:: My gangS :: TQVM

Tuesday, January 25, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 8



Episode : 8 ---> Apa yang berlaku? <----




Aku cuba untuk meronta-ronta dengan lebih kuat agar aku boleh lepas dari cengkaman lelaki tersebut. Kaki aku cuba menendang apa sahaja walau dah terang-terang tak kena sikit pun kat lelaki tu. Tapi yang aku hairannya, makin kuat tangan dia yang sasa tu heret aku keluar ke pintu kecemasan.

Lelaki ni makan apa ya sampai jadi kuat macam ni sekali? Makan spinach kot macam kartun Popeye tu? Bila tengok dari saiz tangan dia pun dah tau dia ni biasa pergi gim, dengan tinggi lagi yang aku agak-agak dalam enam kaki lebih, memang kalah la dengan aku yang baru 5 kaki 5 inci je ni. Silap-silap dia boleh je humban aku ke lantai dengan sekali tolak je. Ngee, ngeri je rasa.

Tapi Yash, kau boleh tak jangan fikir teori yang lawak dan tak masuk akal kat sini sekarang? Kau sedar tak yang diri kau tu tengah kena kidnap dengan lelaki ni? Bukannya tengah praktis drama kat kelab kebudayaan tau? Aku perlahan menggigit bibir.

“diam boleh tak? Kalau tak, aku akan buat lebih teruk lagi” Jerkah lelaki tu kat aku.

Aku telan liur dan kembali menangis bila kena jerkah macam tu. Maybe sebab aku banyak sangat bergerak kot, jadi dia makin marah dengan aku. Pelukan tangannya dibahu aku dieratkan, rasa macam lemas pulak bila dia buat macam tu. Masa ni tak ada pun kelibat orang yang lalu lalang kat sini, jadi siapa yang boleh tolong aku sekarang?

“kau nak bawak aku pergi mana ni?”

Aku cuba bertanya walau ayat yang keluar dari mulut aku tersekat-sekat sebab dah kena tutup dengan kain. Nasibla dia tak tutup mata, kalau tak memang gelap gelita la tak nampak apa-apa.

“banyak tanya la kau ni. Diam je la. Ikut je aku”

Lelaki tu menjawab tapi suara dia dah tak kuat macam tadi. Aku tarik nafas lega walau kain kat mulut aku ni merimaskan pernafasan aku. Harap-harap dia tak jerkah aku lagi macam tadi. Dahla kuat gila, macam nak tercabut je gegendang telinga aku.

Masa kitaorang sampai kat luar pintu kecemasan tu, aku perasan handset aku bergetar banyak kali, mesti Fajie yang call ni. Mesti dia dah perasan kenapa aku tak muncul-muncul lagi depan Carrefour tu?

Fajie, dulu awak cakap kalau nak mintak tolong, bagitau awak je sebab awak akan datang tolong. Sebab awak kan dah janji masa tu. Tapi sekarang ni saya nak bagitau awak macam mana? Aku mengeluh. Kalaula aku boleh angkat panggilan telefon tu dan ceritakan semua tu kat Fajie.

Aku hanya ikut je cakap lelaki tu dan dia membawa aku ke tempat parking kereta yang terletak kat tingkat bawah bangunan ECM ni. Memang ajaib betulla, tak ada orang pun yang perasan aku ni kena kidnap. Takkan diaorang tak nampak langsung yang lelaki ni tengah heret aku dengan mulut ditutup kain? Atau dari pandangan diaorang, mereka nampak aku tengah buat adegan mesra sepasang kekasih? Musykil betul aku dengan tindakan lelaki ni, macam dia dah plan pun semua ni dari awal.



***************************************************************



Kat tempat parking tingkat bawah ECM ni suasana dia samar-samar sikit sebab tak banyak lampu dipasang. Kalau ada pun, memang orang tak berapa nampak sangat la apa yang orang tengah buat. Ni yang aku sedih ni. Guard kat sini pun macam tak ada je. Takkan diaorang makan gaji buta pulak kot?

Tapi kan, buat apalelaki ni heret aku datang sini? Dia nak rompak aku ke? Tolongla, aku ni bukan orang kaya yang banyak duit. Pakaian pun pakai yang biasa-biasa je. Kalau dia buat aku tebusan pun, belum tentu papa aku dapat bayar duit tebusan tu.

