:: My gangS :: TQVM

Tuesday, November 23, 2010

bab 17 why me?

Aku masuk ke dalam rumah. Hmm, ingat nak masak bubur sikit la kat Andriand. Mesti dia tak larat lagi kalau nak makan kat luar. Haissh, dah macam calon isteri mithali pulak kau ni Zoey. Caring semacam je. Aku senyum sendiri.

“eh Zoey, kau buat ape kat sini?” Aku yang tengah berjalan nak menuju ke bilik Andriand tu mematikan langkah.

Macam familiar je suara. Pantas aku berpusing ke arah tuan punya suara.

“Eh Chap, kau duduk sini ke?” Aku bertanya sambil duduk kat sofa berhampiran dengannya. Dia tengah tengok rancangan apa entah kat tv.

“memang aku tinggal ngan Andriand pun. Senang sikit nak pergi kolej” Katanya lagi.

“oh cam tu. Eh, sepupu kau demam kau tak tau ke?” Aku bertanya dan nampak dia sedikit berkerut dahi.

“eh, aku tak tau pun” Jawab Chap.

“kau ni sepupu sendiri demam pun tak tau. Dahla teruk dia demam sampai muntah-muntah lagi”

“eh yeke ni? Pagi tadi masa subuh ngan aku ok lagi”

“kau ni la, duduk serumah pun tak tau. Nasib aku datang tadi. Tu pun sebab dah call banyak kali tak dapat-dapat” Aku cuba bagitahu Chap sebab nampak gaya dia macam tak tahu je.

“mesti sebab kene hujan masa keluar semalam” Chap berkata.

Aku pulak yang berkerut dahi. Ni apa kes main hujan ni? Dah tak ada kerja gamaknya.

“dia pergi mana semalam sampai kena hujan?” Aku bertanya.

“entahla, mula-mula dia cakap nak pergi EC, tapi sekejap je pergi terus balik. Lepas tu keluar ngan motor pulak tak tau pergi mana. Masa dalam area pukul 8 kan tengah hujan lebat” Chap berkata lagi.

Aku cuba mencerna balik kata-kata Chap. Alamak, mesti lepas jumpa aku dengan Vic kat EC tu terus dia balik. Tapi lepas tu dia keluar dengan motor pergi mana pulak? Hissh, takkan la terasa hati kat aku pulak sampai pergi mana-mana tengah hujan lebat? Macam tak logik je. Vic pulak satu, suka-suka hati dia je kata aku ni girlfriend dia.

“eh tak pela, aku nak pergi tengok dia kejap”

“Zoey, sejak bila kau concern sangat dengan sepupu aku ni?” Dia bertanya sambil mengangkat kening.

“aku kan ‘isteri’ dia. Mestila kena ambil tahu pasal dia” Terus aku berlalu ke bilik Andriand.

“hey, aku tak tau pun bila korang kawin?” Dia jerit kat aku. Aku hanya tersenyum.

Tombol pintu bilik Andriand aku pulas perlahan-lahan. Tengok dia tengah berbaring kat katil. Maybe mengantuk kot sebab kena inject tadi. Tapi dah tak berbungkus dah dengan comforter macam tadi.

Aku letak tapak tangan aku kat dahi dia. Panas lagi walau kepanasan dia dah tak macam tadi. Tak pela, aku pergi masak bubur la dulu untuk dia sikit. Kesian pulak aku tengok, muka pun pucat lagi.

“Zoey” Aku dengar Andriand panggil aku. Ingatkan dah tidur tadi.

Aku berpusing dan menghadap ke arahnya. Dan duduk kat birai katil dia.

“nape? Nak muntah lagi ke?” Aku bertanya.

Prihatin.Takut macam tadi je, lepas je panggil aku terus muntah. Nasibla tak pengsan. Bukannya larat nak angkat dia.

“tak. Aku nak ucap terima kasih kat kau sebab bawak aku pergi klinik tadi” Dia berkata.

“oh pasal tu. No hal la”Aku tersenyum.

Dia pun bangun dari baring dan duduk depan aku.Tiba-tiba dia pegang tangan aku dan renung tepat kat mata aku. Aku rasa sedikit gelabah, tak selesa dengan pandangan dia tu. Tajam menusuk masuk ke dalam hati.

“kau sayang aku tak?”

Tersentak aku dengan pertanyaan Andriand. Soalan apa ni? Lepas tu nak jawab apa pulak? Sayang sebagai kawan ada la, takkan sebagai kekasih pulak? Rasanya aku tak ada feeling tu kat dia. Lagipun kami bukannya couple pun.

“err..tak tau nak jawab ape. Sayang sebagai kawan kot "Aku bersuara jujur.

Pegangan tangan dia kat tangan aku dilepaskan. Nampak macam ada riak sedikit kecewa kat mukanya. Sorry Andriand, aku cakap apa yang aku rasa je.

“habis tu betul la yang kau ni girlfriend Syarvic?” Dia bertanya lagi.

“mana ada. Dia saja je cakap macam tu semalam. Aku kenal dia dah lama la. Sejak sekolah lagi, dia tu jiran aku dulu” Cepat je aku menafikan.

Aku tengok Andriand hanya terdiam. Aku ambil tangan dia dan pegang tangan dia dengan lembut. Matanya merenung ke arah aku.

