:: My gangS :: TQVM

Thursday, December 2, 2010

bab 24 why me?

Suara riuh rendah bergema di sekitar rumah. Mesti dah ramai yang datang ni. Walaupun kenduri kecil-kecilan je, sedara mara dan jiran-jiran sekitar taman tetap dijemput. Tapi bagi pihak Andriand, mereka nak buat majlis resepsi lepas kitaorang cuti sem nanti. Dalam masa tiga bulan lagi dari sekarang. Itu yang aku dengar dari ayah aku cakap malam tadi.

“pengantin perempuan, mandi cepat sikit. Nanti lambat pulak nak mekap”

Suara mak su menjerit dari ruang tamu. Haissh mak su ni, tak payah jerit kuat-kuat. Ni habis satu rumah kedengaran.

Lepas mandi, aku tengok Syima sepupu aku dah tersadai kat bilik aku. Tak lain dan tak bukan nak jadi jurumekap aku nanti la tu. Aku ni bukannya pandai sangat nak mekap-mekap ni. Takut ada yang terkejut pulak nanti. Aku ambil baju kurung moden warna krim yang kat lengan dia ada kain lace. Nampak macam cantik je. Tak tau pulak berapa harga dia sebab semua mak aku yang uruskan tapi katanya Andriand tempah khas untuk aku. Yela tu.

“cantikla baju kau Zoey, bukan French lace biasa ni. Mesti mahal” Tegur Syima seraya membelek baju kat tangan aku.

Aku pegang baju yang baru tersarung kat badan. Tak tau pulak baju aku ni dari kain lace Perancis. Ingat kain lace biasa-biasa je macam orang lain pakai tu.

“entahla” Tanpa nada aku menjawab.

“kau tau tak, kain ni harga dia dekat seribu semeter tau, kalau empat meter mesti empat ribu. Dengan kain satin lagi, upah tempah lagi, aku bajet dalam lima ribu jugakla harga baju kau ni”

Hampir ternganga mulut aku. Mana la aku tau harga baju ni berapa. Semua urusan persiapan untuk perkahwinan ni semua mak aku yang uruskan. Aku sikit pun aku tak ambil tahu.

“yeke?” Aku buat muka bosan.

“kau ni, macam tak ambil kisah je. Dahla dari tadi tak senyum pun. Nak mekap pun susah, nanti tak naik seri tau” Syima membebel sambil tangan dia cekap meratakan bedak debu kat muka aku.

“aku senyum la ni” Senyum plastik terukir di bibir.

“macam kene kawin paksa pulak aku tengok” Kau tak tau cerita sebenar la Syima. Tiba-tiba aku rasa sedih.

“tengok tu, sedih pulak. Tak faham betulla dia ni” Selendang lace warna krim diletakkan atas kepala aku. Veil pulak diletakkan di atas kain lace tadi.

“haa..cantik pun. Senyum sikit” Aku pun senyum nak tak nak.

“pengantin perempuan, get ready. Pengantin lelaki dah sampai” Aku dengar suara mak su aku bagitau dari luar bilik.

Tiba-tiba jantung aku rasa berdebar. Berpeluh pulak rasa dahi walau kipas dalam bilik ni dah bukak sehabis laju mungkin. Cepat-cepatla habis majlis ni. Tak sanggup dah rasanya nak hadapi semua ni.

Aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu berhampiran pelamin. Duduk di atas kusyen yang dikhaskan untuk pengantin. Kelihatan Andriand segak berbaju melayu krim dengan bersamping warna senada. Dengan bersongkok kat kepala, dia nampak terlebih hensem pulak malam ni. Hati, kau jangan buat hal, kan kan benci dia. Pandangan mata kami bertaut dua saat, aku cepat menundukkan kepala. Jantung aku berdegup laju.

Selepas tu aku dengar tok kadi membaca khutbah nikah. Fikiran aku tak tau entah ke mana. Padahal kepala tengah berfikir macam mana nak lari dari majlis ni. Ramai sangat orang macam mana nak lari?

“Zoey, dah sah tu” Bisik Syima perlahan sambil memegang tangan dan memeluk aku.

“hah?” Aku terpinga-pinga.

“kau ni sempat lagi berangan” Bebel Syima lagi. Aku senyum tanpa perisa.

Bila aku sedar tadi pun, tok kadi tengah membaca doa. Selepas itu aku tengok Andriand memeluk papa dengan mamanya. Pelik kan, aku langsung tak menitik air mata, sedih pun tak. Tu pun tak sedar masa dah siap lafaz akad nikah tadi. Nasibla Syima datang peluk aku, lepas tu aku peluk mak dan salam ayah.

