:: My gangS :: TQVM

Wednesday, November 24, 2010

bab 18 why me?

“Zoey, kau dah siap ke belum?” Laung Andriand dari dalam kereta.

Hissh, kuat gila suara dia. Sabar je la Zoey. Aku bukan ape, nanti habis semua budak-budak perempuan rumah sebelah mengendap. Bukannya aku tak tau yang diaorang tu pantang nampak lelaki hensem dan pakai kereta besar sikit, mula la nak usha. Eh, kau jeles ke Zoey? Ngee, aku nak jeles? Tak main la jeles-jeles ni.

“aku tak tau pulak Andriand tu jenis yang on time” Perli Yatie kat aku.

Dia ni tak menyempat-nyempat langsung. Aku kerling jam kat tangan baru pukul 1.30, janji pukul 2. Ni pukul 1.30 dah tersadai depan rumah. Aku jugak yang kelam kabut kena bersiap cepat-cepat.

“tu bukan on time, tu saja je nak dera aku"

“nasibla kau dapat bakal suami macam tu” Yatie tersengih.

Hai, ada yang nak kena cepuk ni. Dahla aku nak cepat, rambut pun tak sempat nak sikat. Aku terkocoh-kocoh pergi bukak pintu depan, tengok-tengok Andriand dah berpeluk tubuh bersandar kat pintu kereta dia. Hai yang ni pun sorang lagi, tengah-tengah matahari terik atas kepala pun still nak jual muka tepi kereta. Taula kereta mahal.

“awal sangat la kau datang, tengok ni dah kelam kabut aku” Aku ambil sneakers converse hitam merah dan sarungkan kat kaki. Beg sandang yang disandang kat bahu pun dah nak meleret jatuh.

“banyak cakap pulak kau ni, aku datang awal salah. Aku datang lambat pun salah” Dia mencebik.

Eh aku pulak yang dipersalahkan. Dia yang datang awal. Hishh, tak patut tak patut.

“kalau dah siap tu, jomla” Kata Andriand lagi.

“yela-yela”Aku membuka pintu sebelah tempat duduk penumpang dan terus duduk.

"kau ni lambat macam perempuan” Sungutnya lagi sambil menghidupkan enjin kereta.

“dah aku memang perempuan pun” Aku mencebik sambil mengenakan seatbelt.

Fuhh, berpeluh sakan. Aku kesat peluh dengan belakang tapak tangan. Air-cond yang terpasang pun tak terasa. Rasa dah macam basah tshirt yang aku pakai ni dek peluh.

“yang tu aku tau la” Sengihnya.

“kalau dah tau tu faham-faham je la” Balas aku pulak.

“Zoey” Panggil Andriand.

“ape?” Aku berpaling kat Andriand.

Tangannya tiba-tiba dihulur ke arah muka aku. Aku yang terkejut, lantas menjarakkan diri. Hai, takkan dalam kereta pun nak ambil kesempatan kot.

“your bang and fringe” Jarinya mengelus rambut aku.

Aku tau la rambut aku dah start panjang. Tu yang jadi macam serabai je. Lagi-lagi kalau tak sempat nak sikat. Aku statik kat situ dan memejamkan mata. Terasa jarinya menyentuh dahi aku dengan lembut.

“done. Comel pun” Dia berkata lagi sambil tersenyum.

thanks, tak sempat nak sikat tadi” Aku menjawab.

Kontrol aku menahan debar kat dada. Ingatkan nak buat apa la tadi. Aku mengeluh kelegaan. Apa-apa pun berdegup sakan jantung aku tadi.

Kitaorang sampai kat klinik tu sepuluh minit sebelum pukul dua. Dah call pun pagi tadi buat appointment pukul dua. Sebab yang dua hari lepas punya appointment dah cancel sebab Andriand demam. Walau ada lagi sepuluh minit sebelum pukul dua, tapi dah nampak ada yang menunggu. Sesi petang ni cuma terhad kepada dua puluh orang yang terawal je.

Aku dan Andriand sabar menanti mengikut giliran. Nampak macam kami je pasangan termuda kat sini. Rata-rata aku tengok pun macam dah umur pertengahan dua puluhan ke atas. Yang macam dah masuk empat puluh pun ada.

Akhirnya selepas lima belas minit menunggu, kami berdua dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Tapi masuk asing-asingla.

Lepas je selesai, kami berdua tunggu kat luar sambil menunggu keputusan. Aku harap semuanya ok la.

Aku duduk di ruang menunggu sambil menekan kapas di jari. Cheh, ambil setitik darah je kat jari, aku ingatkan kena ambil sampai satu picagari tadi. Aku kerling Andriand kat sebelah, tengok dia duduk khusyuk tekan jari dia dengan kapas. Takkan tak tahan sakit kot?

“kau kenape?” Prihatin aku bertanya.

“kebasla jari ni, darah banyak sangat yang keluar. Sampai memancut tadi. Nasib tak kena baju. Tengok ni”

Dia tunjukkan kapas yang penuh dengan darah. Kat jari dia pun still ada lagi darah yang keluar. Nasibla aku ni jenis yang tak mabuk darah. Kalau tak, dah lama pengsan kat sini.

“okla tu darah banyak. Tu tandanya sihat sejahtera” Aku memberitahu.

“betul ke macam tu?” Andriand bertanya.

“betulla. Aku jugak yang sakit jari sebab kena picit-picit tadi, darah tak nak keluar pun” Beritahu aku kat Andriand.

