:: My gangS :: TQVM

Tuesday, December 14, 2010

My Little Shark 3

Pandang kanan, line clear. Pandang kiri, crystal clear. Ok, this is the best time to take a revenge. Heh, buat jahat dibalas jahat. Ok apa prinsip hidup aku ni. Aku sengih jahat dalam hati.

Terjengket-jengket aku keluar dari pintu bilik aku. Hmmm, first step ; menyusup masuk ke bilik musuh tanpa diketahui. Langkah di atur sehabis perlahan. Macamla lantai parquet tu mengeluarkan bunyi kalau dipijak. Lainla lantai papan kat rumah atuk di kampong tu.

Tombol pintu dipulas perlahan. Berkunci? Macam tau-tau je aku dah plan nak masuk bilik dia. Tapi, small matter punya hal. Aku mengeluarkan kunci duplicate dari poket pyjama. Kau memang brilliant Qash, tak sia-sia kau pergi tempah kunci duplicate minggu lepas. Ala, big thanks to komik Detective Conan sepatutnya. Tak rugi kau beli tiap-tiap keluaran.

Klik!

Pintu bilik terbukak. Aku cepat-cepat menutupnya perlahan dan menguncinya dari dalam. First step; accomplished. Hmm..Tak sia-sia aku tak ikut mama dengan papa keluar makan dengan Triple S tadi. Ala, setakat makan kat restoran biasa tu, tak kisahla. Anytime boleh pergi je.

Aku meliar-liarkan mata ke seluruh pelusuk bilik. Nampak kemas dan teratur je. Tak padan dengan pemiliknya lelaki. Kalah aku yang perempuan ni. Selalu je kena bebel dengan mama cakap ‘anak dara pemalas’.

Tak ada apa yang menarik pun. Atas rak buku, semuanya buku pasal constructions, engineerings and bussiness. Huh, tolongla. Boring.

Aku mendekati meja study. Hmmm, laptop? Laptop kesayangan ni. Gatal je tangan aku meng-on laptop yang dalam mode standby tu. Ek, ada password la pulak. Jari aku pantas memasukkan password yang terlintas kat kepala. Semuanya not accepted. Hmmm, birthday dia bukan, birthday aku pun bukan. Apa lagi ek?

Aku terpandang frame gambar yang ada kat hujung meja. Aku tarik perlahan dan bawa ke tangan. Gambar masa birthday aku tahun lepas. Masa tu aku tengah tersenyum lebar sebab dapat hadiah blackberry dari papa. Tapi gambar ni ada dalam kamera aku, macam mana boleh terlepas kat laptop dia pulak? Dia curi ke?

Laptop yang asyik kena reject password tu aku tenung lama. Dia letak password apa ek? Curios je nak tau apa yang ada dalam laptop ni. Apa kata cuba masukkan tarikh ‘anniversary’. Pantas je window terpapar kat skrin. Heh, tak susah pun password yang dia letak. Aku tersenyum sendirian.

Aku bukak satu persatu folder yang ada kat skrin. Ada folder assignment, proposal final project, gambar kereta apa entah. Tapi ada satu ‘private’ folder yang tak boleh aku bukak. Ada apa ek dalam ni?



************************



Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta diparking. Alamak, mesti diaorang dah balik ni. Macam mana nak buat ni? Second step pun tak buat lagi. Tu la kau Qash, asyik dengan laptop je tadi. Takkan nak kantoi pulak sekali lagi?

Duplicate key yang ada dalam poket pyjama aku cuba tarik keluar. Ek? Apasal macam tak ada pulak ni? Biar betul? Tadi kan aku letak balik dalam poket pyjama lepas kunci pintu. Takkan poket pyjama boleh bocor pulak? Dahla tengah time genting ni.

Dalam aku tengah sibuk-sibuk mencari duplicate key tu, aku terdengar bunyi derapan langkah menuju ke bilik. Ala, cepatnya mamat ni naik atas. Ingatkan bersembang dengan mama dan papa dulu tadi kat tingkat bawah.

