:: My gangS :: TQVM

Friday, September 7, 2012

SSiD Raya PArt 3.2





PART 3.2


FIRASH menolak daun pintu bilik yang sudah tertutup rapat. Matanya laju saja dikerling pada katil yang sudah berpenghuni. Seketika dia mengeluh perlahan. Kononnya tadi mahu menuntut perhatian dari Syaf dengan sengaja mencari helah untuk Syaf memandangnya namun alih-alih dia pula yang ditinggalkan.
Syaf yang sedang berselimut itu sedar tatkala Firash berbaring di sebelah. Matanya bukan mengantuk pun lagi. Tadi masuk bilik awal kerana mahu tunjuk protes sahaja. Itu pun terkejut apabila Firash buat perangai macam tu. Niat di hati untuk berbaik dengan suaminya itu dilupakan begitu saja. Mungkin itu adalah jalan terbaik untuk mereka berdua sekarang. Masing-masing dengan mood merajuk dan tak puas hati. Adil dan saksama!
Terkebil-kebil mata Firash melekap ke siling. Memang tak rasa pun mengantuk saat ini walau jam sudah melebihi pukul 12 malam. Dijelingnya pada Syaf di sebelah. Sama aje pun keadaannya. Merenung ke siling jugak. Memang eloklah macam tu!
Syaf menggigit bibir. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Nak tidur mata pun tak mengantuk lagi. Namun dia tetap merasakan Firash di sebelahnya juga begitu.
Beberapa ketika suasana masih lagi sunyi. Hanya bunyi deruan kipas siling dan kadangkala bunyi cengkerik yang bersuara riang di luar. Dari kedudukan dibaringkan tadi, Firash mula mengiring berhadapan dengan isterinya. Entah kenapa, dia sendiri pun tak pasti. Apa yang pasti, hatinya mengiringinkan dia untuk berbuat begitu.
Syaf perasan semua itu. Tubuhnya dikeraskan. Mata pula dipejam rapat. Awkward moment!
“Baby okay hari ni?” Pertanyaan serta tangan Firash yang sudah meluncur ke atas perutnya yang masih berbaju tidur itu membuatkan dia tersentak. Apabila tangannya mahu menepis, suaminya itu seolah-olah sengaja mengeraskan tangannya. Syaf terasa geram. Sudahnya dia membiarkan sahaja tangan Firash di situ.
Firash hanya menahan senyum apabila Syaf bereaksi macam tu walaupun pada mulanya dia sudah tidak tahu untuk memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
“Baby, tengok mummy merajuk dengan daddy,” Firash mula mereka-reka dialog seraya tangannya mula mengusap lembut perut Syaf dari luar.
Syaf terpempan. Eh suka-suka hati dia aje mengadu kat anaknya. Eh anak dia dengan Firash! Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada Firash di sebelah. Tanda dia tidak suka dengan kata-kata sebegitu.
“Baby...kesian kat daddy kan? Mummy tak nak cakap pun dengan daddy,” Firash meneruskan dialognya tanpa rasa bersalah. Suaranya dileretkan dengan nada sedih. Suka pula melihat isterinya itu yang mula mengeraskan tubuhnya. Mana mungkin dia tak perasan jika tangannya masih melekat di perut isterinya.
Syaf ketap bibir. Ini tak boleh jadi ni. Mana boleh cakap macam tu dengan anak yang masih dalam kandungan! Segera tubuhnya bertukar mengiring dan berhadapan dengan Firash yang masih memandangnya.
You ni kenapa cakap macam tu deng...” belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu, terasa bibir Firash terlebih dahulu menangkap bibirnya sehingga membuatkan dia terkedu. Tangannya cuba menolak kuat tangan Firash yang mula merayap liar namun langsung tak ada peluang. Suaminya itu seperti sengaja membuatkannya hampir lemas!
“Cakap lagi guna I-You, memang malam ni kita tak tidurlah sampai pagi. Biar lebam je mata esok,” Firash bersuara selepas melepaskan pautan di bibir isterinya. Kelihatan Syaf seperti tercungap-cungap menahan nafas. Biarlah! Kena ajar sikit.
Syaf menarik nafas panjang sebelum menjeling ke arah suaminya. Geram diperlakukan sebegitu. Namun dia berasa lega apabila Firash melepaskannya. Jika Firash tak nak lepas macam mana? Bukan dia tak nak melayan kemahuan Firash namun dengan moodnya yang masih merajuk, dia malas untuk menyerahkan diri sebegitu. Dia mahu Firash memujuknya terlebih dahulu. Bukannya setiap perhubungan itu patut dimulakan dengan kata-kata romantis, barulah semuanya berjalan lancar. Ewah! Dah macam pakar kaunseling rumah tangga pulak.
“Nak ke mana pulak tu?” Soal Firash sedikit pelik apabila isterinya sudah bangkit dari katil.
“Gosok gigi,” balas Syaf dengan nada geram sebelum menghilangkan diri dari pintu. Sedangkan Firash sudah mula ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala. Aduhai isteri aku ni!


