:: My gangS :: TQVM

Friday, December 30, 2011

Bab 18, 19 n 20 SSiD kt p2u :)







As-salam dan selamat pagi..jom bace sambungan SSiD bab 18, 19, 20 kat p2u...hope enjoy..klik sini 

Tuesday, December 27, 2011

BAB 18 SSiD FULL





As-salam n selamat pagi semua...dah lama rasanya tak update blog sejak entry SPECIAL SSID with HAIRUL AZREEN a.k.a FIRASH tu.....now tgh tgu kata putus dr publisher...yerlah...br je dua mgu lebih hntar manuskrip SSiD tu...hope doakan yang baik2 tuk SSiD tu..hehe...kalau ikut rasa hati mmg nk smbung cerita2 kt blog ni tapi mood pulak hilang walau dh tulis dlm draft...so nmpknye kene pergi bercuti jugak walau sekejap...sebb mase siap SSiD tu tak sempat sgt nk bercuti cz masing2 busy...so jumaat n sabtu ni plan nk bercuti sat n sambil2 cari idea..so kt sini nk bg kat semua bab 18 SSiD yg FULL...maybe tak best sgt sebab takde sgt part SYAF n FIRASH....tp bab 18 ni akan DIGABUNGKAN dengan BAB 19 dan BAB 20 kt p2u sana...so hope ENJOY dis :DDD



++++++++++++++++++++++++++++++++++++


 BAB 18


“ASSALAMUALAIKUM.” Salam diberi dari perkarangan halaman rumah. Syaf yang tengah menyapu di beranda itu berpaling. Emak saudara Firash merangkap ibu kepada Imah dan Haqimy datang menjenguk. Syaf melemparkan senyuman manis lalu melangkah turun ke anak tangga.
“Waalaikumussalam...Erm, Mak Long masuklah.”Pelawa Syaf sopan. Mak Long Inah melangkah naik ke tangga setelah bersalam dengan Syaf. Matanya diliarkan sekeliling seolah-olah mencari sesuatu.
“Yelah, mana Imah ni? Kata tadi nak datang sini.” Rungut Mak Long Inah seraya melabuhkan punggung di kerusi rotan. Dipandangnya wajah Syaf yang duduk di sebelahnya.
“Oh. Tadi memang ada dia datang tapi katanya nak pergi kedai pulak. Nak beli suratkhabar.” Jawab Syaf.
“Budak tu memang tak pernah duduk diam. Ada saja kerjanya. Eh mana Tok Wan dengan mama kamu?” Soal Mak Long Inah lagi.
“Ha...Ada...Nanti Syaf panggil dia orang datang sini. Tadi ada kat dapur tu.” Beritahu Syaf seraya berdiri. Dia melangkah menuju ke dapur. Seketika kemudian, dilihatnya Tok Wan sedang berbual dengan Datin Farizah sambil membersihkan bekas-bekas yang digunakan untuk raya tiga hari lepas.
“Mama, Tok Wan...Erm, Mak Long Inah datang.” Tutur Syaf. Dia bergerak ke singki untuk mengambil cerek.
“Ha, yelah. Jangan lupa buat air nanti.” Pesan Datin Farizah seraya menapak dari dapur. Diekori Tok Wan dari belakang. Syaf pula sedang memenuhkan cerek dengan air sebelum dijerang atas dapur.

“HA, DAH lama sampai?” Tegur Tok Wan pada Mak Long Inah. Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Mak Long Inah sementara Datin Farizah duduk di atas kerusi sofa lama itu.
“Baru aje lagi mak.  Datang jenguk Imah lepas tu datang jenguk kamu jugak Zah. Kata dah nak balik esok ye?” Soal Mak Long Inah pada adiknya itu.
“Kena baliklah esok sebab Syaf cuti sampai esok aje. Lusa dah kena masuk kerja.” Bagitahu Datin Farizah.
“Oh macam tu. Orang dah bekerja susahlah nak cuti lama-lama. Macam si Qimy jugaklah. Pagi tadi dah pun bertolak ke Kerteh.” Balas Mak Long Inah. Sementara Tok Wan hanya mendengar saja perbualan dua beradik tu. Nak menyampuk dia tak tahu sebab dia tak tahu sangat pasal kerja cucunya itu.
“Tu lah pasal. Syaf tu dikira bersyukurlah dapat cuti seminggu. Tahun lepas tiga hari aje dapat cuti.” Sambung Datin Farizah lagi. Masih teringat kata-kata Syaf tahun lepas. Sayu hatinya sebab tak dapat ajak Syaf balik kampung. Nasiblah hari pertama beraya, dia beraya di rumah sana.
“Hmm...Aku tengok Syaf tu macam budak baik aje. Macam berkenan pulak.” Tutur Mak Long Inah. Datin Farizah sudah terkejut manakala Tok Wan terbatuk-batuk. Dia mengurut dadanya dengan tangan.
“Ha...Err, memang baik pun. Masa saya sakit dulu, dialah siang malam jaga.” Sambung Datin Farizah lagi dengan sedikit teragak-agak. Masakan dia lupa Syaf yang sanggup menjaganya siang malam ketika dia sakit kerana kehilangan arwah Farish dulu. Hampir-hampir saja dia mengalami kemurungan disebabkan hal itu. Nasib baiklah Syaf sudi menemaninya.
“Aku rasa nak rapatkan dia orang dengan si Qimi tu lah. Kau rasa boleh tak?” Soal Mak Long Inah lagi. Datin Farizah sudah telan liur manakala Tok Wan hanya membisu. Syaf yang tengah mendengar dari ruang tamu itu berhenti melangkah. Hampir saja jatuh dulang yang berisi minuman itu.

“JEMPUTLAH minum Mak Long.” Syaf menghulurkan cawan yang berisi teh panas itu kepada Mak Long Inah. Tidak lupa juga dihulurkan pada Tok Wan dan Datin Farizah yang sedang memandang segala gerak-gerinya.
“Sedap air ni. Pandai Syaf buat.” Puji Mak Long Inah. Tidak berkelip matanya memandang Syaf yang ayu berkain batik itu. Sudah jarang sekali gadis-gadis muda berkain batik. Berkenan sungguh hatinya untuk membuat calon menantu.
“Air bujang aje Mak Long.” Balas Syaf lembut. Dia melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang yang dihampar itu.
“Yelah. Esok dah nak balik ke?” Soal Mak Long Inah dengan penuh minat.
“Ha’ah. Esok kena balik sebab lusa dah mula kerja.” Balas Syaf lagi. Pandangan Mak Long Inah itu begitu mendebarkan hatinya. Dia memandang ke arah Datin Farizah dan Tok Wan yang hanya membisu tanpa kata.
Seketika kemudian, perbualan mereka diganggu oleh bunyi bingit enjin motor. Kelihatan Firash baru saja balik entah dari mana. Di dalam raga motornya itu ada sebuah guni yang berikat.
“Penatnya.” Rungut Firash lalu meletakkan guni di anak tangga. Dia mengelap peluh di dahi dengan tangan.
“Kamu pergi mana tadi?” Soal Tok Wan. Firash berpaling dan memandang satu persatu wajah yang sedang memandangnya.
“Pergi panjat pokok rambutan, lagipun esok dah nak balik.” Balas Firash. Matanya terhenti pada wajah Mak Long Inah. Kenapa tiba-tiba dia datang ni? Biasa jarang nak jenguk Tok Wan walau duduk pun satu kampung saja.
“Oh baguslah tu. Tak ada orang nak perabis jugak rambutan tu semua.” Balas Tok Wan lagi.
“Tu lah pasal.” Balas Firash seraya bersandar di pemegang tangga. Penat dirasakan akibat memanjat tadi. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dipetik semua buah yang ada. Tapi tak muat pulak nak isi kat bonet kereta esok.
“Syaf dah ada teman lelaki?” Soal Mak Long Inah tiba-tiba. Syaf sudah tersentak. Dipandangnya wajah Datin Farizah dan Firash yang sedang merenungnya silih berganti.
Err...”Syaf sudah kehilangan kata-kata. Manakala ekor matanya menangkap kelibat Firash yang tiba-tiba saja berdiri.
“Nak ke mana tu?” Soal Mak Long Inah pada Firash yang dah bergerak masuk ke dalam rumah.
“Mandi. Panas.” Balas Firash tanpa nada sebelum melajukan kaki ke dalam rumah. Tok Wan sudah tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Panas hati lah tu!

BEG-BEG pakaian sudah penuh terisi di dalam bonet kereta. Pelbagai sayur kampung juga telah terisi. Ada pisang beberapa ikat, beberapa biji buah nenas dan timun serta lada besar yang diambil dari kebun kecil milik Tok Wan. Syaf duduk di atas pangkin di bawah pokok jambu dengan Imah. Hanya Firash sahaja mengangkut barang ke dalam kereta.
“Bila pulak Kak Syaf nak balik sini?” Soal Imah pada Syaf yang ralit memerhatikan Firash mengangku barang ke kereta. Kelihatan peluh terpecik di dahi dan di belakang tshirt berkolar yang dipakai.
“Ha? Erm...Tak tahulah lagi bila Imah. Tapi kalau ada kesempatan memang akak nak datang sini lagi.” Balas Syaf. Walaupun hanya seminggu dia berada di sini, dia telah mula menyayangi gadis muda yang baru habis sekolah itu. Sudah dianggapnya sebagai adik sendiri.
“Lambat lagi lah macam tu. Nak-nak nanti bila Kak Syaf balik, Imah dah tak ada sebab dapat sambung belajar.” Balas Imah perlahan. Terasa sedikit sedih pula hendak berpisah dengan Syaf. Dia mula menganggap gadis itu seperti kakaknya sendiri lantaran dia tidak mempunyai adik beradik kandung perempuan.
“Jangan sedihlah. Ada cuti nanti Kak Syaf balik lagi. Lagipun kan dah janji tahun depan kalau musim durian kita nak makan sama-sama.” Ujar Syaf sambil tersenyum. Dipegangnya tangan gadis itu seketika.
“Yelah. Janji tau. Kalau Imah dah dapat sambung belajar nanti, jangan lupa datang jenguk tau.” Syaf mengerut sedikit kening.
“Kat mana Imah nak sambung belajar ni?”
Hmm...Imah ingat nak masuk universiti tapi mak suruh masuk maktab. Jadi Imah tunggu panggilan dari maktab aje lah.”
“Oh nanti Imah jadi bakal cikgu lah ni.” Syaf tersenyum dan Imah sedikit ketawa.
“Ha’ah lah. Jadi cikgu nanti dapat kahwin awal.” Balas Imah selamba.
Syaf sekali lagi mengerutkan sedikit kening. Tak faham dengan kata-kata Imah itu.
“Apa maksud Imah dapat kahwin awal?”
“Kak Syaf ni. Kan orang perempuan yang dah habis maktab kenalah cepat kahwin sebelum kena posting jauh. Tak sanggup Imah kena pergi Sabah Sarawak. Nanti setahun sekali pun belum tentu dapat balik.” Imah mencebik. Dan Syaf melepaskan ketawa sedikit kuat yang menyebabkan Firash berpaling memandangnya. Serta-merta ketawa itu diperlahankan.

“ADA MASA nanti jangan lupa datang sini lagi.” Pesan Tok Wan pada Syaf yang baru saja selesai bersalam dengannya. Dipeluk tubuh gadis itu erat seakan cucunya sendiri.
“InsyaAllah Tok Wan. Nanti ada cuti, Qira datang sini lagi.” Syaf berjanji dan dia dapat lihat mata Tok Wan sedikit merah.
“Yelah. Tok Wan akan tunggu Qira datang. Yang lain susah dah nak jenguk Tok Wan kat sini. Yelah, masing-masing pun duduk jauh. Kadang tu raya pun jarang balik.” Sambung Tok Wan lagi. Kini dia sudah mengesat air matanya dengan hujung baju kurung Kedah. Syaf pula sudah merasa sayu dengan kata-kata Tok Wan itu. Menusuk masuk ke dasar hatinya.
“Jangan sedih Tok Wan, nanti Qira datang lagi ye.” Sekali lagi tubuh Tok Wan itu diraih ke dalam pelukannya. Sudah terasa seperti memeluk darah daging sendiri walau Tok Wan itu hanyalah nenek kepadaa Firash.
“Qira, Tok Wan nak pesan ni. Jaga suami Qira tu baik-baik.” Pesanan Tok Wan yang terakhir tu membuatkan jantung Syaf hampir terhenti. Dia melepaskan pelukan dan memandang Tok Wan lama. Apa maksud kata-kata Tok Wan itu? TokWan dah tahu ke pasal ni?
Err....”Syaf sudah kehilangan kata-kata untuk membalas. Apabila melihat anggukan dari Tok Wan itu, dia menjeling sekilas ke arah Firash yang sudah membuka pintu kereta.
“Jaga dia baik-baik.”Pesan Tok Wan lagi sambil menyimpul senyum. Dan akhirnya Syaf juga mengangguk perlahan. Mungkin orang tua seperti Tok Wan dapat kenal gerak geri mereka berdua.
“Balik dulu Tok Wan, Assalamualaikum.” Ujar Syaf dari pintu kereta. Datin Farizah sedang bersalam dengan ibunya.
“Balik dulu mak.”
“Yelah, hati-hati bawak kereta tu Firash.” Pesan Tok Wan pada Firash yang telah menghidupkan enjin keretanya. Firash mengangguk perlahan sebelum mengangkat sedikit tangannya. Seketika kereta Toyota Camry itu bergerak menuju ke jalan besar.
“Firash, Qira.” Tutur Tok Wan sambil tersenyum sebelum melangkah naik ke rumah.



