:: My gangS :: TQVM

Thursday, December 9, 2010

My Little Shark 2

Aku menghempaskan tubuh ke sofa. Uhh , lega rasanya dapat baring. Penat gila rasa kaki ni. Yela, dapat shopping sakan. Bukannya senang nak dapat peluang macam ni lagi. Paperbag yang bersusun di atas meja kopi di ruang tamu tidak dihiraukan. Hmmm, dapat tidur kejap ni best jugak.

“ Qash, mama dengar kamu amik kad kredit Ayeem. Betul ke?” Tegur mama yang baru turun ke ruang tamu dari tingkat atas.

Aku mencebik. Huh, kepoh betul Triple S ni, aku ambil kad dia pun mengadu kat mama. Manja betul. Mentang-mentangla papa dengan mama sayang kat dia sebab jadi top student tiap-tiap sem, aku pulak yang dianaktirikankan. Sadis betulla.

“ala ma. Qash pinjam kejap je, bukan buat ape pun. Kecoh je Ayeem tu” Balas aku.

“ishh budak ni. Ingat kad tu boleh dapat free ke? Semua pakai duit tu” Bebel mama seraya duduk di sofa di depanku.

“tu Qash tau la” Malas aku melayan mama. Mata aku pejamkan.

“tidur pulak dia. Mama nak Qash pulangkan cepat kad tu, nanti guna sampai overlimit pulak” Bebel mama lagi.

“yela-yela. Nanti Qash pulangkan la.”

Aku dah bangun dari baring. Bising pulak mama ni. Naik tidur kat atas lagi baik. Paperbag bersusun tu aku ragut kasar. Ngee Qash, protes nampak. Tak baik buat perangai macam tu depan mama.

“nak pergi mana pulak tu?” Soal mama lagi.

“naik la. Nak tidur. Penat” Balas aku perlahan.

“dah tu kad si Ayeem bila nak pulangkan?” Tak habis lagi mama ni.

“esokla ma” Aku menjawab malas.

“jangan nak mengada-ngada la Qash. Pulangkan malam ni jugak” Arah mama.

“esok je la ma. Qash penat ni” Ujar aku lagi seraya menahan kuap. Mengantuk.

Aku yang baru berjalan menuju ke tangga tu terhenti. Bukan sebab arahan mama. Tapi terkejut sebab melihat Triple S yang baru je sampai kat anak tangga terakhir. Huh, dah datang dah ‘anak kesayangan’ ni.

Mata aku masih tak berkelip pandang Triple S. Bukan terpesona atau terkagum segala tapi benci tengok senyuman sinis dia. Seolah-olah tengah mengejek aku yang baru je kena bebel dengan mama.

“eyh Ayeem. Kau yang report kat mama pasal ni kan?” Tanya aku dengan mencerun mata ke arahnya. Harap-harap dia takutla. Tapi dia takutke?

“yup. Kenape? Kau takut mama marah pasal perangai kau yang gila shopping tu ke?” Balasnya dengan berpeluk tubuh.

Aku mendengus kasar. Darah aku dah start mendidih. Mata yang hampir-hampir tak boleh bukak sebab mengantuk tu, terbukak luas. Dia ni kan, saja je nak cari pasal dengan aku malam-malam.

“kau ni memang betul-betul ‘annoying’ “ Balas aku seraya menunjukkan jari telunjuk tepat ke mukanya.

well, U know me” Jari telunjuk aku ditepis kuat. Aku membulatkan mata.

“huh, tak sedar diri menumpang kat sini, ada hati nak mengadu pasal aku” Balas aku kasar.

Pang!!!

Aku tersentak. Pipi aku terasa perit. Aku berpaling muka ke arah tuan punya tangan yang menampar aku tadi. Mama. Sampai hati mama buat aku macam ni. Selama ni mama tak pernah pun tampar aku. Air mata aku mengalir tanpa sedar.

“mama tak ajar Qash cakap kasar macam tu. Please behave yourself, dear” Mama bersuara tinggi ke arah aku.

