:: My gangS :: TQVM

Monday, November 22, 2010

bab 16 why me?

ANDRIAND' s P.O.V * ( Point of view) *

Aku duduk bersandar kat sofa depan ruang tamu sambil merenung skrin tv yang gelap. Dengan sehelai sapu tangan kat tangan untuk menutup hidung yang asyik bersin je dan tubuh yang berbalut sweater, aku rasa macam nak demam je. Chap pun dah tidur agaknya.

Teringat kejadian kat EC tadi. Betul ke tadi apa yang aku nampak? Betul ke lelaki tu boyfriend Zoey? Tapi tak pernah nampak pun sebelum ni. Zoey pun tak pernah cerita pun kat aku yang dia ada boyfriend.

Ingatkan dah tak nak pergi EC tadi sebab lepas ajak Zoey, Zoey tak nak ikut. Tapi entah macam mana hati aku tergerak juga nak pergi EC. Dan tak disangka-sangka terjumpa Zoey dengan boyfriendnya. Memang kebetulan sangat. Kalau tak, sampai sekarang aku tak tau yang Zoey ada affair dengan lelaki lain.

Pedih rasa hati aku bila lelaki tu kata dia boyfriend Zoey, Zoey pulak senyap je macam mengiakan saje. Dah la lepas tu diaorang terus pergi macam tu je. Zoey tak pandang belakang pun tengok aku walau statik kat situ tak bergerak-gerak sampai diaorang hilang dari pandangan.

Aku melangkah longlai dari situ dengan perasaan sakit hati, pedih dan keliru. Sampai hati Zoey buat aku macam ni? Kan kiteorang dah nak kahwin. Tak sampai dua minggu je lagi. Takkan la lepas kahwin, dia nak ada affair jugak dengan lelaki tu?

Aku ingat aku terus je masuk kereta dan memandu laju. Hati aku rasa sakit sangat. Lampu merah aku langgar macam tu je. Tak kisah pun kalau kena saman cuma berharap jangan accident je. Sampai kat rumah, aku terus ambil motor dan pergi ke pantai walau masa tu tengah hujan. Aku selalu lepak kat pantai jika aku ada masalah.

Aku termenung dekat pantai dalam kira-kira dua jam. Baju dan seluar yang basah kuyup aku tak hiraukan lagi. Aku harap kesejukan air hujan dan angin pantai dapat menyejukkan hati aku yang tengah terluka.

Aku balik bila aku rasa sejuk menggigil dan asyik nak terbersin je. Hari pun dah malam, dah pukul 10 lebih pun. Dari tengahari tadi aku tak makan. Biarla, aku rela diri aku sakit dari tanggung perasaan terluka ni.

Back to ZOEY 's P.O.V (original p.o.v)

Esoknya pagi-pagi aku dah bangun sebab nak gerak pergi klinik buat checkup. Tapi bila aku call Andriand tak angkat-angkat pun. Ke mana pulak pergi ni? Hai Zoey, bimbang nampak. Takkan dah tak sabar nak jumpa bakal suami? Hishh hati ni, pagi-pagi dah start nak buat drama.

Dekat setengah jam aku call tetap tak dapat. Tak boleh jadi ni. Nanti lambat pulak nak checkup, kalau ramai orang lagi la susah. Tak pe la, aci je la pergi rumah dia.

Aku rasa aku masih ingat lagi jalan nak pergi rumah dia tu. Walau tak pernah pergi, tapi sedara Yatie ada duduk dekat area situ. Aku pernah nampak kereta dia antara rumah kat situ.

Lepas je bersiap lebih kurang, aku menghidupkan motor pergi sana. Tak jauh pun, dalam sepuluh minit je.

Aku berhentikan motor kat depan rumah semi-D kat situ. Nampak kereta dia ada kat parking, motor pun ada. Kalau semua ada, mesti dia ada kat rumah. Tapi kenapa tak jawab call aku?

Perlahan-lahan aku melangkah ke pintu pagar. Tak berkunci pun, buat masuk motor la dulu, letak kat luar nanti takut kena kebas. Menangis tak berlagu pulak nanti.

Aku menghampiri pintu.

