:: My gangS :: TQVM

Wednesday, February 16, 2011

My Little Shark -11



Episode : 11






Tangan aku terketar-ketar mencapai kotak berbentuk empat segi yang dicampakkan oleh Ayeem tadi. Setitis air mata aku mengalir membasahi pipi. Kau betul-betul bodoh Qashrynna, kau ingatkan semua orang berfikiran macam kau ke? Ternyata kau silap Qashrynna. Kau betul-betul dah buat kesilapan terbesar dalam hidup kau sekarang.

Tengok sendiri dengan mata kau tadi, apa reaksi Ayeem tadi bila dia tahu kau dah telan ubat kejadah tu? Nak buat protection konon? Protection apa benda kalau Ayeem yang selama ni tak pernah marah kat kau sampai sanggup tinggikan suara? Dan yang lebih teruk lagi dia cakap tak nak maafkan kau sampai bila-bila. Mesti dia marah gila dengan kau sekarang ni atau bahasa yang lebih senang faham, dia dah betul-betul kecewa dengan kau!

Aku meraup muka beberapa kali sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi. Agak-agak sempat tak lagi kalau aku kejar and mintak maaf dengan Ayeem sekarang? Rasanya dia tak keluar lagi sebab tak dengar lagi bunyi pintu ditutup. Aku cepat-cepat bangun dari katil dan melangkah ke arah bilik Ayeem.

Pintu bilik yang separa terbuka tu aku tolak dengan tangan. Ternyata Ayeem ada lagi kat bilik dia tapi apa yang dia buat depan almari pakaian tu? Mata aku tertancap luggage Polo yang terbukak luas atas katil. Apa yang dia nak buat dengan luggage tu? Dia nak keluar dari rumah ke?

“err, kau nak pergi mana ni?”

Perlahan je suara aku tanya Ayeem. Ayeem yang tengah menunduk dan menggeledah almari pakaian tu berpusing melihat aku. Wajah dia still tegang and pandang aku macam nak telan.

“kau peduli apa?”

Keras je suara Ayeem menusuk masuk ke gegendang telinga aku. Aku menunduk. Takut.

“A-Ayeem, maafkan aku. Aku menyesal sangat sekarang ni ”

Tergagap-gagap aku cuba mengeluarkan suara depan Ayeem. Dah hilang terus sikap yakin diri aku yang dulu.

“tak guna lagi kau menyesal sekarang. Kau dah lupa satu benda, I’m your husband Qashrynna, patutnya apa-apa hal kau kena mintak izin ngan aku dulu. Ni suka hati kau je telan ubat tu tanpa pengetahuan aku. Aku betul-betul kecewa”

“Ayeem, bukan macam tu..Aku tak berse..”

“sudahla Qashrynna. Aku dah muak dengan alasan kau tu. Dari dulu aku biar je kau buat apa saja tapi kali aku betul-betul tak tahan. Kau memang sengaja buat aku sakit hati kan? Fine, kau dah menang. Aku dah kalah. Dan aku akan pergi dari sini”

Terkedu aku dengar kata-kata Ayeem tu. Air mata aku dah kembali menitik ke pipi. Aku perasan mata Ayeem sedikit berkaca.

“Ayeem, aku tak bermaksud nak buat macam tu. Cuma aku tak bersedia lagi dengan semua ni”

Aku bercakap dalam suara serak. Ayeem dah menyambung kembali kerja-kerja meletak pakaian dia dalam luggage. Dia betul-betul nak tinggalkan aku ke ni?

“tak bersedia kau kata? Semua ni boleh dibincangkan Qashrynna, but kau je yang ikut kepala angin kau tu and sekarang baru kau nak menyesal? Masa kau telan benda tu kau tak menyesal pulak?”

Katanya sinis.

“aku fikir kau tak nak sebab kita kan masih muda. Takkan kau dah sanggup nak ada anak time study?”

Aku tanya dia. Tangannya yang tengah menutup luggage tu terhenti.

“aku tak kisah pun kalau ada anak time study. Kau je yang yang fikir susah. Bukannya aku tak mampu pun, dah terlebih mampu pun. Even aku nak kawin dua pun aku mampu sekarang ni”

Aku menelan liur. Qash, kau sanggup ke terima hakikat if Ayeem betul-betul nak pasang lagi satu?

“Ayeem, please jangan tinggalkan aku. Aku akan cuba jadi isteri yang baik untuk kau and aku janji aku akan ikut je apa cakap kau”

“Qashryyna, kau dengar sini. Kau pernah tengok ke aku tinggalkan kau? Tak pernahkan? Kau je yang sering cuba tinggalkan aku. Kau sengaja buat perjanjian bodoh tu sebelum kita kawin sedangkan kau tahu kan yang aku takkan ada affair dengan perempuan lain. Dan aku yang bodoh je ikut je cakap kau sebab aku sayangkan kau. Dan aku tau kau buat semua ni sebab kau berdendam ngan aku kan? Kau nak buat semua ni sebab kau nak aku menderita sama ngan kau kan?”

