:: My gangS :: TQVM

Wednesday, September 5, 2012

SSiD Raya Part 3.1





Part 3.1 



SYAF hanya tersenyum geli hati apabila melihat Firash yang bersusah-payah mengopek buah kelapa. Terkial-kial jugaklah suaminya itu kerana bukannya sedikit buah kelapa yang patut dikopek dengan menggunakan alat penyadap (struktur besi seperti lembing tajam yang dipacakkan di atas tanah). Hampir sepuluh biji jugaklah. Itu pun semua atas arahan Tok Wan. Katanya semua itu mahu digunakan untuk buat rendang, nak menggulai ayam, untuk campuran buat lemang serta kuah ketupat nasi. Dan dia pula hanya duduk memerhati sambil sekali-sekala mengawasi Erran dan Reeya yang berkejaran bermain di bawah pohon jambu itu. Langsung tidak dibenarkan untuk membuat kerja apabila Tok Wan mendapat tahu yang dia muntah-muntah semalam.
“Penatlah yang.. kalau boleh minum air kan best,” adu Firash sebelum mengesat peluk yang memercik di dahi. Baju Tshirt biru lembut yang dipakainya sudah pun hampir basah dek peluh.  Dia melabuhkan punggung di pangkin bersebelahan dengan isterinya itu. Ingin melepaskan lelah buat seketika.
“Apa lah Fir ni.. tak baik lah cakap macam tu,” sela Syaf seraya menepuk peha suaminya. Firash hanya tersengih sebelum melentokkan kepalanya di bahu Syaf. Sengaja mahu bermanja!
“Eee.. apa ni? Busuklah.. “ Syaf mula menutup hidung. Kepala Firash yang sudah terlentok di bahunya itu mula ditolak perlahan. Bukan sengaja! Tapi dia memang tak tahan dengan bau peluh!
“Ala sayang ni.. Dulu kalau tak mandi pun, langsung tak nak lepas.. ni berpeluh sedikit je pun,” luah Firash sedikit kecewa dengan reaksi isterinya. Segera dia mengangkat kepalanya dari bahu Syaf. Merajuk jugaklah!
“Bukan macam tu lah.. tapi memang tak boleh bau pun.. rasa pening je,” balas Syaf jujur. Memang dia bukan sengaja berbuat reaksi begitu. Semuanya spontan sahaja. Mungkin kehamilan kali ini banyak mempengaruhi semua tindakannya.
Firash hanya diam sebelum bangkit dari pangkin. Alasan dari isterinya langsung tak dihiraukan.
Syaf yang hanya memerhatikan reaksi Firash itu menggaru sedikit kepalanya. Ni terasa hati pulak ke? Aduhai, sabar aje lah hati kalau dapat suami yang makin sensitif ni.
“Firr...” Syaf dah mula bangkit dari pangkin dan menuju ke arah Firash yang sudah jauh ke depan. Suaminya itu mula terbongkok-bongkok ingin mengambil baki kelapa yang masih belum dikopek.
Firash hanya buat selamba. Seolah-olah tak ada apa-apa yang sedang berlaku. Panggilan dari isterinya dia buat-buat tak tahu. Padahal nak tengok setakat mana Syaf pujuk dia. Seketika sebijik kelapa diletakkan di atas penyadap. Bersiap-sedia untuk menekan dengan tangan.
“Fir.. sorry pasal tadi,” Syaf dah mula pegang lengan Firash. Terpaksa tahan bau peluh walau kadangkala rasa mual aje dengan keadaan begitu. Nak pujuk suami punya pasal ni.
“Qira yang duk kat sebelah Acad tu kenapa? Nanti kena penyadap tu!” Laungan kuat dari Tok Wan menyedarkan mereka berdua. Cepat-cepat Syaf melarikan tangan Firash. Bimbang pula jika Tok Wan marah padanya. Tadi dah pun kena bagi amaran supaya tak payah buat kerja sangat. Bimbang katanya akan memberi kesan pada kandungan. Syaf tak tahu nak balas apa-apa dah bila Tok Wan dah cakap macam tu. Hanya senyum aje dibalas berserta anggukan tanda akur.
“Err.. Qira dah nak masuk rumah ni pun,” balas Syaf mereka alasan. Cepat-cepat dia berjalan menjauhi dari suaminya apabila Tok Wan masih tegak berdiri memandangnya. Lupa sudah dengan si suami yang sedang merajuk.
“Hmm, yelah. Pergi tengok-tengok mama kamu kat dapur tu jap. Erran dengan Reeya ni biar Tok Wan yang tengok,” suruh Tok Wan seraya mendapatkan si kembar yang masih asyik bermain di bawah pokok jambu.
Firash yang sedang memegang buah kelapa yang sudah hampir siap dikopek itu terpinga-pinga sendiri. Matanya sempat menangkap isteri kesayangan yang sudah selamat menghilang ke pintu belakang. Habis tu aku ni macam mana?