“Assalamualaikum” Salam diberi. Senyap je.

“Assalamualaikum” Sekali lagi salam diberi tapi nada suara aku kuatkan sedikit, manatau tadi aku cakap slow sangat ke. Tapi still senyap jugak.

Tombol pintu aku pulas. Aik, tak berkunci pun. selamba je kalau pencuri masukni. Tapi kalau aku masuk, kira halal tak? Ahh, masuk jela.

Wah, bersih dan kemas je rumah ni. Tak macam rumah sewa aku yang kadangkala macam tongkang pecah. Aku pandang ke arah sofa, tak ada orang pun.

“anybody’s home” tanya aku. Senyap jugak.

Mana tuan rumah ni? Mata aku melilau-lilau ke arah ruang tamu kedua, tapi tak nampak bayang orang pun. Takkan nak check masuk setiap bilik kot. Tak pernah-pernah lagi dibuat aku, dahla selamba je masuk rumah budak laki ni.

Kedengaran suara macam orang batuk je. Aku melangkah pergi ke dapur tapi still tak ada orang. Mesti suara tu dari salah satu bilik. Ada tiga bilik kat sini, tapi yang mana satu?

“Andriand” Panggil aku.

“Andriand” Panggil aku lagi dengan sedikt kuat. Tak ada yang menyahut pun.

Hissh, ni yang aku panas ni. Rasa macam perit je tekak bila panggil kuat-kuat macam ni. Masuk je la mana-mana bilik, kalau ada apa-apa bagi backhand je. Bukannya kau tak pandai taekwando pun, siap ada blackbelt lagi.

Pintu bilik nombor dua dari kiri aku buka. Kelibat seseorang yang aku kenali tengah berbaring atas katil. Berbungkus dari hujung kaki sampai ke leher. Takkan la sejuk sangat sampai kena bungkus macam tu sekali?

Aku perasan air-cond pun tak bukak, kipas pun tak terpasang. Pelik betul. Aku menapak pergi ke arahnya. Tapi nampak macam muka dia sedikit pucat. Sakit ke?

Aku letak tapak tangan aku ke dahinya. Ya Allah, panas gila. Demam ni. Bahu Andriand aku goyang perlahan-lahan. Dia membuka matanya separuh.

“Zoey” Serak je suara dia.

“kau demam ni, jom gi klinik” Aku duduk di birai katil.

“tak nak la, makan panadol je” Dia bersuara antara dengar tak dengar.

“kau makan tak lagi ni?” Dia menggeleng perlahan.

“dah tu nak makan panadol cam ne?” Aku bertanya. Dia hanya mendiamkan diri.

“takpela, aku try cari makanan jap kat dapur” Dia menggangguk.

Aku melangkah pergi ke dapur. Nak masak bubur pun nanti lambat pulak. Ambil roti je la buat alas perut. Aku buat segelas milo suam. Biasa kalau time aku demam, tekak mesti pahit je nak terima makanan. Minum air manis kira ok la kot.

Aku ambil roti dan air milo menuju ke bilik. Andriand masih lagi berbungkus dengan comforter. Kesian pulak aku tengok.

“Andriand, makanla sket roti ni wat alas perut” Aku bersuara.

Dia nampak cuba menggagahkan diri untuk bersandar kat kepala katil walau kat mata aku, dia nampak macam tak ada tenaga je.

Dia ambil roti dan suap ke mulut. Nampak macam payah je nak menelan roti tu. Tak habis pun roti sekeping. Air milo pun luak separuh. Aku tengok dia ambil panadaol dalam laci kat tepi katil dia. Telan panadol 2 biji dan terus baring.

“takpela, aku balik dulu. Kira cancel je la nak buat checkup hari ni”

“Zoey, aku mintak maaf” Andriand bersuara. Dia memandang aku tak berkelip.

“it’s ok la. Esok lusa boleh pergi lagi” “Aku berkata sambil tersenyum.

Takkan nak paksa jugak dia pergi dengan keadaan macam ni. Setakat ni, aku ada lagi perasaan simpati. Aku pun bangun dari birai katil.

“Zoey” Andriand panggil aku lagi. Hmm, ada apa lagi dia ni?