Atau dia ada niat yang tak baik nak buat kat aku? Sebab tu la dia bawak aku ke tempat samar-samar je cenggini? Dalam kepala aku sekarang ni dah keluar macam-macam andaian yang tak baik. Walau apa-apa pun, aku tetap berharap yang semua ni macam mimpi. Lepas je bangun dari tidur, semuanya akan hilang macam tu je.

Kemudian dia stop kat depan kereta BMW M6 Sport hitam berkilat yang tersadai kat situ. Aku pun berhenti jugak la, takkan la nak cari nahas pulak sebab dia dah suruh aku ikut cakap dia tadi. Tak sanggup pulak aku nak bayangkan bila fikir nama aku akan naik kat muka depan Harian Metro kalau-kalau lelaki ni buat benda tak baik kat aku.

Beberapa minit kemudian, dia lepaskan kain yang tutup mulut aku tu. Fuhh, leganya dapat kembali bernafas dengan normal. Lelaki tu buat isyarat kat aku jangan bising, kalau tak, dia dah buat isyarat potong leher. Ngee, tak nak la aku. Jadi aku duduk diam-diam je kat situ tak bergerak dan tak bersuara. Dah macam patung cendana la pulak.

Tiba-tiba pintu kereta kat sebelah driver kereta BMW tu dibuka perlahan. Mata aku fokus je tengok ke arah tersebut. Kelihatan seorang perempuan yang bershawl melilit dengan topi yang macam orang nak pergi pantai tu keluar dari kereta. Dengan kemeja yang aku kira branded jugakla dengan skirt kembang, dia datang menuju ke arah aku dan lelaki kat sebelah aku ni.

Aku hanya tengok je perempuan tu tak berkelip sebab aku rasa perempuan ni nampak macam cantik sangat walau hanya separuh mukanya yang kelihatan sebab tertutup dengan topinya yang sedikit ke depan tu. Dengan heels empat inci membuatkan dia kelihatan lebih kurang sama tinggi je dengan lelaki kat sebelah aku ni. Walaupun dia pakai sunglasses besar gedabak tu, aku rasa dia tetap tak dapat menutup kecantikkan wajanhya tu.

“bos, semua dah settle” Lelaki kat sebelah aku ni bersuara.

Bos? Maknanya perempuan cantik ni bos kepada lelaki kat sebelah aku ke? Tapi apa motif perempuan cantik ni nak kidnap aku? Rasanya aku tak ada la bermusuh dengan siapa-siapa pun. Takkanla diaorang ni ada kaitan dengan Fajie pulak? Macam tak logik je bila difikir. So siapa sebenarnya diaorang ni? Aku buntu campur keliru sekarang ni.

good job dear” Perempuan tu bersuara.

Eh? Rasanya telinga aku ni tak ada lagi masalah pendengaran. Perempuan cantik tu panggil lelaki kat sebelah aku ni ‘dear’? Bukannya dear tu maksudnya sayang. And maknanya diaorang ni pasangan kekasih la?

Bagusla tu kalau diaorang ni pasangan kekasih. Sama-sama jadi psiko sebab kidnap aku tanpa sebab. Baru je ingat datang sini nak enjoy-enjoy dengan Fajie dah kena kidnap pulak. Malang sungguh nasib aku ni. Tapi bila cakap pasal Fajie, macam mana dia sekarang? Mesti dia dah bimbang gila kat aku.Yela, tiba-tiba je hilang macam tu je.

Lelaki kat sebelah aku ni pun bergerak ke menuju ke perempuan cantik tersebut. Mereka sama-sama mengangguk-angguk kepala dan tersenyum penuh makna. Apakah?

“gotcha you Asha!” Mereka sama-sama menjerit.

Aku terkedu. Lelaki tu membuka hood yang menutup kepala dan sunglasses yang dipakainya manakala perempuan cantik tu pulak turut membuka topi dan sunglasses dia tu. Aku ternganga dan bulat mata kat situ bila tengok wajah mereka berdua.






“Kak Long!!” Aku menjerit marah.

