:: My gangS :: TQVM

Tuesday, December 28, 2010

bab 30 why me?

Abang kuar jap..

Tu mesej yang aku dapat dari Andriand. Bila tengok masa mesej tu dihantar pukul 7.45 pagi. Awalnya, nak ke mana pulak tu? Kalau nak jumpa client pun, takkan la awal sangat. Hmm..Biar je la, baik aku mandi je dulu. Lagipun perut dah start berirama pop rock ni.

Aku ke lobby resort pukuk 8.30 pagi. Harap-harap ada la kat sini jual nasi lemak, dah bosan rasanya duk makan sandwich je. Tekak aku ni nak jugak rasa masakan Melayu. Dahla kat sini banyak hidangkan makanan western je.

Aku melangkah ke meja berhampiran dengan kaunter bayaran. Ada pun jual nasi lemak kat sini. Bufet pun bufet la, janji dapat makan. Lepas je pesan segelas hot choclate, aku terus makan sambil perhati pengunjung yang keluar masuk lobby.

Setelah selesai makan, jam baru pukul 9 pagi. Tak tau nak pergi mana pulak lepas ni, lagi pun awal lagi. Hmmm.. Dapat jalan-jalan kat tepi pantai masa ni, ok jugak kan. Lagipun masih pagi lagi, tak la panas sangat kalau nak berjalan-jalan pun.

Langkah aku terhenti bila terpandang susuk tubuh yang aku kenali. Andriand ke tu? Aku pergi intai di sebalik pokok kelapa pandan yang ada kat situ. Sah, memang Andriand. Tapi dia buat apa kat tepi swimming pool tu? Erk, ada perempuan la dengan dengan dia. Aku dah rasa tak sedap hati.

Aku melangkah makin dekat. Bersedia untuk mencuri dengar perbualan diaorang. Lagipun aku nak tau siapa perempuan yang membelakangi aku tu.

“U tak bagitau dia lagi ke?”

Perempuan tu tanya Andriand. Aku tengok Andriand kerut dahi, nampak macam serius je. Takkan tengah bertekak pulak kot? Eh wait, macam familiar je suara perempuan tu.

“nanti la I bagitu dia. Lagipun pun hal ni tak penting pun kat dia”

Tak penting hal ni kat dia? Siapa ‘dia’ dalam perbualan diaorang ni? And hal apa yang tengah diaorang cakap ni?

“so kalau dia tau cerita sebenar dari orang lain, baru U nak bagitau dia?”

Perempuan tu tanya lagi tapi ni siap pegang tangan Andriand pulak tu. Biar betul perempuan ni? Selamba je pegang tangan Andriand, aku yang isteri dia pun tak pernah buat macam tu. Andriand pulak biar je. Tak boleh jadi ni, aku kena pergi lagi dekat dengan diaorang kalau nak tau cerita sebenar.

“takde la cam tu. Nanti-nanti la I bagitau dia” Andriand jawab sambil meraup muka.

“kalau macam tu tak pe la. Don’t blame me if she’s got hurt”

‘she’? Siapa tu? Takkan aku pulak.

“pandai-pandaila I nanti. Lagipun Zoey tak penting pun dalam hal ni. Ni hal pasal kita je”

Zoey? Dia cakap pasal aku ke? Andriand cakap aku tak penting dalam hal ni? And dia ada cakap hal ni pasal kita? So maksudnya ni hal perempuan tu dengan Andriand la? Aku melangkah laju ke arah diaorang. Apa nak jadi, jadi la. Aku nak tau jugak cerita sebenar. Agaknya ni la hal yang aku tak pernah tau selama ni.

“aku memang tak penting kan?”

Aku sound Andriand depan perempuan tu. Andriand nampak macam terkejut gila masa tengok aku. Aku tengok balik kat perempuan tu. Huh, perempuan yang ugut aku hari tu rupanya. Yang dia cakap dia tergila-gilakan Andriand sampai sanggup buat apa saja tu. Yang suruh aku bercerai dengan Andriand sebab nak sebarkan gambar dan video kami kat semua orang.

“errr Zoey..Ma-macam mana boleh ada kat sini?”

Tanya Andriand tergagap. Aku pandang dia dengan renungan tajam. Kalau pandangan tu pisau, dah boleh terbelah dua dah dia saat ni.

“tu tak penting. Yang penting aku nak tau ape sebenarnya hubungan kau ngan perempuan ni?”

Aku tahan marah dengan tarik nafas perlahan. Perempuan tu pulak tersenyum sinis je tengok aku. Suka la tu sebab aku dengan Andriand tengah bergaduh. Lagipun dia lagi suka kalau aku dapat bercerai dari Andriand.

