:: My gangS :: TQVM

Friday, May 27, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 13



Episode 13 : Dugaan




Suasana sunyi sepi masa kitaorang berada di dalam kereta. Tiada sebarang bunyi langsung. Radio yang tadinya terpasang semasa kitaorang di dalam perjalanan menuju ke tempat air terjun tadi terus saja bisu bila aku tutup. Terasa sedikit serabut bila Deejay radio hanya membebel saja tanpa sebarang lagu yang berkumandang.

Aku berpeluk tubuh memandang ke hadapan. Fajie pula hanya sesekali mengeluh sambil memandu kereta dengan perlahan. Memang perlahan sebab bila aku tengok meter kat dashboard tu hanya 70KM/J. Seakan rugi saja beli kereta mahal-mahal kalau pandu setakat macam tu saja sedangkan kereta kancil dan viva yang memotong kitaorang lagi laju dari dia pandu.

Aku menggigit bibir menahan geram. Terasa masih geram dengan tuduhan yang Fajie lemparkan ke Iza tadi. Macam mana lah pulak yang dia boleh kenal si Iza tu? Apakah ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku?

“Macam mana awak kenal Iza tu?” Akhirnya keluar juga soalan dari mulut aku setelah hampir lima belas minit masing-masing menyepikan diri tanpa sebarang bicara.

“Awak nak tahu ke?” Fajie membalas sambil memandang aku sekilas. Aku perasan yang bibirnya mengukir senyuman sinis. Seolah-olah seperti mengejek aku saja. Haishh, tak boleh jadi ni.

“Mestilah nak tahu. Dia kan kawan baik saya.” Cepat saja aku menjawab.

“Ye, saya tahu dia tu kawan baik awak. Tapi betul ke semua pasal dia awak tahu? Cuba bagitahu saya dah berapa lama awak tak jumpa dengan dia?” Fajie membalas dengan kembali menanyakan aku soalan.

Aku terkedu seketika dengan kata-kata Fajie tu. Memang aku sudah lama berkawan dengan Iza tu. Tapi memang kitaorang dah lama tak jumpa sejak habis sekolah hari tu. Lagipun dia belajar di kolej kat Kuala Lumpur, sedangkan aku belajar di sini saja.

“Apa maksud awak ni? Jangan putar belit cerita boleh tak?” Aku mendengus perlahan.

“Okey macam ni lah. Saya dah lama kenal dengan Iza tu.” Balas Fajie selamba sambil mengukir sedikit senyum.

Aku yang mendengarnya hampir membulatkan mata. Apa maksud Fajie ni? Dia dah kenal Iza lama? Macam mana dia boleh kenal? Bermacam-macam persoalan hadir di dalam minda aku ketika ini.

“Dia kekasih lama awak ke?” Tiba-tiba saja keluar soalan yang tak terduga dari mulut aku. Dah tak sempat nak halang pun.

Fajie ketawa kecil bila mendengar soalan itu. Aku menjelingnya tanda geram. Kenapa dia hari ni sudah hilang sifat unmatured dia tu? Apakah sebab sudah bergelar suami?

“Awak ni kelakar la Yash. Saya ni mana ada kekasih. Awak je kekasih saya sampai mati.” Fajie masih lagi ketawa bila menjawab soalan aku tu.

Aku mencebik bibir tanda tidak puas hati dengan jawapan dia. Aku perlukan jawapan yang serius bukannya jawapan yang main-main seperti ini.

“Serius sikit boleh tak?” Aku menegurnya yang masih ketawa.

“Okey-okey, saya serius. Tapi kalau saya katakan yang Iza tu bekas kekasih lama saya macam mana?” Fajie berpaling seketika ke arah aku bila kereta diberhentikan pada lampu isyarat merah di hadapan.

“Owh, bekas kekasih lama awak? Tapi kenapa saya tak pernah dengar Iza cerita pun kat saya? Setahu saya kekasih dia tu dah bekerja walaupun masa tu kami masih lagi sekolah.” Aku menjawab sarkastik. Geram dengan Fajie yang masih lagi bermain-main dengan aku ni.

Fajie terdiam seketika. Itulah tadi suka sangat nak kenakan aku, ini bila aku kenakan dia balik terus saja diam. Aku tersengih sendiri. Padan muka!

Persoalan pasal Fajie yang mengenali Iza tu tetap tidak terjawab sehingga kitaorang sampai kat rumah aku. Masa ini aku perlu fikir tentang majlis yang akan berlangung pada petang nanti. Banyak lagi yang perlu dilakukan daripada memikir hal ini.






