

“aku nak pergi UK. Maybe empat tahun, buat degree plus master

Aku terdiam bila dengar kata-kata Ayeem tadi. Dia nak pergi sambung study kat overseas. Habis tu aku kat sini macam mana? Takkan nak tinggalkan aku kot?

“err..Saya macam mana?”

Aku tanya dia jugak walau aku rasa macam Ayeem akan cakap dia akan tinggalkan aku je kat sini.

“kau duduk sini la. Habiskan study kau tu”

Ayeem balas. Air mata aku dah kembali bergenang.

“awak nak tinggalkan saya ke?”

Aku tanya Ayeem lagi.

“lebih kurang macam tu la. Lagipun kau dah biasa kena tinggal kan? Dulu ok je kena tinggal siap berdendam lagi dengan aku”

Aku pandang Ayeem lama. Memangla aku biasa kena tinggal tapi aku dah tak sanggup lagi sekarang ni. Dulu dua tahun pun, aku terseksa sebab kena tinggal dengan dia. Ni kan dia nak tinggal aku lagi sampai empat tahun, lama sangat tu. Apa saja boleh ter jadi dalam tempoh masa tu. Dan aku masih tak sangka yang Ayeem stiil ingat lagi dendam aku tu pada dia tu. Ingatkan dah lupa sebab dah lama tak jumpa aku.

“saya...”

“cam nila. Lepas aku pergi ni, kau jaga diri kau baik-baik. Aku dah tak ada lagi kat sini nak jaga kau”

Dia cakap lagi sebelum aku sempat cakap. Aku dah tak dapat lagi menahan air mata dari terus menitis. Ayeem hanya tengok je aku macam tak ada perasaan. Dia tak sedih langsung ke nak tinggalkan aku lama-lama? Dah hilang terus ke rasa sayang dia kat aku?

“habis tu kita macam mana?”

Aku tanya Ayeem lagi. Masih tak boleh nak terima kata-kata dia tadi.

“kita? Kita macam ni la. Nak macam mana lagi?”

Mendatar je kata-kata Ayeem tu. Langsung macam tak ada perasaan nak tinggalkan aku. Ayeem dah jadi macam heartless. Ayeem dah berubah langsung. Aku dah terhinggut-hinggut menangis depan dia.

“saya tak izinkan awak tinggalkan saya”

Tu je sempat aku fikir dari otak aku. Blank terus otak aku sekarang ni, mungkin sebab dah banyak menangis kot untuk dua bulan ni.

“Qashrynna, aku tak perlukan izin kau untuk pergi belajar. Kau je yang sepatutnya kena mintak izin ngan aku nak pergi mana-mana”

Tegas je kata-kata Ayeem kat aku. Aku kesat air mata dengan tangan. Aku tengok Ayeem macam tersenyum sinis je pandang aku. Macam dia suka je tengok aku menangis depan dia.

next week hari Isnin pukul 10 aku bertolak. If kau nak datang, datang la. Kalau kau tak nak datang pun, aku pun tak kisah. K la aku chow dulu. Bye

“Ayeem!”

Aku menjerit panggil dia bila dia dah nak masuk ke dalam kereta. Dia berhenti sekejap dan pandang aku.

“jangan lupe bagitau papa ngan mama sekali pasal ni”

Aku dah meraung sambil duduk di atas rumput bila kereta Ayeem bergerak pergi dari situ. Ayeem, kau kejam sangat. Kau tak tau ke yang aku tak sanggup berpisah lagi dengan kau? Teruk sangat ke perbuatan aku tu sampai kau sanggup tinggalkan aku kat sini?









p/s : post awal..hehe..10 pages..harap semua berpuas hati sebab entry lepas pendek.. Anyway plz komen yer :D





17 comments:

si.tudung.ungu said...

rmaila yg bersorak sbb tekaan yg tu kmbar Ayeem tu btul haha...
tp rmai gak yg mraung sbb Ayeem nk tgglkan Qash..
NOOOO~!

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : haha..tu la psalnya....

~ ramai yg meranung? huhu..eh link tak naik ke? :(

liyana said...

btol ckp kiwi..
ayeemmm..jngn tnggl kan qash!!!
huaaaaaaa.. ;(
*smpai ht ko ayeem..hati 2 da beku ke?

sis..smbung2

WITHOUT A SOUND said...

alaaa...
jgn la tggal kan qash...ngeeee...

keSENGALan teserlah.. said...

heh,
mengada lah ayeem ni.. sekeh kang !

zura asyfar addy rifqhiey said...

liyana: hati Ayeem dah beku sebab tu sgup wat cam tu :(

without a sound : sis pon tak nak Ayeem tgalkan Qash..Haishh

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie : jom sekeh dia ramai2..haha

Anonymous said...

wah~mnarik n3 kli ni...bgus2... =D
tgok~ayeem lak mrajuk...btol2 knak2 ribena la dorg ni...ego je memnjg...

SyahirahSaity said...

ehem ~ kesian sama qash,, relaku membawa diri jauh dari ayeem~ HAHAHA ! merapu sudah,, aisyehman,, sedih la pulok part ni,, confirm lepas nih qash dapat penyakit kemurungan,, kahsian sama qash,, orang dah insaf tak nak maaf kan,, ego betul ! pening ~ btw tak naik lorh link die,, =.=" nasib bukak belog sis,, tengok2 ada n3 dah,,, haip ! sudah gelong kah ini belog ?

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Tak mau!!!! Tak nak ayeem tinggalkan Qash..

Aqilah said...

aiyok..
pehal lak dgn ayeem nie.
ngajuk dgn qash kalh org pompuan..
huhuh..
tp..k'sian r dkt qash..nk kne tnggl dgn ayeem..

tiekqa fhea said...

huuu.. sedihnye! ayeem tetap kjam!

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : tu la merajuk pjg je dia tu..da kalah bebudak pon..adoyai,tak tau nk pujuk cmne lg :(

miss syasya : huhu..rasenye ayeem tak smpt kot tgalkan qash..

~ link mmg tak naik, sis da wat repost td...3x da jd cm ni tau :(

moon : tgu next epi k :D

miss teddy : tp betul kalo lelaki dh merajuk, kalah perempuan tau..hehe

~ rasenye ayeem tak smpt tgalkn qash kot :)

tiekqhafhea : ayeem kejam kan? :(

farah manaf said...

nape ayeem ni???qash nak,die plak tknk...aissshhh

zura asyfar addy rifqhiey said...

farah : still marah ngn qash la tu :(

Anonymous said...

sedeynya....tak sabo nk tau n3 seterusnya.....harap2...ayeem tak tglkan Qash.....

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : huhu..hope so :D..tgu next entry yer :)