Aku perasan muka Triple S kelihatan terkejut. Mungkin terkejut kot sebab mama menampar aku tadi. Aku mengesat air mata yang turun ke pipi. Nampaknya mama lebih sayangkan ‘anak kesayangan’ dia ni lagi dari aku. Tak apa, malam ni malam kau Triple S. Ada ubi ada batas, esok hari aku balas. Aku sengih jahat dalam hati..

“apa kecoh-kecoh ni?” Tanya papa yang baru turun dari tingkat atas. Dia mengerutkan dahi.

“tanya la ‘anak kesayangan’ papa tu” Balas aku kuat.

Aku menjeling Triple S dengan pandangan tajam sebelum mendaki tangga ke ruang atas. Jaga kau Triple S. Siapla kau pagi esok.


***************************************


“arrrghhhh. Tidak!!!!!”

Aku tengah enak diulit mimpi indah tu terjaga dengan jeritan mahakuat tu. Nasib tak terjatuh dari katil Queen Size. Huh, pagi-pagi dah memekak. Kacau orang nak tidur betul. Comforter ditarik sampai berbungkus dari kepala hingga ke kaki. Sambung tidur lagi baik.

“Qashrynna Zarqa!!!” Aku diam.

“Qashrynna Zarqa”!!!” Aku masih lagi kaku. Tidur.


Beberapa minit kemudian aku rasa comforter aku ditarik. Siapa pulak tarik comforter aku ni? Tak tau ke aku ni tengah sejuk? Dah tu Qash, yang kau pasang air-cond sampai tahap duduk dalam ais tu kenapa?

“bangun!!!”

Aku terdengar jeritan serta terasa angin kuat bertiup di telinga. Statik aku terduduk. Mata aku gosok-gosok perlahan. Mama.

“ape bising-bising ni ma? Qash nak tidur la”

Jawab aku sambil menggaru-garu kepala. Mesti dah kusut-masai rambut aku ni.

“pergi cuci muka, gosok gigi. Turun dalam masa lima minit” Arah mama.

Aku mendiamkan diri. Kepala aku dah start berfikir. Erk, bukannya aku merajuk dengan mama semalam? Apasal boleh bercakap dengan dia pulak pagi ni? Sah, otak tengah slow loading kalau pagi-pagi macam ni.

Aku kembali baring. Malas nak layan siapa-siapa pagi-pagi macam ni. Mata aku pejamkan. Sedia untuk menyambung mimpi yang indah.

“Qashrynna Zarqa!!!”

Sekali lagi nama penuh aku dipanggil. Tapi kali ni bukan suara mama.

Aku mencelikkan mata yang baru dipejam. Papa. Papa ke yang menjerit panggil nama aku tadi? Aku terus bingkas bangun. Aku takut dengan papa. Mesti dia marah sangat sampai menjerit panggil nama penuh aku.

Mama tersenyum sinis bila aku cepat-cepat ke bilik air. Tau la yang aku ni takut sikit dengan papa kalau dia bertegas. Tapi kalau aku tak buat hal, dia akan menjadi ayah yang sangat loving, sampai mama pun kalah.



***********************************************



Tujuh minit kemudian, aku berlenggang-lenggang turun dari tangga ke tingkat bawah. Tak rock langsung hari cuti macam ni kena bangun awal. Rambut aku sepit dengan ‘crocodile’ ke atas. Hmmm, lapar la pulak rasa.

“hah, baru bangun tuan puteri?” Perli mama.

Aku senyap tak menjawab. Masih merajuk dengan mama.

“ape bising-bising ni pa? “Aku menyoal papa yang berada di muka pintu depan.

“Qash-Qash. Qash dah buat ape ni?” Tanya papa sambil menggeleng-geleng kepala.

“ape yang Qash dah buat?” Tanyaku tanpa perasaan bersalah.

“tu” Papa menunjukkan jarinya ke arah ‘sesuatu’.

Aku yang melihatnya hanya tersengih. Lepas tu menggaru-garu kepala. Kantoi. Memang tak pandai buat muka tak bersalah depan papa.

