:: My gangS :: TQVM

Tuesday, November 30, 2010

bab 22 why me?

Petang ni aku ingat nak basuh motor la. Dah kotor sangat pun ni. Asyik sibuk je dengan macam-macam hal minggu ni sampai motor pun dah tak nampak rupa. Jangan berkarat dah la.

Aku ambil hos paip dan penuhkan air dalam baldi. Hmm, lupa pulak nak ambil syampu. Aku berjalan menuju ke dalam rumah untuk ke bilik air. Mana pulak syampu ni? Takkan main sorok-sorok pulak dengan aku petang-petang macam ni?

Tak ada la pulak dalam bilik air. Hissh Yatie ni, kot ye pun dah habis, gantila la yang baru. Aku berjalan menuju ke bilik. Kena ambil yang baru la nampaknya.

Aku kembali ke luar rumah. Baru je nak letakkan syampu dalam baldi, aku terpandang ada satu envelope terselit kat celah sliding door. Envelope apa pulak ni?

Aku belek-belek envelope tu. Aik, ada nama aku so memang untuk aku la. Rasanya dah tak ada nama orang lain nama macam aku kat sini. Aku bukak envelope tu. Mata aku tak berkelip.

Terketar-ketar aku tengok gambar tu. Gambar aku dengan Andriand kat bilik hotel. Macam-macam posing ada. Rasa tak sanggup nak tengok yang selebihnya. Bibir aku ketap kuat, menahan rasa sakit kat hati. Siapa punya kerja ni? Ada jugak disertakan sekeping surat dan sekeping cd.

Hi Zurviya atau senang aku panggil Zoey. Macam mana dapat tengok dengan mata sendiri aksi-aksi kau kat hotel? Aku agak kau mesti terkejut bukan? Kalah pelakon video biru tu. Apa agaknya kalau orang tau perangai kau macam ni? Dah tentu mereka pandang serong kat kau. Kot-kot orang nak tengok kau pun rasa jijik. Ni baru separuh gambar kau, ada lagi yang lain. Oh lupa, ni ada jugak ada letak dalam cd. Kot-kot kau nak buat koleksi sendiri, haha.. Kalau kau tak nak benda ni tersebar, aku harap kau tinggalkan Andriand..

P/s : Kalau aku upload video kau dalam YouTube ok jugak kan..haha

from,
gf Andriand


Aku mengelap air mata yang jatuh kat pipi. Aku ambil envelope tu dan letak atas meja kat dalam rumah. Terus aku naik ke bilik dan tukar baju. Sekarang aku perlu jumpa dengan Andriand.

Aku terdengar orang bercakap-cakap kat luar. Aku jenguk kepala dan tengok Yatie dan Fadzrul ada kat depan laman rumah. Baru balik dari dating minah ni.

Aku ambil envelope dan jalan laju-laju ke tempat aku parking motor. Baru je nak alihkan motor, Yatie dengan Fadzrul datang kat aku.

“kau nak gi mane tu?” Tanya Yatie.

“jumpa Andriand kejap”Balas aku.

“envelope apa tu?” Tanya Yatie sambil menunjuk envelope kat tangan aku.

“tak ade ape-ape la”

“aku nak tengok boleh?”

“mane boleh, ni private”

“ala nak tengok la” Rengek Yatie lagi. Fadzrul dah tengok aku pelik.

Aik budak Yatie ni, dah aku cakap private mestila tak boleh tengok. Ni mengada-ngada nak tengok pulak. Baru je aku nak lari dari dia, dia tarik tangan aku. Aku yang tak dapat nak kawal diri hampir jatuh dan envelope kat tangan kiri aku terlepas kat tanah. Dan semua isi dalam envelope tu melayang-layang keluar.

Aku memejamkan mata. Mengharap semua ni macam tak pernah berlaku. Bila aku bukak mata, gambar dan surat tu dah ada kat tangan Yatie. Masing-masing menunjukkan muka terkejut. Aku meraup muka dan mengeluh berat.