BAB 19


SYAF RALIT memerhatikan Firash yang memandu di sebelah. Sekejap kereta mula ke kiri dan sekejap mula ke kanan. Dia perasan semua tu. Beberapa kali dia melihat Firash menahan menguap dengan tapak tangan.
“Kalau mengantuk, stoplah dulu tak pun tukar driver.” Cadang Syaf bila Firash dah mula menurunkan cermin tingkap kereta. Angin malam mula menerobos masuk. Mungkin dia sengaja buat macam tu untuk hilangkan mengantuk kut, fikir hati Syaf.
“Aku okay lagi.” Firash membalas. Kejap pegangannya pada stereng kereta. Puan Farizah memerhatikan dari belakang. Sudah masak benar dengan perangai anaknya yang sedikit keras kepala. Bukannya nak dengar cakap orang lain pun.
“Kereta depan tu!” Syaf sedikit menjerit apabila kereta Toyota Camry tu hampir saja melanggar dengan bontot kereta ProtonWaja di hadapan mereka. Rasa-rasanya kalau terleka tadi memang konfem berlanggar. Firash tersentak lalu sedikit kelajuan memperlahankan kereta. Syaf mengurut dada dengan tangan. Rasa macam nak terbang saja nyawanya tadi.
“Firash, bagi Syaf drive pulak. Nampak dah ngantuk sangat tu.” Tegur Datin Farizah dari belakang. Bukannya dia tak perasan dengan apa yang berlaku tadi. Dia hanya mampu menutup mata dan beristighfar panjang apabila terdengar jeritan Syaf.
“Ala ma, dah tak jauh dah.” Firash bagi alasan. Sebenarnya nak tunjuk depan Syaf yang tetap boleh memandu empat jam lebih tanpa henti. Takkan nak tunjuk lemah pulak kan? Jatuhlah egonya! Sudahlah masa balik kampung hari tu, mamanya yang ambil alih sebelum sempat sampai ke kampung. Tapi bukannya masa tu Syaf tengah sakit ke? Takkan aku nak biar dia macam tu pulak kan? Hatinya berperang dengan perasaan sendiri.
“Takde-takde. Bagi  aje kat Syaf. Kamu tu baik tidur aje dulu.” Sambung Datin Farizah tegas. Kena suruh si Syaf ni drive jugak walau sekejap. Nanti tak pasal-pasal pulak semua yang dalam kereta ni menempah tiket percuma ke rumah bertiang dua.
“Tapi ma...” Firash sekali lagi cuba memberi alasan.
“Mama cakap, tukar-tukar aje lah.” Garang Datin Farizah bersuara.
“Yelah-yelah.” Firash dah mencebik. Dia menjeling tajam ke arah Syaf yang hanya membuat muka selamba. Dalam hati Syaf, dari tadi duduk menahan ketawa.
Firash memberi signal, lalu kereta berhenti ke bahu jalan. Mereka berdua beralih tempat duduk. Syaf pula yang memandu. Firash di sebelah sesekali menjeling ke arah Syaf. Seperti muka tak puas hati saja.
Seketika semuanya senyap membisu. Hanya bunyi lagu dari radio yang berkumandang. Syaf mengalih pandangan ke sebelah sekejap. Nampak Firash dah lena, siap terlentok lagi di sebelah cermin tingkap.
“Kata tak mengantuk tapi tengoklah tu, tak sampai setengah jam pun dah lena.” Rungut Datin Farizah dari  belakang. Syaf hanya mengukir senyum sahaja. Biarlah dia lena, penat sangat agaknya tu.






p/s : disebabkan bab 18 tu takde sgt part dorang, so zura letak sikit sambungan bab 19...hope berpuas hati lah...thanks sudi bace :D

Thursday, December 22, 2011

SPECIAL ENTRY SSiD ♥ ♥ ♥ HAIRUL AZREEN













p/S  :  special entry tuk followers n readers semua...hehe...myb korang perasan kn zura dh letak header kt blog tu..yerlah dulu org asyik tny nape blog takde header..hehe..sbnrnye tak pandai pun nk wat header ni..pg2 buta semalam br lah try google..n satu lg org asyik tnye sape watak Firash a.k.a Chad dlm SSiD..oklah yg tak tahu lagi dia adalah HAIRUL AZREEN IDRIS a.k.a pelakon marhabbah delaila..terbaru dlm citer dingin lavenda..

~ sebb ape berani letak gmbr dia kt blog? sebb mgu lepas ade sorang members (arelin- co admin ) terajak dia masuk grup our love..agak kecoh jap...sbb zura terfriend dengan hairul fake punye...grr..


~Geram gak mase tu.. hairul pulak cakap dia just ade satu je akaun fb...then dia mtk link grup...dhla grup secret so mmg takleh masuk lah..last2 dia add friend ngn zura br lah leh masukkan dia kt grup tu...mmg lame dh nk ajak tp sbb yerlah artis takkan nk masuk grup biase2 ni kan..so citer tu abes kt situ..then smlm ade yg tolong wat kaver hairul tu ngn heliza (shiqa - co admin)..then zura letak wat DP kt fb..n kt time line...hehe..

~tak sangka pulak si hairul ni dtg puji gmbr tu..kalau dia marah abeslah....hehe...tu yg berani letak dlm blog tu...takut gak dia marah..hehe...then hr ni dia baek hati nye datang jengah grup siap duk komen2 n post his pic mase dia datang kerteh hr ni (rugi lah takleh jumpe sbb dekat sgt dh)...n tak tahannya dia nk novel SSiD sebijik sbb amik pic sebagai watak utama  dlm SSiD...adesss...insyaallah :)


~ buat  HAIRUL AZREEN IDRIS ; Thank you so much sebab sudi penuhi permintaan members2 grup our love tu semua...awak sangat COOL okay (pujian ni sebab gmbr tu takde pun kt ur FB n PAGES)...tak kisahlah pic tu tak mandi pun (sy tahu awak tipu...takkan tak mandi tapi amik gambar sambil pegang cek RM200 ribu kut)...hehe..


~ so disebabkan hal2 kt atas ni, zura jd baik hati nk bg teaser ni kt korang..grup members pun dh cecah 500hr ni..n sorry kalau terexcited pasal ni...part ni takde dlm p2u sebb dh dekat bab tengah agaknye....enjoy :DDD





**********


TERKEJUT SAKAN Syaf ketika dia mula terjaga itu. Tangan Firash yang masih kemas berlingkar di pinggangnya itu direnung seketika. Fikirannya mula memikirkan tentang bagaimana dia boleh berada di dalam bilik sedangkan kalau tidak silapnya semalam, dia sedang berbaring di sofa di ruang tamu. Ah! Pasti Firash yang mengangkatnya masuk ke bilik. Melihatkan jam di meja kecil itu, matanya membulat besar. Ya Allah! Dah terlepas Subuh ni!

Segera dia cuba mengalihkan tangan Firash dan bingkas bangun. Firash yang mula terjaga akibat dari pergerakan sedikit kasar itu mula membuka matanya. Kelihatan Syaf sedang terkocoh-kocoh menapak menuju ke pintu.

“Kau nak ke mana?” Soal Firash dengan nada sedikit serak. Dia menggenyeh matanya yang masih mengantuk itu.

“Balik biliklah. Dah lewat ni.” Balas Syaf perlahan lalu membuka luas pintu bilik Firash.

Firash yang masih terpinga-pinga itu mula berfikir. Lewat apa pulak ni? Kan hari ni hari cuti? Fikirnya lagi sebelum merebahkan memejamkan kembali matanya. Ingin menyambung mimpi indah itu tadi. Seketika kemudian dia mulai hanyut tanpa menyedari yang sudah ketinggalan solat Subuh pada pagi itu.

“Aduhh!!” Syaf terjerit dengan nada kuat apabila tergelincir di depan pintu biliknya itu.

Terduduk dia di situ selepas terpijak alas kaki yang terhampar elok di situ. Terkumat-kamit mulutnya membebel sambil mengurut punggung yang mulai sengal. Ah! Siapa yang suruh letak alas kaki depan pintu! Runngutnya dalam hati.

Firash yang baru saja lena itu kembali membuka matanya. Dia merengus perlahan. Apa pulak yang bising-bising tu? Kacau betul aku nak tidur! Getus hatinya lalu duduk bersila di atas katil. Beberapa saat kemudian dia menghayun langkah malas menuju ke pintu biliknya yang sudah dikuak luas oleh Syaf tadi.

Membulat matanya melihat Syaf yang sedang duduk tersimpuh elok di lantai jubin itu. Buat apa pulak sampai duduk bersimpuh di lantai bagai tu? 

“Kau kenapa?” Soal Firash dengan berkerut dahi. Tangan dibawa ke mulut untuk menahan kuap yang masih belum berhenti. Syaf yang perasan akan kehadiran Firash itu cuba untuk berdiri namun hampir-hampir terjatuh kembali. Dia merungut kecil di situ.

“Aku tanya kenapa tu jawablah.” Rungut Firash seraya menapak menghampiri rapat ke arah gadis itu. Wajah Syaf yang berkerut-kerut menahan sakit itu dipandang seketika.

“Aku terjatuh tadi.” Lambat-lambat Syaf membalas. Tangannya menggosok punggung yang masih lagi sengal. Firash yang mula memahami kata-kata gadis itu tiba-tiba saja mahu tergelak. Namun cuba ditahankan.

“Patutlah terjerit sakan tadi. Meh sini aku tengok.” Pinta Firash seraya mencangkung. Syaf membulat matanya. Gila apa nak suruh dia tengok punggung aku!

“Eh aku okay aje ni.” Balas Syaf laju-laju. Bimbang pula melihat gaya Firash yang seperti mahu merapatinya itu. Seram pun ada kalau-kalau lelaki itu bertindak di luar kawalan. Malu setahun aku nanti!

“Okay apa macam tu sampai nak bangun pun tak boleh.” Tukas Firash dengan nada tidak puas hati. Jual mahal lah pulak! Aku nak tolong dia aje pun bukannya nak buat bukan-bukan! Rungut Firash dalam hati.

“Takpe-takpe, aku boleh aje bangun tadi tu sakit tapi sekarang dah hilang.” Syaf memberi alasan. Dia berusaha untuk berdiri namun apabila kakinya itu diluruskan, terhoyong-hayang tubuhnya seperti mahu tumbang. Punggung yang terasa sengal tadi sudah kembalii sakit. Adeh...

“Degil betul.” Rungut Firash perlahan namun sempat didengari oleh telinga Syaf. Dia tidak sempat untuk berganjak kala tangan lelaki itu sudah memaut pinggangnya. Bedetap-detap jantungnya ketika itu kala tubuh Firash sudah rapat padanya. Dengan sekelip mata, terasa tubuhnya terangkat ke atas.

“Err..Firash..” Panggil Syaf perlahan namun lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil mencempungnya menuju ke biliknya. Saat lelaki itu meletakkannya di katil, dia terpandang mata Firash yang sedang merenung ke arahnya. Dia menelan liur kala wajah lelaki itu terasa begitu dekat dengannya. Kalau apa-apa jadi saat itu, memang dia dah tak ada masa untuk melarikan diri dengan keadaannya yang seperti itu.

“Aku rasa kau kena ucap terima kasih kat aku sebab tolong kau.” Bisik Firash perlahan di telinga Syaf. Syaf mengeluh kelegaan. Bimbang juga kalau-kalau lelaki itu mintak benda-benda yang pelik darinya.

“Thanks sebab tolong aku.” Balas Syaf seraya menghadiahkan senyum kecil di bibir. Firash mengangguk kecil lalu bangun dari katil. Sebelum sempat Syaf membetulkan kedudukannya, tiba-tiba terasa kucupan hangat melekap di pipinya.

“Upah sebab aku tolong kau.” Balas Firash dengan senyuman lebar di bibir sebelum bergerak menuju ke pintu. Syaf yang terasa wajahnya berbahang itu cepat-cepat memegang pipinya yang masih lagi hangat. Namun lama-lama bibirnya turut mengukir senyum.




“KAU DAH okay ke?” Soal Firash apabila mereka sama-sama keluar dari bilik sejam dari kejadian pagi tadi. Syaf yang hanya memakai seluar track serta t-shirt hitam itu mengangguk perlahan.

“Dah okay pun. Sakit sekejap aje tadi.” Balasnya. Dia menjongketkan sedikit kening apabila melihat pakaian yang tersarung di tubuh lelaki itu. Seperti mahu keluar saja lagaknya. Namun tak terkeluar pula soalan yang sedang difikirkannya itu.

“Aku tahu mesti kau tertanya-tanya aku nak pergi mana kan? Dah kenal pun kalau kau buat muka pelik macam tu.” Duga Firash apabila melihat wajah Syaf yang penuh dengan persoalan itu. Syaf menggigit bibir. Tahan malu. Pandai aje lah dia ni nak baca fikiran aku!

“Kau nak pergi mana?” Soal Syaf ingin tahu. Hari ini memang cuti. Dan cuti mereka dilanjutkan sampai ke hari Ahad kerana ada hari pertabalan diraja lusa. Jadi agak wajarlah jika lelaki itu mahu pergi bercuti. Tiba-tiba terasa ada perasaan cemburu pula jika lelaki itu mahu pergi bercuti. Dia pun kalau boleh nak aje pergi tetapi bila difikirkan akan wang yang perlu dijimat-cermat, semuanya hanya menjadi angan-angan Mat Jenin saja.

“Aku nak pergi Swiss Garden. Hari tu dia orang ada offered pakej best kat situ. Lagipun tak jauh mana pun dari sini so aku rasa nak pergilah. Dahlah kita cuti sampai Ahad kan.” Selamba saja Firash berkata tanpa mengetahui gelora di hati Syaf yang teringin sama untuk bercuti. Wajah kelat jelas terpamer di wajah gadis itu apabila Firash berkata begitu.

