Entry last untuk hari ni.. hehe
BAB 3
EMMA MELANGKAH
masuk ke dalam kawasan hospital dengan muka yang masam mencuka. Hatinya masih
lagi terkesan dengan apa yang terjadi ketika dia memandu tadi. Rasa bengang pun
ada. Tatkala dia melintasi kaunter pendaftaran, sempat dia mengerling Hidayah
rakan sekerjanya yang bertugas di bahagian hadapan hospital itu.
“Emma..” Sapa Hidayah dengan sedikit
kuat. Rasa pelik mula menerjah ke hati apabila melihat rakan sekerjanya itu
menonong masuk tanpa mempedulikannya yang berada di situ. Muka Emma pun nampak
ketat semacam saja. Setahunya Emma bukanlah jenis gadis yang sombong. Gadis itu
amat ramah dengan semua orang. Sesuai dengan kerjanya sebagai jururawat di
situ. Tapi Emma ada masalah ke? Hati Hidaya mula tertanya-tanya sendiri.
Emma memberhentikan langkah. Mengundur
beberapa langkah untuk ke kaunter pendaftaran yang sudah ketinggalan di
belakang. Wajah Hidayah yang penuh dengan tanda tanya itu ditatap seketika.
Cerita je lah kut. Bolehlah hilangkan sikit rasa sebal kat hati ni!
“Pagi-pagi dan buat muka ketat semacam.
Apa hal ni sis?”
Hidayah bertanya selamba walaupun dia
perasan dirinya mula menjadi perhatian beberapa orang awam yang sedang menunggu
di kerusi menunggu di hadapannya itu.
“Kau tahu tak yang aku tengah bengang
gila?”
Jawab Emma kembali namun jawapannya itu bertanda
tanda tanya. Membuatkan Hidayah mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tidak berapa faham dengan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu.
“Tak faham aku.. bengang kenapa pulak ni? Kau ni pagi-pagi dan hangen kus-kus.. ni mesti pasal lelaki
kan?”
Telah Hidayah seraya menaikkan sedikit
keningnya sebelah. Sekadar menduga sahaja. Kalau betul memang tepat lah
dugaannya itu. Namun setahunya Emma bukanlah jenis perempuan yang suka
marah-marah tak tentu pasal. Dan jarang sangat melatah untuk perkara yang
remeh-temeh. Dan disebabkan itu jugalah dia menjadi jururawat ‘favourite’ di hospital itu.
“Tahu tak pe.. kau tahu tadi masa aku on the
way ke sini.. adalah mamat-mamat
bawak kereta mewah ni.. berhenti kat traffic
light sebelah-menyebelah.. dia buat
jalan tu macam dia punya je.. siap bersembang bagai lagi.. orang kaya memang
macam ni kan? Berlagak tak kena dengan tempat.” Emma menjelaskan secara panjang
lebar akan kejadian yang dilaluinya semasa di dalam perjalanan tadi.
“Kau nampak ke tuan punya kereta tu? Tua
ke muda?” Soal Hidayah. Namun soalannya sudah melencong ke arah lain. Entah
kenapa dia lebih berminat untuk mengetahui akan
‘mamat-berlagak-kaya-pakai-kereta-mewah’ yang diceritakan oleh sahabatnya itu
tadi. Bercahaya matanya memandang ke arah Emma. Kena fokus betul-betul ni.
Kalau boleh tak nak satu ayat dari Emma pun terlepas dengar!
“Mestilah muda.. kalau dah orang tua,
tak ada maknanya dia orang akan buat perangai tak semenggah macam tu.. dahlah
masa stop kereta tepi aku bukan main
kuat lagi bergesek tayar dengan jalan.. terkejut aku sekejap.. ingatkan dah accident ke apa.. benci betul aku dengan
orang macam ni tau.. langsung dah tak pedulikan keselamatan orang lain.. ingat
nyawa boleh dibeli dengan duit gamaknya!”
Emma melepaskan rasa geramnya yang masih
berbaki. Wajah Hidayah yang sedang mendengarnya bercerita itu dipandang
seketika. Berharap yang rakan sekerjanya itu memahami akan rasa hatinya ketika
ini. Namun harapannya punah apabila Hidayah tiba-tiba ketawa.
“Kau jangan nak benci sangatlah Emma...
silap hari bulan.. orang kaya yang kau benci tu, sekali jadi laki kau.. haa,
baru kau tahu..” Sengaja Hidayah menakut-nakutkan Emma walau apa yang
diperkatakannya kebanyakannya memang betul. Dah banyak kes seperti itu.
Mula-mula benci lepas tu jatuh sayang. Ala macam drama petang-petang kat tv tu!
“Eeee...
tak kuasalah aku nak buat laki orang kaya berlagak macam tu... biarlah aku tak
berharta.. janji hidup tenang.. hati pun tak rasa sakit.” Cepat-cepat Emma
menyampuk cakap Hidayah. Tidak setuju langsung dengan pandangan dari sahabatnya
itu.