Macam mana la aku boleh tak perasan yang perempuan cantik tu Kak Long aku? Patutla aku macam pernah dengar je suara dia. Hampeh betulla diaorang ni.

“Kak Long ni jahat tau” Aku memeluk tubuh Kak Long.

Rasanya dah dekat sebulan tak jumpa dengan Kak Long sebab dia kerja kat Shah Alam. Rindu gila dah rasa bila lama tak jumpa ni.

“ok tak lakonan Kak Long?” Kak Long tersenyum sambil angkat kening.

“ok sangat la tu. Nasib Asha tak sakit jantung tadi” Aku cebik bibir.

Kak Long dan lelaki tu sama-sama tergelak. Geram betulla dengan perangai diaorang ni. Selamba je main kidnap-kidnap aku. Tapi siapa pulak lelaki sebelah Kak Long ni?

“sape ni?” Aku tunjukkan tangan ke arah lelaki depan aku.

Kak Long tersenyum ke arah lelaki tersebut. Lelaki tu membalas senyuman Kak Long dengan anggukan.

“hi, saya Syafiq Rafizal. Panggil je abang Fizal. Asha, sorry ek pasal tadi” Lelaki tu memperkenalkan diri

“owh. Ni bakal abang ipar Asha ke? Semuanya jahat tau kenakan Asha”

Aku sengih bercampur geram.Kak Long nampak malu-malu je sambil angguk kepala. Cheh, dah agak pun tadi mesti lelaki ni pakwe Kak Long. Hmm, baru je aku perasan yang abang Fizal ni hensem jugak. Dengan dagu terbelah lagi. Pandai je Kak Long pilih.

“emm, Kak Long buat ape kat sini?” Aku pulak membuat sesi soal-siasat.

“kitaorang ada kursus kat sini. Tapi dah nak balik pun sebab esok ada taklimat kat HQ. Sebab tu kitaorang datang jalan-jalan kat sini sebelum balik” Jawab Kak Long.

“owh, lepas tu kidnap Asha” Aku muncungkan mulut.

sorry la dik. Kak Long tak terniat pun, saje suke-suke”

Kak Long gosok kepala aku dengan tangan. Yela tu suka-suka. Nasib tak ada orang perasan, kalau tak memang haru-biru la jadinya.

“ape la Kak long ni, same je ngan abang Fizal ” Aku merungut lagi.

“eh adik datang ngan sape ni?” Kak Long bertanya.

Aku berkerut muka sambil tepuk dahi. Alamak, macam mana aku boleh lupa pasal Fajie ni? Cepat-cepat aku ambil handset aku. Tengok dah lebih sepuluh miscall campur lima lagi mesej. Adoyai, mesti dia bimbang gila ni. Cepat je aku tekan speed dial dan call Fajie.

hello Yash. Awak ade kat ne tu?”

Terkejut aku dengar suara Fajie menjerit. Secepat kilat aku jauhkan handset dari telinga. Boleh rosak apa gegendang telinga aku bila dia jerit kuat-kuat macam tu?

“yer-yer ada ni. Saya ada kat parking keta D7. Awak datang sini ek” Senafas aku jawab.

“ok-ok. Tunggu saya datang tau” Fajie membalas.

Butang endcall aku tekan sambil menarik nafas lega. Huh, suara Fajie pun cemas gila tadi. Janganla dia buat sesi air mata kat sini kejap lagi. Malu dowh kalau Kak Long dengan abang fizal tengok.

“sape tu?” Kak Long sengih.

“err..Kawan” Aku balas sambil cuba kontrol senyum.

“ye la tu kawan”

Kak Long senyum je kat aku. Aku tengok abang Fizal pun dah senyum sampai kat telinga. Haishh diaorang ni.






“Yash” Aku terkejut bila dengar suara Fajie menjerit.

Kelihatan Fajie berlari-lari ke arah aku dengan raut muka yang cemas dan mata yang sedikit merah. Alamak dia ni menangis sebab cari aku ke? Aku dah tengok Kak Long dengan abang Fizal dah tersengih-sengih. Bencila diaorang ni.

Aku terkaku tak bersuara bila Fajie tiba-tiba datang peluk aku. Terasa tangannya kuat merangkul leher aku macam tak nak lepas. Suasana seperti terhenti seketika. Sunyi dan sepi.