 ***



“SAYANG, tolong butangkan..” pinta Firash seraya menghulurkan butang-butang baju Melayu di dalam tapak tangannya. Syaf yang sedang menyarungkan baju kurung untuk Reeya itu mngerling sekilas. Alahai suami aku ni, macam lah tak boleh nak butangkan sendiri! Getus hati kecil Syaf.
“Tak boleh butangkan sendiri ke? Tengok Reeya ni, nak pakai baju kat dia punya lah susah,” balas Syaf seakan mengadu. Reeya yang kadangkala melompat-lompat dan kadangkala seakan mahu mendapatkan abang kembarnya itu membuatkan sukar untuk Syaf menyarungkan baju kurung. Sabar aje lah dapat anak perangai macam ni!
Firash sedikit mencebik. “Nak bermanja dengan isteri pun tak boleh dah. Asyik duk layan si kembar aje,” balas Firash sedikit kecewa lalu ke arah cermin meja solek. Lima biji butang baju Melayu berwarna putih kristal itu ditenung seketika. Seakan sudah lupa mahu membutangkan baju Melayu macam mana. Lagipun sejak berkahwin dengan Syaf,  isterinya itu yang selalu akan membutangkan untuknya.
“Hissh dia ni, dengan si kembar pun nak jeles. Reeya, tengok daddy kamu ni. Macam budak kecik,” sambung Syaf sedikit geram dengan tingkah laku Firash yang baginya terlalu menuntut perhatian darinya. Reeya yang sedang memandang mummynya itu hanya tersengih-sengih dan kadangkala ketawa. Entah apa yang difahamnya pun tak tahu. Si abang kembarnya Erran pula yang dah siap bersamping dan bersongkok bagai itu tertiarap di katil sambil melayan video kartun Backhom dari Korea. Budak-budak zaman sekarang!
“Yelah, nak buat macam mana.. kita memang ‘kecik’ pun dari dia,” sambung Firash lagi sambil terkial-kial mahu meletakkan butang. Terasa menyesal pula kerana terlalu awal menyarungkan baju itu. Sepatutnya butang diletakkan sebelum baju disarungkan ke tubuh. Sudahlah tampuk butang tersebut agak lebar. Agak susah untuk memasukkannya di lubang kecil di leher baju itu.
“Ya Allah dia ni.. bukan macam tu maksud sayang tadi,” balas Syaf perlahan sambil cepat-cepat mengemaskan baju kurung yang dipakai oleh Reeya. Tak sampai dua saat, anak perempuannya itu telah pun melompat ke katil untuk melihat kartun di Ipad bersama-sama dengan Erran. Langsung sudah tidak mempedulikan drama antara mummy dan daddy mereka.
Firash hanya diam. Langsung tidak membalas kata-kata dari isterinya. Akhirnya satu butang berjaya diletakkan. Ada berbaki empat biji lagi. Itu pun memakan masa hampir lima minit satu butang!
“Sorry Fir.. sayang tak maksudkan macam tu tadi,” Syaf sudah pun mula menuju ke arah suaminya yang masih berdiri berhadapan meja solek. Wajah Firash yang seakan tiada reaksi itu sedikit menggusarkannya. Bimbang juga suaminya itu berkecil hati dengan apa yang diperkatakan tadi. Tapi semua itu secara tidak sengaja!
“Meh sini nak tolong butangkan,” Syaf kemudian berhadapan dengan suaminya. Reaksi Firash yang hanya beku itu dipandang dengan rasa sedikit bersalah.
“Takpe, Fir boleh buat sendiri. Pergilah layan si kembar tu,” balas Firash perlahan mendatar. Bahu isterinya itu ditolak sedikit ke tepi kerana menghadang cermin meja solek.
Syaf hanya memandang saja Firash yang langsung tidak memandangnya. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa jauh hati. Sampai hati Firash tolak dia macam tu? Sedangkan dia berniat baik mahu menolong. Sesaat matanya terasa berkaca namun dia cepat-cepat menarik nafas perlahan sebelum menjauhkan diri sedikit dari suaminya.
“Reeya, Erran.. jom ikut mummy pergi luar. Lagipun orang dah tak perlukan kita lagi,” panggil Syaf sebelum menarik tangan si kembar yang masih enak meniarap di atas katil. Si kembar itu memandang mummynya sebelum mengangguk-angguk faham.
“Gi luar! Gi luar!” Hanya itu yang mereka berdua sempat membalas sebelum cepat-cepat turun dari katil. Syaf hanya tersenyum tawar sebelum mengekori si kembar dari belakang.
Firash yang sudah siap membutangkan baju Melayunya itu tersentak dengan reaksi dari isterinya. Tidak berkelip matanya memandang tubuh Syaf yang sudah mula mendekati pintu bilik. Entah kenapa hatinya terasa lain macam dengan kata-kata dari Syaf itu. Menusuk terus ke dasar hati!