“hi Zoey. Jumpa lagi kita, I Bella, ex-girlfriend Andriand dulu”


Selamba je perempuan tu hulur tangan kat aku. Aku jeling maut kat dia. Ingat macam baru first time jumpa ke sampai nak salam-salam semua.

Tapi dia cakap dia tu ex-girlfriend Andriand? Masa jumpa aku dulu cakap yang dia je yang tergila-gilakan Andriand. So sekarang ni, siapa yang betul and siapa yang salah? Aku tengok Andriand pandang aku dengan serba salah. Nampak sangat macam orang dah buat salah.

“owh ex-girlfriend rupanya. So sekarang ni tengah nak sambung kembali cinta yang dah terputus la?”


Aku senyum sinis kat Andriand. Dia tak berkelip pandang aku.

“Zoey, bukan macam tu. Bella ni course-mate abang dulu masa kat uni lama”


Dia jawab sambil tangan dia cuba pegang tangan aku. Aku tepis tangan dia dan letak dalam poket seluar.

“stop. Aku tak nak dengar lagi. Kalau korang nak sambung kembali cinta yang terputus or nak kawin sekali pun, aku dah tak peduli. Aku just nak kau ceraikan aku je”

Aku marah Andriand depan perempuan tu. Hati aku dah rasa sakit sangat masa ni. Konon-konon dulu janji nak suruh aku jatuh cinta kat dia la, tak nak kahwin dengan orang lain la. Semua tipu je semata-mata. Entah-entah apa yang jadi malam annual dinner pun dia yang rancang semua. Apasal aku bodoh sangat boleh percayakan dia ni?

“Zoey”


Andriand panggil aku masa aku dah melangkah jauh dari dia. Aku tak berpaling pun.

“Zoey”


Dia tarik tangan aku sampai aku henti berjalan. Aku pandang dia dengan perasaan macam nak je lempang laju-laju muka dia. Tapi aku boleh sabar lagi. Tak nak la buat drama tengah-tengah alam ni.

“hey lepas la” Aku cuba tarik tangan aku tapi tak boleh. Dia genggam kuat sampai aku rasa sakit. Tak guna punya Andriand. Cuba nak tunjuk kuat dia pulak kat sini.

“Zoey, please listen to me first. Bella tu bukan ex-girlfriend abang. Abang tak pernah bercinta pun selama ni. U are the first one” Dia cakap kat aku. Tapi aku hati aku tetap sakit walau perasaan aku ada rasa nak percaya cakap dia tu.

enough I said. Aku dah tak percayacakap kau lagi” Aku terus rentap kuat tangan aku sampai hampir je aku jatuh kat swimming pool tu. Kalau betul-betul jatuh, memang drama la.



*************************************************



Aku berlari-lari anak pergi pergi lobby resort. Aku tak sedar pun masa tu aku dah menangis. Aku rasa hati aku betul-betul dah hancur. Baru je hubungan kitorang nak baik tapi dah jadi makin teruk pulak. Aku masuk tandas dan menangis depan cermin kat situ.

Aku buat dengar tak dengar je masa Andriand call aku. Banyak kali dia call aku sampai aku cabut battery handset aku. Aku tak nak dengar cakap dia lagi sebab kalau aku dengar, lama-lama nanti aku percaya. And lepas tu aku kena tipu lagi.

Lepas dekat setengah jam duduk bertapa dalam tandas, aku kesat air mata dan betul-betulkan rambut yang sedikit kusut tadi. Aku tengok mata aku dah merah sebab banyak sangat menangis. Bodoh pulak rasa sebab aku menangis sebab lelaki. Kenapa la perempuan selalu je emo? Aku dah cuba untuk jadi kuat tapi tetap tak boleh jugak. Aku ambil handset aku dan on kan balik. Nama Vic mula-mula aku cari.

“hello Vic” Terketar-ketar suara aku menahan dari menangis.

“hello Zoey. Eh, kenape ni?” Cemas je suara Vic.

“aku..aku nak jumpe kau boleh?”

“ok..Kau kat mane tu?”
Tanyanya lagi.

“err..kat Strawberry Resort”


“tunggu tau..Kejap lagi aku sampai”

Aku tamatkan perbualan sambil mengesat air mata yang mengalir kat pipi. Rasa sedih sangat masa ni, tak tau nak mengadu kat siapa.

Aku keluar dari tandas dan duduk kat tempat tersorok sikit kat dalam lobby resort tu. Tak nak bagi Andriand jumpa aku. Kalau aku balik apartment, konfem aku akan terjumpa dengan dia. Walau semua pakaian aku still ada lagi kat apartment, tapi aku tak sanggup dah nak balik kat situ lagi. Baik aku terus balik ke rumah sewa aku atau ke mana-mana saja. Aku nak tenangkan diri dulu sebelum ambil langkah seterusnya.

