:: My gangS :: TQVM

Monday, January 31, 2011

My Little Shark - 8



Cepat-cepat kaki aku melangkah ke arah Triple S yang terbaring atas lantai tu. Apa kes pulak dia ni yang sampai pengsan-pengsan segala? Takkanla sebab terkejut dengar aku cakap nak jumpa peguam pun boleh pengsan? Kalau tengok sekarang ni, macam bukan Triple S je yang tengah terbaring tu. Dia kan biasa nampak tough je.

“Qash, bunyi ape tu?”

Aku dengar suara papa menjerit beserta derap kaki yang menghala kea rah bilik Triple S. Tak sampai seminit, dah tersembul kepala papa dengan mama kat pintu bilik. Ah diorang ni, kalau pasal Triple S cepat je sampai. Kalau aku sakit, tanggung sendiri je la jawabnya. Alasan, sebab tak pandai kesihatan jaga diri, huhu..

“err..Tak tau pa. Tengah-tengah bercakap ngan Qash tetibe jatuh”

Aku menjawab dengan sedikit teragak-agak. Memang aku tak tau pun kenapa Triple S boleh tiba-tiba jatuh. Aku sedikit melutut merenung wajahnya yang sedikit pucat tu. Dia sakit ke?

“atau kamu yang dah cakap bukan-bukan kat Ayeem tadi?”

Mama bertanya sambil menjeling aku. Huh mama, selalu je buruk sangka kalau ada hal yang melibatkan aku dengan Triple S. Macamla muka aku ni ada cop kat dahi tanda muka pembawa masalah?. Tapi betul jugak tu Qash, kau selalu je bikin masalah dalam rumah ni. Tapi aku rasa tetap tak adil dengan layanan diaorang kat aku ni. Hishh..

“dah, jangan cakap banyak. Qash, tolong papa angkat Ayeem ni” Arah papa.

Aku pun segera tolong papa menaikkan badanTriple S ke katil. Nak angkat sorang-sorang memangla tak larat. Walau badan Triple S nampak macam cekeding je tapi disebabkan dia tu tinggi, so aku anggap berat dia dalam 65kg lebih jugak la. Berat standard untuk lelaki tinggi macam dia. Aku pulak just berat 53 kg, mana la larat nak angkat. Lain la kalau Triple S tu angkat aku. Eh dia pernah ke angkat aku?

“ma, call Ayeem’s doctor” Arah papa kat mama.

Mama cepat-cepat berlari anak menelefon doctor peribadi Triple S dengan menggunakan handset Triple S. Aku hanya memerhati dengan pandangan kosong. Best kan kalau ada doctor peribadi, tak payah susah-susah nak pergi klinik atau hospital.

Huh, aku jugak je yang terpaksa meredah malam-malam bila nak pergi klinik macam bulan lepas. Masa tu aku kena gastric sebab makan lambat. Dahla papa dengan mama tak ada, ubat pulak dah habis. Dengan tahan lagi sakit kat perut, hampir je aku terbabas bila drive kereta pergi ke klinik. Triple S masa tu tak ada, tak tau ke mana. Kalau dia ada pun, tak tau dia nak tolong aku ke tak? Memang sedih hidup aku kalau diingatkan balik kejadian malam tu.

“panas badan Ayeem ni, dah nak masuk 39 darjah pun”

Stop terus lamunan aku. Aku tengok papa tengah ambil bacaan suhu kat badan Ayeem dengan menggunakan termometer yang ada kat biliknya.

Triple S demam ke? Patutla muka dia nampak pucat je tadi. Tapi salah aku ke menyebabkan dia demam? Adoyai, teringat pulak masa kejadian kat party dua hari lepas.





~ Flashback kejadian kat birthday party Triple S ~



“Qash”

Aku dengar suara Triple S yang sedikit menjerit dari tangga. Masa tu aku dah sampai kat ruang tamu kat tingkat bawah. Aku langsung tak berpaling. Dah la Erny yang jadi penonton setia tadi dengan selamba je rempuh bahu aku, nasib baik tak terjatuh je aku kat situ. Geram aku dengan perempuan kurang ajar macam tu, boleh je suka-suka hati je langgar aku. Huh, apa punya taste la Triple S ni.

Tapi kan rasa macam bodoh je pulak bila aku ikut je Syiffa datang birthday party ni. Ingatkan birthday party siapa la sampai happening macam ni segala. Last-last birthday party suami sendiri, tak ke terkejut beruk aku sekejap.

