:: My gangS :: TQVM

Saturday, November 27, 2010

bab 19 why me?

Aku mengurut-ngurut leher dengan jari. Apasal la pagi-pagi buta ni tekak dah start buat hal, kacau betulla. Ni pun dah kali yang ke berapa aku keluar masuk tandas. Damn it. Tapi yang buat menyakitkan hati adalah bila dah masuk tandas hilang pulak feel. Adoyai, what’s the hell is going with me today?

“kau kenape Zoey? Dari tadi asyik duk ulang alik tandas je? Cirit birit ke? “ Yatie menyoal aku.

Tangannya lincah mengemas nota-nota tutorial site engineering yang akan dibawa pergi kelas nanti.

“takdela cirit-birit, tapi kalau perut rase sebu and tekak duk mual semacam adalah “ Jawab aku.
Aku menghala ke meja belajar. Tangan aku sibuk mencari minyak angin cap kapak. Masa kecemasan masa ni la, ‘dia’ pulak menghilangkan diri. Hmmm, dalam ‘luggage’ kot. Aku menarik ‘luggage’ di bawah katil. Finally, jumpa pun.

“kau salah makan tak?” Tanya Yatie lagi.

“maybe kot. Tapi bukannya aku makan same ngan kau semalam?”

“a’ah la. Lupa pulak aku” Yatie tersengih.

“masuk angin kot agaknya tu” Duga Yatie lagi.

“entahla”

Aku membuka penutup botol minyak cap kapak tu. Titikkan dua tiga titik kat jari dan sapu sikit kat leher. Harap-harap ok kot lepas ni. Nanti lewat pulak pergi kelas.

Sampai je kat uni dah dekat pukul 7.45 pagi. Syukurla tak lambat lagi. Dahla kelas jauh gila, hujung blok dekat dengan bukit sana tu. Haila, boleh berpeluh ketiak kalau berjalan laju-laju ni.

Subjek kelas hari ni site engineering. Subjek yang kena banyak fikir plus kena banyak mengira. Kalau hari-hari ada subjek macam ni boleh botak kepala apa. Nasibla Puan Syarina bagi assignment yang suruh buat dalam kelas je. Tak payahla sibuk-sibuk nak pergi library cari buku rujukan or notes. Dalam keadaan tak selesa macam ni, tak sanggup rasa nak pergi mana-mana.

“Zoey” Dia dah datang dah.

Terus duduk kat sebelah tanpa bagi salam. Aku pandang dia sekilas, ceria je macam baru menang duit juta-juta.

“hmmm”

“nape muka pucat semacam je?” Andriand menyoal.

Dah start dah sesi soal menjawab dengan Inche Future Husband To-Be. Ok apa Zoey, dia concern je dengan keadaan kau. Kau je yang tak reti-reti nak ucapkan terima kasih.

“dia tak ok tu. Pagi tadi dah dua tiga kali keluar masuk tandas” Jawab Yatie.

Terima kasih Yatie sebab tolong jawab soalan Andriand tu. Sungguhla aku tak ada mood nak menjawab soalan time-time macam ni.

“what’s happened?” Soal Andriand lagi.

“entah. Katanya perut rase sebu and mual semacam je” Yatie tolong menjawab lagi.

Bagus Tie, rasa bangga pulak dapat kawan macam ni.

“oh. Patutla terbau minyak angin je bila datang sini” Andriand tersengih.

Eh dia ni. Aku pakai minyak angin ni sebab terpaksa je. Kalau tak, jangan harap la nak pakai. Nanti kena cop budak pelik je. Yela, orang lain pakai minyak wangi. Aku pulak bau minyak angin.
Kelas dah start bising bila Puan Syarina cakap dia ada meeting lepas ni. Tak sampai pun setengah jam dia duduk dalam kelas. Assingment pun suruh hantar esok. Yuuhuu, heaven betul. Aku tersenyum sendiri.

“guys, ladies jap” Aku bangun dari kerusi menuju ke luar kelas.

Mula-mula berjalan perlahan-lahan. Sampai je dekat tandas lelaki, aku dah start berlari-lari macam tak cukup tanah. Dah la tandas perempuan jauh, dekat hujung blok tu. Siapa la yang design tandas jauh gila macam ni?

Sampai je sana, tak sempat aku bukak pili paip. Dah terburai semua keluar isi perut kat sinki. Huh, nasib tak terkena baju. Aku picit-picit kepala dan urut-urut leher. Kepala pun dah rasa dizzy semacam je. Dan lepas tu terus muntah lagi sampai tiga kali. Kali ni dengan air mata sekali yang keluar. Ouchh Zoey, sakit sangat ke?

Memang sakit pun ni. Senak je rasa perut. Pili air aku buka dan terus berkumur-kumur. Payau dan perit je rasa tekak ni. Aku pandang wajah kat cermin. Ya Allah, pucatnya muka. Memang patut pun kena tegur tadi, pucat semacam je. Macam zombie pulak pun ada.

Aku melangkah menuju ke luar dari tandas setelah lama bertapa. Macam mana ni? Agak-agak boleh jalan balik sampai kelas tak? Baru je nak sambung langkah, terpaksa patah balik semula. Bukan apa, perut pulak rasa mencucuk-cucuk. Adoyai, betul-betul menguji ni.

Lepas lima belas minit berkampung dekat tandas, akhirnya aku kembali ke kelas walau rasa memang dah tak ada tenaga langsung nak berjalan.Dengan lutut yang terasa lembik dan terketar-ketar, aku duduk di tengah-tengah antara Yatie dan Andriand. Tangan pun aku rasa dah menggigil-gigil je ni.
Anyone, please help me rite now!!? Please!!