Kelihatan Triple S tengah duduk atas lantai porch kereta. Dia memegang kepalanya sambil menggeleng-geleng. Aku tersenyum. Padan muka, tu la cari pasal lagi dengan aku. Aku berjalan tanpa perasaan bersalah ke arahnya.

“kau kenapa?” Aku tanya dengan menahan gelak.

Dia berpaling ke arah aku dan merenung tajam. Heh, tak takut pun. Aku berpeluk tubuh sambil mata meneliti ‘grafitti’ yang terukir cantik di badan kereta Honda Civic Type-R yang berwarna putih tu. Hmm, cantik apa.

“kau boleh tanya aku kenapa?” Dia tanya aku sinis.

Dah keluar bahasa aku-kau kalau dia tengah marah. Biasa bahasakan diri dia saya je. Perkataan “I Love U Triple S” yang diukir dengan paku tu aku usap perlahan. Agak-agak berapa ye kena bayar kalau nak bagi ‘grafitti’ ni hilang?

“ok apa. Cantik. Memang berbakat la sape yang buat ni”

Aku tersenyum, siap memuji pulak orang yang membuat ‘grafitti’ tu. Tanda ‘thumbs up’ aku tunjuk dengan ibu jari.

Dia merenung aku tajam sambil mengetap gigi. Marah ke? Qash, bersiap sediala untuk dikejar. Kaki membuka langkah perlahan, mula menjauhkan diri.

“Qashrynna Zarqa, siap kau!!” Dia menjerit.

“mama, tolong Qash!!”

Aku pulak membalas jeritan sambil terus melajukan langkah. Selipar yang aku pakai tadi aku lempar ke tepi. Apa barang berlari dengan selipar. Tak pasal-pasal tersungkur nanti.

Dia mengejar aku sampai dua kali pusing halaman rumah. Termengah-mengah aku dibuatnya. Dahla aku tak sarapan lagi, mana cukup ‘energy’ nak berlari. Tiba-tiba tangan aku ditarik kasar ke belakang. Refleks aku terjatuh tapi sempat disambut oleh Triple S.

Disebabkan rumput kat halaman rumah tu licin sebab hujan semalam, aku dan Triple S sama-sama jatuh tergolek ke tanah. Aku yang terjatuh atas dia, cepat-cepat bangun nak melarikan diri. Tapi dia cepat je tarik aku sehingga aku jatuh terlentang atas tanah. Geram aku dibuatnya.

Tak sempat aku nak bingkas bangun, dia datang menindih aku dengan badannya. Posisi dia pulak kat atas aku. Gila apa buat macam ni. Nafas aku dan dia sama-sama turun naik. Masing-masing berlawan pandangan.

“hari tu kau sempat lari, hari ni jangan harapla”

Dia tersengih, kedua tangan aku ditolak ke atas tanah. Kuat dia tekan sampai aku tak boleh bergerak.

“mama, tolong!!” Jerit aku kuat.

“hey, mama tak ada la. Aku je yang ada kat sini” Dia tersengih lagi.

“hey, lepas la” Aku menjerit sambil menggoyang-goyangkan badan. Kot-kot boleh lepas ke dari dia.

shut up. Nanti aku kiss kan” Dia menggugut. Eleh, macam takut pun.

“berani la” Aku menjegilkan mata ke arahnya.

Cuppp!!!

Bibir aku dicium lembut. Aku membulatkan mata. Dia tersengih kemenangan. Aku yang masih terkejut tu, menekup mulut dengan tangan. Bencinya, my first kiss was stolen by him.

Now, U know I’m brave my dear” Dia pantas bangkit dari menindih aku.

“arrgghh. Aku benci kau Triple S” Aku menjerit kuat.

Dia dah berlari masuk ke rumah. Aku tengok mama dengan papa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Bencinya.

4 comments:

Eimma said...

gila sempoi parents dia kak...ahahah

nurul said...

haha..sporting je mak ayah die..

Miezan :) said...

Woww! Beraninya :O

Eqa riyanna said...

baraninya triple S kiss qash ! :o