“Oh kat situ. Hmm, okaylah. Selamat bercuti.” Lirih saja suara Syaf kedengaran di telinga Firash. Firash menyimpul sedikit senyum apabila perasan wajah kecewa yang nyata terpamer di wajah gadis itu. Sengaja dia berbuat demikian untuk menduga reaksi Syaf. Tak sangka pula yang gadis itu betul-betul kecewa. Tak sampai hati pulak bila tengok sedih macam tu!

“Thanks tapi aku ada satu permintaan sebagai upah balasan aku tolong kau tadi.” Kata-kata dari Firash itu menghentikan langkah Syaf yang sudah menghala ke dapur untuk mencari makanan sebagai sarapan. Syaf berpaling sekilas. Upah apa lagi ni? Tak cukup lagi ke dengan morning kiss tadi tu?

“Kau nak apalagi ni? Aku tak ada duit lah nak bagi apa-apa kat kau.” Balas Syaf dengan nada malas. Sungguh dia memang tak punya wang jika lelaki itu mahu menyuruhnya membeli sesuatu sebagai balasan. Sekadar cukup-cukup makan saja untuk bulan ni. 
Firash ketawa kecil sebelum mendapatkan Syaf yang mula jauh darinya. Tanpa gadis itu sedar, tangannya mula memegang tangan Syaf. Wajah Syaf yang sedang berkerut memandangnya itu sudah mula bertukar riak terkejut.

“Aku tak nak duit. Aku nak kau boleh?” Balas Firash dengan nada suara yang sengaja dilembutkan. Syaf sedikit tersentak dengan kata-kata dari Firash itu. Mata Firash yang merenung tepat ke arah matanya membuatkan dia menjadi gugup tiba-tiba. Entah kenapa ada debar halus mula bertandang di dada.

“Boleh kan?” Soal Firash lagi seraya menggenggam erat tangan Syaf yang sudah mula berpeluh. Syaf kaku seketika di situ tanpa bersuara apa-apa. Lidah seakan terasa kelu dan wajahnya di pandang ke bawah. Ada rasa segan yang mula berkunjung tiba di saat itu.

“Err..Aku..Aku....” Syaf mula tergagap untuk bersuara. Tak sangka pula itu yang dipinta oleh lelaki itu sebagai balasan. Tak tercapai akalnya ketika itu.

Tiba-tiba Firash menghamburkan ketawa. Syaf yang berkerut-kerut dahinya itu mula mempamerkan riak terkejut. Hilang terus debaran yang melanda dadanya.

“Aku cakap macam tu sikit pun kau dah cuak. Sebenarnya aku nak ajak kau pergi sana sekali. Boleh tak?” Firash menjelaskan hal yang sebenar. Syaf yang mula memahami kata-kata Firash itu membulatkan sedikit matanya. Dia mengetap bibir menahan geram. Dia ni kan saja je buat aku cuak!

“Kau memang kan sengaja nak kenakan aku.” Getus Syaf dengan nada geram bercampur tidak puas hati. Tangan kirinya yang bergerak bebas itu refleks mencubit kuat pinggang lelaki itu.

“Aduhh, sakitnya.” Rungut lelaki itu sedikit kuat. Tangannya yang masih menggenggam tangan gadis itu terlepas. Dia menggosok-gosok pinggangnya yang terasa pedih. Ni cubit ke apa? Perit semacam aje! 

Syaf mula tergelak kecil. “Padan muka.” Balasnya lalu cuba menghalakan langkah ke dapur. Perutnya mula melagukan irama keroncong. Namun langkahnya tiba-tiba terhalang apabila tangan Firash lebih pantas menarik lengannya.

“Jom lah pergi. Aku dah nak gerak ni.” Ajak Firash. Syaf tidak jadi melangkah. Dia pun sudah lupa akan pelawaan lelaki itu. Namun bibirnya mula menguntum senyum lebar.

“Betul ke kau nak ajak aku pergi sana? Aku tak ada duit ni.” Syaf cuba mempastikan akan ajakan dari lelaki itu. Manalah tahu kala lelaki itu sekadar ajak-ajak ayam. Mahu malu dia nanti!

“Betullah ni. Kau nampak muka aku main-main ke sekarang?” Firash berkata sambil menuding jari ke wajahnya. Syaf tersengih. 

“Tapi aku kena kemas baju dulu. Kau tak kisah kan kalau kena tunggu lama sikit?” Soal Syaf lagi. Firash tersenyum lebar. Kena tunggu setahun pun aku sanggup!

“Yelah, aku tunggu kau kat luar. Kalau lambat sangat aku masuk bilik nanti.” Firash sedikit ketawa bila melihat wajah Syaf yang sudah berubah. Gadis itu cepat-cepat bergerak menuju ke biliknya. Takut sangat bila kena gertak macam tu!
















Tuesday, December 20, 2011

D.O.UG.H.N.U.T a.k.a Aku Dan Kamu - 15.1


D.O.UG.H.N.U.T a.k.a Aku Dan Kamu - 15.1



Aku membuka pintu bilik air dengan perlahan-lahan. Agak-agaknya suami kesayangan aku tu sedang buat apa eh? Mataku cepat saja melilau ke kiri ke kanan bilik. Tapi takkanlah  aku nak keluar dengan bathrobe ni aje kut? Memang betul-betul sengaja cari nahas lah!
Terjengket-jengket aku keluar dari bilik air sambil membetulkan kedudukan towel di kepala. Bilik yang besar itu kelihatan kosong dan sepi.  Eh ke mana pulak dia pergi menghilang? Ah! Tak apalah. Bagus juga kalau dia dah hilang, bolehlah aku tukar baju dengan aman sikit. Aku tersenyum lebar seraya melangkah ke pintu almari.  Cepat saja tanganku menyelongkar luggage untuk mengambil pakaian. Namun tanganku tiba-tiba saja terhenti apabila tersentuh benda yang lembut dan licin. Serta merta tangan dikalih. Benda apa pulak tu?
Mata aku hampir- hampir saja terbeliak apabila mendapati benda lembut dan licin itu adalah pakaian tidur yang amat seksi gila. Sudahla berwarna merah darah dengan bukaan dada yang terbuka luas. Pakaian itu terlipat cantik dengan riben yang berikat. Sekeping kad kecil yang ada di situ menarik perhatianku.

“Gudluck for your 1st nite,”
From : Iza n Ida ;)

Hee, boleh tak kalau aku nak bertukar jadi HULK sekarang? Sesuka hati dia orang berdua aje letakkan hadiah yang paling hot ni kat sini. Dia orang tak tahu ke yang hadiah ni seakan saja menempah maut saja pad aku sekarang? Ada jugak yang kena lipat kalau berjumpa esok. Huh! Aku terus saja mencampakkan gaun tidur yang masih berlipat itu ke dalam luggage. Dan entah kenapa gaun itu tidak landing ke dalam luggage tetapi melurut jatuh ke permaidani tebal di bawah. Haishh!
“Apa ni?” Satu suara yang menyentak semua rungutan aku pada Iza dan Ida. Air liur ditelan kesat. Haissh, kenapalah waktu-waktu GENTING macam ni barulah dia muncul? Aku menggigit bibir bila melihat Fajie yang dah membongkok mengambil ‘hadiah paling hot’ itu dari permaidani.
Err...Tak ada apa-apa lah.” Aku cepat-cepat menjawab namun mata aku tak lepas-lepas memandang benda itu di tangannya. Waa..Boleh tak kalau aku lari sekarang? Rasa dah malu giler ni bila tengok benda tu ada kat tangan dia.
“Cantik. Mesti cantik kalau sayang pakai.” Ujar Fajie dengan membelek-belek benda itu di tangannya. Aku dah mula telan liur apabila matanya memandang aku tak lepas-lepas.  Aku cuba tarik bathrobe yang sedikit singkat ke lutut itu dengan perasaan berdebar-debar.
“Mana ada cantik. Entah apa-apa aje yang dia orang bagi tu.” Aku merungut cuba untuk mengalihkan perhatian Fajie dari benda tu. Memanglah benda tu cantik tapi rasanya dah tak jadi cantik dah kalau aku pakai depan dia. Atau boleh dikatakan memang cari nahas aje kalau pakai depan dia tu!
“Apa lah sayang ni. Cantik apa baju tidur ni. Boleh tak kalau saya nak tengok awak pakai depan saya.”
Gulp! Aku menelan liur. Adeh..Boleh tak kalau aku cuba buat-buat pitam sekarang? Tolonglah! Tak sanggup aku nak ada di dalam situasi macam ni apa lagi apabila melihat senyuman yang tersungging di bibir Fajie itu.
“Err..Tak naklah. Saya tak biasa.” Jujur saja mulut aku membantah. Tapi memang betul pun semua tu. Tak pernah-pernah lagi seumur hidup aku memakai pakaian macam tu walaupun hanya seorang diri di rumah. Apatah lagi memakai sebegitu di depan lelaki.
 Senyuman yang terukir di bibir Fajie terus saja mati. Aku dah mula rasa menggelabah bercampur dengan perasaan berdebar-debar tatkala Fajie datang menghampiri aku yang ada berhampiran dengan almari pakaian. Ah sudah!
“But I’m your husband. Takkanlah dengan suami sendiri pun nak berkira.” Tutur Fajie seraya menolak sedikit tubuhku sehingga rapat ke almari. Hampir-hampir tersekat nafas aku apabila dia mendekatkan wajahnya rapat ke wajahku. Hanya beberapa inci sahaja jaraknya. Jantung yang sedari tadi sudah berdebar makin kehilangan rentak dan aku kaku saja tidak bergerak di situ.
Aku menundukkan wajah ke lantai bilaFajie merenung aku begitu.Terasa seram sejuk sehingga ke tulang sumsun. Hailah, kenapa yang mulut aku ni cepat sangat cakap macam tu tadi? Kan dah tak tertanggung sekarang. Padanlah muka kau Yash! Sempat hatiku mengutuk.
May I ...”  Soalan yang tidak habis bersambung dari Fajie itu membuatkan aku kembali mendongak memandangnya. Membulat mata aku apabila jarinya mula cuba menyentuh pipiku. Serentak itu tangan aku cuba menahan tangannya. Fajie kelihatan sedikit tersentak namun belum apa-apa lagi kedua-dua tangan aku sudah digenggamnya kemas. Bibirnya sudah menguntum senyum yang aku kira boleh dikatakan senyum kemenangan. Haishh!
“Tak baik menolak, nanti jadi isteri derhaka.” Tuturnya perlahan seakan berbisik. Aku menelan liur seraya menundukkan wajah ke lantai. Ya, betul kata Fajie tu tapi aku rasa macam belum bersedia lagi nak hadapi semua ni. Tak tahu nak cakap macam mana tapi mungkin juga aku takut dengan momokan cerita malam pertama yang menakutkan.
Dan entah mengapa  tiba-tiba tangan Fajie menyentuh lembut daguku serta menolaknya dengan jari ke atas sehingga mataku dapat bertentang mata dengannya. Bibirnya mengukir senyum manis.
“Jomlah pergi tidur, dah lewat pun ni.” Ajak Fajie lembut. Aku hanya memandangnya dengan tiada beriak apa-apa. Namun apabila tangannya menarik tanganku perlahan, aku cuba mengeraskan diri. Tanda tidak mahu menurut ajakannya itu. Dia merenung aku dengan sedikit pelik.
Err..Saya tak nak tidur lagi.” Jawabku perlahan. Fajie menaikkan sedikit keningnya.
“Dah lewatlah sayang. Jomlah tidur. Awak tak penat ke?” Soalnya lalu mendekatkan dirinya dengan diriku. Tergambar wajah kepenatan di mukanya membuat aku rasa bersalah.
“Penat tapi saya tak nak tidur..Saya..” Aku menggigit bibir. Terasa berderau darah menuju ke muka apabila hendak menyebut pasal tu. Tiba-tiba Fajie merenung aku dengan pandangan tak berkelip.  Ah sudah!


p/s : sorry sbb lama tak sambung..yang ni je dapat taip setakat ni..hope korang enjoy..thank sudi bace


Sunday, December 18, 2011

Teaser Bab -18 - SSiD





“ASSALAMUALAIKUM.” Salam diberi dari perkarangan halaman rumah. Syaf yang tengah menyapu di beranda itu berpaling. Emak saudara Firash merangkap ibu kepada Imah dan Haqimy datang menjenguk. Syaf melemparkan senyuman manis lalu melangkah turun ke anak tangga.
“Waalaikumussalam...Erm, Mak Long masuklah.”Pelawa Syaf sopan. Mak Long Inah melangkah naik ke tangga setelah bersalam dengan Syaf. Matanya diliarkan sekeliling seolah-olah mencari sesuatu.
“Yelah, mana Imah ni? Kata tadi nak datang sini.” Rungut Mak Long Inah seraya melabuhkan punggung di kerusi rotan. Dipandangnya wajah Syaf yang duduk di sebelahnya.
“Oh. Tadi memang ada dia datang tapi katanya nak pergi kedai pulak. Nak beli suratkhabar.” Jawab Syaf.
“Budak tu memang tak pernah duduk diam. Ada saja kerjanya. Eh mana Tok Wan dengan mama kamu?” Soal Mak Long Inah lagi.
“Ha...Ada...Nanti Syaf panggil dia orang datang sini. Tadi ada kat dapur tu.” Beritahu Syaf seraya berdiri. Dia melangkah menuju ke dapur. Seketika kemudian, dilihatnya Tok Wan sedang berbual dengan Datin Farizah sambil membersihkan bekas-bekas yang digunakan untuk raya tiga hari lepas.
“Mama, Tok Wan...Erm, Mak Long Inah datang.” Tutur Syaf. Dia bergerak ke singki untuk mengambil cerek.
“Ha, yelah. Jangan lupa buat air nanti.” Pesan Datin Farizah seraya menapak dari dapur. Diekori Tok Wan dari belakang. Syaf pula sedang memenuhkan cerek dengan air sebelum dijerang atas dapur.