“macam tu pulak. Tapi nape darah kau tak keluar masa kena cucuk tadi?” Dia ni tanya gaya macam tak tau je.

Takkan tak belajar biologi kot? Aku yang tak ambil biologi pun tahu. Yela, ni kan pengetahuan am je.

“aku ni jenis darah rendah. Kira macam tak cukup darah la. Kan biasa orang normal darah dia 120 lebih kurang, aku punya kadang tu tak sampai pun 100” Panjang lebar aku bagitahu kat Andriand.

Aku tengok dia mengangguk faham.

“patutla kau nampak macam pucat je” Bagitahu Andriand.

Muka aku nampak pucat ke? Rasanya macam ok je. Lagipun tak pernah pulak ada orang tegur muka aku pucat. Andriand ni la, mata tu tajam sangat ke sampai dia sorang je nampak muka aku pucat.

“yeke nampak pucat?” Aku bertanya.

“yela” Katanya lagi.

Lepas tu dia senyum tengok aku. Kenapa pulak ni senyum semacam je?

“Zoey, kau start datang period bila?” Aku yang tengah merenung ke arahnya tersentak.

Apasal tanya soalan luar silibus ni. Tak ada kena mengena rasanya dengan statement aku tadi. Muka ni pun dah start rasa panas semacam je. Haila.

“err..tak de soalan lain ke kau nak tanya?” Aku jawab sambil menunduk. Tak sanggup pulak nak memandang ke arahnya.

“tak salah kan kalau bakal suami nak tau” Dia tersengih.

Dah start la tu perangai gatal semacam. Semua nak tau ni. Rasa macam menyesal pulak bagitahu yang aku ada darah rendah tadi. Kan dah keluar soalan-soalan yang tak sepatutnya.

“bukan cam tu. Aku cuma...”

“kau segan ek ngan aku?” Dia potong cakap aku sambil senyum lagi.

“mana ade” Cepat je aku nafikan.

Dia ni la asyik kenakan aku je. Pantang betul ada peluang.

“habis tu nape pipi tu dah blush?”

Aku pegang pipi aku, nampak sangat ke aku tengah blushing sekarang. Waa, malunya.

“yela-yela aku bagitahu. Aku period masa form three. Puas hati?” Aku menjelingnya tajam.

“ooo, kira kau ni lambat matang la?” Aku tengok dia macam menahan gelak. Hampeh betul dia ni. Ada pulak perkara macam ni nak buat gurauan, tak kena la dengan tempatla.

Dia dah start tergelak-gelak. Bencinya aku. Aku hanya mendiamkan diri, tak endah pun soalan dia tadi.

Aku mengeluh. Apasal lambat sangat result ni? Takkan result kena tahan pulak kot?

Lepas je dapat result, aku cepat-cepat keluar dari bilik rawatan tu. Tak tunggu pun Andriand yang dari tadi mengekori aku. Lagipun bila teringatkan peristiwa tadi, rasa macam malu je nak tengok muka dia.

“Zoey” Aku tak berpaling.

“Zoey, tunggu la” Andriand memanggil aku lagi.

“Zoey” Dia merentap tangan aku.

Refleks aku berhenti berjalan dan memandangnya tajam. Dia pun lepaskan tangan aku.

“nak ape lagi?” Serius aku bertanya.

“dahla tu merajuk” Dia cakap kat aku.

“sape yang merajuk ni?” Sarkastik aku bertanya.

“Zoey, kau ni sensitif betulla. Aku main-main je tadi”

“yela tu main-main, agak-agakla. Dah, aku nak balik”

result tadi cam ne?” Dia bertanya lagi.

“kau peduli ape?”

“aku nak tau la jugak” Katanya lagi.

“mana la aku tau. Tengok kat envelope ni, dia ada gam kan, siap ada tanda merah lagi. Mana boleh buka” Aku tunjukkan envelope kat tangan aku.

“ye tak ye jugak ek” Dia menggaru-garu kepala.

Tu la tanya soalan yang tak logik. Lepas tu mula la tersengih je. Aku rasa walaupun dia ni kategori budak terer tapi ada masa nampak jugak kebodohannya.

“tapi mesti kite clear kan? Kalau tak, mesti kite dah kena tahan tadi”

“tau takpe” Aku berpeluk tubuh.

“eh mesti la tau. Kalau tak kite tak dapat kawin tau” Dia berkata lagi sambil senyum kat aku.

Best sangat ke dapat kahwin dengan aku? Bukannya sekadar nak bertanggungjawab sebab kejadian malam tu je. Kadang tu aku pun hairan dengan dia ni, macam tak kisah je kena kahwin dengan aku. Aku je kadangkala terfikir yang macam terpaksa je kahwin dengan dia.

“hmm..ye la” Tak ada mood aku menjawab.

Masing-masing berjalan menuju kat kereta.

Dalam kereta aku termenung. Aku perasan la, lepas je Andriand demam hari tu, layanan dia kat aku makin baik. Nampak macam layanan seorang kekasih pulak sebab semua pasal aku dia nak tau. Kadang-kadang aku pulak rasa macam rimas sebab tak pernah-pernah lagi ada orang ambil tahu pasal aku macam ni. Takkan la sebab nak balas budi sebab aku jaga masa dia demam hari tu. Tapi maybe jugakkan, takkan nak layan aku baik saja-saja macam tak logik la pulak.

1 comment:

RinsyaRyc said...

waa... akhirnya zoey dtg uzur~