Kumpulan perempuan-perempuan cantik yang ada kat ruang tamu tu dah tak ada. Maybe semua dah pergi luar rumah kot. Yela, birthday boy pun dah keluar nak rasmi party dia, buat apa lagi memerap dalam rumah.

“kau pergi mana tadi? Puas aku cari tau” Cepat je Syiffa menerpa aku yang baru keluar dari rumah tu.

“aku pergi tandas jap. Ada orang tertumpahkan aku orange juice kat blouse aku” Aku menunjukkan blouse yang sedikit basah kat bahagian dada ke Syiffa.

“owh. Eh kau mesti dah tau kan sape punya owner birthday party ni kan?”

Syiffa tanya aku lagi sambil senyum. Eh, mana dia tahu pulak yang aku dah tahu pasal owner birthday party ni? Mesti dia sekodeng aku dengan Triple S kat tangga tadi.

“dah” Jawab aku sepatah.

“okla tu kalau dah tahu. Kau ni special guest tau” Syiffa senyum lagi.

“ye la tu” Jawab aku nak tak nak.

Special guest kau cakap Syiffa? Aku rasa macam tetamu tak diundang je kat sini. Semua orang kat sini macam tengok alien je kecuali Eham. Eh mana pulak Eham ni? Mata aku meliar-liar cari kelibat Eham, tapi susah pulak nak cari dia kat celah-celah orang ramai ni.

“jom”

Syiffa tarik aku menuju ke arah tepi kolam. Aku hanya ikut je cakap dia sambil mata masih memerhati Triple S yang dah kena tarik dengan kawan-kawannya ke arah meja yang terdapat kek tu.

Huh, kek hari jadi pun sampai dua tingkat, ingat majlis kahwin ke apa? Tapi Qash, kau tu pernah ke sambut party hari jadi macam ni dengan kek dua tingkat lagi? Tak pernah kan? Majlis kahwin hari tu pun buat serba ringkas je sebab Triple S tak nak hebohkan kat orang. Aku hanya tahan sedih dalam hati sambil buat-buat senyum ke Syiffa.





“ok, sekarang kita nak panggil birthday boy kite buat ucapan sket”

Syahmi yang tengah pegang microphone tu memulakan acara. Jadi emcee tak bertauliah pulak budak tu hari ni.

Semua tetamu yang ada bertepuk tangan bila Triple S pergi kat Syahmi. Dia tersenyum memandang semua. Aku hanya tengok dia dari jauh. Nak pergi dekat macam mana kalau semua perempuan-perempuan yang ada kat majlis ni berkerumum dekat dengan dia? Tak sanggup aku berhimpit-himpit dengan diaorang semua tu.

“first of all, saya nak ucap selamat datang pada semua ke birthday party saya. Kira ni birthday party cum house-warming jugakla sebab saya baru je beli rumah ni dua minggu lepas. Anyway thanks pada semua yang bagi hadiah. Hope you all semua enjoy this party

Triple S menamatkan ucapan dengan sesi potong kek. Aku tengok ramai je perempuan-perempuan yang pergi menempel kat dia tu. Bajet macam artis la tu. Aku mencebik. Huh, dah beli rumah pun tak bagitau kat aku. Surprise la tu kononnya.

“kenape Ayeem tak perkenalkan kau kat semua orang?” Syiffa menyiku lengannya kat aku.

“entah”

Jawab aku sepatah sambil memandang ke arah Triple S. Nak perkenalkan apa nya? Masa kahwin dulu pun buat senyap-senyap je. Masa tu la kitaorang berlaga pandangan. Dia hanya tersenyum je pandang arah aku. Huh, tak payah la nak buat-buat senyum dengan aku pulak, tak ada maknanya pun.

“Qash, kenape Triple S kau tu?”

Syiffa tanya aku lagi. Aku yang tengah meneguk orang juice berpusing memandang ke arah Triple S yang tengah bercakap dengan Syahmi. Aku perasan ada gitar kat tangan Triple S. Ni nak buat gempak apa pulak ni sampai pegang-pegang gitar segala? Nak buat sesi luah bakat terpendam pulak ke?

Aku tengok ramai tetamu-tetamu menghalakan mata ke arah Triple S. Syiffa, Syahmi dengan Triple S pulak masing-masing berbalas senyuman. Apa kes diaorang bertiga ni? Pelik betul tengok diaorang ni.