“HA, DAH lama sampai?” Tegur Tok Wan pada Mak Long Inah. Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Mak Long Inah sementara Datin Farizah duduk di atas kerusi sofa lama itu.
“Baru aje lagi mak.  Datang jenguk Imah lepas tu datang jenguk kamu jugak Zah. Kata dah nak balik esok ye?” Soal Mak Long Inah pada adiknya itu.
“Kena baliklah esok sebab Syaf cuti sampai esok aje. Lusa dah kena masuk kerja.” Bagitahu Datin Farizah.
“Oh macam tu. Orang dah bekerja susahlah nak cuti lama-lama. Macam si Qimy jugaklah. Pagi tadi dah pun bertolak ke Kerteh.” Balas Mak Long Inah. Sementara Tok Wan hanya mendengar saja perbualan dua beradik tu. Nak menyampuk dia tak tahu sebab dia tak tahu sangat pasal kerja cucunya itu.
“Tu lah pasal. Syaf tu dikira bersyukurlah dapat cuti seminggu. Tahun lepas tiga hari aje dapat cuti.” Sambung Datin Farizah lagi. Masih teringat kata-kata Syaf tahun lepas. Sayu hatinya sebab tak dapat ajak Syaf balik kampung. Nasiblah hari pertama beraya, dia beraya di rumah sana.
“Hmm...Aku tengok Syaf tu macam budak baik aje. Macam berkenan pulak.” Tutur Mak Long Inah. Datin Farizah sudah terkejut manakala Tok Wan terbatuk-batuk. Dia mengurut dadanya dengan tangan.
“Ha...Err, memang baik pun. Masa saya sakit dulu, dialah siang malam jaga.” Sambung Datin Farizah lagi dengan sedikit teragak-agak. Masakan dia lupa Syaf yang sanggup menjaganya siang malam ketika dia sakit kerana kehilangan arwah Farish dulu. Hampir-hampir saja dia mengalami kemurungan disebabkan hal itu. Nasib baiklah Syaf sudi menemaninya.
“Aku rasa nak rapatkan dia orang dengan si Qimi tu lah. Kau rasa boleh tak?” Soal Mak Long Inah lagi. Datin Farizah sudah telan liur manakala Tok Wan hanya membisu. Syaf yang tengah mendengar dari ruang tamu itu berhenti melangkah. Hampir saja jatuh dulang yang berisi minuman itu.


“JEMPUTLAH minum Mak Long.” Syaf menghulurkan cawan yang berisi teh panas itu kepada Mak Long Inah. Tidak lupa juga dihulurkan pada Tok Wan dan Datin Farizah yang sedang memandang segala gerak-gerinya.
“Sedap air ni. Pandai Syaf buat.” Puji Mak Long Inah. Tidak berkelip matanya memandang Syaf yang ayu berkain batik itu. Sudah jarang sekali gadis-gadis muda berkain batik. Berkenan sungguh hatinya untuk membuat calon menantu.
“Air bujang aje Mak Long.” Balas Syaf lembut. Dia melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang yang dihampar itu.
“Yelah. Esok dah nak balik ke?” Soal Mak Long Inah dengan penuh minat.
“Ha’ah. Esok kena balik sebab lusa dah mula kerja.” Balas Syaf lagi. Pandangan Mak Long Inah itu begitu mendebarkan hatinya. Dia memandang ke arah Datin Farizah dan Tok Wan yang hanya membisu tanpa kata.
Seketika kemudian, perbualan mereka diganggu oleh bunyi bingit enjin motor. Kelihatan Firash baru saja balik entah dari mana. Di dalam raga motornya itu ada sebuah guni yang berikat.
“Penatnya.” Rungut Firash lalu meletakkan guni di anak tangga. Dia mengelap peluh di dahi dengan tangan.
“Kamu pergi mana tadi?” Soal Tok Wan. Firash berpaling dan memandang satu persatu wajah yang sedang memandangnya.
“Pergi panjat pokok rambutan, lagipun esok dah nak balik.” Balas Firash. Matanya terhenti pada wajah Mak Long Inah. Kenapa tiba-tiba dia datang ni? Biasa jarang nak jenguk Tok Wan walau duduk pun satu kampung saja.
“Oh baguslah tu. Tak ada orang nak perabis jugak rambutan tu semua.” Balas Tok Wan lagi.
“Tu lah pasal.” Balas Firash seraya bersandar di pemegang tangga. Penat dirasakan akibat memanjat tadi. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dipetik semua buah yang ada. Tapi tak muat pulak nak isi kat bonet kereta esok.
“Syaf dah ada teman lelaki?” Soal Mak Long Inah tiba-tiba. Syaf sudah tersentak. Dipandangnya wajah Datin Farizah dan Firash yang sedang merenungnya silih berganti.
Err...”Syaf sudah kehilangan kata-kata. Manakala ekor matanya menangkap kelibat Firash yang tiba-tiba saja berdiri.
“Nak ke mana tu?” Soal Mak Long Inah pada Firash yang dah bergerak masuk ke dalam rumah.
“Mandi. Panas.” Balas Firash tanpa nada sebelum melajukan kaki ke dalam rumah. Tok Wan sudah tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Panas hati lah tu!



p/s : kita layan teaser bab 18 SSiD pulak lepas bace citer baru semalam ( Mungkin Dia Suamiku-PArt 1)....enjoy :DDD

Thursday, December 15, 2011

Sebenarnya, Saya Isteri Dia -17 kt p2u

as-salam dan selamat malam..jemput baca ssid-17 kt p2u...klik sini

Tuesday, December 13, 2011

SSID SPECIAL EDITION?







As-salam dan selamat pagi semua..hmm..disebabkan ramai yg mintak buat SSiD Spedial edition, so zura plan mmg nak buat lah....so korang semua rasa macam mana? and nak letak apa kt dalam tu?

Thursday, December 8, 2011

Sebenarnya, Saya Isteri Dia (END)




Assalamualaikum dan selamat pagi...Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi dengan berkat penghulu segala hari (JUMAAT), akhirnya manuskrip novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia akhirnya siap juga dengan mukasurat mencecah 770 helaian..


:: mula menaip : 0040 - 05/08/2011 (Jumaat)
:: siap taip : 0615 -09/12/2011 (Jumaat)


Selama empat bulan bertungkus lumus, tak tidur malam menghadap manuskrip ini, akhirnya siap juga. Fuhhh~ Boleh kesat dahi...boleh pergi jalan-jalan tanpa bimbang lagi...btw tetap merindui akan semua ini...


Terima kasih pada semua yang tidak jemu-jemu memberi dorongan especially en Addy tercinta. yang selalu membebel kerana laptopnya asyik kena kebas...mohon ampun yer...nnt kite ganti dengan Ipad...hehe..

Dan terima kasih jugak pd En. Muzri yg bg offered untuk siapkan manuskrip..yg juga bnyk bg nasihat apabila novel ni menjadi kontroversi, geng2 grup OUR LOVE,kawan2 Fb, geng2 penulis, readers n followers blog, n pembaca kt p2u semua..jasa kalian tidak mampu rasanya saya balas...cuma berharap novel ini berjaya diterbitkan nanti...insyaAllah :)

Monday, December 5, 2011

TEASER BAB 17 SSID PART 2


as-salam n selamat petang...hopen enjoy ngn teaser bab 17 :)




“YANG LURUH ni semua buah yang elok-elok ke?” Soal Syaf pada Imah yang tekun mengutip buah durian di tanah. Sementara Haqimy berada tidak jauh dari tempat Syaf dan Imah berada.

“Kalau diikutkan pokok durian yang ada kat kebun ni memang baka baik. Kalau kebun lagi satu tu kurang sikitlah kualiti dia sebab kebanyakan pokok-pokok lama.” Balas Imah. Manakala Syaf sudah berkerut dahi tidak faham dengan apa yang Imah sedang sampaikan.

“Maksud Imah, ada lagi kebun lain dari kebun ini?”Soalnya. Tangan mencapai buah durian yang telah dipungut.

“Ha’ah. Ada satu lagi tapi kebun tu kecil sikit. Pokok durian pun tak banyak sangat.” Syaf mengangguk perlahan. Tidak menyangka yang keluarga Firash mempunyai banyak kebun durian. Memang tak termakan lah jawabnya kalau duduk sini.

Terpandangkan buah durian yang tidak jauh dari situ, Syaf mula melajukan langkah. Agak teruja dalam sesi pungut memungut durian itu. Tanpa sedar ada sesuatu yang melekat di kakinya yang berselipar itu. Dia memandang ke bawah apabila terasa kulit kakinya itu terasa sedikit geli. Terbuntang matanya apabila melihat dua ekor haiwan kecil yang melekap erat di situ.

“Aaaaa!!” Jerit Syaf kuat. Haqimy serta Imah yang sedang memungut durian tidak jauh dari situ cepat-cepat menghalakan pandangan ke arah Syaf yang sudah terlompat-lompat di situ. Cepat-cepat Haqimy pergi mendapatkan gadis itu yang sudah tidak keruan lagaknya.

“Syaf, kenapa ni?” Soal Haqimy prihatin. Syaf yang hampir-hampir mengalirkan air mata itu cepat-cepat memeluk tubuh Haqimy erat. Terkedu Haqimy di situ apabila terasa tubuhnya dipeluk kuat. Berdegup keras jantungnya bila tubuhnya itu dipeluk.

Imah pula tergesa-gesa berlari ke arah Syaf yang sedang menjerit sakan itu. Terpandangkan abangnya yang sedang dipeluk oleh Syaf membuatkan dahinya berkerut. Kenapa pulak ni?

Pandangannya jatuh pada kaki Syaf yang kadang-kadang seperti menghentak-hentak itu. Pacat! Ingatkan apalah tadi!


FIRASH MEMARKIRKAN motor EX-5 itu di sebelah skuter Imah yang berada di tepi semak. Seketika dia menjeling sekilas ke arah motor milik Haqimy. Dia mendengus kasar dan berjalan laju masuk ke kebun.

Suasana kebun yang sedikit sunyi membuatkan dirinya sedikit hairan. Kenapa tak nampak pun dengan mereka bertiga? Mungkin mereka dah masuk ke tengah kebun sedikit kut? Firash menenteramkan hatinya.

Baru saja beberapa tapak melangkah, dia terjumpa dengan dua longgokan durian yang telah dikumpulkan di satu tempat. Banyak juga yang luruh kalinya, detik hatinya sepintas lalu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan seseorang. Firash yang sedikit terkejut tu laju saja berlari-lari anak menuju ke arah suara yang menjerit tadi. Dia mendapati sesusuk tubuh sedang memeluk seseorang dan hatinya tiba-tiba terasa berderau.

“Kak Syaf, Imah dah buang pun pacat tu. Tengok dah tak ada dah.” Tutur Imah apabila melihat Syaf yang sudah mengalirkan air mata. Tangannya masih memeluk erat tubuh Haqimi tanpa dia sedar.

“Syaf, dahlah tu.” Pujuk Haqimy. Dia sedikit teragak-agak untuk menegur Syaf yang sedang memeluk tubuhnya. Terasa hangat pelukan gadis itu di tubuhnya namun dibuang jauh-jauh perasaan indah itu. Dia tahu yang Syaf sedang ketakutan. Bukan dia tak nampak Syaf menjerit kuat apabila dua ekor pacat itu melekat di kakinya. Terasa tubuh gadis itu sedikit menggigil dalam pelukannya.

“Ehem.” Firash berdeham apabila merasakan terlalu lama dia menjadi penonton setia drama dua babak itu di hadapannya. Hatinya menggelegak apabila melihat adegan sebabak itu terpamer di depan matanya. Syaf yang masih memejamkan mata itu laju saja mencelikkan mata apabila terdengar bunyi suara yang dikenali. Jantungnya yang sedang berdegup kencang itu terasa seakan berhenti berfungsi apabila wajah tegang Firash menyapu halaman matanya. Serentak itu tangannya yang memeluk tubuh Haqimi dilepaskan.

“Abang Firash.” Sapa Imah perlahan. Bibirnya menyimpulkan senyum tanpa perisa. Agak sedikit terkejut dengan kehadiran Firash yang tiba-tiba saja di sini. Manakala Haqimy pula cuba memperlihatkan wajah selamba.

“Kenapa ni?” Soal Firash dengan nada ingin tahu. Matanya masih tak lepas memandang wajah Syaf yang sedang mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.

“Kena gigit pacat.” Haqimy menjawab. Dia mengerling seketika pada Syaf. Suasana yang ceria tadi telah bertukar keadaan. Menjadi tegang.



p/ s : ade satu scene lg lepas teaser ni...bab akan datang maybe pendek je tp myb akan post dua bab nnt kt p2u tuk mgu depan :D ~ klik sini tuk bace part 1~

Saturday, December 3, 2011

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! - 16 @ P2u




as-salam dan selamat pagi..jemput bace SSiD -16 kt p2u...jgn lupe tgalkan komen sekali..hehe :DDD




~ Klik sini

Thursday, December 1, 2011

BAB 16 SSID (FULL ENTRY)



as-salam dan selamat tengah hari..pd hari yang mulia ini dan penghulu segala hari, sy ucpkn rase syukur sbb masih lg berkesempatan menghirup udara segar di bumi Allah yang indah ini...disamping itu dpat jugak on9 lg walau bermcam2 dugaan yg timbul sepeti dua hr lepas..alhamdulillah, nmpknye follower2 sy dh makin bertambah..kawan kt fb tak yah cakaplah...dh masuk ribu riban dh...grup pun mcm tu jugak..dh makin bertmbh ahli sehingga cecah 351..n atas perjanjian dgn seseorang, sy tunaikan permintaan dia tu..hrp semuanya enoy + gembira dgn entry ni...