****



DI RUANG tamu Firash hanya diam tidak berkutik. Mata difokuskan ke tv di hadapan walaupun telinganya masih mencuri-curi dengar perbualan antara Syaf dengan mamanya. Tok Wan awal-awal lagi dah masuk bilik. Katanya penat melayan si kembar siang tadi. Tak terlarat katanya nak mengejar si kembar yang main aktif. Dan si kembar pula setelah diberikan susu tadi terus aje terlena.
“Tak ngantuk lagi ke Syaf? Mama dah dah ngantuk ni.” Tegur Datin Farizah seraya menahan kuap. Mata pun dah mula terasa berair walau hati memang nak sangat tengok drama Melayu yang sedang ditayangkan di TV2 itu. Kisah seorang anak yang pergi ke bandar namun langsung tak pulang ke kampung walaupu hari raya. Memang sedih sampai hampir mengalir air mata dibuatnya apabila mengenangkan ibunya yang hampir setiap hari menunggu kepulangan anak kesayangan di kampung.
“Mama pergi lah tidur dulu. Karang nak bangun siapkan sahur pulak. Syaf pun nak tunggu drama ni habis je kejap lagi,” balas Syaf  sebelum matanya sempat menangkap kerlingan mata dari suaminya itu.
“Yelah, jangan tidur lambat-lambat pulak. Tak elok untuk baby tu,” nasihat Datin Farizah seraya bangkit dari ruang tamu.
“Okay lah ma, selamat malam,” balas Syaf dengan anggukan sebelum mata kembali memfokus ke arah tv yang masih terpasang. Kedudukannya yang tadinya bersila di atas kerusi kayu itu mula dibaringkan. Namun belum sempat tubuhnya mencecah kusyen sofa itu, terasa ada satu benda yang menghalang. Syaf pelik. Apa benda pulak yang keras semacam ni?
“Eh..” Hanya itu saja yang keluar dari mulutnya sebaik sahaja tubuhnya kembali bangkit dari kerusi itu. Tidak berkelip melihat Firash yang selamba saja duduk di situ. Sudahlah tu, drama tv yang sedang ditayangkan itu telah ditukar ke saluran lain. Argh! Tak puas hati betul ni!
Firash hanya diam. Langsung tak bersuara apabila isterinya memandang. Syaf dah lupa agaknya yang dia masih dalam mood merajuk? Ingatkan selepas kejadian petang tadi, Syaf akan datang memujuknya namun sampai ke saat ini, isterinya itu langsung tidak bertindak apa-apa. Tadi pun semasa berbuka, masing-masing tak bertegur sapa walaupun duduk bersebelahan. Dah macam perang dingin pulak!
Syaf merengus kecil apabila mendapati suaminya membuat muka tak bersalah. Ingatkan mahu merampas kembali remote tv itu namun kelihatan remote itu sudah tiada. Ke mana pulak perginya? Mungkin sudah disembunyikan di satu tempat yang dia tidak ketahui. Lantas punggung diangkat menuju ke bilik. Tidur lebih baik kut!


BERSAMBUNG....



p/s : pendek je kan? Sorry, i have to concerate utk mss tuk tahun depan punye..org lain dh siap, kite br terhegeh2 nk taip...tp tak siap lg cerpen ni tp dh kena out sbb esok ade jamuan raya, then balik kampung..kt kampung pulak line kureng..btw ramai jugak yg mintak SsiD 2 tp tak fikir lagi cmne cz lepas ni dh sibuk...sorry again...layan..

15 comments:

AmyZainudin said...

Likess even pendek....good job sis zura...

nz lyna'im said...

aduh xhabis2 fir dgn perangai bdk2 ye..heheheh

Aziela said...

Good job! Best. Apa yang kita suka tentang SSiD nie ialah ianya real. Secara realiti, memang lelaki kuat merajuk. Especially bila si isteri melayan rajuknya... Fir nie, silap hari, sampai anak dewasa pun dia akan suka merajuk kot. Opss, SSID 2 ekk?

NurAtiZa said...

Best...#^_^

Eppy Safri said...

pen pun ok...
asal ade n3...

norihan mohd yusof said...

alah dek ciput nye,tk puas lh.nasib best!sambung laju2 ye dek,ngah sabar menanti n satu g dek jgn lh lama sngt baru sambung dek...maap cam terlebih lh pulak akak nr dek....

iemira imani said...

nk ag kak zura, rasa xpuas bace. sian kat fir, saf buat2 lupe lak dia merajuk...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@AmyZainudin

TQ amy :))

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nz lyna'im

haha...tu lah pasalnye...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Aziela

TQ2...mmg realiti cm tu...ni pon ceduk dr kehidupan harian je..hehe..btw kalo dh mmg azali perangai mcm tu, mybe terbawak2 smpai ke tua kot...hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@NurAtiZa

TQ :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Eppy Safri

patotnye panjang sikit tp tk smpt dh semalam..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@norihan mohd yusof

hehe...Tq kak..sory cz udah makin bz skrg sbb kena siapkn mss..tp insyaAllah try smbung laju2 :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@iemira imani

hehe..sori pendek..actually syaf mmg nk pujuk tp firash lak wat perangai so tak jadi lah..hehe

Nur Saliha said...

Lagii?????