:: My gangS :: TQVM

Wednesday, December 1, 2010

bab 23 why me?

Aku membuka mata perlahan-lahan. Sinaran cahaya putih terasa menusuk mata. Lantas aku berpaling ke kiri. Bau ubat kuat mencucuk hidung. Konfem ni kat hospital atau klinik. Aku pegang dahi yang sedikit berdenyut, peristiwa tadi kembali menjengah di ingatan.

“Zoey” Jerit Yatie masa sampai kat aku. Aku pegang perut dan dahi aku. Rasa macam ada cecair mengalir je kat dahi aku. Aku rasa pening.

Aku perasan kat tangan aku ada darah. Darah? Mesti dahi aku luka masa jatuh tadi. Dalam samar-samar waktu nak masuk maghrib, aku perasan Yatie menangis sambil memegang tangan aku.

“Tie, aku pening” Kata aku perlahan.

“Andriand, angkat Zoey masuk kereta. Kite bawak pergi klinik” Jerit Yatie kat Andriand yang terpinga-pinga tu. Andriand pantas mengangguk. Kemudian, aku rasa badan aku diangkat dan lepas tu semuanya terus kabur.

Pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan Yatie masuk menuju ke arah aku. Aku bangun dan cuba bersandar kat kepala katil.

“bagusla kau dah sedar. Tadi aku risau sangat masa kau pengsan dalam kereta. Syukurla tak ade ape-ape cuma luka sikit je kat dahi” Dia duduk di kerusi di tepi katil sambil tersenyum.

Aku cuba untuk senyum. Dia kata aku tak ada apa-apa? Maksudnya semua ok la kot. Tak cakap pun pasal kandungan aku. Tapi kenapa aku boleh pengsan tadi? Kan Yatie cakap cuma luka sikit je kat dahi.

“thanks Tie” Rasa bersalah pulak sebab tadi aku marah dia.

“it’s ok” Katanya lagi.

“bila aku boleh keluar?” Soal aku.

“kite tunggu doctor datang dulu, baru tau”

Aku mengangguk. Tiba-tiba pintu dikuak lagi. Siapa pulak yang datang ni?
Aku mengerling ke arah pintu.

“Zoey, kau ok tak?” Soal Andriand dengan wajah yang aku rasa sedikit risau.

“kau peduli ape” Jawab aku keras.

“Zoey, aku mintak maaf pasal tadi. Nanti aku explain kat kau”

“tak payah susah-susah. Kau boleh balik je” Kata aku sedikit kuat.

“Zoey, janganla macam ni” Andriand cuba memegang tangan aku.

Cepat aku menjauhkan diri ke tepi katil. Aku benci nak tengok muka dia. Hipokrit.

“aku cakap balik-balik la. Tak reti bahasa ke?” Jerit aku.

Yatie dan Andriand masing-masing terkejut. Aku pegang dada dengan tangan cuba mengawal rasa marah.

Yatie memberi isyarat supaya Andriand keluar. Aku hanya memandangnya tanpa perasaan.

“Zoey, tak baik tau buat dia macam tu. Tadi dia yang angkat kau masuk kereta. Dia yang pangku kau dalam kereta sampai hospital sambil menangis”

Aku diam tak berkata apa-apa. Betul ke apa yang Yatie cakap atau dia buat macam tu sebab bersimpati kat aku je?

“kau dengarla dulu ape yang dia nak cakap tu. Janganla nak buat keputusan melulu je. Aku tau tu bukan salah dia” Kata Yatie lagi.

“bukan salah dia ke aku jatuh?”

Yatie terdiam sejenak.

“tapi perempuan tu bukan bukan girlfriend dia la” Sambung Yatie lagi.

Aku cuba berfikir tapi aku rasa otak aku macam penat je. Aku menggeleng-geleng kepala.

“Aku tak nak cakap pasal ni. Aku nak rest”

“ok. Aku dah tak cakap dah. Tapi ape-ape pun nanti kau kena tanya dia perkara sebenar” Pesan Yatie lagi.

Baru je aku nak baring, seorang doctor masuk ke bilik. Dia tersenyum dan mendekati kami. Yatie serta –merta menjauhkan diri.