“ape?” Aku berpaling menghadap dia.

“aku..aku..”

“aku ape?” Tanya aku dengan tak sabar.

Dia tiba-tiba bangun walau macam terhuyung-hayang je. Menonong je menuju ke bilik air. Aku mengikutinya dengan perasaan penuh tanda tanya.

Dan bila sampai je kat sinki kat bilik air tu, terus dia muntah. Aku perasan habis semua roti yang dia makan tadi keluar, sekali dengan panadol pun keluar jugak. Nak tolong macam mana ye? Aku pun gosok-gosok perlahan-lahan belakang tubuh dia.

Dia bersandar kat tepi sinki lepas siap berkumur-kumur. Aku perasan mata dia macam sedikit berkaca. Takkan sakit sangat kot. Lepas tu dia muntah lagi. Kali ni keluar air je.

“teruk kau demam ni sampai muntah-muntah, jom gi klinik” Ajak aku lagi.

“tak yah la Zoey, aku ok lagi ni” Dia berkeras tetap tak nak pergi. Takut klinik ke ape?

“Andriand, listen to me k. Kau jangan degil boleh tak? Nanti makin teruk pulak demam kau ni” Kalau dia berkeras, aku pun boleh berkeras jugak la.

Aku nampak dia macam sedikit tersentak. Tu la, sakit-sakit pun masih degil jugak. Kang tak pasal-pasal kena marah. Aku tarik tangan dia keluar dari bilik air. Ambil wallet dengan kunci kereta dia kat atas meja solek. Dia menurut je, agaknya dah malas nak berlawan cakap dengan aku.

Keluar je dari rumah, aku terus pergi kat kereta dia. Central lock kereta aku tekan dan aku masuk kat driver seat. Takkan nak bagi dia drive kot, nanti dengan aku-aku sekali masuk hospital. Aku perasan dia senyap je duduk kat tempat sebelah aku.

Seatbelt dipakai dan enjin kereta dihidupkan. Gear ditarik dan pedal minyak ditekan perlahan. Aci je la bawak kereta mahal macam ni, walhal aku tak pernah bawak pun selama ni. Setakat kereta wira ayah aku tu, biasa la.

Aku hulurkan jaket aku kat dia sebab nampak dia macam sejuk je. Nasibla muat, yela biasa aku beli yang besar sikit dari size aku yang sebenar. Sampai je kat klinik, orang pun tak berapa ramai. Okla tu, tak la lama sangat nak tunggu giliran.

Lepas lima belas minit, sampaila turn Andriand. Selamba je aku ikut masuk sekali dalam bilik rawatan tu. Macam isteri dia pulak. Eh, nanti aku akan jadi isteri dia jugakla. Aku sengih dalam hati.

“adik sakit ape?” Doktor yang nama Farhana kat tag nama tu bertanya lepas Andriand duduk kat atas kerusi depan doktor.

“dia demam doc, tadi pun dah dua kali muntah. Lepas je makan roti dan panadol, terus muntah. Dengan panadol pun keluar sekali. Saya bimbang dia akan kena gastrik je nanti” Panjang lebar jawapan aku bagitau kat doktor Farhana. Lagipun tengok Andriand macam lambat je nak bukak mulut.

Andriand hanya menjeling, tak puas hati la tu. Eh, ada aku kisah ke?

“dah berape hari demam?” Tanya doktor Farhana lagi.

“baru je pagi tadi” Jawab Andriand perlahan.

“oh, baru lagi” Doktor Farhana pun letakkan termometer dalam mulut Andriand.

“39.4. Panas jugak ni” Doktor Farhana berkata lagi masa keluarkan termometer dari mulut Andriand.

“inject je la doc, kalau makan ubat nanti muntah pulak. Takkan nak letak ubat masuk ikut punggung kot macam baby

Doktor Farhana tergelak dan aku hanya tersengih. Andriand bulat mata pandang aku.

“macam-macam la awak ni. Kesian kat kawan awak ni” Doktor Farhana menyambung dalam sisa-sisa ketawa.

Aku hanya mampu menahan gelak. Tak sanggup nak ketawa depan Andriand, dahla renungan mata dia macam berkata siapla-kau-lepas-ni.