Panik. Tu keadaan aku sekarang. Mana sempat nak keluar dari bilik. Misi pun tak masuk lagi second step. Fikir Qash, fikir. Haa, cari tempat nak menyorok dulu. Bilik air? Mesti dia jumpa kalau dia masuk nanti. Almari pakaian? Lemasla aku kat dalam. Bawah katil? Muat ke nak masuk?

Klik!!

Kedengaran pintu dibuka. Tak sempat nak melarikan diri ni. Masuk je la bawah katil, cadar pun nampak labuh je meleret ke lantai.

Pantas aku menyusup masuk ke bawah katil. Fuhh, nasib baik muat-muat je dengan aku. Berpeluh tak apa, jangan lemas dahla. Tak sempat nak mintak maaf nanti. Ingat pulak kau Qash, dosa dan pahala. Ngee..

Aku terdengar bunyi tapak kaki melangkah masuk. Tapi tak nampakla sebab cadar labuh menutup pandangan mata. Aku cuba mendiamkan diri. Harap-harap dia tak perasanla. Masa dia dah tidur nanti, bolehla aku cabut lari. Cepat-cepatla tidur mamat ni.

Kenapa aku tak ambil laptop dia je tadi? Ala, rugi je. Laptop? Alamak, aku tak sempat nak shutdown la tadi. Mesti dia perasan. Kantoi-kantoi. Aku menepuk tangan ke dahi.



****************************



Adoyai..Agak-agak dah nak masuk sepuluh minit dah aku ada kat bawah katil ni. Rasa berpeluh dan tak selesa mula melanda diri. Dahla macam banyak debu je bawah katil ni.

Aku mengenyeh hidung dengan jari. Hidung dah start rasa geli dah. Aku bukannya boleh terdedah sangat dengan keadaan berdebu ni. Mesti nanti bersin tak henti-henti.


Ahhcuumm!!


Aku menekup mulut dengan tangan. Alamak, macam mana boleh terlepas pulak ni? Kantoi la.

“siapa tu?” Suara Triple S menyoal. Aku kaku tak bergerak bawah katil.

“siapa tu?” Soal Triple S lagi.

“cepat keluar, kalau dapat siap kau” Aku dengar suara Triple S menggugut. Air liur ditelan. Kesat.

“cepat keluar!!” Triple S menjerit lagi.

Nak keluar ke tak? Kalau keluar, agak-agak dia marah tak? Aku menggaru-garu kepala yang aku gatal.

“keluar aku cakap!!!!”

Refleks aku menyingkap cadar dan bangun berdiri. Aku meletak kedua-dua tangan separas bahu, tanda menyerah kalah. Triple S tengah berdiri berpeluk tubuh. Ada wajah tegang terpamer kat situ. Marah kot. Memang marah la Qash. Siapa yang suka kalau bilik diceroboh.

“hmmm..Saya dah agak dah”

Aku tersengih cuba membuat muka selamba. Padahal jantung berdegup kencang. Tangan aku jatuhkan. Penat la buat macam tu.

“errr…” Ayat aku tak habiskan, tak tau dah nak bagi alasan apa.

“laptop tadi saya buat mode standby, tapi bila balik tengah terbukak. Pandai yer awak cari password” Dia tersenyum sinis.

“ni duplicate key yang ada atas katil ni saya rasa awak yang punya kan?” Dia menunjuk duplicate key yang tersadai atas cadar

Patutla aku cari tadi tak jumpa. Sempat lagi kunci tu terjatuh atas katil. Duplicate key aku ambil dan letak dalam poket.

“err..aku keluar dulu” Aku cuba melangkah ke pintu bilik.

“nanti” Triple S menarik tangan aku.

Langkah aku terhenti. Aku berpaling menghadapnya. Dia melepaskan tangan aku perlahan.

“dah ceroboh masuk bilik saya, takkan nak pergi macam tu je?” Perli dia.

Aku rasa telinga aku panas. Dia ni nak cari pasal pulak ke? Aku merenungnya tajam.

“habis tu?” Aku menjungkitkan kening.

“mintak maafla” Dia memberi cadangan.

“ok, aku mintak maaf sebab masuk bilik kau” Malas nak bertekak lagi.