“ni bukannya gambar masa kite pergi dinner hari tu ke? Tapi ni gambar kau...” Yatie tak habiskan ayat dia sebab aku tenung dia macam nak telan.

“yer. Tu gambar aku ngan Andriand dalam bilik hotel” Jawab aku kasar dan merampas kembali gambar dengan surat tu.

“macam mane kau boleh dapat gambar ni? Ni surat ugutan apa pulak?” Tanya Yatie lagi.

Aku mengeluh lagi. Banyak tanya pulak dia hari ni. Dahla suka-suka hati je tarik aku nasib tak terjatuh tadi.

“stop. Aku nak pergi buat perhitungan dengan Andriand ni” Aku memotong pertanyaan Yatie dan menjelingnya tajam.

“Zoey, sorry..aku tak sengaja tadi” Yatie memandang aku dengan muka simpati.

Aku mendengus kasar dan cepat berlalu dari situ. Rasa bengang campur malu je bila ingat perkara tadi. Lagipun aku ada misi nak diselesaikan ni.

Lepas sepuluh minit, sampai la aku kat rumah Andriand. Elok la tu, kereta dia ada. Mesti dia pun ada kat rumah. Aku memarkir motor depan rumah dia.

“Andriand” Kuat aku panggil nama dia.

Tak dengar jugak tak tau la. Salam aku dah tak tau pergi mana. Sakit hati aku ni tak tau la nak cakap.

“Andriand” Aku panggil lagi.

Pekak ke apa orang panggil tak dengar. Aku terus bukak pintu rumah dia. Terbuntang mata aku bila tengok apa yang sedang berlaku.

“err..Zoey, buat ape datang sini?” Tanya nya dengan muka yang sedikit pucat.

Kalau buat salah mesti la takut kan. Aku jeling perempuan yang duduk sebelah dia. Patutla tak dengar apa yang aku panggil. Tengah berpeluk dengan perempuan ni rupanya. Dahla pakai seksi gila, aku yang perempuan ni pun tak sanggup nak tengok. Tapi bila sekali tengok macam kenal je. Yang ni la kot girlfriend Andriand tu.

Aku ambil envelope tu dan campak ke atas muka Andriand. Dia kelihatan terkejut, sama jugak dengan perempuan sebelah dia tu.

“ape ni?” Soalnya lagi. Dia ambil gambar yang bertaburan atas lantai dan baca surat tu sekali.

“kau boleh tanya aku ape lagi? Kau tanya la girllfriend kau tu” Aku membentak.

Dia pandang aku tak berkelip. Perempuan tu hanya tersenyum sinis. Macam la lawa sangat buat macam tu.

“aku tak faham Zoey, macam mana kau boleh dapat gambar ni semua?” Tanyanya lagi.

Aku mengeluh. Takkan la sebab dah berpeluk dengan perempuan tu sampai dah tak boleh faham isi surat tu.

“dah kat surat tu tertulis yang dari girlfriend kau, takkan kau buat-buat tak faham pulak” Aku mencebik.

“dia buk...”

“eh ape kecoh-kecoh ni?” Soal satu suara.

Aku memaling muka ke belakang. Tengok Chap berdiri di muka pintu. Aku merengus. Bagusla kalau dah balik tu, boleh tengok sendiri perangai buruk sepupu dia ni.

“err..tak ade ape-ape la” Andriand menjawab.

“habis tu kenapa yang semua berkumpul kat sini ni? Emm..Zoey, kau buat ape kat sini?” Tanya Chap lagi.

“aku datang nak jumpa sepupu kau ni, tak tau la pulak dia tengah shooting ‘drama swasta’”. Aku menjawab sinis.

Chap kelihtan bingung, dan berjalan menghampiri Andriand. Sekeping gambar yang jatuh kat lantai dia ambil. Mukanya terkejut.

“err..gambar ape ni Riyand? Zoey ngan kau kat hotel...”