PAGI RAYA itu sebelum Subuh lagi Syaf dah awal-awal pergi ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk membersihkan diri. Mengambil langkah berjaga-jaga dari awal supaya tidak berlaku apa-apa seperti malam lepas. Dia yakin yang memang Firash yang sengaja untuk menakutkan dia. Mana ada siapa-siapa lagi yang sanggup buat macam tu padanya.

Pili paip dibuka perlahan. Memang betul-betul sejuk airnya sehingga mencucuk ke tulang hitam. Dia tidak boleh membayangkan bagaimana jika terpaksa mandi dengan air perigi. Sudah pasti sejuknya boleh menyebabkan dia tubuhnya beku agaknya.

Selepas siap membersihkan diri dia segera masuk ke rumah. Cepat-cepat menuju ke biliknya untuk bersiap.

Takbir raya berkumandang dari masjid yang tidak jauh dari rumah Tok Wan. Sehening takbir raya itu, Syaf sayu di bilik apabila teringatkan arwah ayah dan emaknya yang sudah lama pergi. Tanpa sedar air matanya sudah membasahi pipi. Namun dia tetap menggagahkan diri untuk bersiap.

Buat pertama kali dalam hidupnya, dia memakai baju kurung hijau muda lembut itu. Baju kurung yang dibeli oleh Firash padanya semasa mereka berdua bertembung kala shopping sebelum balik kampung hari tu. Pashmina yang mempuyai dua tone warna hijau lembut dan gelap itu dipakai dan sedikit dililit dengan rapi. Sedikit bedak kompak disapukan ke wajahnya dan secalit lipstick berwarna merah jambu dicalit ke bibirnya. Siap.

Seketika kemudian terdengar bunyi-bunyi bising suara Firash dan Puan Farizah di luar. Laju saja kakinya bergerak menapak ke ruang tamu. Dilihatnya Tok Wan sudah berada di situ. Menunggu Firash dan Puan Farizah barangkali untuk pergi ke masjid.

“Nanti Qira tolong tengok-tengokkan ketupat yang tengah rebus kat dapur tu eh? Bimbang kering air je.” Pesan Tok Wan.

“Yelah. Tapi nak kena tambahkan air lagi ke Tok Wan?” Soal Syaf kembali. Tadi dia ada tengok Tok Wan tambahkan air ke dalam periuk. Katanya kena tambah dua atau tiga kali baru ketupat tu benar-benar masak.

“Tak payahlah. Dah tambah pun tadi.” Syaf mengangguk perlahan. Matanya tertancap pada kelibat Puan Farizah yang baru saja keluar dari bilik Firash.

“Kenapa tu bising-bising Zah?” Soal Tok Wan mengerut dahi. Terdengar bunyi bising suara cucu dan anaknya tadi. Boleh riuh satu rumah.

“Firash tu cari butang baju Melayu dia tak jumpa. Sebab tu yang kelam-kabut cari tu.” Puan Farizah merungut lalu melabuhkan punggungnya di sisi Tok Wan. Matanya merenung ke arah tubuh Syaf yang tersarung baju kurung moden warna hijau muda. Cantik, detik hatinya.

Erm....Rasa Syaf ada belikan dia butang baju Melayu tu. Nanti Syaf pergi ambil.” Tiba-tiba Syaf bersuara apabila teringatkan yang dia ada belikan sesuatu untuk Firash semasa dia keluar dengan Fara untuk membeli makanan untuk berbuka minggu lepas.

“Ha, eloklah tu.” Sampuk Tok Wan. Syaf menapak laju masuk ke biliknya.

“Baik budaknya Qira tu.” Sambung Tok Wan lagi. Puan Farizah hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

SYAF MENGELUARKAN beg plastik kecil dari beg pakaiannya. Kotak baldu biru gelap itu ditarik perlahan dan dibuka. Satu set butang baju Melayu yang berbatu permata putih terpampang di matanya. Bibirnya mengukir sedikit senyum. Harap Firash sudilah menerima pemberian yang tidak seberapa ini. Dia sudah tidak tahu untuk berikan apa lagi pada lelaki itu. Hendak belikan barang-barang mahal lagilah dia tidak mampu.

Dia melorong langkah ke bilik Firash yang terletak bersebelahan dengan biliknya itu. Walaupun debaran di dada datang menjenguk, dia tetap cuba bersabar

Firash yang tengah mencari sesuatu di beg pakaiannya dikerling sekilas. Kotak baldu di tangan digenggam kuat.

Err...Firash.” Panggil Syaf dengan nada sedikit gugup. Firash yang tengah sibuk mencari sesuatu tu berpaling seketika. Terpamer kerutan di wajah kacak itu. Tangan lelaki itu masih lagi ligat memunggah pakaiannya yang masih berada di dalam luggage. Mungkin sedang mencari butang baju Melayu kut, fikir Syaf.

“Ha, apa hal ni?” Soal Firash acuh tak acuh. Dia merengus kecil. Manalah agaknya aku letak butang baju tu? Rasanya dah macam letak dalam beg, apasal tak ada pulak?

Dia mendekati cermin meja solek dan membetulkan kolar baju Melayu cekak musang yang tidak berbutang itu. Memang betul-betul nampak tak lengkap tanpa butang baju. Terdedah saja menampakkan dadanya. Hesyy, takkan nak pergi masjid dengan keadaan macam ni kut?

Ermm...Nak bagi sesuatu ni.” Perlahan Syaf menjawab. Mata Firash menikam tepat ke mata Syaf. Seolah-olah mahu memberitahu yang dia tak nak gadis itu main-main dengannya. Yelah, dahlah lambat ni nak pergi masjid.

“Nak bagi apa?” Suara Firash mula mengendur tatkala terperasan akan baju yang dipakai oleh gadis itu. Nampak begitu sempurna di tubuh tinggi lampai. Wajah Syaf yang bersolek tipis itu mengundang rasa debar di hati. Dia menelan liur sesaat.

“Butang baju Melayu.” Tangan yang tertutup itu dibuka perlahan dan satu kotak baldu biru berbentuk segi empat tepat itu terpapar di matanya.

Hmm...Tak payah susah-susah.” Balas Firash cuba menghilangkan rasa yang tak keruan di hati. Syaf pula sedikit terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Tak susah pun kalau setakat beli butang baju Melayu tu. Bukannya kena panjat gunung pun. Tapi bila Firash langsung tidak menghiraukan pemberiannya itu, hatinya diusik rasa terkilan.

Namun apabila melihat Syaf yang tidak bergerak-gerak di hadapannya itu, Firash tidak sampai hati untuk menolak. Tangannya mula mengambil akan kotak yang dihulurkan oleh Syaf. Dan saat tangannya bersentuhan, Syaf cepat-cepat cuba melarikan tangannya walaupun tangan Firash seakan tidak mahu lepas.

“Lambat lagi ke?” Suara Puan Farizah menyapa di pintu bilik. Syaf dan Firash masing-masing terkejut. Akibat terkejut, tergopoh-gopoh tangan Firash memegang kotak baldu itu dari terjatuh.

“Ha, eh dah nak siap ni.” Balas Firash seakan tergagap. Laju sahaja tangannya mengambil butang baju Melayu itu dan dipakainya. Syaf hanya diam manakala Puan Farizah menggeleng kepalanya melihat kelakuan Firas itu.

“Syaf, tolong pakaikan Firash butang baju Melayu tu. Nanti lambat pulak. Orang dah nak khutbah tu.” Arah Puan Farizah apabila nampak anaknya itu sedikit terkial-kial untuk memasukkan butang baju ke lubang di kolar baju Melayu itu. Memanglah susah sebab dah pakai. Biasanya butang perlu dimasukkan dahulu sebelum baju disarung ke tubuh.

“Ha? Err...Yelah.” Jawab Syaf teragak-agak. Dia menghampiri Firash yang sedang terkial-kial di depan cermin. Puan Farizah mengangguk pada Syaf. Syaf menarik nafas dan menarik sedikit bahu Firash itu supaya berdepan dengannya.

Dengan tangannya yang mula berpeluh, dia mengambil butang baju di tangan Firash sebelum diletakkan di kolar baju Melayu itu. Wajah Syaf yang bersolek nipis tu dipandang tidak berkelip oleh Firash. Dari alis yang sedikit melentik itu menuruni ke bahagian hidung yang sedikit mancung dan akhirnya ke bibir Syaf yang sedikit dioleskan dengan lipgloss. Lama matanya memerhatikan bibir itu. Dia menelan liur.

Syaf yang merasakan wajahnya ditenung tepat oleh Firash cuba untuk bersikap selamba walaupun jantungnya berkocak hebat. Matanya setia memandang kolar baju leher itu. Sedikit pun tidak dialihkan dari tempat itu dengan tangan cuba memasukkan butang baju ke dalam lubang butang. Disebabkan dengan keadaannya yang direnung sampai tidak berkelip oleh lelaki itu, kerjanya juga agak lambat.

Manakala Firash pula seakan berada di dalam dunia khayalannya tersendiri. Langsung tidak terasa yang mamanya turut berada di situ. Saat jari Syaf mula menyentuh lehernya, jantungnya mula memainkan irama tak menentu. Berkali-kali nafas ditarik untuk menghilangkan keresahan di dada.

“Dah siap ke? Jomlah, Tok Wan dah tunggu tu.” Tegur Puan Farizah sebelum menghilang dari pintu. Mati terus khayalan indah Firash. Syaf pula menghela nafas lega. Terduduk dia seketika di atas katil milik Firash itu apabila lelaki itu sudah mengekori Puan Farizah keluar.

SYAF YANG hanya duduk di rumah saja menunggu semua orang pergi sembahyang sunat hari raya itu mula sibuk di dapur. Pelbagai jenis juadah seperti lontong, ketupat palas, nasi minyak serta lemang mula dihidangkan di meja makan. Memang agak banyak bila juadah itu sudah mula tersusun kemas di meja. Syaf tersenyum sendiri apabila mengingatkan Tok Wan yang beria-ia nak memasak semua tu tanda Tok Wan berbesar hati datang beraya dengannya pada tahun ini.

Seketika kemudian terdengar bunyi enjin kereta diberhentikan di laman rumah. Syaf melangkah ke tepi tingkap. Kelihatan Tok Wan, Puan Farizah serta Firash baru saja keluar dari perut kereta. Bajunya sedikit dibetulkan untuk menyambut mereka pulang.

“Sakit rasa kaki ni bila duduk bertolak-tolak masa nak keluar tadi.” Rungut Tok Wan semasa melangkah naik ke rumah. Puan Farizah mengekorinya dari belakang. Manakala Firash pula masih berada di halaman rumah.

“Sakit lagi ke kaki mak tu?” Soal Puan Farizah dan duduk di kerusi rotan di ruang tamu. Tadi ibunya ada memberitahu yang kakinya dipijak oleh tetamu masjid yang agak ramai itu. Nasiblah Puan Farizah cepat-cepat menarik tangan ibunya itu. Bimbang juga kalau-kalau ibunya terjatuh di situ.

“Dah siap ke hidang semua?” Soal Puan Farizah.

“Dah siap dah cuma nasi himpit aje yang tak ada lagi.” Balas Syaf dan menyusun beberapa biji gelas ke dalam dulang. Dia kembali ke dapur untuk mengambil nasi himpit yang baru saja siap masak.

SESI BERMAAF-MAAFAN di pagi raya itu sedikit kekok buat Syaf. Setelah semuanya bermaaf-maafan, dia teragak-agak untuk pergi bersalam dengan Firash. Tambahan pula takkanlah dia mahu membuat sesi bermaafan di situ juga? Tak ke pelik pandangan dari Tok Wan nanti! Silap-silap kena ceramah panjang kat situ sambil cuba menyiasat apa sebenar hubungan antara mereka berdua!

Namun apabila mendapat isyarat mata dari Puan Farizah, kakinya tetap melangkah menuju ke bilik Firash setelah lelaki itu masuk ke biliknya. Dalam pada itu dia tetap berjaga-jaga dengan keadaan Tok Wan yang baru saja pergi ke dapur itu. Kalau boleh tak nak lagi berlaku pertembungan seperti kejadian malam lepas.

Beberapa minit, kakinya seolah-olah melekat di depan pintu bilik Firash. Teragak-agak untuk dia mengetuk pintu bilik itu. Namun dikuatkan hatinya juga untuk berbuat demikian. Baru saja tangannya mahu mengetuk pintu bilik itu, tiba-tiba pintu terbuka dari dalam. Syaf terasa jantungnya seakan melompat keluar. Wajah Firash yang agak terkejut itu betul-betul terpampang di depan matanya.

“Nak apa?” Soal Firash dengan riak pelik. Tangannya mula membuka dua butang baju Melayu bercekak musang berwarna hijau muda itu. Agak rimas apabila tertutup sampai ke leher.

“Ermm...”Syaf sudah kehilangan kata-kata. Dia mengetap bibir perlahan.

“Ada apa ni? Aku nak pergi beraya pulak ni.” Sambung Firash. Namun hatinya terasa sedikit pelik apabila melihat Syaf yang seperti teragak-agak untuk bercakap. Apa hal pulak dengan perempuan ni?