“bukan kawan doc, tapi bakal suami” Aku menjawab lagi.

“oh. Tahniah kalau macam tu. Nanti kawin jangan lupa jemput saya tau”

“Insyaallah doc” Aku tersenyum.

“okla, saya akan bagi injection. Tapi selepas ni, ubat kena makan jugak dengan antibiotik. Awak ada apa-apa alahan dengan antibiotik tak?” Tanya doktor Farhana lagi.

“takde doc” Andriand menjawab sepatah.

Aku pergi berbisik kat Andriand masa dia bangun. Sementara doktor Farhana siapkan peralatan untuk injection.

“nanti kena inject kat punggung tau” Aku perasan muka Andriand terkejut.

“betul ke ni?” Muka dia nampak sedikit takut.

“yela, kau takut ke kena inject?”

“err..Takla.. kau tak nak keluar ke?”

“taknak la, aku nak tunggu kalau-kalau kau lari” Sambil aku tahan senyum.

“err..tapikan aku...” Gugup je Andriand aku tengok. Aku saja je acah dia. Tak tau pulak dia ambil serius.

"ala free show takkan tak nak tengok. Lagipun kite kan dah nak kawin. Nak malu ape lagi?”

Aku perasan muka dan telinga dia dah merah. Malu la tu. Lagipun bila lagi nak kenakan dia? Malam tu selamba je nak kenakan aku, siap ugut nak cium aku lagi kalau tak nak kahwin dengan dia.

“so, dah ready?” Doktor Farhana bertanya. Mematikan percakapan aku dengan Andriand.

“dah” Sepatah Andriand menjawab.

Lantas dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bed yang terletak kat penjuru bilik rawatan tu.

“nak pergi mana tu?” Doktor Farhana bertanya.

Andriand berhenti melangkah. Aku menahan gelak sampai kena tutup dengan tangan. Takkan la Andriand tak tau yang aku tengah kenakan dia? Doktor Farhana tu nak inject kat bahu je, bukan kat punggung pun.

“err..bukannye kena inject kat punggung ke?” Dia bertanya tanpa perasaan bersalah.

“sape kate nak inject kat punggung, kat bahu je la” Doktor Farhana tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala.

Sumpah aku tak boleh tahan nak ketawa. Dah tak kisah pun dengan pandangan membunuh Andriand tu. Tak takut pun.

Lepas je selesai urusan kat klinik. Kami pun terus balik. Tu pun aku tak bagi jugak dia drive kereta. Dahla tak sihat lagi, mengada-ngada nak drive. Aku buat tak peduli pun cakap dia, kata kereta dia tu tak pernah lagi orang lain drive.

“kau saje je kan nak kenakan aku depan doktor tu kan?” Andriand berkata masa kami dah sampai kat rumah.

well, kau biase dah kenakan aku. Kira time tadi okla aku buat pembalasan. Revenge is sweet, right” Kata aku sambil senyum terukir kat bibir.

“Zoey, harap aku ni sakit je. Kalau tak, aku tak tau ape yang aku dah buat ngan kau”
Andriand cuba menggertak.

Eleh, ingat aku takut ke? Time sakit-sakit pun nak berlagak jugak.

"tak takut pun” Terus aku keluar dari kereta.

Dia laju je menonong masuk kat rumah. Aik, takkan lepas kena inject terus baik?

8 comments:

Gurl said...

revenge is sweet.....
caya ler zoey

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..zoey dah lama pun nak kenakan andriand..asyik dia je yg tkena..

yana aryana said...

best3...
hehehe,,

zura asyfar addy rifqhiey said...

tq2...welcome to my blog greeny gurlz..

si.tudung.ungu said...

pergh, siap ngaku pulak bakal suami tuh.. Zoey zoey..

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..zoey mmg cam tu :)

RinsyaRyc said...

sengih je baca... mula-2 sedih lepastu bleh pulak tersengih-sengih... keh keh keh... doktor tu pun satu, baru je kenal terus minta jemput kalau kawen.. poyo ar.. haha

MissxYana said...

err ? superb ahh..
-terkekeh-kekeh gelak dh ni-
nice la writter..xD