Aku terdengar Andriand mengeluh. Dan meraup mukanya yang kelihatan serabut.

“Zoey, aku tak tau sape punya keje ni. Tapi sumpah aku mana ade girlfriend. Takkan kau tak percaya kat aku?”Katanya cuba menafikan.

“yela tu tak ade gilrfriend. Yang tengah berpeluk ngan kau tadi tu sape?” Aku menjerkah. Sakit sangat rasa hati aku masa ni.

"Zoey” Dia pegang tangan aku.

Refleks aku menepis. Jangan harap la aku nak percaya cakap dia lagi. Dahla tipu aku bulat-bulat.

“macam ni la. Aku takkan ganggu kau lagi. Plan kita nak kawin tu kira cancel” Aku terus keluar dari rumah tu. Air mata aku tahan dari jatuh.

“Zoey, macam mana ngan kandungan kau tu? Kan aku dah janji nak bertanggungjawab” Jerit dia dari muka pintu.

Aku yang sedang berjalan tu berhenti melangkah. Aku berpusing menghadapnya.

“it’s ok. Pandai-pandai aku la nak buat camne. Kau jaga la girlfriend kau tu baik-baik” Jawab aku mendatar.

Chap dan perempuan seksi tu pamer muka terkejut. Maybe terkejut dengar aku tengah mengandung kot.

“Riyand, Zoey mengandung ke?” Aku dengar Chap bertanya seolah-olah meminta penjelasan.

Aku berjalan laju-laju ke arah motor yang kat luar gate bila perasan yang Andriand mengekori aku dari belakang. Kelihatan Yatie dan Fadzrul pulak ada kat situ. Diaorang ni datang ikut aku ke?

“Zoey, kau nak pergi mane tu?” Tegur Yatie.

“kau peduli ape?” Marah aku.

Tiba-tiba tangan aku direntap. Aku berpusing dan tengok Andriand tengah pegang tangan aku. Aku tarik tangan aku tapi dia pegang kuat sangat.

“Zoey, dengarla cakap aku dulu” Rayu Andriand.

“lepas la” Aku menjerit sambil meronta-ronta.

Chap, perempuan seksi tu, Fadzrul dan Yatie masing-masing tengok je apa yang berlaku. Memang macam tengah tengok ‘drama swasta’ pulak tapi versi aku dengan Andriand.

“Zoey, please listen to me first” Rayu Andriand lagi.

Masa tu la tangan aku terlepas. Aku ambil kesempatan dan berlari ke arah jalan. Aku perasan Andriand mengejar aku dari belakang.

“Zoey” Jeritnya sambil mencapai tangan aku dan menarik ke arahnya. Aku yang tengah berlari tu tak dapat kawal diri dan terjatuh tersembam atas jalan tar.

“Zoey” Jerit Andriand lagi.

Aku rasa dahiku rasa pedih. Dan perut aku rasa senak je. Aku rasa dia terbalikkan aku dan pangku aku atas riba dia. Aku lihat dia menangis. Kemudian terdengar bunyi orang berlari-lari ke arah aku.

“Zoey” Jerit Yatie masa sampai kat aku. Tangan aku pegang perut dan dahi aku. Rasa macam ada cecair mengalir je kat dahi aku. Aku rasa pening.

7 comments:

yana aryana said...

Ala, jgn la gugur...

zura asyfar said...

to yana : tq sudi komen..kite tggu nnt ape yg jd kt zoey :)

eija said...

btl 2.. jgn lah gugur..nti dorg xjd kwin plk..uhuk

Hanna Iha said...

alah... mesti kegguran nih.
dan surat tu mesti kerja qiqi, rasenyalah

zura asyfar said...

tq hana dan eija sbb bg komen..kite tgu yer next chapter..kalau citer ni ramai yg requet, insyaAllah zura akn post hr2..

RinsyaRyc said...

x pe.. x pe... *pujuk diri sndiri*

zura asyfar said...

@RinsyaRyc


hehe....pujuk jgn tak pujuk..