Err..Sebenarnya aku......”

“Qira! Tolong Tok Wan kejap ni!” Kedengaran suara Tok Wan memanggil Syaf dari luar. Syaf yang sedang mula untuk memberitahu Firash untuk sesi mintak maaf itu terbantut. Dia merengus kecil. Tok Wan selalu saja kacau line! Dia memandang seketika pada Firash yang sedia menanti sebelum menuju ke pintu bilik.

Tok Wan yang baru sahaja menukar pakaiannya itu keluar dari biliknya itu memandang pelik akan kelibat Syaf yang baru sahaja keluar dari bilik cucunya itu.

“Tok Wan.” Sapa Qira sambil mengukir senyum. Dia perasan pandangan Tok Wan yang sedikit curiga itu.

“Ha, yang kamu ni masuk bilik Firash tu tadi kenapa?” Soal Tok Wan sedikit curiga. Syaf menelan liur. Tok Wan nampak ke? Apa aku nak jawab ni?

“Oh yang tu. Mama panggil Firash tadi, katanya ada benda penting nak cakap.” Syaf terpaksa berbohong.

Hmm, kenapa pulak mama kamu tak boleh panggil sendiri anak dia tu sampai suruh kamu pulak pergi panggilkan? Dia tak tahu ke yang tak elok anak gadis masuk bilik budak lelaki.” Sempat juga Tok Wan memberi ceramah percuma. Syaf hanya tersenyum kelat. Dia mengiyakan saja kata-kata Tok Wan itu walau hakikat sebenarnya bukan begitu.

“Hmm, nak tanya ketupat nasi tu Qira dah potong belum? Nak hidang kat depan kejap lagi.” Balas Tok Wan sambil melangkah bersama-sama menuju ke dapur. Syaf mengeluh kelegaan. Nasib tak kantoi!

“Belum lagi Tok Wan. Nanti Qira potong.”

“Yelah. Tok Wan nak pergi bilik air kejap.” Balas Tok Wan lalu menapak menuju ke pintu dapur.

“MASUKLAH Qimi, Imah.” Puan Farizah menjemput kedua-dua anak saudaranya itu masuk ke dalam rumah. Mereka berdua yang baru saja tiba itu melangkah naik ke beranda.

“Selamat hari raya Mak Ngah. Maaf zahir batin.” Ucap Haqimy seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Kemudian diikuti oleh Imah yang manis berbaju kurung biru lembut. Sedondon saja dengan abangnya itu.

“Yelah. Duduk dulu. Makan lah kuih tu dulu. Mak Ngah nak ke dapur kejap.” Ujar Puan Farizah lalu menapak masuk ke dalam rumah. Mata Haqimy meliarkan ke sekeliling. Cuba mencari kelibat Syaf yang tiada di situ.

“Abang cari apa tu?” Soal Imah sedikit pelik. Haqimy tersengih.

“Tak ada ada apa-apa lah.” Dia membetulkan songkok yang terletak di kepala. Imah hanya menjongketkan bahu melihat gelagat abangnya itu. Tangannya mencapai balang-balang comel yang berada di atas meja kecil di situ. Penutup dibuka dan laju saja dia mengambil biskut Almond London yang tersusun elok itu lalu disuap ke mulut.

Seketika kemudian terdengar derapa langkah yang datang dari dalam rumah. Haqimy membetulkan kedudukannya. Terpacul Syaf yang berbaju kurung hijau lembut itu menatang dulang yang berisi minuman. Sebuah senyuman dilemparkan pada kedua-dua tamu.

“Awalnya kau datang sini.” Syaf menegur lalu meletakkan satu jag yang berisi minuman itu ke meja. Haqimy ralit memerhatikan Syaf yang ayu berbaju kurung. Cantik, bisiknya sambil tersenyum. Imah pula berkerut dahi tanda pelik kerana tidak pernah melihat gadis yang berada di hadapannya itu. Setahunya Mak Ngah Izah tak ada anak perempuan. Habis tu ini siapa pulak?

“Saja datang awal. Mana tahu kalau-kalau kau sibuk nak pergi beraya kat tempat lain pula.” Jawab Haqimy. Haqimy berpaling apabila terasa lengannya dicuit.

“Kawan abanglah, nanti pergi salam dengan dia.” Bisik Haqimy perlahan. Imah mengangguk tanda faham.

“Aku tak ada pergi mana-manalah. Duduk rumah aje.” Jawab Syaf lagi lalu menuang minuman ke gelas.

“Oh. Tapi takkan nak raya kat rumah aje kut? Jomlah ikut aku pergi raya dengan adik aku ni.” Haqimy mempelawa. Imah hanya tersenyum apabila namanya disebut.

Syaf merenung mereka berdua seketika. Memanglah terasa ingin beraya bersama-sama namun dia tak tahu sama ada Firash akan benarkan dia pergi atau tidak. Jadi tak payahlah berangan untuk perkara yang tak tahu lagi hujung pangkalnya, bisik hati kecilnya cuba memujuk.

“Tak apalah Qimy. Aku temankan mama aje kat umah dengan Tok Wan. Nanti ada orang datang susah pulak.” Syaf memberi alasan. Haqimy mengeluh perlahan. Baru saja dia memasang niat untuk membawa Syaf beraya di sekitar kampung. Nampaknya tak kesampaianlah niatnya itu.

Erm..Tak apalah. Maybe next time. Eh mana Tok Wan? Aku tak mintak maaf lagi dengan dia?” Soal Haqimy menjengukkan kepala ke dalam rumah. Namun kelibat Tok Wan langsung tidak kelihatan dari tadi.

“Ada tu kat dapur. Kejap lagi datanglah tu. Eh adik kau ni nama apa? Rancak sembang lupa pulak nak bertanya.” Syaf sedikit ketawa.

“Panggil Imah je kak.” Jawab Imah sopan.

“Oh. Tingkatan berapa ni?” Soal Syaf lagi apabila melihat susuk tubuh remaja itu yang seperti bersekolah lagi.

“Dah habis SPM dah. Tengah tunggu result ni.”

“Laa, ingat masih sekolah lagi sebab nampak kecik aje.”

“Dia ni kecik sebab bantut.” Selamba saja Haqimy mengutuk adiknya. Dengan pantas jari Imah mencubit lengan abangnya itu.

“Orang ikut emaklah. Dah yang abang tu tinggi macam galah tu terlebih pembesaran ke?” Sindir Imah kembali. Syaf ketawa melihat mereka berdua bergurau. Memang kelihatan berbeza antara Haqimy dan adiknya itu. Cuma wajah mereka serta warna kulit saja yang sama.

Oit mulut, cubit kang!” Haqimy menjengil matanya. Imah hanya mencebik. Syaf menggeleng-geleng kepala melihat dua beradik itu bertekak.

“Dahlah korang ni. Duk bertekak pulak pagi-pagi raya.” Celah Syaf sambil menjegilkan mata. Dan mereka bertiga sama-sama ketawa.

FIRASH KELUAR dari biliknya apabila terdengar bunyi suara gelak ketawa yang agak kuat dari beranda. Dia terserempak dengan Mak Long Inah yang sedang melangkah menuju ke dapur. Segera senyuman manis dilemparkan seraya tangan wanita itu disalam mesra.

“Selamat hari raya Mak Long. Maaf zahir batin.” Ucap Firash ikhlas.

Mak Long Inah tersenyum. “Hmm, Selamat hari raya. Mak Long pun macam tu jugak. Eh tak apalah, Mak Long nak pergi dapur ni jumpa Tok Wan.” Balas Mak Long Inah. Firash hanya mengangguk perlahan dan langkah kembali diatur menuju ke beranda.

Matanya tertancap pada Haqimy dan Imah yang sedang berbual sakan dengan Syaf di ruang tamu. Dia menyorokkan sedikit tubuhnya di kabinet hiasan itu untuk mengintai.

“Aku ingat kau main-main aje semalam. Tak sangka pulak nak bagi betul-betul.” Ucap Syaf sambil tersenyum. Tangannya sedang menyambut sampul duit raya yang sedang dilhulurkan oleh Haqimy. Lelaki itu hanya tergelak kecil.

“Ala, aku tak berkira lah! Time sekolah dulu pun, aku mana pernah miss bagi kau angpow tiap kali raya. Nasiblah raya cina aku tak bagi sekali.” Imah hanya memandang mereka berdua berbual. Sesekali tangannya mencapai balang kuih raya yang berada di atas meja.

“Dah kau layan sangat aku masa tu kenapa? Aku tahulah masa tu aku tak matang lagi.” Balas Syaf sedikit ketawa. Memang dia masih ingat lagi kenangan semasa mereka berdua sekolah dulu. Haqimy seringkali memberikannya duit raya tiap kali raya walaupun masa tu dia tak adalah mintak pun. Namun tradisi itu terhenti apabila Haqimy melanjutkan pelajarannya ke US.

“Aku tak berkira lah pasal tu Syaf. Lagipun tu duit aku bukannya duit mak ayah aku.” Balas Haqimy. Dulu semasa dia masih bersekolah, rajin juga dia mengajar tusyen secara sambilan untuk budak-budak yang perlukan tunjuk ajar untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Yelah-yelah. Aku tahu. Tapi macam banyak aje ni.” Luah Syaf ketika menarik dua keping not biru dari sampul duit raya berwarna maroon itu.

“Tak ada banyak sangat pun tu. Kalau kau tak nak, bagi balik je.” Balas Haqimy. Syaf mula mencebik.

Eee dah bagi pun! Nak mintak balik pulak. Buruk siku betul! Tengok aje lah along kau ni Imah.” Syaf mengutuk Haqimy. Imah tersengih-sengih.

“Along memang macam tu Kak Syaf. Layan aje lah perangai dia yang tak matang tu.” Sambung Imah sambil mencebik. Dan ketawa mereka bertiga berkumandang di seisi rumah.

Firash merengus kecil di sebalik kabinet. Alah, dapat duit raya seratus pun dah kecoh! Macam tak pernah dapat duit raya aje! Dia mengatur langkah menuju

“Eh abang Firash.” Tegur Imah apabila ternampak kelibat abang sepupunya itu sedang melintasi mereka bertiga. Serentak itu, ketawa Syaf tiba-tiba mati. Matanya turut merenung sama ke arah Firash yang sedang berhenti itu.

Firash berpaling sekilas ke arah mereka bertiga sebelum kembali mengatur langkahnya menuju ke tangga.

“Nak ke mana pulak tu? Tunggulah semua orang sampai dulu.” Tegur Tok Wan yang baru saja muncul dari dapur dengan Mak Long Inah. Di tangannya ada sepinggan ketupat nasi.

Firash tak jadi untuk turun tangga. Dia berpaling melihat Tok Wan serta Mak Long Inah itu yang sedang duduk bersama-sama dengan Syaf, Haqimy serta Imah di kerusi rotan itu.

“Ha’ah. Tunggulah Pak Long kau datang dulu. Kita raya sama-sama dulu. Kejap lagi lah baru nak pergi ke kat lain pun.” Sambung Mak Long Inah pula. Firash sedikit mengeluh dan memusingkan tubuh menuju ke mereka berlima.

Tempat duduk kosong di sebelah Syaf itu dijeling. Bibirnya mengukir senyuman nipis sebelum selamba melabuhkan punggung di situ. Syaf yang agak terkejut dengan keadaan itu sedikit menjauhkan diri. Haqimy hanya memerhatikan gelagat Firash itu tanpa kata. Namun sedikit terasa sesuatu apabila perasan yang baju raya mereka berdua ni sedondon. Dia orang berdua ni ada apa-apa ke?

“Syaf dah kerja kan? Kerja apa?” Soal Mak Long Inah sambil tersenyum mesra.

“Ha’ah. Dah kerja pun. Kerja biasa-biasa aje.” Sopan Syaf membalas. Mak Long Inah mengangguk perlahan. Dia tersenyum ke arah anak sulungnya itu. Sesuai kut kalau mereka bersama, fikirnya dalam hati.

“Syaf tu dah lama pun kerja. Dah dekat tiga tahun pun.” Celah Puan Farizah sambil membawa satu dulang berisi minuman. Diletakkan berhati-hati di atas meja kopi yang sudah penuh dengan pelbagai juadah raya itu. Punggung dilabuhkan di sebelah Tok Wan.

“Oh. Aku ingatkan baru habis belajar tadi. Sebab tak nampak pun macam orang yang dah kerja.” Firash memalingkan pandangan ke arah Mak Long Inah. Huh! Agak-agaklah kalau nak puji pun! Manakala Syaf di sebelah Firash hanya mempamerkan senyum lebar.

“Mak..Dulu masa sekolah dulu ramai aje yang ingat dia tu salah masuk sekolah. Yelah muka tu macam budak-budak je padahal masa tu dah tingkatan empat. Nak buat macam mana kan, muka babyface!” Tambah Haqimy sambil ketawa. Bertambah lebar senyuman dari Syaf. Firash hanya buat-buat tak tahu walau kadang-kadang hatinya dijentik rasa cemburu kerana Haqimy asyik memuji Syaf. Satu biji biskut raya yang agak besar disumbatkan ke dalam mulut.

“Awet mudalah tu. Tak adalah nampak tua walau umur dah dua puluh lima.” Celah Puan Farizah pula. Mak Long Inah kelihatan sedikit terkejut. Berkerut dahinya ketika itu.

“Dua puluh lima? Maksudnya muda setahun lah dari si Qimy ni?”

“Yelah Mak. Kan dah cakap semalam yang Syaf ni junior Qimy masa kat sekolah dulu.” Sambung Haqimy pula.