“so awak macam mana? Ada rasa sakit-sakit lagi?” Tanya doctor perempuan tu.

“dah tak sakit pun” Aku cuba tersenyum.

“kalau macam tu awak boleh discharge la. Lagipun luka sikit je kat dahi”

Aku hanya mengangguk. Doktor tu menulis sesuatu di buku rawatan.

“nanti boleh ambil ubat kat luar” Katanya lagi.

Selepas urusan ambil ubat dan bil selesai. Aku dan Yatie balik ke rumah dengan kereta Fadzrul. Dah tak nampak pun kelibat Andriand kat situ. Biarla, dari sakit hati baik aku tak tengok dia langsung.

Sesampainya kat rumah, aku terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Sebenarnya aku masih pelik dengan keadaan aku sekarang ni. Bukannya masa jatuh tadi perut aku rasa senak je. Dalam fikiran aku terlintas satu perkara je, mesti aku akan keguguran. Tapi yang peliknya lepas aku sedar radi, perut aku rasa ok je macam tak ada apa-apa pun. Even doctor pun tak ada cakap apa-apa.

Biasanya kalau orang mengandung dan tiba-tiba terjatuh, bukannya dia akan keguguran ke? Takkan la kuat sangat kandungan aku sampai jatuh tersembam pun tak ada apa-apa? Bila aku check pakaian aku tak ada pun kesan darah. Maknanya kandungan aku ok je la kan? Haissh, tak faham aku. Apa-apa pun aku bersyukur la tak ada apa-apa yang serius terjadi.



*********************************************************************************


Seminggu berlalu lepas kejadian aku terjatuh tu, aku pergi ke uni macam biasa, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku dah tekad dalam hati, semi ni kena study betul-betul tak nak main-main lagi. Aku tau Yatie perasan yang aku dan Andriand dah tak bertegur sapa lagi. Kalau jadi perkara tu kat orang lain pun, maybe akan buat perkara sama jugak. Lagipun aku ikut macam apa yang tertulis kat surat ugutan tu; jauhkan diri dari Andriand. Aku rasa itu perkara yang terbaik aku dapat lakukan sekarang ni.

Panggilan telefon selepas Maghrib tadi memang membuat hati aku rasa sedikit gembira bercampur terkejut. Teringat lagi perbualan di telefon tadi.


“assalamuallaikum Viya, ayah ni” Aku mengerut dahi.

Ayah telefon aku? Macam tak percaya je. Aku tengok balik kat skrin telefon. Memang naik nama ayah pun kat situ.

“waalaikummussalam” Jawab aku sedikit perlahan. Masih kurang percaya dengan apa yang sedang berlaku ni.

“kenape Viya tak telefon ayah bagitau ape yang berlaku?” Pertanyaan ayah membuat hati aku tertanya-tanya.

“err..kan mak dah tak nak mengaku Viya anak dia lagi” Aku bersuara sedikit serak. Cuba menahan rasa sedih yang bertandang.

“mak kamu kan tengah marah masa tu. Lagipun sejak dua minggu ni dia asyik termenung aje teringat kat kamu ” Ayah berkata lagi.

Aku mengesat air mata yang mengalir ke pipi. Aku pun rindu kat mak jugak, cuma bila dia cakap tak mengaku anak dia tu, aku jadi sedih. Dahla lepas kejadian kat hotel tu, macam-macam benda terjadi kat aku.

“Hujung minggu ni kira jadi la Viya balik ye. Ayah ngan mak dah tau dah cerita sebenar. Keluarga Andriand pun ada datang lima hari lepas, bincang pasal perkara ni dan pasal perkahwinan kamu”

Aku menelan liur yang terasa berpasir. Kenapa aku tak tau pun pasal ni? Mak dan ayah aku dah tau cerita yang sebenar ke?Tiba-tiba aku teringat yang Andriand ada berjanji nak pergi rumah aku dengan keluarga dia, tapi tu kan janji sebelum kejadian aku terjatuh tu. Tak sangka pulak dia pergi jugak. Aku mengeluh.

“macam ni la mak dan ayah tunggu kamu balik je ni. Kami pun tengah buat persiapan majlis kawin kamu, orang kampung pun kami dah jemput. Kira nanti kamu balik bawa diri je” Kata ayah lagi.