Setengah jam kemudian Vic sampai dengan kereta Honda City biru metalik dia. Aku terus masuk tanpa cakap apa-apa kat Vic. Vic terus drive kereta dia keluar dari Strawberry Resort.

“kau kenape? Macam mana pulak boleh ade kat sini pulak?”

Vic mulakan perbualan lepas dekat sepuluh minit masing-masing diam je dalam kereta. Sesekali aku kesat air mata yang hampir mengalir turun.

“a-aku ade masalah sikit”

Aku jawab sambil berpeluk tubuh dan pandang depan. Aku tak nak pandang Vic. Aku takut dia perasan aku menangis. Cuma sekarang ni, patut ke aku bagitau Vic yang aku dah kahwin? Memang dulu aku dah janji dengan Andriand nak bagitau kat Vic yang kitaorang akan kahwin. Tapi sebab banyak sangat masalah yang jadi, aku terus lupa, diapun jarang call sebab ada kat laut.

“cite la kat aku. Mana la tau aku boleh tolong” Vic tetap focus dengan pemanduannya. Kadangkala je dia menoleh kat aku di sebelah.

Aku mengeluh panjang sambil menjeling sekilas kat dia. Aku tarik nafas perlahan dan hembus perlahan. Aku perasan handset aku bergetar, tadi aku dah buat silent mode. Jadi dia vibrate je la. Aku tau, tu mesti Andriand yang call.

“kalau aku cakap, aku dah kawin kau percaya tak?” Mungkin ni la masa terbaik aku ceritakan apa yang telah berlaku.

“a-apa kau cakap?” Vic berhentikan kereta dia kat bahu jalan dan pandang aku dengan renungan tajam. Mesti dia terkejut gila nya.

“aku baru je kahwin. Tak sampai lagi seminggu”

Aku jawab jujur sambil gigit bibir. Aku nampak wajahnya berkerut. Lepas tu menggeleng-gelengkan kepala.

“kau biar betul Zoey? Jangan main-mainla hal nikah kawin ni?” Marah pulak Vic ni bila aku bagitau aku dah kahwin. Ingat aku ni main-main ke?

“betul Vic. I’m already married” Balas aku perlahan.
Vic meraup mukanya beberapa kali dan mengeluh panjang. Aku hanya menunggu reaksinya.

“anyway congratulation. Walau aku tak kenal sape husband kau tu” Suaranya mendatar. Tak macam masa mula-mula jumpa tadi.

“emm..Dengan coursemate aku, Andriand” Aku gigit bibir.

“Andriand? Kenape aku macam pernah dengar je nama tu?”

“memang pun. Kau dah pernah jumpa dia sekali”

Dia berkerut dahi, mungkin tengah mengingati nama Andriand.

“yang jumpe kat EC tu ke?”

“a’ah” Jawab aku sepatah sambil menganggukkan kepala.

“aku tak tau nak cakap apa lagi. Speechless. Tapi tadi kau menangis kan? Kenapa?”

Kali ni dia mengalih kedudukannya menghadap aku pulak.Aku tetap pandang depan. Tak sanggup rasanya nak pandang balik muka Vic.

“aku ade masalah sikit dengan dia”

Zoey, tu bukan masalah sikit tapi dah jadi masalah besar pun. Vic mengeluh lagi.

“baru je kahwin seminggu dah ada masalah? Kau ni kahwin atas sebab ape sebenarnya? Tup-tup je kahwin, kena tangkap basah ke apa?”

Tersentak aku dengan tembakan soalan dari Vic. Bukan tangkap basah tapi tertangkap dengan mak dan ayah aku. Lepas tu baru la kitaorang kahwin, nak je aku jawab macam tu kat Vic.

“emm..aku” Tak terkeluar rasa ayat seterusnya.

“kalau kau tak sedia lagi nak cerita kat aku, takpe la. Take your time. Tapi aku nak jumpa sangat budak tu, yang buat kau menangis ni”

Katanya sedikit tegas.Aku kembali memandang Vic. Serius pulak muka dia saat ni.
Aku mengeluh lagi dan memandang ke kiri. Patut ke aku cerita hal aku dan Andriand kat Vic? Boleh ke cerita kisah rumahtangga kita kat orang lain? Aku keliru.



************************************************


Beberapa minit kemudian, tiba-tiba kereta yang dinaiki Vic dan aku dihon beberapa kali. Aku yang tengah mengelamun tu tersentak. Bila aku pandang cermin sisi, aku tengok kereta warna putih ada kat belakang kereta Vic. Tu bukannya kereta Andriand ke? Dia kejar aku ke? Aku dah mula rasa bimbang. Macam ada something yang akan berlaku je.