“for my lovely wife Qashrynna Zarqa, this song just for you

Apakah? Aku ternganga sekejap kat situ. Semua tetamu serta perempuan-perempuan yang ada kat situ dah buat sesi melopong. Kecuali Syiffa dengan Syahmi je menunjukkan sign ‘thumbs up’ dengan tangan. Dan serentak itu aku rasa tangan aku ditarik Syiffa ke arah Triple S.


Seringkali hati bertanya

Tiap saat kita bersama

Sampai bilaku harus memendam rasa


Tak pernah aku merasai

Bibir terkunci

Jiwa bergelora rasa tak percaya

Adakah ku bermimpi


Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan

Wajah yang bermain

Di mimpi-mimpiku

Hidupku.. kini bagaikan penjara

Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi

Dirimu aku miliki

Berilah tanda kepastianmu

Namun jika tak tercapai

Harapanku

Selama hayat dirimu tetapku sanjungi


Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

Mungkinkah terjadi…

Mungkinkah kau milikku…



Aku rasa macam sedikit terharu bila Triple S nyanyikan lagu Mungkinkah Terjadi nyanyian Spider tu. Tak sangka pulak suara dia sedap bila nyanyi lagu tu. Dan yang paling aku tak sangka dia pandai main gitar. Aku senyum je tengok dia dan dia balas senyum aku, kitaorang saling berpegangan tangan. Rasa macam hilang sekejap rasa benci aku kat dia.






Aku berjalan ke arah meja yang tersedia makanan tu sambil tersenyum. Rasa macam lapar pulak bila lama-lama duduk kat sini. Qash, jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan Triple S tu?

“ey betina, kau jangan beranganla Sharqiy tu selera tengok kau”

Terkejut aku dengan tepukan kat bahu dan suara nyaring Erny tu. Bila masa pulak Erny tu ada sini? Ingat kan dah balik masa rempuh aku tadi. Dia memandang aku dengan pandangan meluat. Cett, macam la aku kisah sangat dengan dia tu?

“yang kau tak puas hati sangat ngan aku ni apasal?” Aku menjelingnya tajam.

Dia tergelak sambil senyum mengejek. Geram betul aku dengan perempuan sorang ni, tak habis-habis cari pasal dengan aku. Memang jenis tak sedar diri punya perempuan.

“kau memang tak layak ngan Sharqiy tu. Tengok pakaian kau ngan kitaorang, jauh panggang ngan api. Kau jangan berangan la yang dia akan jadi milik kau”

Erny sedikit menjerit. Gila apa perempuan ni terjerit-jerit kat tengah party macam ni, macam tak ada perasaan malu langsung. Dahla aku perasan ramai je yang tengok aku dengan Erny ni.

“dah la, malas aku nak layan orang gila cam kau ni”

Aku terus berjalan ke luar pagar meninggalkan Erny yang masih memaki hamun aku tu. Baik aku balik je dari terus memalukan diri kat sini. Rasa lapar tadi terus je hilang bila dengar Erny cakap macam-macam kat aku. Sorry Syiffa, aku terpaksa balik dulu. Nanti kau pandai-pandaila tumpang Syahmi atau siapa-siapa je.

Aku berjalan laju ke kereta yang terletak jauh kat simpang jalan tu. Masa tu la aku perasan yang hujan mula turun rintik-rintik. Cepat-cepat aku melompat masuk ke dalam kereta. Masa aku tengah hidupkan enjin kereta tu, aku dengar cermin tingkap kereta aku diketuk. Aku menurunkan sedikit tingkap dan tengok Triple S sedang berdiri kat sebelah kereta aku.

“Qash, please listen to me first. Jangan dengar cakap Erny tu” Triple S merayu dengan memegang tangan aku.

Aku memandang Triple S dengan tajam. Dia dah basah kuyup kena hujan yang semakin lebat tu.

“my hand please” Aku tarik sedikit tangan aku yang ada dalam tangan Triple S tu.

“Qash, saya nak mintak maaf bagi pihak Erny. Saya tak sangka dia cakap cam tu kat awak tadi” Triple S cakap lagi.

Huh, siap mintak maaf bagi pihak perempuan tu lagi. Nampak sangat la diorang ni ada affair. So buat apa aku tunggu lama-lama lagi kat sini? Buat makin sakit hati ada la.