“Yash, awak tak apa-apa ke?” Suara Fajie dah bunyi macam serak je

Makin kuat dia peluk aku. Aku dah mula rasa tak selesa bercampur malu. Aku tengok Kak Long dan abang Fizal dah bulat pandang aku tak berkelip.

“err..Saya tak apa-apa” Aku menjawab perlahan.

Aku cuba tolak tangan Fajie yang masih merangkul leher aku tu. Adoyai mamat ni, boleh pulak dia buat sesi berpeluk kat sini. Dia tak tau ke Kak Long dengan abang Fizal tengah pandang aku semacam je ni?

“ehem-ehem” Kak Long bersuara.

Beberapa saat kemudian, baru la Fajie melepaskan pelukan dia. Agaknya dia dah sedar kot bila Kak Long berdehem tadi. Aku perasan ada air mata yang mengalir kat pipi dia. Fajie, awak risau sangat ke masa saya hilang tadi? Tiba-tiba je aku rasa terharu dengan dia ni.

“err…”Fajie menggaru-garu kepala.

“owh, ni la kawan Asha yer” Kak Long dah perli aku.

Aku angguk jawab nak tak nak. Waa, malu gila bila Fajie selamba je peluk aku depan diaorang ni. Macam nak letak muka bawah meja je. Tapi Yash, mana ada meja kat sini?

“Syahirul Fazzary Haiyyan Datuk Syamir Adha right?” Aku dengar abang Fizal ajukan soalan kat Fajie.

Syahirul Fazzary Haiyyan Datuk Syamir? Aku buat muka blur. Tak pernah lagi aku dengar orang sebut nama penuh Fajie, ni sekali dengan nama ayah lagi. Dia pun tak pernah bagitau aku nama sebenar. Haiyyan tu nama dia jugak ke? Bapak panjang gila nama. Tapi macam mana abang Fizal boleh tau nama Fajie pulak? Musykil ni.

“yup. I’m Syahirul Fazzary Haiyyan Datuk Syamir Adha. Panggil Fajie je” Fajie menyambut huluran salam abang Fizal.

“Syafiq Rafizal Syakirin Raziq. Panggil je abang Fizal”

Abang Fizal membalas. Mereka berdua tersenyum mesra. Aku dengan Kak Long hanya jadi penonton setia tanpa suara kat situ.

“macam mana abang Fizal boleh kenal Fajie ni?” Aku bertanya.

Musykil jugak aku sebab abang Fizal boleh tau nama penuh Fajie lagi. Glamer betul ke Fajie ni? Takkan artis pulak kot? Tapi kan kalau artis mesti dia dah kena serbu dengan peminat bila masuk mall tadi. Habis tu siapa dia?

“emm..dia ni anak tunggal Datuk Syamir Adha, pengarah Syamir Holding Berhad. Takkan Asha tak kenal kot?”

Aku hanya tersengih sambil geleng kepala. Memang aku tak tau langsung pasal Fajie ni. Tak tau pun dia ni anak datuk dan tak tau pulak dia ni anak pengarah syarikat apa. Patutla pun asyik tukar-tukar kereta je kerjanya.

“Asha, kata kawan je. Tapi kalau dah berpeluk macam tu kawan lagi ke?” Kak Long dah bisik kat aku.

Aku hanya sengih je bila Kak Long cakap macam tu. Fajie pulak bersembang sakan dengan abang Fizal, tak tau pulak diaorang tengah bercakap pasal apa.

“eh, takpe la Asha, Fajie. Kami kena balik Shah Alam ni, takut lewat pulak”

Abang Fizal tiba-tiba bersuara. Kak Long pun angguk je tanda bersetuju.

“sampaikan salam Kak Long kat mama ngan papa yer”

Aku memeluk tubuh Kak Long. Sempat lagi Kak Long hulurkan duit belanja. Aku pulak sengih je la sambil ucap terima kasih. Yela, dah orang bagi terima je la. Rezeki jangan ditolak.

“jumpa lagi”

Mereka melambai-lambai ke arah kami berdua sebelum masuk ke kereta. Fajie pulak pandang aku dengan muka tak puas hati. Apa kes dia ni?