“Kau pergi mana ni? Puas kitaorang tunggu. Tengok emak kau dah sibuk-sibuk tanya.” Tegur Ida masa aku keluar dari perut kereta.

Fajie hanya memandang aku sekilas sebelum melangkah menuju ke daddynya yang sedang bercakap dengan ayah aku tu.

“Ada hal sikit tadi.” Aku menjawab sambil mata memerhatikan kelibat Iza yang tengah bercakap dengan tetamu di halaman rumah.

Korang ni kan, macam –macam hal la. Agak-agaklah kalau nak honeymoon dulu pun. Tak boleh tunggu malam sikit ke?” Ida membebel semasa menemani aku masuk ke rumah.

“Kau ni tak ada kerja lain ke? Asyik cakap pasal honeymoon je kerjanya.” Aku membalas bebelan Ida.

“Masalahnya yang tu je best nak cakap kalau masa kahwin ni.” Ida tersengih-sengih pandang aku.

“Dah-dah, stop cakap pasal tu. Kau nak honeymoon kau kahwin dulu lah. Sibuk je jaga hal orang.”

“Eh Puan Yashara, aku ni sepupu kau tau. Mestila aku kena ambil berat pasal kau.”

“Yelah-yelah. Eh macam mana nak masuk bilik ni kalau semua dah berkerumun depan pintu tu?”

Aku bertanya. Pelik betul dengan sanak saudara dengan tetamu yang bertandang ni. Masing-masing terjenguk-jenguk depan pintu bilik pengantin. Diaorang tak perasan ke yang pengantin sebenarnya ni tengah tercongok kat belakang diaorang? Sudahla menghalang aku dari masuk bilik pulak. Aduhai, masalah sungguhla, aku bimbang lambat saja nak bersiap untuk majlis nanti.

“Tepi-tepi, bagi laluan. Pengantin nak masuk bilik ni.” Ida menegur beberapa orang yang masih berdiri di muka pintu bilik aku tu. Masing-masing mula menjauhkan diri apabila perasan yang aku ada kat belakang diaorang.

Aku hanya membalas senyuman diaorang sebelum melangkah masuk ke bilik di temani Ida.







“Kenapa aku tak nampak Kak Long aku?” Aku bertanya pada Ida yang masih menempek bedak kompak pada mukanya. Dah kalah aku yang bergelar pengantin ni.

“Ada je kat belakang tadi. Kau nak cakap dengan dia ke? Kalau nak, aku boleh panggil.”Balas Ida.

“Tak pe lah. Eh ok tak lagi mekap aku ni? Cepat sangat si Cathy tu tak balik, tak sabar-sabar betul.”

Aku sedikit merungut bila Cathy, mak andam aku ada hal katanya. Sepatutnya dia kena temankan aku sehingga habis majlis ni tapi ada hal keluarga pula katanya.

“Dah ok dah tu. Kau duduk sini kejap, aku nak panggil Iza. Ke mana saja lah dia tu pergi.”

“Eh kejap-kejap. Aku nak tanya kau something ni.”

Ida yang mula melangkah menuju ke pintu tu berpatah balik bila aku berkata macam tu. Dia datang dan duduk bersama dengan aku di birai katil.

“Apa dia? Macam penting je ni?” Ida berkerut dahi pandang aku.

“Kita kenal Iza dari sekolah lagi kan? Memang dia dah ada kekasih dari sekolah lagi kan?”

“A’ah, memang kita kenal dia dari sekolah lagi. Sejak dari form 2 lepas dia pindah sini.Kekasih dia tu pun dah kerja dah masa kita sekolah lagi. Kenapa kau tanya macam tu?”

Ida berkerut dahi pandang aku. Aku mengeluh seketika sebelum menarik nafas panjang. Perlukah aku bertanya pada Ida tentang apa yang Fajie cakap tadi?

“Tak adalah cuma aku pelik kenapa dia tak kenalkan kekasih dia tu kat kita, kata dah lama bercinta.”

“Ye tak ye jugak. Hari tu aku ada tanya dia tapi dia cakap kekasih dia tu kerja jauh susah nak jumpa. Kira macam percintaan jarak jauh jugak la.”

Aku berdiri dan memandang ke arah tingkap yang terbuka. Macam mana ya Fajie tu boleh kenal Iza? Memang diaorang berdua kenal antara satu sama lain ke? Kalau kenal, kenapa Iza tak ada cakap apa-apa pun kat aku pasal Fajie tu? Apakah Fajie tu kenal kekasih Ida?

“Eh tak apalah. Aku cari Iza kejap. Ermm, Fajie mana? Takkan dia tak nak bersiap kot?”

“Kau tolong panggil dia kejap kalau jumpa. Takkan aku nak keluar pulak.”

