:: My gangS :: TQVM

Thursday, May 26, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 12.2



Episode 12.2




Aku yang sedikit pelik dengan sikap Fajie tu hanya terdiam buat sementara sambil memikirkan apa rasional dia nak bawa aku honeymoon kat tengah-tengah hutan ni. Agaknya dia memang jadi tak betul kot selepas terlewat datang ke majlis akad nikah tadi.

“Saya ni masih waras lagilah. Takkan nak honeymoon kat sini pulak.” Balasnya.

“Habis tu nak buat apa kat sini?” Aku tanya Fajie balik.

“Adalah. Nanti awak akan tahu.” Katanya sambil tarik tangan aku.

“Yelah-yelah.” Jawab aku sambil mengangkat sedikit kain baju kurung yang hampir terleret ke tanah itu.

Dengan keadaan aku yang berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi itu, aku terkial-kial berjalan mengikut langkahnya yang sedikit laju. Kitaorang memasuki satu denai kecil yang hanya memuatkan sekujur tubuh saja yang terdapat di antara semak samun tu. Keadaan lorong yang sedikit sempit membuatkan aku hampir rimas dan sedikit berpeluh.

Aku terpaksa berjalan dengan berhati-hati kerana bimbang baju kurung moden serta veil yang aku pakai tu tersangkut pada ranting-ranting dan dahan pokok kecil yang berada di sekeliling denai.

“Sebenarnya kita nak pergi mana ni?” Aku mengajukan pertanyaan pada Fajie yang dah sedikit ke depan itu.

“Ikut je lah.” Jawabnya sepatah sambil meneruskan lagi langkah. Peluh yang mula menitik ke dahi aku kesat dengan telapak tangan.

Setelah hampir lima minit berjalan dengan susah payah, akhirnya Fajie memberhentikan langkah ke satu tempat yang agak lapang. Aku turut memberhentikan langkah dan memandang sekeliling. Seakan-akan terdengar bunyi sesuatu yang menarik perhatian aku.

“Air terjun?” Kata-kata berupa soalan terpacul dari mulut aku setelah menapak beberapa langkah menuju ke depan.

Langkah aku terhenti seketika bila melihat air terjun yang sedang mengalir deras dari atas bukit tu. Suasana yang terasa sedikit sejuk dan nyaman sedikit sebanyak menyejukkan hati aku yang masih lagi terkejut dengan tindakan Fajie ni.

Bila aku menoleh ke belakang, aku perasan Fajie dah tak ada kat situ. Aku mula menggelabah. Ke mana pula dia ni pergi? Tadi ada saja kat belakang aku. Kalau nak pergi mana-mana pun, sekurang-kurangnya bagitahulah aku dulu.

“Fajie!” Aku panggil dengan suara yang sedikit kuat.

“Sinilah.”

Tiba-tiba aku terdengar suara Fajie yang tidak berapa jauh dari aku. Dia yang tengah berjalan ke arah aku tu membuat isyarat senyap dengan jari. Aku yang pelik dengan tindakan dia tu mengerutkan dahi.

“Kenapa buat macam tu?” Aku tanya dia lagi.

“Syhhh.” Sekali lagi Fajie membuat isyarat dengan jari. Dia menarik sedikit tangan aku dan kitaorang perlahan-lahan menuju ke arah pokok yang sebesar pemeluk orang itu.

Fajie menundukkan sedikit badannya dan menjenguk sedikit kepalanya ke depan. Aku yang merasakan tindakannya yang sedikit pelik hanya terkebil-kebil memandangnya. Pelbagai persoalan mula muncul di ruang kepala.

“Cuba tengok sana.” Arah Fajie kat aku yang masih lagi berdiri di belakangnya.

Aku merendahkan sedikit tubuh untuk melihat ke arah yang ditunjukkan Fajie itu. Apa yang aku nampak hanya seorang perempuan dan lelaki yang tengah bercakap-cakap di antara pokok-pokok yang ada di situ.