Belum aku sempat bagitahu kat Vic, pintu kereta di sebelah aku dibukak kasar dari luar. Aku hanya diam tak bergerak. Still terkejut dan tergamam.

“Zoey, balik” Tegas sekali Andriand mengarah. Aku pandang dia dengan pandangan kosong.

“Zoey”

Suaranya sedikit naik. Tangannya menarik tangan kiri aku sampai aku terkeluar dari kereta. Aku rasa air mata aku dah kembali jatuh. Tangannya still kuat pegang tangan aku walau aku dah ada di luar kereta. Aku tak sanggup nak pandang muka dia.

“ape ni bro?” Tiba-tiba Vic datang dan tegur Andriand.

“aku nak bawak isteri aku balik. Kau ada masalah ke?” Balas Andriand kasar.

“owh isteri. Aku ingatkan kau dah tak ingat dia isteri kau” Balas Vic pulak.

“kau ni ape hal? Tiba-tiba je kacau isteri aku”

Aku dengar Andriand menyoal Vic. Aku tengok Vic dah merah muka menahan marah.

Aku tengok Andriand merenung tajam dan mengenggam penumbuk. Aku tak boleh biarkan ni, karang bergaduh pulak diaorang ni kat sini.

“aku kacau isteri kau? Atau kau yang tak pandai jaga isteri sendiri?”

Vic menjawab sinis seolah-olah mengejek Andriand. Dan lepas je Vic habiskan ayatnya, sebuah tumbukan kena tepat kat muka Vic. Aku terkejut dengan tindakan gila Andriand tu. Vic hampir-hampir jatuh kat tanah. Aku tengok ada darah keluar dari bibir dia.

“aku memang tak puas hati dengan kau”

Balas Vic pulak sambil mengesat darah yang keluar dari bibirnya. Dia membalas tumbukan Andriand kat mukanya dengan menumbuk perut Andriand. Andriand jatuh terduduk kat tanah. Aku terpaku dan tak tau nak buat apa.

“kau tak puas hati kenape? Sebab aku yang dapat Zoey, bukannya kau”

Andriand dah kembali berdiri sambil memegang perut. Kecut aku tengok muka diaorang ni. Masing-masing muka dah macam nak telan orang je.

“memang aku tak puas hati. Aku kenal Zoey dulu, tiba-tiba je kau crossed line. Aku dah lama cintakan dia”

Aku terkejut dengan kata-kata Vic. Dia cintakan aku? Imposibble, aku anggap dia kawan baik aku je selama ni. Lagipun tak pernah pun dia luahkan perasaan dia kat aku. Setakat ajak-ajak ayam nak kahwin dengan aku pernahla. Takkan tu dikira serius pulak kot.

Tiba-tiba Andriand tergelak kuat. Aku yang terkejut tu jadi macam blur je. Yela, tiba-tiba je tergelak. Takkan dah tak betul selepas terkena tumbukan dari Vic tadi.

“aku bukan setakat crossed line je, tapi aku siap dapat tubuh dia lagi. Kau simpan je la cinta kau tu. Aku sure kau takkan nak dia balik, yela takkan kau sanggup ambil bekas sisa-sisa aku pulak”

Masa tu la dunia macam terhenti seketika bila aku dengar cakap Andriand. Betul ke apa yang dia cakap tu? Dia kata macam tu seolah-olah dia nakkan tubuh aku je. Sampai hati kau Andriand. Aku tengok Vic macam terkejut dengan pengakuan Andriand tu. Aku pun tak dapat nak tahan air mata aku dari terus mengalir.


8 comments:

IVORYGINGER said...

alahai napa la andriand cakap mcmtu???
pdhal mmg dia cintakan zoey.
xkan la sbb sakit hati ngan pengakuan vic dia nk balas lagutu. huh... geram seh... ku belasah jew mamat ni. ckp ikut sedap mulut jew.

zura asyfar said...

ivory : dia marah kt vic, sebab tu semua keluar tu..takde niat pun nak sakitkan hati zoey...

farahnasir said...

sambung cepat kak zura :))

zura asyfar said...

ok2..thg m'editkan cite ni..hehe

RinsyaRyc said...

hishh... tu kalau kemarahan menguasai kita, smua ayat pun boleh keluar..

zura asyfar said...

@RinsyaRyc

betul tu..kalau tgh marah, ape saja boleh kuar...

Miezan :) said...

Alahaiii.. Sedihnya :'(

jue bard said...

Eh jap..dorang ni dh abis study ker..lama plak cuti ha..hmm blur jap pepagi buta ni..