“Oh. Lupa pulak Qimy dah cakap semalam.” Mak Long Inah tersengih. Sudah lupa akan apa yang diberitahu oleh anak sulungnya itu semalam. Syaf hanya tersenyum kecil apabila mereka semua bercakap tentang halnya itu. Dia mengerling sekilas ke arah Firash yang berada di sebelahnya. Lelaki itu hanya diam saja dan sibuk mengunyah kuih raya. Seolah-olah langsung tidak mempedulikan keriuhan di situ.

“Ha Firash! Lama ke cuti raya kali ni? Biasa tak sampai dua hari dah sibuk nak balik sana?” Soal Mak Long Inah pada anak saudaranya yang hanya diam saja itu.

Firash tiba-tiba tersedak. Syaf yang kebetulan sedang menuang air sirap ke gelas itu cepat-cepat menghulurkan minuman pada lelaki itu. Cepat sahaja tangan Firash menyambut huluran gelas dari tangan Syaf dan meneguknya rakus. Huh! Tu macam nak menyindir aje bunyinya!

“Kau ni Inah, dah tersedak budak tu!” Tegur Tok Wan apabila melihat merah muka cucunya itu menahan perit akibat tersedak. Firash memejamkan matanya yang sedikit berair. Apalah malang nasib aku ni duduk kat sini ni? Kalau si Syaf tu asyik puji aje memanjang! Tapi kalau aku boleh pulak duk sindir-sindir!

Firash berdeham beberapa kali untuk melegakan tekaknya itu. “Cuti seminggu kali ni, dapatlah duduk lama.” Balasnya pada soalan emak saudaranya itu.

“Eloklah macam tu. Sesekali cuti lama-lama kat kampung. Asyik duduk kat bandar aje, jangan nanti lupa asal usul sudah.” Sambung Mak Long Inah. Firash menarik nafas panjang. Cuba menenangkan hati sendiri yang tiba-tiba rasa panas dengan kata-kata dari Mak Long Inah itu.

Puan Farizah hanya terdiam apabila kakak kandungnya itu berkata. Dia mengerling ke arah emaknya sekilas.

“Jangan duk mengata anak orang Inah. Nanti kena kat anak sendiri baru lah tahu langit tu tinggi ke rendah.” Celah Tok Wan. Mak Long Inah tersengih.

“Bukan macam tu mak. Inah ni bimbang tengok budak-budak kampung yang pergi ke bandar tu. Boleh bertukar perangai dalam sekelip mata aje.” Sambung Mak Long Inah menegakkan pendapat. Haqimy, Syaf serta Imah masing-masing terdiam. Firash pula mempamerkan wajah tegang.

“InsyaAllah Mak Long. Saya takkan lupa asal usul saya.” Firash terus bangun dan menuju ke tangga. Panas hatinya apabila emak saudaranya sendiri tak habis-habis hendak menyindirnya.

Hessy kau ni Inah. Cakap tu biar berlapik sikit. Kan dah terasa budak tu.” Tegur Tok Wan lagi.

“Inah ni sayang anak saudara Inah. Sebab tu cakap macam tu tadi.” Sambung Mak Long Inah sambil tersenyum tawar. Syaf sempat mengerling seketika ke arah Firash yang sudah menuju ke halaman rumah. Entah kenapa hatinya turut terasa dengan kata-kata emak saudara Firash itu.

RAINA MENGGELIAT lemah di atas katil. Jam berbentuk arnab berwarna pink di meja sisi katilnya itu dikerling sekilas. Sudah hampir menunjukkan pukul 12 tengah hari. Dia menarik nafas panjang sebelum melunjurkan kakinya ke bawah katil.

“Raya ke hari ni?” Soalnya pada diri sendiri lalu bingkas menuju ke meja solek. Rasanya dah dekat dua tahun dia tidak menyambut hari raya. Mamanya sering saja ke luar negara di kala semua menyambut perayaan itu. Dia pula lebih suka melepak bersama-sama dengan geng-geng satu universiti dengannya.

Rambutnya yang mula melepasi bahu itu disikat perlahan. Sambil itu dia membelek-belek wajahnya di cermin. Kut-kut ada jerawat degil yang mula naik. Setelah berpuas hati dengan keadaan wajahnya, dia mengambil telefon bimbit yang berada di meja solek. Ada beberapa mesej dari Haris serta Addy. Ah! Malas aku layan dia orang semua tu! Baik aku call si Fisya aje!

Beberapa saat perlu ditunggu sebelum Fisya mengangkat panggilannya. Dia kembali merebahkan tubuhnya ke katil.

“Hello Fish! Kau ada kat mana tu? Jumpa nak tak? Bosanlah aku hari ni.” Sapa Raina bertubi-tubi. Dia melekapkan rapat-rapat telefon bimbit itu ke telinganya apabila terdengar bunyi yang agak bising dari pihak sana.

“Kau ada rumah mak sedara kau?” Soalnya sambil mengeluh perlahan. Dahinya berlerut-kerut mendengar suara Fisya yang timbul tenggelam dengan keadaan yang agak bising. Mesti tengah beraya tu, fikirnya dalam hati. Hmm, syoknya kalau dapat beraya tapi nak beraya dengan siapa?

“Ha yelah-yelah. Kita jumpa malam nanti. Okay bye.” Talian dimatikan. Dia memejamkan matanya seketika. Konfem bosan aku nanti sampai ke malam!

Seketika dia bingkas bangun dan mencapai tualanya lalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Mungkin dia perlu bertanya pada abangnya kalau-kalau ada aktiviti lain yang boleh dia join sama nanti.

SYAF KELUAR dari biliknya. Langkahnya terhenti seketika di hadapan bilik Firash. Entah kenapa sejak dari tadi otaknya masih terfikir-fikir akan perkara yang patut dilakukannya pagi tadi iaitu meminta maaf dari Firash. Kesibukan lantaran tetamu yang agak ramai berkunjung ke rumah Tok Wan siang tadi sedikit sebanyak membuatkan dia terlupa akan hal itu. Sudahlah selepas Firash keluar dari rumah Tok Wan tadi, lelaki itu hilang entah ke mana. Dekat-dekat nak masuk maghrib baru lah nampak muka. Itupun langsung tidak bercakap dengan sesiapa. Wajah pun nampak muram dan dingin aje.

Namun bila lagi masa yang sesuai untuk meminta maaf atas semuanya? Masa hari raya ni lah walau sepatutnya ucapan maaf itu perlu dilakukan setiap hari. Syaf mula pening kepala memikirkan hal itu. Hubungan dia dengan Firash pun masih terumbang-ambing. Sekejap okay dan sekejap tak okay.

“Ah, pergi aje lah mintak maaf. Kalau dia tak layan pun janji aku dah mintak maaf dengan dia.” Gumam Syaf perlahan dan mula menolak pintu bilik Firash yang tidak berkunci itu. Itu pun matanya tetap mengawasi jika Tok Wan terpandang akan perbuatannya itu.

Bunyi pintu bilik yang terkuak dari luar itu menyebabkan Firash yang tengah meniarap di atas katil itu berkerut dahi. Sesi menaip di laptopnya juga terhenti.

Syaf menutup pintu bilik Firash rapat-rapat. Dia bersandar di pintu bilik itu seketika seraya melemparkan pandangan ke arah lelaki itu di atas katil. Nafas ditarik panjang untuk cuba menenangkan debaran di dalam hati.

“Apa kes yang datang bilik aku ni?” Soal Firash dingin. Dia meletakkan laptopnya di sebelahnya lalu duduk bersila. Wajah gadis itu direnung dengan pandangan yang penuh dengan persoalan.

“Err...Aku....Err..” Sedikit tergagap Syaf mula mengatakan sesuatu. Firash mengeluh lemah. Dia ni kan? Dari pagi tadi lagi asyik tergagap aje nak cakap dengan aku! Nak cakap tu cakap aje lah! Monolog Firash di dalam hati.

“Kau nak apa ni? Nak mintak aku suruh pergi kedai pulak ke?” Soal Firash lagi dengan sedikit tegas. Syaf menghela nafas. Ke situ pulak dia ni fikir!

“Eh bukan. Bukan nak suruh kau pergi kedai.”

“Habis tu? Datang nak serah diri kat aku?” Soal Firash dengan sedikit senyuman nakal di bibir. Syaf sedikit menelan liur. Hessy dia ni!

“Err...Bukanlah. Aku cuma datang sini nak...” Syaf berjalan sedikit untuk mendekati Firash di katil.

“....mintak maaf.” Sambungnya sebelum duduk di birai katil Firash. Firash yang agak terkejut dengan tindakan Syaf itu mengukir sedikit senyum sinis. Namun tangannya tetap dihulurkan ke arah gadis itu.

Syaf menyambut huluran tangan Firash lalu tunduk dan mengucupnya lembut. Sebaik saja Syaf mengangkat wajahnya, matanya bersabung dengan pandangan redup Firash. Dan entah kenapa matanya seakan terpaku melihat redupan mata Firash itu. Tanpa sedar tangannya dipegang kemas oleh Firash.

“Laa...Kau ada buat salah dengan aku ke?” Soal Firash tiba-tiba. Mengejutkan Syaf yang sudah hampir-hampir melayang ke alam lain itu. Syaf mengetap bibir sebelum menarik laju tangannya dari tangan lelaki itu. Firash tersenyum sinis.

“Hari ni kan hari raya. Okay lah tu aku datang mintak maaf dengan kau dari tak ada langsung.” Balas Syaf sedikit geram. Aku punyalah beria-ia curi masa datang minta maaf dengan dia tapi boleh pulak dia kata macam tu kat aku? Apa punya suami lah dia ni! Bebel Syaf dalam hati.

“Dah malam pun ni. Orang mintak maaf pagi-pagi tadi.” Sambung Firash lagi. Syaf mengeluh perlahan. Nak datang mintak maaf macam mana kalau asyik sibuk aje dengan tetamu yang berkunjung? Sudahlah lelaki itu tadi seharian tak pulang ke rumah. Terasa hati agaknya dengan kata-kata dari Mak Long Inah tadi kut.

“Tak kisahlah malam ke siang. Janji niat kita nak mintak maaf tu ikhlas.” Balas Syaf sedikit berani. Kadang-kadang dia merasakan yang dia pun perlu bagi teguran kepada lelaki itu. Cakap ikut sedap mulut aje. Nasiblah dia ni jenis lali dah dengan perangai Firash itu. Kalau tak, memang terasa hati sampai ke jantung jugaklah!

Firash merengus kecil. Entah kenapa kata-kata dari gadis itu seakan terkena batang hidungnya sendiri. “Kalau aku tak maafkan macam mana?” Soalnya dengan menjungkitkan kening. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil dan menuju ke arah gadis itu yang sedang berdiri.

“Kalau kau tak nak maafkan nak buat macam mana lagi? Redha aje lah.” Balas Syaf lalu berpaling ke belakang. Baik aku keluar sebelum Tok Wan perasan. Janji aku dah mintak maaf!

“Tunggu kejap.” Panggil Firash tiba-tiba. Syaf menghentikan langkahnya yang sudah berhampiran dengan pintu. Dia berpusing sedikit ke belakang. Kelihatan ada sesuatu yang dipegang di tangan lelaki itu.

“Nah.” Firash menghulurkan sampul raya berwarna emas itu kepadanya. Syaf sedikit tercengang. Dia bagi aku duit raya jugak ke?

Err...Apa ni?” Soal Syaf sedikit pelik. Namun tangannya tetap menyambut huluran sampul duit raya itu.

Firash mengeluh kecil. Takkan tak kenal kut sampul duit raya? Atau sengaja buat-buat tak kenal?

“Duit raya lah. Ingat si Qimy aje boleh bagi duit raya? Aku pun boleh bagi jugak.” Jawab Firash sedikit riak. Syaf mencebik bibir. Eleh! Jeles lah tu aku dapat duit raya dari Qimy tu!

“Oh duit raya. Terima kasih lah sebab bagi. Aku tak ada nak bagi apa-apa kat kau.” Balas Syaf sebelum tangannya membuka sampul duit raya itu. Membulat matanya melihat kepingan not-not biru itu. Biar betul si Firash ni?

“Eh banyak sangat lah ni.” Syaf menutup sampul duit raya itu dan menghulurkan kembali kepada Firash. Lelaki itu merengus kecil.

“Banyak apa nya tu? Kenapa kau tak sudi ambil duit aku tapi sanggup ambil duit dari lelaki lain?” Firash mula meninggikan suara. Entah kenapa egonya terasa sedikit tercalar dengan perbuatan gadis itu. Seolah-olah wang yang diberikan olehnya itu tidak memberi apa-apa erti.

Syaf mengeluh kecil. “Bukan macam tu lah maksud aku. Tapi kau bagi ni banyak sangat kut. Dah tu macam mana dengan duit belanja kau pulak? Aku tak nak kau tak ada duit pulak nanti.” Balas Syaf prihatin. Pelik je dengan tindakan Firash itu. Bermati-matian menyuruhnya mengambil wang itu. Sedangkan selama ni mana pernah lelaki itu memberinya wang. Ada udang di sebalik maggi ke apa?

“Aku ada duit lah. Kau tak payah risau pasal tu.” Balas Firash pula lalu kembali ke katil. Laptopnya kembali ditarik kembali ke riba. Ada kerja yang perlu dia siapkan.

“Tak apa lah kalau kau dah cakap , anyway thanks.” Balas Syaf sambil tersenyum lalu menuju ke pintu. Teringatkan sesuatu, dia kembali berpaling.

“Err..Aku nak mintak charger aku yang kau pinjam tu.” Syaf bersuara kepada Firash yang sudah mula menaip sesuatu di laptop. Lelaki itu mengangkat wajahnya dari laptop yang terdampar di katil..