Ketika sebelah kaki Syaf sudah melangkah keluar dari pintu, Firash sudah serba tidak kena. Nak pujuk ke tak ni? Alah! Pujuk ajelah. Nanti kau jugak yang rugi, bisik hati kecilnya memberi nasihat.
“Sayang... kejap lah...” Tangan Firash sudah pun menyambar lengan isterinya. Dipaut kejap seolah-olah tidak mahu melepaskan lagi. Syaf yang sedang melangkah itu terhenti. Setitis air mata yang bergenang dari tubir matanya itu mula luruh ke pipi.
“Sayang?” Firash menyoal dengan sedikit reaksi terkejut. Walaupun Syaf tidak berhadapan dengannya, dia boleh merasakan yang Syaf memang bersedih.
“Sayang.. jangan lah macam ni.. sorry-sorry.. Fir mintak maaf,” Firash langsung membalikkan tubuh Syaf supaya bertentang dengannya. Wajah isterinya yang hanya menunduk ke lantai itu cuba dijenguk seketika. Sah! Syaf memang menangis. Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Terasa mahu mengetuk kepalanya sahaja di saat itu.
“Sayang... sorry...” hanya itu sahaja yang dapat Firash mengatakan sebelum menarik tubuh Syaf ke dalam pelukannya. Sungguh dia tak sengaja tadi! Langsung tak berniat nak cakap macam tu walau pada awalnya dia memang sedikit jeles dengan layanan Syaf pada si kembar.
Esakan kecil dari Syaf itu seakan meruntun hatinya. Pelukan langsung diketatkan walau dia dapat merasa isterinya itu cuba mengeraskan diri. Tangannya menggosok-gosok perlahan belakang tubuh isterinya sebelum mengucup lembut bahu Syaf.
Syaf menarik nafas panjang sebelum menjauhkan sedikit tubuhnya dari Firash. Belum sempat dia hendak meleraikan pelukan, tangan Firash lebih cekap memegang kedua-dua pipinya sehingga dia langsung tidak dapat bergerak. Renungan lembut dari sepasang mata hazel milik suaminya itu mula menggetarkan hatinya. Seakan memujuknya supaya berhenti menangis.
Sorry sayang,” sekali lagi ucapan maaf itu keluar dari bibir Firash. Tangannya terasa digenggam lembut dan dibawa ke pipi suaminya. Redup pandangan dari mata Firash seakan meminta dimaafkan.
“Saya nak pergi luar tengok Erran dengan Reeya,” Syaf bersuara selepas beberapa ketika. Entah kenapa dia cuba mengeraskan hatinya. Tidak mahu terpujuk dengan kata-kata maaf dari suaminya itu. Kakinya dibawa pergi dari situ. Mungkin suasana di luar boleh melegakan sedikit rasa sedih yang bertamu di hati.
Kening Firash sedikit ternaik. Saya? Syaf gunakan kata pengganti diri ‘saya’? Sudahlah baru semalam guna ‘I-You’, hari ni guna ‘saya’ pulak. Ah! Tak boleh jadi ni.
“Syafa Aqira.. I forbid you out of this room.” Suara Firash yang tiba-tiba kedengaran tegas membuatkan langkah Syaf langsung terhenti seketika. Entah kenapa rasa tidak puas hati mula menular di hatinya. Tahulah dia tu suami. Suka-suka hati dia aje gunakan kuasa veto dia!
Namun setelah beberapa saat berlangsung, Syaf kembali melangkah. Buat apa tunggu kat situ lagi? Getus hatinya cuba menambah rasa kecewa yang sedia ada. Namun belumpun dia sempat keluar dari bilik itu, terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Syaf kaku seketika apabila tangan suaminya sudah memeluk kejap dari belakang.
“Firash..” Suara Syaf bergetar memberi amaran. Tak boleh layan sangat suaminya itu. Sudahlah mereka berdua berada di muka pintu bilik. Kalau ada yang tengok, macam mana pulak? Tentu tak habis-habis kena usik.
“Degil,” balas Firash sedikit geram seraya menyembamkan bibirnya di leher putih gebu isterinya yang terdedah. Syaf yang terkejut dengan perbuatan Firash itu meronta-ronta  untuk melepaskan diri. Dah tahu sangat dah perangai suaminya macam mana. Takut pula jika kesan dari perbuatan itu akan menampakkan kesan!
“Ya Allah budak berdua ni! Tercongok aku tunggu kat depan katanya nak pergi sembahyang raya. Boleh pulak dia duk berasmaradana kat sini!” Teguran kuat dari TokWan itu mengejutkan kedua-duanya. Syaf sudah tidak tahu untuk letak muka kat mana. Merah habis wajahnya. Sedangkan Firash hanya tersengih-sengih menggaru kepala yang tak gatal. Kantoi terang-terangan!




