:: My gangS :: TQVM

Sunday, December 19, 2010

bab 29 why me?

Aku balik apartment sebelum masuk waktu maghrib. Yela, takkan nak lepak kat pantai sampai senja-senja pulak. Masa tu setan tengah tukar syif. Tak pasal-pasal nanti ada yang kena sampuk pulak.

Andriand ikut je aku balik walau aku perasan yang dia asyik bergayut je dengan handset. Ada business besar ke hal penting ke aku pun tak tahu. Nasibla aku ni jenis yang tak menyibuk nak ambil tau.

Lepas je mandi lebih kurang,.Yela tadi masa bangun tidur terus ke pantai tak mandi. Ala, kalau mandi pun kena mandi jugak lepas tu, takkanla sanggup tidur dengan badan yang bau masin-masin angin pantai. Buat gatal satu badan je nanti.

Aku terfikir jugak, ada baiknya dalam masa satu bulan lebih ni aku berbaik-baik je dengan Andriand. Kepala pun tak pening, asyik fikir cara nak lari dari dia je. Sampai masa nanti, baru aku bagitahu dia hal sebenar, ok tak cadangan aku ni?


*******************************************


“Zoey, jom turun makan” Dia cakap kat aku masa aku tengah tengok tv drama Korea kat 8tv tu. Oh Siwon, gila hensem dia ni, cair aku kejap.

“makan?” Aku kerut dahi.

“yela. Dinner” Dia jawab sambil betulkan seluar jeans dia yang sedikit labuh kat kaki.

“emm…”

“jom la” Dia tarik tangan aku sebelum aku sempat cakap apa-apa.

Dia ni la, aku tak sempat lagi nak cakap nak tukar baju. Takkanlah nak pakai pyjama je kot pergi makan. Buat malu je orang tengok.

“kejapla. Takkan nak turun pakai baju ni” Aku tuding jari aku kat badan.

“hehe..Ok, cepat tau. Siapa lambat kena belanja”

Dia pulak yang take-over tempat aku duduk tengok drama Korea. Siap gelak-gelak lagi. Pelik pulak, cerita tu rasanya tak kelakar pun, sedih ada la. Tapi tak tau pulak dia minat jugak tengok drama Korea. Ingatkan aku je yang minat.



**********************************************


Kitaorang pergi makan kat Papa Chops je sebab aku rasa nak makan western food. Jauh sikit kena keluar sebab dalam resort ni tak ada. Kalau ada pun, tak tau sedap ke tak sebab tak pernah makan kat sini. Alang-alang keluar tu, pergi jauh sikit pun tak kisah la.

Singgah kat branches dia yang dekat Awana Kijal tu lepas dekat setengah jam naik kereta. Tak ada la ramai sangat orang, maybe bukan sebab hari cuti kot. Ala, kat sini restoran pun just lebih kurang untuk pelancong je. Penduduk sini tak ramai sangat yang datang sebab jauh dari kampung dan taman perumahan.

“nak makan apa?” Dia tanya sambil belek-belek menu kat tangan.

“emmm..Chicken Chops with blackpepper sauce” Laju je aku jawab. Padahal dah lama mengidam nak makan. Mengidam Zoey? Aku senyum sendiri.

“ok. Drinks?”

iced lemon tea je la” Tak nak la minum soft drinks malam-malam. Tak elok untuk kesihatan and baby. Hehe, ingat jugak kau kat baby yer Zoey.

“two set chicken chops with blackpepper sauce and two iced lemon tea” Dia cakap kat waiter kat situ. Erk dia ni, order sama je dengan aku. Copycat betulla.

Aku perasan je dia tengok aku tak berkelip sambil tersenyum. Aik apa kena dia malam ni? Angau terlebih ke? Takkan la sebab aku tak buat hal, automatic dia jadi lelaki yang paling baik kat dunia. Seram pulak rasa.

“kenapa tengok macam tu?” Aku buat-buat tengok kat jalan besar yang tak berapa banyak kereta lalu tu.

“emm..Lama kan kita tak makan sama-sama macam ni?” Dia senyum lagi.