“Tu ada atas meja solek tu. Aku tak guna pun.” Balas Firash lalu menyambung menaip. Syaf mendengus kecil. Nak guna macam mana? Aku pakai pakai telefon biasa je, kau pulak pakai I-phone, rungutnya dalam hati serta mencapai charger itu.

Firash hanya menegerling sekilas kelibat gadis itu yang sudah menghilang ke luar bilik. Dia mengeluh perlahan sambil membaringkan tubuhnya. Salah aku ke kalau bagi duit kat isteri sendiri?

Syaf yang sedang memegang charger itu sedikit tersentak dengan kehadiran TokWan di depannya. Bibirnya mengukir senyum tawar

“Tok Wan tak tidur lagi?”

“Pergi dapur tadi kejap nak minum air.” Balas Tok Wan mendatar. Matanya menangkap kelibat sesuatu di tangan gadis itu. Tidak jadi untuk bertanya apa yang sednag gadis itu sedang buat walaupun hatinya tertanya-tanya sendiri. Kenapa aku rasa si Qira ni asyik masuk bilik Firash aje? Dia orang ada apa-apa hubungan ke?

“Oh. Okaylah Tok Wan. Qira nak tidur ni. Selamat malam.” Ucap Syaf dan cepat-cepat melangkah masuk ke biliknya. Entah kenapa dia merasakan pandangan mata dari Tok Wan itu seperti menyatakan maksud sesuatu.

“Hmm, selamat malam.” Balas Tok Wan perlahan dan merenung lama ke arah pintu bilik Qira yang tertutup.

HAMPIR TIGA jam Syaf cuba untuk memejamkan matanya namun matanya langsung tidak mahu memberi kerjasama. Terkebil-kebil saja matanya memandang siling rumah sambil mengurut perlahan pinnggangnya yang terasa sakit. Dia mengeluh perlahan. Ni lah akibatnya kalau lama tak datang period! Tubuh dah mula sakit sana sini!

Merasakan dirinya sudah tidak mampu untuk menanggung kesakitan itu. dia bangun dari katil dan cuba mencari apa-apa saja ubat yang ada di dalam bilik itu. Namun agak hampa kerana bilik itu kososng dan tidak mengandungi apa-apa walau hanya minyak panas.

Teringatkan sesuatu yang dipandangnya ketika siang tadi, dia menuju ke arah ruang tamu. Tebongkok-bongkok tubuhnya di situ. Tangannya laju menyelongkar apa saja yang berada di atas kabinet tv itu. Namun segalanya hampa apabila benda yang dikehendakinya tidak dijumpai. Rasanya semalam dia seperti ternampak deretan botol minyak ubat di kabinet yang menempatkan tv itu. Takkan dalam dalam sekelip mata saja boleh hilang kut? Hatinya tertanya-tanya sendiri sambil mengeluh perlahan

Dia terduduk di kerusi sambil mengurut pinggangnya yang terasa sudah semakin mencucuk. Sebab itulah dari tadi dia tidak boleh tidur. Biasanya dia akan meletakkan minyak panas untuk mengurut. Dulu semasa arwah ibunya masih ada, selalu saja ibunya itu akan menjadi pengurut tak bertauliah. Dan kalau di rumah sewanya pula, Fara yang biasa menjadi tukang urutnya. Namun sekarang bila duduk di sini, dah tak ada siapa yang nak mintak tolong. Takkan nak mintak tolong Puan Farizah pulak? Mengingatkan hal itu, hatinya dipagut sayu.

Akhirnya dia termenung sendiri sambil memeluk lutut di sofa kecil di ruang tamu itu. Hanya memandang ke arah tv yang bergelap tanpa melakukan apa-apa. Tanpa perasan yang derapan kaki seseorang menuju ke arahnya.

Dia menarik nafas panjang untuk cuba tidak terlalu bersedih walau hatinya masih teringatkan arwah ibunya itu. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum tawar. Kenangan lama yang akan terus melekat di hatinya sampai bila-bila.

“Kenapa tak tidur lagi ni?” Tegur Firash seraya meletakkan tangan ke dalam poket seluar bermudanya. Kat sini dia terpaksa tidur dengan memakai baju disebabkan suasana malam yang agak sejuk. Kalau di rumahnya, tak ada pun nak kena pakai baju macam ni.

Syaf sedikit tersentak. Langsung tidak perasan akan kelibat Firash yang tiba-tiba datang ke situ. Dia menyeka sedikit air matanya yang bergenang di tubir mata.

“Ha? Err...Aku nak tidurlah ni.” Balas Syaf bersuara lalu bingkas bangun dari sofa itu. Firash menjongketkan kening seperti tidak berpuas hati dengan jawapan dari Syaf tu. Lengan gadis itu ditarik semasa Syaf cuba melepasinya. Mata Syaf membulat kerana terkejut. Firash pula memandangnya tidak berkelip. Seakan dapat perasan akan mata gadis itu yang seakan memerah.

“Firash, aku nak tidur ni. Dah lewat pun.” Bergetar suara Syaf di situ sambil cuba merungkaikan tangan Firash yang memegang lengannya. Firash memandang tepat wajah Syaf yang kegelisahan. Seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

“Baik kau cakap dengan aku! Kau buat apa kat ruang tamu ni pagi-pagi macam ni?” Soal Firash dengan nada sedikit ditegaskan. Syaf menggigit bibir menahan sakit pinggangnya yang kadangkala menyerang secara tiba-tiba. Takkanlah aku nak bagitahu kat Firash pulak pasal ni? Bisik hatinya.

Sedikit bengang dengan kebisuan gadis itu, Firash bertindak dengan memusing gadis itu berhadapan dengannya. Pinggang gadis itu ditarik sedikit kuat sehingga menimbulkan kerutan di wajah Syaf.

“Auchh!” Syaf sedikit menjerit kala tangan Firash menyentuh pinggangnya. Dia memejamkan matanya seketika cuba untuk menghilangkan rasa sakit itu sehingga hampir bergenang kembali air mata di tubir matanya. Firash yang sedikit terkejut terus saja memandang wajah Syaf yang masih berkerut. Dan apabila melihat mata gadis itu yang sudah berair, dia sudah dilanda perasaan serba salah.

“Eh kau ni kenapa?” Soalnya sedikit risau melihat Syaf yang sedikit menunduk ke lantai sambil sebelah tangannya memegang pinggang.

“Aku...Err...” Syaf tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya kerana merasakan kesakitan di pinggangnya yang mula menjadi-jadi.

“Kau sakit ke?” Soal Firash lagi dengan nada tidak berpuas hati. Cuba mengintai wajah Syaf yang sedang menunduk.

Syaf menarik nafas panjang. Cuba untuk menahan air matanya dari gugur. Ya Allah, sakitnya! Jerit hatinya lagi sambil sebelah tangannya menekan pinggang.

Entah kenapa Firash dapat merasakan kelainan dari keadaan tubuh Syaf itu. Seakan dapat merasa tubuh itu menggigil dan kala tangannya menyentuh tangan gadis itu, terasa sejuk seperti ais. Fikirannya mula berfikir macam-macam. Dia ni demam ke? Namun apabila tangannya menyentuh dahi Syaf, tiada langsung kesan panas yang dapat dirasa. Dia mula berasa pelik.

Dan di saat tubuh gadis itu terasa seperti hendak terlorot ke lantai, dia cepat-cepat mengemaskan pautannya ke pinggang lalu menghadang dengan tubuhnya. Kepala gadis itu tersandar di dadanya dengan tubuh mereka seakan berpelukan.

Syaf sudah tidak tahu untuk bereaksi apa-apa lagi. Kesakitan di pinggangnya mengatasi segalaya. Perlahan-lahan air matanya yang cuba ditahan tadi gugur juga. Firash yang terasa ada air hangat yang membasahi baju tshirt yang dipakai sedikit terkejut. Dia cuba untuk mengalihkan kepala Syaf namun gadis itu hanya mengeraskan diri.

“Kenapa ni?” Soal Firash sedikit lembut. Dia mengusap perlahan rambut Syaf yang sedikit menutup wajah gadis itu.

“S-sakit.” Terketar-ketar Syaf menjawab dengan nada tenggelam timbul dengan esakan kecil. Firash yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa itu cepat-cepat menghulur tangannya ke belakang tubuh gadis itu. Dan sekelip mata Syaf terasa tubuhnya terawang. Matanya yang sedikit terpejam itu hampir dibulatkan apabila terasa yang lelaki itu telah mencempungnya menuju ke bilik. Perlahan-lahan tangannya dirangkul ke leher Firash untuk mengimbangkan tubuh supaya tidak terjatuh.

Jantungnya mula mengepam laju apabila Firash menolak pintu biliknya yang tidak tertutup rapat itu dan berhati-hati meletakkannya ke atas katil. Dia cuba untuk bangun namun Firash terlebih dahulu menahan.

“Tunggu kejap.” Arah Firash seraya mengunci pintu biliknya. Syaf hanya diam memerhati perbuatan Firash itu walaupun jantungnya sudah berdebar sakan. Apa yang dia nak buat ni? Bisik hatinya sebelum memandang Firash yang sedang membuka laci meja solek.

Firash mengambil satu botol kecil yang berisi minyak panas dan menuju ke arah Syaf yang sedang bersila di atas katil. Firash melabuhkan punggung di katil dan memandang wajah Syaf yang agak memerah tadi. Sakit sangat ke sampai boleh menangis? Fikirnya.

“Kau baring kejap.” Arah Firash lagi. Syaf sudah terkebil-kebil di situ. Arahan Firash itu langsung tidak difahaminya. Dia hanya diam saja sambil mengerutkan dahi.

Firash mengeluh perlahan. Dia merapatkan dirinya ke tubuh Syaf dan menolak bahu gadis itu sehingga terbaring. Syaf sudah membulatkan mata kerana terkejut dengan tindakan Firash yang tiba-tiba itu. Dia cuba untuk bangun namun sekali lagi tangan Firash menekan bahunya supaya kembali terbaring. Dia nak buat apa ni? Fikirannya sudah mula berfikir bukan-bukan apabila Firash memandang tepat ke arah matanya.

“Err...Kau nak buat apa ni?” Soalnya sedikit gugup. Firash mula tersenyum nipis dan mula mendekatkan wajahnya ke arah wajah gadis itu. Hanya beberapa inci saja sebelum bersentuhan.

“Kau rasa aku nak buat apa?” Soal Firash dengan menaikkan sedikit keningnya. Namun di dalam hatinya sudah hampir ketawa melihat reaksi gadis itu.

“Kau..Kau jangan...Aku tengah period ni.” Luah sedikit terketar Syaf memberi alasan. Dia ni biar betul? Takkan masa-masa macam ni pun pakat main aci redah aje!

Firash hampir saja ketawa namun cuba ditahan. Kalut! Itulah yang digambarkan olehnya pada gadis itu.

“Err..Aduh..” Syaf menekan pinggangnya dengan tangan. Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit. Firash yang tak sampai hati nak mengusik Syaf itu kembali kepada kedudukan asal. Botol minyak panas yang masih kemas di dalam genggamannya itu dibuka penutup. Dia bergerak sedikit lagi menghampiri Syaf yang sudah merengkok menahan kesakitan.

Laju sahaja tangannya cuba menyelak baju tidur gadis itu sehingga menampakkan sedikit kawasan perut. Syaf yang masih di dalam kesakitan itu terkejut sakan.

“Eh apa ni?” Tangannya cuba menepis namun tangan Firash cepat saja menahan. Membahang wajahnya apabila tangan Firash selamba saja menolak baju tidur yang dipakainya sedikit ke atas.

“Duduk diam-diam. Aku nak letak minyak panas ni.” Arah Firash lagi. Syaf mengeluh kelegaan. Ingatkan nak buat apa lah tadi, fikirnya sambil cuba memejam mata. Menikmati urutan lembut dari tangan Firash di sekitar pinggangnya.

Hampir sepuluh minit berlalu. Firash masih lagi mengurut-urut lembut di sekitar pinggang gadis itu. Sekali sekala dia menjeling ke arah Syaf yang sudah memejam mata. Dah tidur ke? Bisiknya sambil cuba mengawangkan tangan pada wajah Syaf. Namun gadis itu hanya diam tanda kemungkinan dia sudah tidur.

Firash perlahan-lahan bangun dari katil dan mematikan suis lampu yang terpasang. Dia mula memanjat katil dan berbaring di sebelah Syaf. Deruan nafas lembut yang keluar dari bibir gadis itu menandakan Syaf sudah lena. Dia tersenyum kecil dan merapatkan tubuhnya ke sebelah tubuh Syaf secara mengiring.

Kepala gadis itu diangkat perlahan dan berhat-hati dia meletakkan di atas lengannya. Helaian rambut yang menutup pipi dan dahi disebak lembut ke belakang. Lama dia memerhatikan wajah Syaf yang sedang lena tidur itu sambil jarinya mengusap lembut pipi gebu Syaf.

“Kau buat aku risau aje lah.” Gumamnya perlahan sebelum bibirnya laju mengucup dahi Syaf lembut. Dia menarik nafas panjang dan cuba untuk memejamkan matanya. Akhirnya tanpa sedar dia tertidur di situ





p/s : jgn lupe tuk komen yer...mane tahu kalau sy baik hati, sy akan bg full entry tuk lain kali..insyaAllah..SSid dh masuk final editing..hope semuanya berjalan lancar...mgu depan dh nk hntr*tak sabar nk hntr sebenarnye sbb dh lame mgadap 'dia' hr2*...okla...itu jer kut tuk kali ni :D