“Yash, awak tau tak yang saya risau gila masa awak hilang tadi? Puas tau saya cari awak depan Carrefour tu. Siap ulang-alik tawaf satu Parkson lagi. Tapi awak sedap-sedap je jumpa Kak Long awak kat carpark

Fajie yang pertama bersuara selepas lebih sepuluh minit aku dan dia masing-masing senyap. Agaknya dah tak sanggup tunggu kot bila semua diam membisu.

Tapi kan, panjang lebar ayat yang keluar dari mulut Fajie tu. Hampir je tak masuk dalam kepala aku ni. Nasibla suara dia tu tak kuat sangat. Kalau tak mau hang je gegendang telinga aku ni hari ni.

Aku pulak pandang dia dengan muka tak puas hati. Masa tu kitaorang tengah berdiri tepi kereta dia yang ada kat carpark tu. Aku pun macam dah tak ada mood nak shopping lagi bila dah kena sound macam tu dengan Fajie.

“eh awak ingat saya saje-saje ke pergi jumpa Kak Long saya tu? Saya kena kidnap tau dengan abang Fizal kat tandas. Dia yang bawak saya jumpe Kak Long. Dahla kena tutup mulut dengan diheret lagi, awak ingat saya suka ke bila dibuat macam tu?”

Aku pulak yang balas cakap Fajie dengan nada suara sedikit naik sambil berpeluk tubuh. Rasa geram pulak bila dia suka-suka hati je tuduh aku sengaja menghilangkan diri. Huh, tak pasal-pasal je pulak aku kena marah. Dahla jantung aku ni baru je nak berdenyut normal sebab tadi dah masuk zon pecut bila tiba-tiba je kena kidnap. Ni dah memecut laju pulak sekali lagi bila kena sound macam tu

Dia pandang aku dengan riak muka terkejut. Tu la, main tuduh-tuduh aku lagi. Kan tak pasal-pasal pulak aku yang tinggikan suara kat dia. Tak menyempat-nyempat langsung dia ni. Ni yang nak merajuk ni. Aku pusing kiri, tak pandang muka dia. Geram pun satu hal jugak ni.

“err..Yash, saya mintak maaf yer. Saya silap cakap tadi. Sorry” Fajie dah mula nak pujuk aku.

Aku tetap diam tak bersuara. Tak tengok langsung pun muka dia. Nak tengok jugak setakat mana dia sanggup pujuk aku. Biasa aku je yang selalu pujuk dia. Sekali sekala aku pun nak merajuk jugak.

“Yash please, maafkan saya” Fajie bersuara lagi.

Aku berpusing membelakangi dia. Padahal masa tu aku dah tak tahan nak gelak. Sebab aku ni jenis yang jarang marah kat orang. Kalau marah pun cepatje reda. Tapi aku tetap nak tunggu Fajie sanggup buat apa bila nak pujuk aku tu. Hehe..

dear, maafkan saya. Saya yang salah. Saya mintak ampun ni”

Hek eleh, dah keluar perkataan dear pulak. Ingat aku boleh cair ke? Siap cakap nak mintak ampun lagi, ingat sesi menghadap raja-raja ke? Tapi aku perasan suara Fajie makin slow. Dah hilang suara ke dia tu? Tapi aku tak boleh la pusing pandang dia, nanti kantoi pulak sebab aku pun dah tak tahan nak gelak.

“dear, awak dah tak nak maafkan saya lagi ke? Sampainya hati awak”

Fajie terus bersuara. Sayu je pulak hati aku bila dengar dia cakap macam tu.

“takpela Yash. Saya duduk sini je la sampai awak sanggup maafkan saya”

Aku kerling dengan ekor mata. Hampir melompat aku bila tengok Fajie dah duduk melutut membelakangi aku. Gila apa dia ni sanggup buat macam tu? Tapi Yash, kau jugak yang nak test dia tadi kan?

“hey awak buat apa ni?” Aku tanya Fajie.

Yash, dia kan tengah melutut kat kau tu kan nak mitak maaf. Ada pulak kau boleh buat-buat tanya. Ngee, aku pun macam dah tak betul dah ni.