“Yelah-yelah. Kau tu duduk diam-diam je kat situ. nanti hilang pulak.”

Ida berpesan sebelum menghilang di muka pintu. Aku pandang jam di dinding. Dah nak masuk pukul dua petang pun. Majlis persandingan kat hotel tu mula pukul tiga petang.









Fajie masuk ke bilik selepas sepuluh minit Ida keluar mencari Iza. Aku yang tengah membelek gaun pengantin tu terkejut dengan kehadiran Fajie. Entah kenapa wajahnya seakan-akan tak ada perasaan saja bila tengok aku.

“Ni ada hadiah yang orang bagi. Katanya kawan awak yang tak dapat datang bagi.”

Fajie meletakkan bungkusan hadiah di atas katil. Aku terus saja memandang dia. Siapa pulak yang bagi hadiah ni?

“Siapa bagi?” Aku tanya Fajie.

“Entah, tengoklah sendiri. Ada kad kat situ.” Fajie membalas lantas ke bilik air.

Aku menarik bungkusan hadiah tu ke atas riba. Kad nama yang berwarna pink cair tu sedikit menarik minat aku. Bila aku belek kad tu, aku tiba-tiba tersenyum. Patutlah Fajie buat muka macam tu tadi. Rasa nak tergelak pun ada, takkan cemburu pula bila aku dapat hadiah dari lelaki lain?

“From ; Ashraff Iman..Selamat Pengantin Baru Yashara..Moga berbahagia selamanya, sorry tak dapat datang.”

Perasaan teruja untuk membuka bungkusan hadiah itu perlu aku simpan seketika memandangkan sudah tiba untuk kitaorang pergi ke hotel. Fajie yang dah siap berkot hitam tu sedang berdiri di depan cermin selepas keluar dari bilik air. Lama gila dia duduk kat dalam tu, entah apa lah agaknya dia buat.

“Dah siap belum?” Aku tanya dia yang masih sibuk mencacak-cacakkan rambutya yang sudah sedia terpacak. Haishh, habis sebotol agaknya dia letak gel kat rambut tu.

“Dah.” Sepatah saja yang kelaur dari mulut dia.

Tiba-tiba pintu bilik aku di kuak dari luar. Aku tengok Ida tersengih-sengih memandang aku dan Fajie. Dia ni kan, tak bagi salam langsung terus saja terjah dari luar. Agak-agaklah kan yang bilik ni dah jadi bilik pengantin.

“Dah siap kan? Jom pergi. Semua dah tunggu tu.”

“Ye dah siap lah ni.” Aku terus melangkah ke arah Ida. Fajie mengikuti aku dari belakang.

“Wah, hensemnya laki kau.” Sempat lagi Ida bisik kat telinga aku.

“Oit cik kak, jangan nak menggatal ye.” Aku cubit lengan Ida dan menjegilkan mata.

Ouch. Kau ni kan, aku tahu lah dia laki kau. Takkan aku nak caras pulak.” Ida menggosok-gosok lengannya sambil ketawa kecil.

“Dah la tu, jom pergi.”

Tiba-tiba saja Fajie tarik tangan aku yang tengah bergelak ketawa dengan Ida tu. Haishh dia ni, kacau daun betullah. Tapi mana pulak si Iza pergi? Tak nampak pun kelibat dia. Tadi Ida cakap yang dia keluar nak cari Iza.








“Kenapa ni?” Aku tanya Fajie bila perasan yang kereta yang kitaorang naik tiba-tiba saja bergerak perlahan-lahan. Enjinnya seakan-akan tersangkut-sangkut saja. Takkan nak rosak pula masa ni?

“Tak tahu lah.. Tadi ok je.” Fajie memberhentikan keretanya di bahu jalan setelah signal diberi. Dia cuba menghidupkan enjin kereta tetapi masih tak nak hidup.

Aku mula rasa tak sedap hati dan teringat kata-kata Fajie tadi masa dia bagitahu yang ada orang halang perjalanan dia ke masjid. Apakah perkara macam tu berlaku lagi ketika ini? Aduhai, macam mana dengan majlis tu nanti?

“Saya call Khaiyrell kejap. Rasanya tadi dia follow kita.” Fajie mengeluarkan telefom bimbit Samsung Galaxy Tab miliknya.

Aku hanya mengangguk perlahan. Telefon aku juga dikeluarkan untuk mengahntar mesej ke Ida. Mesti dia risau jika kitaorang belum sampai lagi.

“Haishh, tak dapat lah pulak.” Fajie merungut.

“Tak dapat?”