Masa Andriand datang nak buat upacara pembatalan air sembahyang, aku tunduk je. Lagipun ramai mata yang memandang. Yela, mesti la ada jugak perasaan malu yang bertandang walau kat hati ni dah macam-macam irama dah kedengaran.

Andriand hulurkan cincin nak sarungkan kat jari aku, tiba-tiba tangan aku tiba-tiba menggeletar. Kenapa pulak ni? Macam la selama ni aku tak pernah berdepan dengan dia. Selepas sarungkan cincin kat jari aku, aku ambil cincin dan sarungkan kat pulak kat jari dia. Rasanya flash kamera berkelip-kelip, silau je mata masa tu. Aku tunduk mencium huluran tangan Andriand.

Dan bila Andriand angkat dagu aku dengan tangan dia, mata kami bertentang tak berkelip. Aku terpaksa tahan malu walau rasa macam merah je pipi aku masa tu. Dan sebuah kucupan terlekat di dahiku. Ada rasa ada perasaan lain menusuk kat hati. Cepat-cepat aku ingatkan diri, yang aku bukannya sayang kat dia pun. Cuma nak tutup apa yang terjadi dan tak nak menghampakan keluarga aku.

“welcome to my life, my love” Bisik Andriand perlahan.

Sebuah kucupan dari bibirnya hinggap di pipiku. Terkejut aku dengan perbuatan Andriand tu. Aku tengok semua dah senyum-senyum dan berbisik. Beraninya Andriand buat aku macam tu, rasa nak menyorok masuk bilik je.

“so sweet”

“whoa..romantinknya”

Macam-macam la yang aku dengar. Yang pasti mak merenung tajam kat aku. Macam tak puas hati je. Ayah pun macam nampak terkejut.Tapi aku tengok papa dan mama Andriand senyum-senyum je.

Lepas sesi bergambar sakan dekat pelamin dan dalam bilik, aku duduk kepenatan tepi pelamin. Yela, macam-macam posisi ambil gambar tadi, maunye tak penat. Dahla tadi Andriand selamba je peluk pinggang aku, rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala dia. Tapi takkan nak buat macam tu pulak depan tetamu.

Rasa nak tercabut je pinggang ni. Dahla perut berkeroncong je dari tadi. Makan pun sikit je masa tengahari. Ni dah dekat pukul sebelas malam pun. Selendang dan veil aku tanggalkan. Panas dan rimas. Badan pun dah rasa melekit je.

Pergi dapur je la bisik hatiku.Mesti banyak lagi lebihan lauk tadi. Perlahan-lahan aku berjalan ke dapur, dah tak ada orang dah. Mesti semua ada kat depan sebab ada lagi tetamu yang tak balik lagi.

“Viya, makan sorang je ke? Mane laki kau?”Terkejut aku disergah mak su. Nasib tak tertumpah nasi yang tengah aku senduk.

“err..entah, tak tau” Aku tersengih-sengih sambil garu-garu kepala.

“hishh kau ni, laki sendiri pun tak tau. Dah pergi panggil ajak makan sekali” Aku mencebik.

“pandai-pandai la dia nanti” Aku menjawab perlahan. Laparnya, lauk ayam masak merah membuat air liur aku hampir menitik.

“Ya Allah budak ni, pergi panggil cepat” Suapan nasi ke mulut terus berhenti.

Ala kacau daun la mak su ni. Baru je nak makan. Nak tak nak terpaksa la aku pergi panggil Andriand. Nanti ada yang kena tadah telinga sepanjang malam dengar mak su membebel.

Aku berjalan laju-laju ke ruang tamu. Tak ada pun dia kat situ. Ke mana pulak perginya? Takkan dah ghaib kot. Aku jenguk kat luar, tak ada jugak. Tetamu pun semua dah balik. Hissh, takkan la dah kena culik kot. Tak masuk akal langsung. Nak menyusahkan aku la ni. Dahla aku tengah lapar gila. Perut aku ni bukan boleh masuk angin, tak pasal-pasal ada yang kena gastrik pulak.

Aku sarung selipar turun ke halaman rumah. Kot-kot tengah menyorok kat mana-mana, tapi bayang pun tak nampak. Rasa macam orang hilang laki pulak tapi memang tengah hilang laki pun sekarang ni. Barangkali dah balik kot dengan papa dan mama dia agaknya. Tapi takkan sepatah pun tak bagitau aku. Biarla, lagi senang aku nak tidur malam ni. Tak payah kena kongsi bilik. Aku gelak jahat dalam hati. Eh, nanti apa pulak kata mak dan ayah kalau dia tau Andriand tak ada? Haissh, geram betulla.