Aku menelan liur. Macam mana Ayeem tau aku berdendam dengan dia? Rasanya aku tak pernah bagitau kat siapa-siapa kisah lama aku dengan dia. Kisah percintaan aku dengan dia lima tahun dulu waktu kitaorang baru form 3.

“mana kau tau aku berdendam?”

“Qashryyna, aku kenal kau bukannya baru sehari. Dah lebih lima tahun pun. Apa saja benda yang kau buat, aku tau. Segala gerak geri kau, aku dah kenal”

Ayeem mengeluh. Dia meraup mukanya beberapa kali.

“kau ingat kau sorang je menderita sebab perpisahan kita tu? Aku lagi la menderita. Aku hampir kantoi SPM sebab terlalu rindukan kau. Aku tak dapat terima kenyataan yang kita berpisah tapi aku cuba tabahkan hati sebab aku yakin aku akan jumpa balik ngan kau. And bila kita jumpa balik kat kolej tu, aku gembira sangat sampai aku suruh papa aku kawinkan aku terus ngan kau sebab aku tak sanggup lagi berpisah ngan kau. Tapi kau dah berubah, kau dah tak macam Qashrynna yang aku sayang dulu. Kau dah jadi keras hati and kau seperti dah tak berperasaan tapi aku tetap yakin kau masih sayangkan aku”

Aku hampir terduduk kat pintu. Ayeem menderita? Aku ingat aku sorang je yang menderita sebab family dia berpindah lepas kitaorang habis PMR. Masa tu aku hampir-hampir kena penyakit kemurungan sebab perkara ni, sebab tu la aku jadi berdendam dengan Ayeem.

Memang mula-mula aku tak suka bila kena kahwin dengan Ayeem sebab dia mengingatkan aku kepada kenangan pahit tu tapi lama-lama aku dah boleh terima kenyataan. Lagipun masa tu aku dah nekad nak buat Ayeem menderita sama dengan aku dulu. Tapi sekarang aku betul-betul menyesal dengan perbuatan aku. Aku tahu hati aku masih sayangkan Ayeem walaupun aku berdendam dengan dia. Sebab tu aku tak pernah bukak hati aku pada lelaki lain. Betul la apa orang cakap, cinta pertama susah nak lupa.

“tapi sekarang aku betul-betul dah silap, perempuan yang selama ni aku sayang senang-senang je sia-siakan cinta aku. Aku memang bodoh selama ni sebab biar je apa yang kau buat. Sepatutnya dari dulu lagi aku tak patut percaya dengan hati aku ni”

Panjang lebar Ayeem bercakap. Semua perkara lama kitaorang dia ungkit. Aku hanya terdiam tanpa kata.

“kenapa diam? Tak betul ke apa yang aku cakap tu?”

Suara Ayeem yang kuat tu mengejutkan aku lamunan aku tu. Aku hanya mampu pandang dia tanpa membuat apa-apa.

“Ayeem, aku dah menyesal sekarang ni. Maafkanla aku. Please, jangan tinggalkan aku”

Aku cuba merayu lagi sebab dah tengok dia heret luggage sampai ke pintu.

“Qashrynna, maaf kau dah tak ada guna lagi. Dah terlambat. Lagipun aku rasa kau dah tak perlukan aku lagi kat sini”

“Ayeem..”

“kau hidupla dengan dendam lama kau tu sampai bila-bila. Aku dah tak peduli lagi”

“Ayeem..”

“dahla Qashrynna, stop it. Aku tak nak dengar lagi apa-apa dari mulut kau, kau nak buat apa pun kau buat je la. Aku dah tak nak amik tau lagi”

Tangan dia aku capai tapi cepat je dia tepis sampai aku nak terjatuh kat situ. Dia terus je berlalu ke tangga. Aku terus menangis sambil memegang pintu bilik Ayeem.






“Ayeem, bukak la pintu kereta ni”

Aku mengetuk-ngetuk cermin pintu depan Honda Civic Type-R dia tu. Tapi dia langsung tak bukak pintu. Dahla mama dengan papa tak ada kat rumah. Kalau dia orang ada, mesti dia tak bagi Ayeem keluar dari rumah. Aku terus menangis sambil mengetuk-ngetuk cermin pintu kereta dia.

“Ayeem, please

Aku masih cuba mengetuk cermin lagi. Akhirnya dia menurunkan sedikit cermin kereta tu. Aku tarik nafas lega. Dia memandang aku tajam.

“Ayeem..”

“Qashrynna, kenapa degil sangat ni?”

Aku tersentak disergah Ayeem.