“A’ah, tak berangkat. Macam mana ni? Rasanya daddy dengan papa awak dah sampai sana.” Fajie tanya aku.

Aku gigit bibir tanda tak tahu apa yang perlu aku buat. Kenapa lah bermacam-macam hal terjadi pada hari bahagia aku dengan Fajie? Terasa macam ada sesuatu yang tak kena saja.

“Rasanya Ida pun ada kat sana tapi tak balas mesej pulak.”

“Hmm, macam ni lah. Kita keluar kejap. Cuba cari teksi.”

Aku terus mengangguk tanda bersetuju. Hanya itu saja jalan yang ada sekarang untuk sampai ke hotel.

Aku keluar dari kereta dan Fajie ada di tepi jalan untuk menahan teksi. Cuaca yang masih panas tu membuat aku berpeluh-peluh. Yelah, dengan pakai gaun kahwin macam ni dan ada kat tengah-tengah panas memanglah berpeluh. Fajie pulak dah buang kot dia tu hanya tinggal kemeja putih saja di badannya.

Tiba-tiba berhenti sebuah keretaPerdana berwarna hitam menghampiri Fajie. Aku tengok Fajie mengukir sedikit senyum ke arah aku. Aku mengeluh kelegaan. Akhirnya ada juga sanggup berhenti lepas lima minit menunggu di tengah panas.

Fajie bercakap-cakap dengan pemandu kereta Perdana tu sementara aku mengambil kot dia yang dia letak kat dalam kereta tadi.

“Jom, dia sanggup tumpangkan.” Bagitahu Fajie kat aku sebelum kitaorang melangkah masuk ke kereta Perdana tu ke bahagian belakang.

“Eh Iza?” Aku terkejut bila tengok Iza yang berada di ruang hadapan. Lelaki yang di sebelahnya pula aku tak pernah tengok. Apakah ini kekasih Iza seperti yang diceritakan oleh Ida tu? Kenapa Fajie seperti tak kisah pula bila Iza nak tumpangkan? Tadi cakap macam tak nak dekat dah dengan Iza dah. Sungguh rumit perkara ini bila difikirkan.





p/s : Kalau update hari-hari boleh ke? Ada ke yang baca? ;p

12 comments:

Afifah Yusof said...

boleh je kak kalau update hari2..memang best!!hehe..

apa sebenarnya yang terjadi antara fajie n iza ni?? curios pula nak tahu..

zura asyfar addy rifqhiey said...

afifah : hehe...tak tdo lg ker? ;p

~ insyaAllah kalo takde ape2 hal, leh je update hari2...mmg ade something ni fajie ngn iza tu kot...

si.tudung.ungu said...

hee~ dh lme kn sy menghilang. sorry~

blh sgt klu nk update hari² sis. kenapa pulak takde org bce? ade je... sme ada dia komen atau tak aje. hehe.. so, update bila² sis boleh yer.. =)

nk komen psl satu psl sis... sis dgn suspen tak leh dipisahkan ea?? haha XD

Anonymous said...

boleh kak. sgtlh dialukn. =)

Anonymous said...

mmg dok tgu akak update tiap2 ari pon....xsbar2 dok tgu,,,

just KD said...

hish..zura nie,suke tau bg kite curios!..haa,tu yg kite nak ssgt tu,ari2 de n3..hehhehee,best la wei..

Anonymous said...

ish suspen betul...

x sabar nok tau ni...

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : hehe...same la kite..lame tak update cite kt sini...

~ tny soklan cm tu cz tgk cm takde org view je blog ni...btw sis akan update kalo idea mencurah2 dtg n tgh rajin..hehe

~ saspen dh jd trend citer kt blog ni..hehe ;p

anoy 1 : hehe...ok2 :)

anoy 2: tgu hr2 ker? terharunye...

just KD : hehe...bg saspen sket...btw insyaAllah akan update hr2 if ade kelapangan :)

anoy 3 : sabar2 yer..hehe

sAkEeNa said...

of coz org baca...haha..bestnya!!!kalaulah hari2...hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

sakeena : best kan kalo update hr2? hehe....kite suke, readers pon suke :D

CIK LA said...

bole je nk update ari2...suke2!!!
tp yg x sukenyer tu..xleh nk bkk ari2..huhuhu...
da jarang nk on9=(..

akk..cpt2la slesaikn msteri iza n fajie nie...asal fajie bwk yash tgk iza kt utan ek?confius2..=='

zura asyfar addy rifqhiey said...

fadilah : hehe...sis akan update ikut tahap idea dtg n mase...

~ dun worry, citer sini takkan larinye dlm blog..hehe..
~ hahaha..yg tu kasi saspen sket..tgu