Masa tengah terjenguk-jenguk kat laman tu, tiba-tiba aku terpandang kereta yang tersadai elok bawah pokok mempelam. Eh, kereta dia ada lagi la, maknanya tuan dia mesti ada. Patutla tak perasan tadi, jauh gila dia parking kereta. Baru je berangan nak conquer bilik sorang-sorang malam ni.

Perlahan-lahan aku pergi kat kereta dia. Aku jenguk ke cermin kereta, tapi tak berapa nampak sangat sebab cermin dia tinted gelap. Tapi boleh jugak nampak sikit-sikit la bayang kalau duduk dekat.

Laa, apa kes ni tidur dalam kereta. Takkan penat sangat kot sampai tak sempat nak masuk rumah.

Kuk! Kuk! Kuk!

Cermin pintu depan kereta aku ketuk. Tidur mati ke dia ni, sampai tak sedar langsung aku ketuk. Baru je aku nak ketuk lagi, tiba-tiba nampak dia bergerak. Ingatkan dah tak nak bangun langsung tadi. Aku bagi isyarat suruh bukak cermin kereta.

Cermin kereta diturunkan. Dia menggosok-gosok mata. Cheh, sedapnya dapat tidur. Aku jugak dari tadi tak sempat pun lagi nak berehat.

“ehem..Tak nak masuk ke?” Soal aku. Kena la cakap baik-baik sikit, nanti dia buat hal, aku pulak yang kena tanggung.

Aku pandang dia sekilas. Dahla baju melayu pun tak bertukar lagi, tinggal songkok kat kepala je dah tak ada. Kalau tak, memang sopan gila la tidur. Kalah aku macam ni.

“err..ngantuk sangat tadi. Lagipun segan nak masuk bilik” Jawab Andriand.

Rasa nak tergelak pun ada masa dia kata segan tadi. Rasanya selama ni dia tu ada ke rasa segan? Dia pun keluar dari kereta. Berdiri berdepan dengan aku.

“dah tu nak tidur dalam kereta la sampai esok pagi?” Aku perli dia.

Dahla tu Zoey, kau ni asyik perli dia je. Tak kesian ke kat husband kau tu? Eh, ada aku kisah ke? Dia pun tak kisah pun pasal aku bila nak buat keputusan nak kahwin ni.

“takla, nak jugak rase malam pertama” Dia tersenyum gatal. Bulat mata aku.

“cakap sekali lagi, memang ade yang kena tidur kat luar” Balas aku kembali.

“dah la tu dating luar rumah. Dah lewat ni” Laung ayah dari pintu depan. Aku dan Andriand sama-sama berpandangan. Kami pun berjalan beriringan masuk dalam rumah.

“makan jom, lapar ni. Dari tadi lagi tak makan” Aku buat muka ceria. Plastik sungguh Zoey.

Terus aku berlalu ke dapur. Dia hanya mengangguk sambil menurut langkah aku. Ayah hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Mungkin kelakar tengok gelagat kami. Biarla, buat mesra sikit depan ayah, tak nak la ayah tau kisah yang sebenar.

Rasanya masing-masing macam tak pernah jumpa nasi dua tahun. Makan macam tak ingat dunia. Dah tak ada pun rasa malu masa ni. Aku pun tak kisah kalau kena perli pun, memang perut lapar gila. Mesti kenyang sampai tak boleh tidur nanti. Lepas je makan, ingat nak mandi tapi mana boleh mandi lepas makan. Nanti ada yang buncit perut, tak nak la aku. Tapi nantikan bila perut kau dah besar, jadi buncit jugak. Ngee, ngeri rasa bila teringat yang aku tengah mengandung.

Tapi nasib dah tak ada sedara-mara masa aku nak masuk bilik. Kalau tak, mesti ada yang kena sakat. Tau-tau je la kan pengantin baru. Mesti tak lepas kena sakat. Mak dan ayah pun dah tak ada, maybe dah masuk tidur kot.

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air sambil membawa baju sekali. Lepas je mandi dan cuci muka sikit, aku keluar. Andriand pun tak masuk pun lagi. Ok la tu, tak payah la susah-susah aku nak menghadap dia.

1 comment:

nas @ miss qs said...

hmm...something weird here...sy rasa zoey tak mengandung..betul tak?