“Tapi sekarang zaman duit lah Emma.. tak
ada duit, orang tak pandanglah..” Hidayah menegakkan pendapatnya lagi. Memang
sekali dengar bunyi macam materialistik. Namun itu adalah hakikat untuk hidup
di zaman sekarang. Tak ada lagi yang sanggup hidup susah. Semuanya berangan nak
jadi kaya atau berangan nak kahwin dengan orang kaya. Tak payahlah kena kerja
tunggang-terbalik nak sara hidup sampai ke tua!
Emma menjelingkan mata pada Hidayah
sebelum cepat berlalu dari situ. Rasa tak kuasa pulak dengar pendapat Hidayah
yang sepertinya terlalu mengejar hal kebendaan itu. Walau apa pun dia tetap
dengan pendiriannya yang satu itu.
Dan Hidayah pula hanya mampu
menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Emma yang langsung tidak mahu
mendengar kata-katanya itu. Memang dia akui Emma jenis perempuan yang anti
sangat dengan lelaki-lelaki yang berlagak kaya. Berbeza dengan dirinya.
Lagi-lagi apabila dia dilahirkan dari keluarga sederhana sahaja. Terpaksa
bersusah-payah untuk mencari sesuap nasi. Terpaksa belajar berhempas-pulas demi
menaikkan taraf hidup yang lebih baik.
PUAN SRI
ATIKAH ralit memerhatikan
satu-persatu gambar arwah ayah dan ibu Rykal dan juga gambar ibu dan ayah
Azrif. Gambar-gambar tersebut masing-masing diletakkan di kabinet hiasan yang
terletak di penjuru ruang tamu. Selain gambar besar bersaiz 60 inci yang
diletakkan di tengah-tengah ruang tamu itu. setiap pagi selepas Rykal dan Azrif
pergi bekerja, ruangan itu seringkali menjadi tempat persinggahannya. Mengimbau
kembali kenangan-kenangan lama ketika masing-masing masih lagi hidup.
Air mata mula bertakung deras di kolam
matanya. Sungguh jika dia menatap gambar-gambar lama tersebut, akan ada rasa
rindu mendalam yang sedikit menyentap tangkai hatinya. Seketika kemudian,
tangannya mula mengambil gambar-gambar arwah ibu dan ayah Rykal dan gambar
arwah ibu dan ayah Azrif di tangan kiri sebelum dilekapkan rapat ke dada.
Matanya dipejam buat seketika. Sebak dan sayu.
“Mama janji, mama akan pastikan Rykal
dan Azrif akan jaga nama baik keluarga kita dan jaga maruah keluarga kita.
Walaupun mereka berdua dah cukup dewasa, mama
still anggap mereka berdua
macam masih kecil.. mama langsung tak pernah sunyi dengan sebab adanya mereka
berdua. Dan merekalah kekuatan mama untuk terus mama bertahan.. dan juga waris
mama yang masih ada.”
Puan Sri Atikah berkata perlahan dengan
nada yang pilu. Dia terkenang kembali pada janji-janji lamanya ketika arwah
mereka semua masih lagi hidup.
NIA YANG
sedang fokus memerhatikan satu persatu rekaan grafik desain tentang brosur
makanan yang sudah telah siap dicetak mengeluh seketika. Entah mengapa untuk kali
ini dia merasakan yang desain itu seperti tidak apa yang dia harapkan. Seperti
ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya dia meletakkan kembali brosur tersebut ke
atas meja lalu bersandar lemah ke kerusi hitam empuk miliknya itu. Tangan kanan
terus sahaja diletakkan ke dahi. Moga-moga akan datang idea lain yang kreatif.
Padahal dia sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun di dalam bidang ini.
Banyak sahaja rekaannya mendapat pujian dari orang atasan dan kliennya. Tetapi
kali ini sahaja berlainan. Adakah dia sudah hilang fokus? Sungguh Nia tidak
dapat jawapan untuk hal itu.
Namun fikirannya yang sedang melayang
itu sedikit terganggu dengan depan langkah yang seakan menuju ke biliknya.
Matanya dibuka perlahan. Dia memandang ke arah pintu biliknya yang terbuka.
Kelihatan Anita rakan sekerjanya yang paling rapat sudah menuju ke arahnya.
Wajah rakan sekerjanya nampak ceria. Langsung berbeza dengan keadaannya
sekarang. Seperti langsung tak punya masalah!
“Macam mana brosur tu? Okay tak?”
Seperti biasa itulah soalan pertama dari
Anita jika berkenaal pasal kerja. Kadangkala Anita amat prihatin dengan
dirinya. Namun senyuman ceria Anita mula matik apabila melihat wajah muram dan
sugul dari Nia. Cepat-cepat dia menarik kerusi untuk duduk. Wajah Nia yang
bersolek tipis itu dipandang seketika. Kenapa pulak ni? Tadi nampak macam okay saja.
“Bad
mood je.. bendera merah ke?”