“Apa masalahnya?” Aku tanya Fajie. Tidak berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan kepada aku. Biasalah kalau tengok orang tengah berdating apatah lagi kat kawasan air terjun macam ni. Memang seringkali jumpa pun.

“Ishh awak ni, takkan kawan sendiri tak kenal kot?” Balasnya pula.

Aku yang tidak berapa faham dengan kata-kata Fajie tu hanya mengetap bibir. Kawan apa pulak ni? Betul-betul tak faham dengan dia sekarang.

“Takkan lah saya tak kenal kawan sendiri. Apa maksud awak ni?”

Tanya aku lagi sambil cuba memerhatikan sekali lagi ke arah pasangan yang sedang bercakap tu. Malangnya mereka dah bergerak sedikit jauh ke dalam membuatkan pandangan aku tidak berapa jelas kerana terlindung dengan pokok-pokok yang ada di situ.

“Maksud saya yang tengah bercakap dengan lelaki tadi tu Iza. Kawan baik awak.” Fajie membalas.

Aku yang mula faham dengan kata-kata Fajie tu statik menegakkan badan. Buat apa pulak Iza datang ke sini? Tak logic langsung. Tadi kan dia dah balik dulu dengan si Ida.

“Sebenarnya saya masih tak faham ni. Apa kaitan Iza dengan kita ni?”

Fajie sedikit mengeluh dan berpaling ke arah aku.

“Sebenarnya saya bukan sengaja nak datang lambat ke majlis tadi. Ada hal sedikit masa saya on the way pergi sana.”

“Apa maksud awak ni? Saya masih tak faham lagi lah.” Balas aku jujur.

“Ada orang halang saya masa saya dalam perjalanan tadi. Sebab tu lah saya lambat.”

“Maksud awak si Iza lah yang menyebabkan awak datang lambat ke masjid?” Balas aku dengan tidak sabar. Rasa macam geram pulak dengan kata-kata Fajie tu. Kenapa dia sanggup tuduh Iza. Dia bukannya kenal pun dengan Iza tu.

Listen to me Yash. Awak kena percaya dengan kata-kata saya ni. Dia ada niat tak baik dengan kita.” Sambung Fajie lagi.

“Saya tak percaya lah. Awak bukannya kenal dia pun. Macam mana awak boleh kata yang dia ada niat tak baik? Saya dengan dia dah kawan lama tau, sejak dari sekolah lagi.” Balas aku geram.

“Yash, please. Please dengar cakap saya ni. Saya tahu dia kawan baik awak tapi saya banyak kali terserempak dengan dia sejak dua menjak ni. Untuk pengetahuan awak, saya perasan yang dia macam ada mengekori saya. Macam malam semalam…”

“Dah-dah saya tak nak dengar awak burukkan kawan saya tu. Saya tak nak dengar lagi awak cakap pasal ni dengan saya. Satu lagi, saya nak balik sekarang.”

Aku terpaksa potong cakap Fajie. Tak sanggup dengar cakap dia yang bukan-bukan pasal Iza tu.

“Yash….”

“Please Fajie, saya dah penat tau. Kita kan ada majlis lagi lepas ni.” Aku terus berjalan laju dan meninggalkan Fajie di situ.




p/s : Sorry lmbt update..hope enjoy :D

5 comments:

Anonymous said...

suspen2...cepat2 sambung x sabar nak tau ni....

afifah said...

nak lagi!!

terima kasih kak untuk n3 ni.. :)

just KD said...

ape yg sbnar nye yea?hish,nak tau nie..wlaupon pndek,tp ok la.janji de..nak lg yea!..

zura asyfar addy rifqhiey said...

anoy : hehe..saspen plak...neway sabar yer :D

afifah : hehe....ur welcome..tgu :)

just KD : smbungn dr epi dulu mmg pendek sket..ok2...tgu je ok :))

si.tudung.ungu said...
This comment has been removed by the author.