“oh aku lupa something

Aku tengok Ayeem membuka wallet dia. Sekeping kad dikeluarkan.

“nah, ni kad aku. Selama ni kau rasa susah kan sebab aku lambat bank-in or apa but sekarang ni, kau ambik je la. Dah tak ada gunanya lagi kat aku”

Ayeem melemparkan platinum kad kredit ke tanah. Aku terkejut.Dan masa tu la Ayeem terus mengundurkan kereta dan terus memecut ke luar pagar.

Aku dah terduduk atas simen kat porch kereta tu. Air mata aku makin laju membasahi pipi. Ayeem, jangan tinggalkan aku. Aku tak tau macam mana nak hidup tanpa kau lagi!



p/s : entry pendek je cz yang ni je sempat taip sebelum balik kg. Zura post jugak sebab dah janji. Anyway plz komen yer :D

21 comments:

Qwerty said...

aaaaaaaaaaaaaa
sedihnya.
qash ni pun..
laki mana tak marah kalau buat macam tu?

heeeeeee.

zura asyfar said...

qwerty : tu la pasalnya..Ayeem tinggalkan dia br nak menyesal..

liyana said...

huhuhuhu...cdey:(
cian kt qash n cian kt ayeem..
qash:: npe wt cm2?kan da mnysl..
*bru nmpk yg dye ni syg kt ayeem
ayeem::xmau la mrh lme2..qash da nysal 2..syg qash kan?

ble la dyeorng mau dpt baby ni?
hehehe..bnyk songeh plak kite ni:)

kak::parent ok??
xsbr tnggu entry bru..

luv' said...

ngeeee xsabar nk tunggu next entry~~best2(^_^)

Shamien said...

kak zura!!OMG...tsr sangka qash ni teruk mcm tu! Kalau ye pun, ckp kat Sharkie dulu. tapikan...tak semua protection jadi!!hahaaha...

Anonymous said...

best3... lagi3....

Anonymous said...

sdeynyer..
napela qash sgup wt cmni pd hubby?
dh jd cmni bru nk nangis..

~next n3.... =)

mady+yana said...

dramatik betul entry kali nie..haha..
next entry please...;)))

fallenmoon said...

:( sedihlah entry ni kak zura..

zura asyfar said...

liyana : sis sedih jugak ni..nk menangis taip entry ni..huhu
~ nk dpt baby? hehe..byk request dr semua ni :)
~ parent da ok, my dad pun br je kuar ward..

luv u : thanks..hehe, sbr k :)

awin : tu la qash buat ikut kepala dia je wat hal..betul tu tak semua protection betul2 jd :)

anonymous 1 : thankss :)

anonymous 2 : tu la pasal..skrg br nk sedih..tgu yer for next entry :)

mady + yana : tgu yer :)

moon : kite pon sedey jugak ni :(

.:kiwi:. said...

Qash ni... klu kte la, jmpa ex lama. (mcm ad je) dpt kawen lg. adoyai, best gler... ni... yg gi ikut dendam tu buat ape? kn dah... Ayeem tgglkan ko slame²nya bru thu!

zura asyfar said...

kiwi : kalaula sis jmpe ex lama, maybe suke but utk kawen tak kot..tak nak ingt lg kngn lama tu..haha (my opinion je ni)...

~ Ayeem tgalkan Qash utk selama-lamanya? boleh ke? nnti jd sad ending plak?hmmm..

Anonymous said...

tak nak lah ayeem tinggalkan qash....sedihhhh lahhh.... biar lah mereka hidup gumbira...at least qash ada rasa menyesal n tahu yang die sememangnya sayang n cintai ayeemmm same goes to ayemm...tapi rasa rasa next n3 ayeem akan buat qash jealous dgn rapat dgn nadia or org lain...boring lah...

zura asyfar said...

anonymous : wah thanks tuk komen pjg lebar dr anda..

~ sedih mmg sedih tp kira entry ni just utk
qash biar dia rasa menyesal..next entry br je dpt idea..hehe..br je nak taip ni :)

~ huhu, jgnla boring ngn cite ni (nnt hilang semangat tau nak post entry baru)

.:kiwi:. said...

haha... saje je meng-emo diri... tak nak pun Ayeem tgglkan Qash... mne boleh! huhu... mestilah bersama-sama hingga ke akhirnya! haha

zura asyfar said...

kiwi : hehe..kite tengokla nnt cm ne :)

Shamien said...

make her preggo sis!! nak baby!!

zura asyfar said...

awin : sabar yer..haha..btw qash kan muda lg cm ray jugak..hehe

Anonymous said...

ubat tu ubat ape ek??x tau la...hehhehe

zura asyfar said...

anoy : hehe..bace la next entry :)

Miezan :) said...

Wuuuuu.. Sedihnyaaa! :'(