Tanya Anita selamba. Menagih jawapan
dari Nia walau wajah sahabat baiknya itu mula sedikit berubah riak.
“Kau ingat aku tak normal ke? Asyik
datang bulan je.”
Rungut Nia sambil mencebikkan bibirnya.
Langsung tak relevan soalan dari Anita. Tak tercapai dek akal yang waras. Dan
seketika jawapan dari Nia itu mengundang sengihan dari Anita. Mengaku akan
soalannya yang langsung tak ada kena mengena dengan Nia.
“Hari ni tak ada date dengan yang tersayang kau ke?”
Nia mula mengubah topik perbincangan
setelah mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. Sudah hampir menginjak ke
waktu tengah hari. Terasa mahu lupakan sekejap pasal kerja yang buat dia hilang
fokus tadi. Nak bagi otaknya berehat buat seketika.
“Giler
kau tak de date? Sehari tak dengar
suara pun boleh meroyan.. apa lagi lah kalau tak jumpa.. silap hari bulan, dia
lagi teruk meroyan dari aku.”
Jawab
Anita sedikit berbangga dengan kisah cintanya. Tanpa sedar Nia yang
sudah tersenyum sinis.
“Eleh.. kau kata dia pulak.. padahal aku
rasa kau tu yang lebih-lebih dari dia.. over
bukan main.. apa orang cakap tu, haa lebih kuah dari sudu.”
Perli Nia sambil mula ketawa. Memang
tidak dinafikan yang nampak sangat Anita lebih teruja dengan kisah cintanya
kali ini. Dalam segala hal, banyak perihak kekasihnya dikaitkan. Tak bercakap
pasal ‘si dia’ tu sehari memang tak sah!
Anita mempamer sengihan. Ada betul juga
kata-kata Nia tu. Memang kali ini dia lebih bersungguh sikit. Yalah umur pun
dah semakin meningkat. Kalau boleh dia mengharap percintaannya kali ini akan
berpanjangan dan jika jodoh panjang boleh teruskan ke jinjang pelamin. Dah tak
nak main-main lagi dah macam dulu-dulu.
“Mesti hidup kau tak bosan kan?” Nia menopang
dagu. Kadang-kadang rasa cemburu juga melihat kehidupan sahabatnya itu.
Sentiasa ceria dan sering dipenuhi dengan aktiviti bersama dengan kekasih hati.
“Maksud kau?”
Soal Anita tidak memahami maksud
kata-kata Nia. Wajah sahabatnya itu direnung seketika.
“Iyalah.. kau kan asyik berkepit je
dengan ‘sayang’ kau tu.. so tak
adalah sunyi-munyi macam aku ni.”
Nia meluahkan rasa yang terbuku di dalam
hatinya. Tak macam dia, lepas kerja terus saja pulang ke rumah. Dah tak ada
pergi ke mana-mana dah lepas tu. Selain berkurung bilik dan menghadap tv saja.
Dan hujung minggu pun tak adalah nak keluar sangat macam orang lain. Kecuali
menemani ibunya pergi shopping barang
dapur atau kenduri sedara-mara terdekat. Orang tengok pun nampak hidup dia
bosan sangat.
“Kalau kau tak nak rasa macam tu.. kau
tunggu apa lagi, berlambak je abang soda kat luar sana tu.”
Cadang Anita tanpa menyedari akan ada
kesilapan di dalam kata-katanya. Dan Nia yang sedang mendengar itu tiba-tiba
sahaja terasa mahu ketawa.
“Abang sado lah ngok.. soda tu minuman.. itulah kau, banyak sangat minum air gas.”
Anita menutup mulutnya. Langsung tak sedar akan kesilapannya. Itulah laju
sangat nak bagi cadangan pada Nia.
“Eh haahlah sado.. soda pulak perginya.”
Akhirnya Anita turut sama-sama ketawa
melihat Nia yang sudah ketawa sehingga terhenjut-henjut bahu. Dan ruang bilik
pejabat milik Nia itu mula gamat dengan ketawa mereka berdua.
Boleh dapatkan yang terawal di sana,
di 2 lokasi berikut
(1)
Pesta Buku Antarabangsa 2016
Booth A1001 Hall A1
29 April - 9 Mei
Maeps, Serdang
(2)
Urban Lifestyle Expo 2016
Booth 46, 47 & 48
29 April - 1 Mei
10 pagi - 10 malam
Expo Hall, Danga City Mall,
Johor Bharu
1 comment:
The Collection Marts is platform where you can view latest designs about home décor and bedding. We have large range in different categories with finest fabric in cotton and silk. You can view not only present trends but also view huge collection with reasonable price. The Collection Marts can provide fast service about delivery as well as customer support too. Our products are not only self-made but also, well connected with markets to ensure for possibility of available designs if client want to purchase. The Collection Marts customer support open 24/7 to guide their customers about material or product stuff.
velvet couch cover
7 seater sofa cover
Post a Comment