“Zoey, lame giler kau gi tandas. Ok tak ni?” Yatie dah start menyoal.

Aku mendiamkan diri. Memandang Yatie dengan muka yang tak berperasaan. Aku perasan Andriand merenung tajam seolah-olah meminta penjelasan.

“I’m not ok rite now “ Jawab ku perlahan.

“what do U mean” Pantas Andriand bertanya.

“err..aku muntah tadi 3 kali kat tandas”

Andriand sedikit terperanjat dengan jawapan aku tadi. Aku meletakkan kepala di atas meja. Peningnya kepala. Botol minyak angin yang aku bawak tadi, aku keluarkan dari beg. Pantas aku titik kat tangan dan gosok-gosok kat leher dan dahi. Nak letak kat perut kan macam segan pulak kat Andriand.

Yatie tengok aku tak berkelip. Apa hal pulak dengan kawan aku sorang ni? Tengok orang macam nak telan?

“Zoey, aku nak cakap ngan kau jap”

“ape hal ni?” Jawab aku dengan nada malas.

Aku baru teragak-agak nak berdiri. Yela, badan ni rasa macam tak larat lagi. Tak sempat aku berdiri, Yatie dah pun pergi berbisik perlahan kat telinga aku.

“I think kau pregnant kot. Tu yang kau asyik muntah-muntah je. Apa tu orang panggil, morning sickness” Bisik Yatie kat aku. Mesti dia tak nak bagi Andriand dengar tu.

“ape kau cakap ni?” Bentak aku tiba-tiba.

Yatie dan Andriand masing-masing terkejut. Yela, tiba-tiba aku melenting tak tentu pasal.

“err..Zoey, aku mintak maaf ek. Tadi tu aku cakap ape yang aku rase je”

“dah, aku tak nak dengar lagi” Yatie terus senyap.

Actually jantung aku dah berdegup sakan. Rasa macam hilang je pening bila dengar cakap Yatie tu. Betul ke aku pregnant? Adoyai, macam mana ni?

Tapi kejadian tu dah berlalu hampir dua minggu lebih. Memangla aku tak period lagi sebab masa kejadian tu, aku baru je habis period. Eh wait, aku kira balik menstrual cycle aku. Oh no, hari yang kedua belas. That’s mean waktu tu aku tengah subur. Damn it. Apasal aku tak terfikir selama ni?

“Zoey, sabar ok. Aku tau la kau tengah tak sihat. Tapi janganla nak marah-marah orang pulak” Andriand menegur.

Aku menjeling tajam kat Andriand. Apasal nak back-up Yatie pulak ni? Aku mendengus kasar. Baik aku balik rumah je dari terus duduk sini. Buat sakit hati je. Aku lantas berdiri.

“nak ke mana pulak tu?” Soal Andriand.

“balik” Sepatah aku jawab.

“kau kan tengah tak sihat. Nak balik cam ne?” Soalnya lagi.

“ikut suka aku la” Balas aku geram.

watch out your words my dear” Andriand menarik tangan aku ke luar kelas. Menuju ke arah koridor berhampiran.

Aku perasan ada mata-mata nakal melihat aku dengan Andriand ke luar. Dahla selamba je pegang tangan aku. Yela, dia mana ada berkawan dengan perempuan. Nak bercakap dengan perempuan pun payah.

“ape ni?” Marah aku kat Andriand.

Kuat je dia pegang tangan aku. Tak lepas-lepas pun dari tadi walau aku dah cuba tarik tangan aku. Last-last aku mengalah.

“I think U are pregnant right?” Katanya perlahan.

Bulat mata aku. Dia ni dengar ke apa yang Yatie berbisik dengan aku tadi? Aku mengeluh.

“aku tak tau” Jawab aku perlahan.

“I think U should check “

Nak pergi check ke? Rasa macam takut je pulak bila sebut pasal pregnant bagai ni. What
should I do know?

“tak nak la” Aku menggeleng-geleng kepala.

“Zoey, please listen to me k. I’m worry about U. Yatie also. Dah pucat lesi macam ni tapi still degil jugak. I tak nak ape-ape jadi kat U la” Keras Andriand bersuara.

Aku hanya menunduk kepala. Dia ni ambil berat kat kau Zoey. Dengar je la cakap dia tu, untuk kebaikan kau jugak. Kalau kau tiba-tiba pengsan kat tengah jalan kan lagi susah.

“emm..”

“jom kite pergi klinik” Ajak Andriand lagi.

“tak nak. Aku nak balik, rest kat rumah je” Satu lagi alasan aku cipta semata-mata nak elak dari kena pergi klinik.

“jangan degil boleh tak”

“orang cakap tak nak-tak nak la” Aku menjerit.

“budak ni la. Kalau tak nak pergi jugak, aku dukung kau bawak masuk kereta, nak?” Andriand dah start menggertak.

Apa hal sampai nak main ugut-ugut aku pulak ni. Dah tak ada kerja ape sampai nak dukung-dukung orang bagai. Aku bukan tak nak pergi check-up tapi macam tak sanggup je nak terima kenyataan if aku betul-betul pregnant.

“aku..”

“dah-dah. Tak yah cakap banyak lagi” Dia tarik tangan aku menuju ke kereta.

Nak tak nak terpaksa la ikut jugak dengan rasa sakit hati. Kan dia buat gila dukung aku kat sini, mau aku malu setahun nak pergi kelas.

2 comments:

RinsyaRyc said...

moga-2 mengandung~ eh, jahatnya ai! ngeee~

zura asyfar said...

@RinsyaRyc

hehe...tgu!!!