“Andriand, kau jangan bimbangla. Aku takkan keluar dah dengan mana-mana lelaki bila kite dah kawin nanti. Kau jangan risaula. Aku pun dah nak bagitau dia yang kite akan kawin. Aku akan hormat kau nanti as my husband. Trust me k"

Aku perasan riak muka Andriand macam sedikit ceria dengan kata-kata aku tadi. Dia mendekatkan lagi jarak antara aku dengannya.

“Zoey, aku percaya dan akan pegang kata-kata kau ni”

Lama mata dia merenung aku. Seakan ada satu perasaan cuba melintas kat hati aku. Aku rasa jarak aku dengan dia dekat je. Macam kejadian kat taman hari tu. Aku menggigit bibir. Tak tahan dengan panahan mata dia tu. Mata aku pejamkan.

Bila aku buka mata, aku rasa muka dia dekat sangat dengan wajah aku. Dapat rasa hembusan nafasnya mengenai pipi aku.

Tiba-tiba terdengar orang berdehem. Pantas aku berpaling dan menolak Andriand. Waa, malunya. Macam mana aku boleh hanyut dengan Andriand ni. Kalau orang tengok mesti kata tengah nak bercium.

“eh sorry ganggu. Kau nak bubur tak Riyand?” Chap bertanya.

Aku hanya menunduk. Rasa merah je pipi aku masa ni.

“err...boleh jugak” Andriand menjawab.

“eh takpe-takpe. Biar aku yang buat” Aku pantas bangun dari katil dan menuju ke pintu.

Aku perasan Chap tengok aku dengan senyuman tak lekang dari bibir. Perli la tu.

“bestla kau Riyand, ada ‘isteri’ tolong masakkan bubur” Aku terdengar Chap perli Andriand waktu aku dah keluar dari bilik dia.

Aku berjalan menuju ke dapur. Tengok Chap dah rendamkan ayam dalam besen. Maknanya dia dah ready nak masak la tu. Aku ambil periuk dan ceduk satu pot beras ke dalam periuk nak buat bubur. Lepas basuh beras tu, terus aku jerang kat atas dapur.

“Zoey, kau makan tengahari kat sini la k. Biar aku masak nasi” Tiba-tiba Chap datang tegur aku.

Aku anggukkan kepala dan buat muka selamba je macam tak ada apa-apa yang berlaku. Walhal terbit jugak rasa malu tu. Teringat masa aku dengan Andriand tadi. Nasib tak bercium. Tak pernah lagi aku buat macam tu dengan lelaki. Padahal kitaorang bukan bercinta pun. Aku cepat-cepat beristigfar dalam hati. Susahnya nak elak godaan syaitan bila dah berdua ni.

“hmmm..okla tapi biar aku masak lauk” Aku tengok Chap mengangguk.

“korang memang biasa masak ke?” Aku bertanya kat Chap.

“biasa jugakla. Tapi maybe tak sepandai kau”Dia gelak.

“aku pun tak pandai jugak. Setakat masak biasa-biasa tu bolehla” Aku merendah diri.

“ye la tu” Dan kami masing-masing ketawa.

Selepas sejam, bubur ayam untuk Andriand pun dah masak. Ayam masak merah dan nasi pun dah siap jugak. Tinggal masa nak makan je.

Aku ambil bubur dan letakkan dalam mangkuk. Air milo suam aku buat sekali. Dan terus aku tatang dengan dulang menuju ke bilik Andriand.

Nampaknya dia macam tengah tidur lagi. Sebab lepas sejam keluar dari bilik dia, aku dah tak jenguk-jenguk dah pun.

Perlahan-lahan aku goyangkan bahunya. Dia bergerak dan membuka mata. Dia senyum je tengok aku.

“makanla bubur ni, aku tau kau lapar. Tadi makan pun muntah balik” Aku letakkan dulang atas meja tepi katil.

Dia bangun dan bersandar kat tepi katil.

“Zoey, aku mintak maaf pasal tadi. I’m lost” Katanya sambil merenung aku.

“oh ok..lupakan aje” Rasa merah je pipi bila ingatkan perkara tadi.

Aku perasan dia senyum. Dia pun ambil bubur ayam tu dan terus makan. Ingatkan kena bersuap tadi. Lepas tu dia habiskan air milo.

“Zoey, thanks coz susah payah buat aku bubur. Aku terharu ni” Dia cakap lagi.

small matterla. Hari ni aku tolong kau, mane tau esok-esok kau tolong aku pulak” Aku bangun dan ambil dulang nak bawa ke dapur.

“Zoey” Dia panggil aku lagi.

“ape?”

“bubur kau sedap la” Dia kata sambil menunjukkan sign ‘okey’ dengan ibu jari.

Aku hanya tersenyum dan menuju ke dapur. Tengok Chap dah siap sendukkan nasi dan lauk.Siap buat air teh o ais lagi satu jag.

“eh nape tak makan lagi?” Aku tanya Chap dan letakkan bekas bubur dan mug dalam sinki. Kejap lagi la basuh.

“tunggu kau la nak makan sama-sama” Dia cakap kat aku.

“laa, makan je la dulu kalau lapar. Aku tunggu Andriand habis makan dulu tadi” Aku berkata sambil duduk kat kerusi makan. Aku nampak macam dia senyum perli je.

“kau ni tak habis-habis nak perli aku. Dah, makan je la” Aku berkata sambil tahan malu.

2 comments:

sinichies_girl88 said...

best la cte ni...sweet gle andrian ngn zoey../

nak diorng terus kekal bersama...

hehehhehe
:)

n@in@ said...

come je..huhu..
baca citer ni sambil senyum..hihihi..
tahniah kak..