P/s : ade smbungan sikit lagi...sori lah kalo dh start kelaut...lgp dh nk abes dh ni..hehe..layan :D

38 comments:

Chek Atien said...

best... sambung2.. :)

ezzy said...

firash2... manja sggh... ngeeee...
thanks zura... mmg best en3 ni... later dh smbg jgn lupa mention zie ye.. ;))

Eppy Safri said...

Awat syaf lak yg majuk.....
Ishhhh mmg degilll betui, keras pale tui meke ni...

Eppy Safri said...

Awat syaf lak yg majuk.....
Ishhhh mmg degilll betui, keras pale tui meke ni...

Unknown said...

waaaa, malu woo~ sy pulk yg blushing . haha

aR_aD (nAbA) said...

sweet sngt..! kak zura pa kta kt zura buat ssid 2 plaks..hehehe

Zierwa Zainal said...

best2... comel je firash merajuk..

NurAtiZa said...

Aduh memang memalukan betul...
Boleh pulak kantoi dengan Tok Wan...hehehe XD

Unknown said...

adus!layan lh dek...romantika D'AMOUR'.bahgia nye kalu umah tangga cam tu dek.kata org give n take!same2 ade jiwa tolak ansur.....good job dek.very2 nice.

vcl said...

Alahai..sesi pujuk memujuk yg romantik~ Heee..thnk u untk n3 ni kak..xsbr nak baca yg seterusnye..hehe.chayo2 menulis ya kak.. =) p/s..ade typo sket kak..awkward moment dah jd akward pulak..hehe..dan rsenye yg bhgn terakhir Syaf sebut Firash tue..patut Syaf yg sebut kn? Akak tertulis Firash pulak..hehe..sory naa sy tegur..xde niat ape2 pn..juz nak g tau akak.. =)

Hatika said...

Hehehhehe... best best besr.... ♡♥♡♥♡♥♡♥

-Ika Hatika-

zura asyfar addy rifqhiey said...

@~ChEk At!eN~

TQ :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@ezzy

hehehe...tQ..okay, insyaAllah..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Eppy Safri

hehe...saje je memmanjangkan cerita..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Ainaa Azlan


hehe...sile tutup muka..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@aR_aD (nAbA)

adui....tak smpt kot...kejar dateline dh ni..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Zierwa Zainal

tQ..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@NurAtiZa

haha...kenalah kantoi..nnt panjang lg citer..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@norihan mohd yusof

tQ sis..hehe..tu lah pasal..sy pon nak gak kalo cm tu..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@veroncyrila


hehe..tQ...dh baiki dh..tak perasan kot smlm..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Hatika

tQ ika <3<3<3

Unknown said...

Ala...la,la... asyik merajuk aje dua2 xnk mnglh. huhuhu.... kak zura cpt smbg xsbr nk tau ending cite SSID part raya nie...

waniezah said...

So swet cternyr..jgn lpa smbung..;)

puteri_mukhriz said...

nk juga sambungannya

puteri_mukhriz said...

nk juga sambungannya

puteri_mukhriz said...

nk juga sambungannya

honey ann said...

nak raya haji da, blum ada smbg lagi ke ?

fara said...

Salam Zura, bila nak update cite ni. Raya Aidil Fitri sudah...Adha pn sudah...cepat ar. Rindu sesangat kt Firash n Syaf

pilot vs said...

saya baru jmpa blog awak...kena ssid raya part 4 xde ek???

afiqah arman said...

So sweet.smbng la lg k.zura... Please ^__^

hijrahseorangperindu said...

sweet sngt2..k.zura bila nak sambung citer nie???please update cerita nie dah tak sabar nak baca!!!!!

koonamu said...

Kak! Bila nak sambung part 4???

yuyuricci said...

huhu..mana sambungan part 4???? tak sabar nak baca..

Unknown said...

xsabar nak baca part 4. sweetnyaaa.. <3 <3

Nor Fadzila said...

Kak zura.. SSID raya ter'stop' smpi part 3.2 je ke.. Excited ni nk baca lagi apa jadi seterusnya :)

Nor Fadzila said...

Kak zura.. SSID raya ter'stop' smpi part 3.2 je ke.. Excited ni nk baca lagi apa jadi seterusnya :)

Unknown said...

dh hmpir stahun dh mnunggu...xde lg ke

Anonymous said...

SO SWEET!!!!!......Blushing plak baca...BTW mmg best...kak zura please sambung... :)