“dah, aku nak balik”

Aku rentap tangan aku dan terus menaikkan cermin tingkap. Triple S kat sebelah luar kereta aku jeling. Handbrake aku tarik dan kereta bergerak laju meninggalkan Triple S. Bila aku tengok kat rear mirror, aku perasan Triple S dah terduduk kat situ dalam hujan yang makin lebat.



~ End of Flashback ~





Takkanla dia demam sebab kena hujan dua hari lepas kot? Tapi mungkin jugak sebab aku perasan semalam dia tak pergi kolej. Aku ingatkan dia tak ada kelas, mana la tau dia sakit.

“Qash, kenapa tercegat lagi tu? Pergi ambil air suam ngan towel. Lap sket badan Ayeem ni” Arah papa lagi.

“err..Yelah” Cepat je aku jawab sambil melangkah turun ke dapur.

Tak pasal-pasal pulak aku kena buat semua ni. Kalau aku demam tak ada pulak yang sibuk nak jaga. Huh, tak aci betul. Tapi kalau aku tak ikut cakap papa kan, memang aku pulak yang kena marah nanti sebab tak nak jaga Triple S tu. So, sabar je la aku ni.

19 comments:

Anonymous said...

Tlg r Qash... rasa nak bg penyepak jerk kat pempuan ni tau.. (adui emo plak)... cube wat ayem tu tegas skit... grrrrrrr

zura asyfar said...

to anonymous : sabar2..hehe..cite ni pjg lg..nnt Ayeem tu bls balik kat Qash tu..tgu ms je..hehe

liyana said...

sian ayem dmm..
so sweet tyme nynyi lgu 2k qash 2..^__^
eeeee..mympah nye ngn erny 2..over 2l

*i like this entry(thumbs up)
nex2..

zura asyfar said...

liyana : thanks..hehe..ayeem syg qash cume qash je yg nk nafikan perasaan syg dia kat ayeem..sbb tu kdg2 dia marah kat ayeem tu :)

~ hny lkagu tu yg ingt lirik dia, hehe..hrp suit je ngn entry ni :)

Shamien said...

sis! betul tekaan sy!!hehe...best2...cepat2 lg ye...kurangkn sket virus malas 2!hehe

zura asyfar said...

awin : haha..betul tekaan anda tu..tgh mengurgkan virus malas menaip ni..idea bnyk tp tgn je mls bergerak..huhu

rOcKeT GirL said...

best .. sambung2

zura asyfar said...

rocker girl : thankss..tgh merajinkan diri ni nk sambung..hehe :)

fallenmoon said...

Nak fire Erny tu! Jahat!

zura asyfar said...

moon : jom kite same2 fire dia..haha

Anor said...

best..cepat sambung ye...

zura asyfar said...

anor :n yer2..tgu je next epi..

tiekqafhea said...

best nye. haha ayeem tu sweet je. dah best dah part dorang nyanyi n pegang2 tangan tetibe je enry tu g kacau daun! aisemen,, pengacau antara bangse lah.
best cite ni!

aqilah said...

apapun, akak follow.................

zura asyfar said...

tiekqafhea : ayeem sweet eh?hehe..mmg erny tu pengacao, cmne plak nk hapus watak dia tu? hmm..

aqilah : thanks akak :)

.:kiwi:. said...

kak Zura~! sorry bce lmbat. kt kampung laa... huhu...
ala... Jerung tak sihat! Qash Qash... apelah mmg la bini kene jaga laki (bgitu juga sbaliknya ye).. ni yg makin curious perjanjian ap yg diorg prnh buat dlu ni! kak Zura, carila antibiotik utk hapuskn virus malas ni... ala, kluar jln² smbil cri idea pon best ape... hee~ cdgn aje... ;)

nanieZACK. said...

Hihi. sambunglah sambunglahhh. Bestt!

zura asyfar said...

kiwi :owh cepatnya dia cuti n balik kg..kite esok kot br balik..qash mmg cam tu, dia bukan peduli pn kat ayeem walhal dia tu syg kat ayee..hehe..tgh cr antibiotik la ni..btw maybe balik kg esok br jadi rajin sket...hehe

nanieZack : thanks ek..otw nk sambung la ni:)

nurul said...

selalunya,watak lelaki yang ego,tapi cite zura ni terbalik pulak..hu2