“dah awak tak nak maafkan saya. Jadi saya melutut la kat sini tunggu sampai awak maafkan saya” Jawab Fajie selamba.

Eh dia ni selamba je jawab macam tu. Dia ni tak ada perasaan malu ke? Dahla aku perasan ada orang yang lalu-lalang pandang je ke arah kitaorang. Adoyai hati, sabar je la dengan perangai budak sorang ni.

“ok. Kalau macam tu, saya balik dulu la”

Aku buat-buat gertak. Nak tengok dia tu sanggup lagi ke nak melutut tunggu kat situ kalau aku tinggalkan dia. Aku pun melangkah slow-slow ke arah pintu exit yang ada kat depan tu.

“Yash, awak nak pergi mane tu?”

Aku dengar suara Fajie sedikit terjerit panggil aku. Terus stop langkah aku yang baru tiga langkah tu. Aku pusing pandang dia.

“balikla” Aku membalas.

“Yash, sampai hati awak nak tinggalkan saya kat sini” Aku tengok Fajie dah mula berdiri.

“dah awak tak nak bangun, saya balik je la”

Aku terus senyum dan tergelak. Dah tak tahan nak cover pun ni.

“Yash, awak tak boleh lari dari saya tau ”

Apakah? Dia dah bangun menghampiri aku yang dah stop kat situ. Hek eleh, macamla aku nak lari sangat pun. Saja je buat-buat gertak dia tadi. Nak tengok macam mana reaksi dia kalau aku tinggalkan dia kat sini.

“sape cakap saya nak lari?” Aku senyum.

“tadi la bila awak cakap cam tu. Tapi sekarang awak dah tak boleh lari lagi dari saya tau”

Fajie balas senyum aku. Masa tu dia dah genggam dua-dua belah tangan aku. Dia pandang tepat kat mata aku. Aku dah mula rasa cuak bila dia pandang aku macam tu. Jantung aku pun dah buat sesi pecut pulak sekali lagi.

I Love you too Yash” Dia bisik kat telinga aku.

Ek? Terkedu sekejap aku kat situ. Tapi kenapa dia sebut I Love You Too?

“tapi…”

Tak sempat aku nak habiskan pertanyaan aku tu, dia dah letak jari dia kat bibir aku. Bulat mata aku kat situ.

“sebab masa dalam kereta tadi awak dah sebut I Love You kat saya. So saya balas la ni”

Dia senyum kat aku. Eh, aku ada cakap macam tu ke tadi kat dia? Tapi kan macam mana pulak aku boleh tak ingat? Yang pasti saat ni aku rasa muka aku dah mula blushing. Ngee, Fajie ni.



p/s : cite ni takleh wat suspen sgt cz utk suke2 je..hehe..tlg komen yer :)

13 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Wah! Suka Fajie. :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

kite suka Fajie jugak :)

S. said...

kahwinkan mereka!!!cepat2....

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : nk kawen cm ne ek kalau yash tu dh nk btunang? hmm....

SyahirahSaity said...

HOHOHOHOHOHO ! buat gabra jea,, ^^

si.tudung.ungu said...

ouh! I'm Falling in love with Fajie... ala~ peduli sama so-called tunang Yash tu. tak layak sungguh. mengadu aje kerjanya.. nyampah!

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : hehe..jgn mrh yer..chill :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : me too..hehe

~ tp nk wat cm ne ek tak nak bg yash ngn khaiyrel tu tak jd bertunang? ...hmmm

SyahirahSaity said...

takla,, hehehe,,normal la,,kalau buat cerita ada suspen2 sikit,, ^^

zura asyfar addy rifqhiey said...

btoi2 tu..nk wat bnyk sgt suspen nnt takot jd tak best plak..nk suruh readers bc tanpe tension2 fikir jln cerita :)

Amira Atiya said...

wah..fajie~
fajie awatnya suka melalak.. comei2 perangai :)

tiekqa fhea said...

lawak lah. sweet sgt. slambe je hung anak dara orang. hehehehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

amira : hehe..fajie kn syg kat yash tu...sbb tu cm org gila cr yash,tetibe je hilang kn..hehe..

tieqhafea : fajie tgh risau gila tu, sbbtu tak sedar smpai berpeluk..hehe..