Aku tersentak dan terkejut. Kira plan yang aku dengan Andriand hari tu betul-betul jadi la? Aku meraup muka. Macam mana ni? Surat ugutan tu macam mana pulak?

“mak ada?” Aku bertanya.

“tak ada. Dia pergi rumah Mak Ngah kamu bincang pasal barang hantaran”

“owh, tak pela macam tu”

“jangan tak balik pulak tu, nanti mengamuk pulak mak kamu nanti” Pesan ayah lagi.

“ok, ayah jangan bimbangla. Viya akan baliknye” Janji aku.

“kalau macam tu tak ape la. Jaga diri kamu tu baik-baik, bakal pengantin ni darah manis” Aku dengar suara ayah yang sedikit mengusik.

Aku mematikan perbualan selepas memberikan salam. Termenung aku sekejap di dalam bilik. Apa aku nak buat ni? Aku tak nak gambar aku dengan dia tersebar. Dulu sebelum dapat surat ugutan tu lain cerita. Lagipun bila aku ingat peristiwa dia berpeluk dengan perempuan lain depan mata aku, hati aku rasa sakit. Penipu, dasar lelaki. Kenapa la aku boleh berbaik dengan dia selama ni?


Aku mengeluh untuk kali ke berapa entah untuk malam ni. Aku cuba berfikir apa yang aku nak buat. Hmm, nampaknya aku perlu jumpa dengan dia. Aku ambil handset dan mula menaip mesej.


+ aku nak jumpa kau, penting..

- ok. kite jumpe kat taman dekat rumah aku.

+ ok. sepuluh minit lagi aku sampai


Sampai je kat taman tu, aku tengok dia dah menunggu aku kat situ. Mestila dia sampai dulu sebab taman tu dekat dengan rumah dia.

“kenape kau pergi jugak rumah aku?” Tanya aku sedikit serius.

Dia memandang aku sambil tersenyum. Huh, hipokrit betulla. Ada masa lagi nak senyum-senyum dengan aku.

“kan kite dah janji kan nak kahwin”

“tapi tu sebelum aku dapat surat ugutan ngan gambar tu”

“aku tak kisah. Lagipun aku kan dah kata nak bertanggungjawab”

Aku mendengus kasar. Dia ni la menyakitkan hati aku yang sudah sedia sakit. Macam perangai dia dulu-dulu masa aku baru kenal dia. Tak berperasaan dan tak kisah langsung apa yang dia cakap.

“aku tak nak gambar aku tersebar. Mana nak letak muka nanti? Kau lainla. Lagipun kau kan dah ada girlfriend”

“aku pun tak nak gambar tu tersebar. Tapi perempuan tu bukannya girlfriend aku”

“aku dah tak kisah pun. Yang aku tau aku tak nak kawin ngan kau”

“kau dah tak boleh lari dah. Semua persiapan dah siap. Tunggu masa nak langsung je. Takkan kau nak family kau putuskan hubungan ngan kau lagi”

Aku terdiam. Apa main ugut-ugut ni? Baru je hubungan aku dengan family aku nak baik. Dia ni kan suka je menyakitkan hati aku sekarang.

“susah cakap ngan orang macam kau ni. Buat sakit hati je”

“kalau susah tak payah la cakap. Kite mesej je kan lagi senang. Apa-apa pun bersedia la nak jadi raja sehari”

Dia tersenyum sinis sambil mendekati aku. Aku melangkah dua tapak ke belakang.

Terasa meremang bulu tengkuk bila dia cakap pasal raja sehari. Arggh, aku tak nak kahwin dengan dia la. Macam mana ni? Patut ke aku lari masa majlis kahwin nanti?

5 comments:

budakNebeng said...

laa.. tak kgugurn ke..
hehe.. tekaan meleset

zura asyfar said...

hmmm..maybe kot :)

RinsyaRyc said...

Perghh! naseb baek!

zura asyfar said...

@RinsyaRyc

hehe..naseb baek...

jue bard said...

Tgh2 malam ni marathon WM. best citer ni..tq zura ashfar..rasa mcm zoey x pregnant jer..mayb simptom darah rendah kot..pening n mual..