“hmmm”

Memangla dah lama aku tak makan dengan dia dalam keadaan tenang macam ni. Yela, start seminggu sebelum kahwin and lepas tu, asyik nak bergaduh je. Penat je pulak rasa. Kadang-kadang aku rasa, sebab ni la tak nak kahwin awal-awal. Masing-masing perangai pun tak matang lagi. Ada masalah sikit terus buat law ikut suka hati je. Macam aku dengan Andriand sekarang ni la.

“Zoey” Dia panggil lagi. Ni siap pegang tangan aku pulak.

“hmmm?” Aku jungkitkan sedikit kening. Ah sudah, dia buat muka senyum pelik. Jangan nak request bukan-bukan dah la. I’m not ready yet, ok.

“I miss U so much”

“hah?” Aku buat muka blur. I miss U? Aku silap dengar ke apa? Bukan hari-hari jumpa ke? Nak miss apa lagi?

“tak ada apa-apa la” Dia cakap lagi tapi dah tak senyum macam tadi. Atau sebab dia pelik tengok reaksi aku yang macam blur je. Zoey, kau memang fail bab-bab perasaan ni.

Lepas tu masing-masing senyap sebab makanan dah sampai. Makan pun dalam keadaan senyap je. Konon-konon khusyuk la tu. Padahal aku pun dah tak tau nak cakap apa. Tengok orang sebelah siap makan suap-suap fries lagi. Teringat pulak kat Chap dengan Fina masa makan sama-sama dengan diaorang hari tu kat MM.

Apasal ayam ni macam liat je. Aku cuba potong dengan pisau tapi tak boleh jugak. Takkan nak telan jugak, besar dari jam loceng ni. Konfem tercekik ni kalau telan jugak.

“meh sini” Andriand ambil pinggan aku dan potong kecil-kecil ayam tu dengan pisau. Aku pulak yang tak berkelip mata tengok dia. Ni dah buat perangai suami penyayang pulak kat sini.

say aaa” Aku buat muka blur lagi. Padahal Andriand dah hulurkan garfu yang tercucuk ayam tu kat aku.

“bukak la mulut tu”

Dia sua kan lagi garfu yang tercucuk ayam kat mulut aku. Nak tak nak terpaksa la jugak bukak mulut. Lagipun rasa malu bila perasan waiter kat depan tu dah tersengih-sengih tengok gelagat aku dan Andriand.

“Zoey” Dia ni asyik panggil aku je dari tadi. Rasa macam rimas pulak.

“hmmm” Iced lemon tea aku sedut sikit. Ala, dah cair pun. Tawar je.

“comot ni” Dia kesat bibir aku yang ada kesan sos dengan ibu jari dia. Aku kaku kejap. Andriand, kenapa baik sangat dengan aku ni? Aku pulak yang rasa terharu ni.

“thanks” Jawab aku sepatah.

“most welcome my dear” Dia senyum sambil kenyitkan mata. Adoyai, janganla selalu buat macam tu. Kan dah jatuh sayang, susah pulak aku nak tinggal dia nanti.

Aku kerling jam, tengok dah pukul sepuluh lebih. Dia ni tak nak balik lagi ke? Lama gila makan kat sini. Macam tengah ‘date’ je. Yela, biasa kalau tengah ‘date’, makan pun slow-slow konon-konon nak control ayu je. Tapi aku bukannya tengah 'date' pun, just dinner je dengan suami. Suami? Ngee..


*****************************************************


Akhirnya kitaorang balik jugak. Tapi dia tak terus balik ke resort. Pandu terus pergi ke bandar Kemaman. Katanya nak pergi uptown. Takkan nak jalan lagi? Dah malam sangat pun ni.

Sampai je kat padang Astaka, dia selamba je tarik tangan aku suruh jalan sama-sama dengan dia. Ramai la jugak budak-budak tengah lepak, yang bawak family pun ada. Lagipun ada LCD tv besar gedabak kat tengah-tangah taman ni, memang bestla kalau tengok bola atau konsert. Dengan lampu limpah lagi, memang tak bimbang sangat la kalau nak lepak lama-lama pun. Terang benderang lagi. Tapi aku tak pernah lepak pun kat sini malam-malam.

“Zoey, kita tak pernah kan lepak macam ni?”