“macam tak ikhlas je?”

“ikhlas la ni”

“tapi tetap tak cukup” Katanya menggeleng-geleng kepala. Ek?

“habis tu nak apa lagi ni?”

Dia tersengih nakal. Huh, aku benci tengok dia sengih macam tu. Dia mendekati aku perlahan. Aku cuba mengundur tapi cepat tangan dia menarik tangan aku dan digenggam kemas.

Aku dah mula fikir bukan-bukan. Dahla dalam kepala aku ni masih lagi kejadian dikiss dia hari tu. Disebabkan perkara tu la yang butkan aku nak balas dendam ni. Tapi tak sangka pulak boleh terkantoi macam ni.

“emmm..Saya akan lupakan kejadian awak ceroboh bilik saya tapi dengan satu syarat”

“syarat?” Kening aku sedikit terjungkit.

“yup. Malam ni awak kena tidur dengan saya k? Alang-alang dah masuk bilik saya ni pun" Triple S senyum menggoda sambil mengenyitkan mata.

Ah sudah. Triple S dah mula buat kerja gila. Hmmm..Tapi aku rasa aku pun boleh kenakan dia balik. Aku sengih dalam hati.

“hmmm..Boleh, tapi aku ada syarat jugak” Aku membalas senyuman dia.

“apa dia?”

“esok bank-in duit ” Aku memberi cadangan.

Duit je yang kau ingat Qash? Senyum paling manis terukir dibibir. Mamat ni pantang kalau kena goda sikit, mesti cair je.

“boleh-boleh. Cakap je nak berapa” Kan dah cakap.

“ok” Aku mengangguk-angguk kepala.

Aku tengok mata Triple S seakan-akan bercahaya. Huh, gatal jugak mamat ni. Aku mengambil kesempatan menuju ke meja study dia. Laptop yang terpasang tu aku jeling sekilas. Aku berhenti sekejap bersandar di tepi meja study dan perasan dia mengikut aku dari belakang.

“emmm..Jom” Ajaknya sambil tersenyum.

Aku pun senyum lagi. Walau dalam hati dah menyumpah berbakul-bakul. Hissh, gelojoh betul mamat ni. Tapi aku tetap tak bergerak cuma menunggu masa untuk bertindak je.


**************************************



Papp!!!


Laptop yang terbuka aku tutup kuat. Tangan aku cepat je menyambar dan peluk ke dada. Aku perasan Triple S seakan terpinga-pinga melihat kejadian yang pantas tu. Cepatje kaki aku melangkah ke luar dari bilik. Nasib pintu dia tak kunci lagi pintu.

“awak nak bawak ke mana laptop saya tu?” Laungnya sedikit kuat.

Aku cepat-cepat berlari menuju ke tangga bila perasan dia macam tengah mengejar aku. Sampai kat tepi tangga, aku berhenti sebentar mengambil nafas. Tercungap-cungap dah ni.

“Qashrynna Zarqa!” Jerit Triple S kuat.

Aku yang tengah mengambil nafas tu membuka langkah ke arah anak tangga. Belum sempat aku nak jejak kaki kat anak tangga, aku rasa tangan aku ditarik seseorang.

“Makk!!!!”

Aku menjerit kuat. Tubuh aku terdorong ke belakang tapi serentak dengan itu jugakla, laptop yang aku peluk ke dada melurut jatuh dan terhempas ke empat anak tangga bawah. Masing-masing senyap tak bersuara.

Aku tengok Triple S dah terduduk kat tepi anak tangga. Matanya berkaca. Mama dan papa yang baru keluar dari bilik tu, masing-masing pamer wajah terkejut bila lihat apa yang terjadi.

“Qashrynna Zarqa!!” Suara papa kuat menjerit.

Aku menelan liur. Qash, another crime scene yang kau buat. Adakah perbuatan kau ni boleh dimaafkan?

3 comments:

nurul said...

oh tidakk...laptop..

meowluvie said...

mst dorg ni da kawen kn? cma x dok sebilik jer..pandai2 jer sy meneka ni...hehehe

Miezan :) said...

Oh myyyy. Laptop!!