Dia genggam kemas tangan aku. Kitaorang duduk dekat anak tangga yang ada Statue of Clock tu. Kalau kat US ada Statue of Liiberty, sini ada Statue of Clock. Ok apa dari tak ada langsung walau kecik je.

“emm..Tak ada peluang” Aku jawab sambil tengok kereta yang lalu-lalang kat jalan besar depan taman ni.

Andriand dekatkan lagi badan dia dengan aku sampai bersentuh bahu. Dia dah lepaskan tangan aku, tapi tangan kanan dia peluk bahu aku pulak. Haissh dia ni.

“letak sini” Dia siap arahkan aku supaya letak kepala aku kat bahu dia. Aku pandang dia dengan pandangan pelik kejap.

“letak je la”

Dia tarik perlahan kepala aku supaya letak atas bahu dia. Aku bukan apa, tak pernah-pernah lagi buat macam ni especially dengan dia. Tapi tak salahkan kalau sekali-sekala nak bermanja dengan dia. Ngee Zoey, kau pun dah terjangkit angau Andriand ke?

Aku dapat rasa jari dia mengelus-elus rambut aku. Jantung aku pulak yang berdegup sakan. Tapi kalau orang lain tengok kan, macam kitaorang ni pasangan yang tengah hangat bercinta je.

“Zoey”

“hmm”

“kita takyah la bahasakan diri aku-kau lagi”

“hah?” Refleks kepala aku yang terlentok atas bahu dia tu terus tegak. Aku pandang dia tak berkelip.

“kenapa?” Dia tanya aku ambil jungkitkan kening.

“err..tak..tak ada apa-apa” Boleh tergagap pulak aku jawab.

so..Boleh je kan?”

Aku garu kepala yang tak gatal. Nak panggil apa pulak ni? Semua orang panggil aku Zoey kecuali mak ayah aku je panggil Viya. Yang terbaru ni, mama dengan papa Andriand.

“nak panggil apa?” Soalan dijawab soalan. Aku buat muka blur. Memang tak tahu nak panggil apa.

why not kite panggil abang-sayang” Dia senyum tengok aku. Aku pulak yang nak tersedak kat situ.

“err..Tapi tu kan untuk pasangan yang bercinta je”

Aku kerut kening. Aku dengan Andriand bukanla pasangan yang bercinta pun. Rapat pun sebab atas nama bestfriend. Ni bila dah kahwin tak tau nak dikategorikan sebagai pasangan atas nama apa pulak.

“I’ll make U fall in love with me one day” Dia cakap sambil renung tepat mata aku. Ah sudah, dia dah start buat gaya romeo kelas satu.

“err..Give me..emm some time” Sah, aku kena belajar balik bercakap. Asyik tergagap je ni. Tu pun dah tak sanggup nak balas renungan mata dia. Menusuk sampai ke hati.

“ok. I’m waiting”

Dia usap perlahan pipi aku dan kiss dahi aku Aku yang terkejut tu, rasa berpeluh dahi walau malam ni udara sejuk je. Pipi pun rasa dah macam panas je. Yela, boleh pulak dia buat gaya romantic macam tu tengah-tengah alam ni. Buat malu je orang tengok.

“U are blushing my dear”

Andriand senyum dan aku pun perasan ada yang jeling-jeling tengok aku dan Andriand. Aku pegang pipi aku perlahan. Blushing ke? Sebab kau la ni Andriand, malu aku kejap. Lampu limpah ni pun terang sangat la, sampai nampak aku yang tengah blush. Tak pasal-pasal lampu limpah pulak disalahkan.

“nak balik” Aku bangun berdiri. Padahal nak cover malu. Aku tengok dia senyum je.

6 comments:

sinichies_girl88 said...

heheeheeh
sweet...
nak lagi ehheheh
:)

zura asyfar said...

sinichies : tengah 'mengaratkan' otak ni..susah jgk nk cr ayat yg cheesy2 ni..hehe

farahnasir said...

akak, sambung la cpt :) sweetnya depa ni.

zura asyfar said...

farah : otw ni.. :)

Miezan :) said...

So sweeeeeetttttttttttt! :D :D

jue bard said...

Cute n sweet..